Follow Viruspadu

Thursday, December 02, 2010

Dia Diari

Memang bukan Dear Diary :)

5.45 pagi: Sidai kain, tetiba anoi nangis, lalu berlari-lari mendapatkan anak. Pujuk kejap. Jadi sidai kain sambil tangan senget sebelah dukung anak.

6.00 pagi: Kemas beg budak, sapu sampah sikit, gosok baju, Solat, mandi, buat susu anak, bla bla bla, oh ye diiringi dengan tangisan anoi dan kesengetan bahu dukung anoi. Seb baik nisa tido

7.00 pagi: bawak barang2 turun masuk kereta, naik baik dukung nisa masuk dalam kereta, sambil dukung anoi... anoi tu pantang letak suh jalan sendiri, terus nangis. jadi memang kena dukung sepanjang masa

7.05 pagi: Tunggu opis mate datang rumah. Yes, suami takde dia outstation, memang saya handle anak2 sorang, takde masalah, tapi memang ada masalah nak drive bawak diorang gi taska. Tu yang terpaksa mintak tolong opismate teman untuk pegangkan anak-anak. Tengkiu kak piah. Akak lah penyelamat ku.

7.30 pagi: Sampai taska. dukung budak sorang2 masuk taska.

7.45 pagi: Sampai opis

5.15 petang: jemput anak balik

6.00 petang: mandikan budak-budak, angkat kain, cuci kain, kemas-kemas-kemas,

7.00 petang: sorok2 turun bawah masak nasi, solat, bla bla bla

7.30 petang: masak dan suap anak2 makan, basuh pinggan, kemas dapor bla bla bla

9.00 malam: lipat kain, buat keje rumah termasuk mop lantai bla bla

10.00 malam: on lap top update blog ::ngee::

11.00 malam: tidokan anoi, nisa tido sendiri

lepas tu dah rasa mcm nak pitam sampai esok jam 5.45 kena bangun pagi :)

sekian diari perempuan yang selalu cakap diri sendiri lembik tapi berjaya uruskan rumah sendiri tanpa bibik. eceh (motip?)



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

23 komen[s]:

~ain said... [Reply to Comments]

kak.. lain macam je ayat terakhir tu kak.. Heheh.. macam paham je apa motipnya..

Semoga akak terus menjadi iron lady (wanita besi) tanpa bibik..

shaliza said... [Reply to Comments]

alah bisa tegal biasa org kata...mmg patut tabik untuk semua ibu2 yang bekerja....heehehe

lambatnya budak 2 tu tido...

vagg© said... [Reply to Comments]

baik ckp lembik tp dalam lembik2 tu boleh je buat semua dr ckp tak lembik kuat super power tp bila kelam kabut gitu sket trus main tengking2 anak. pernah tengok keadaan sebegitu, harapnya sy tak mcm tu la nanti hahaahha.

MAPPIAU said... [Reply to Comments]

hahahahaha tang motip tu yang tak tahan tu.

syeka sweetheart said... [Reply to Comments]

hehehehe..
rutin ibu2 bekerja..
hehehehe..

Faizaharis2 said... [Reply to Comments]

good job!!! :D

ella ainnadjla said... [Reply to Comments]

pergh caiyok caiyok kak vp..
u can do it!
=D

Bulan Bintang said... [Reply to Comments]

ala kalau dah nama isteri.. lembik mana pun semua mesti boleh buat.. gambatee neeeii

Call me apples,call me dia.. said... [Reply to Comments]

TABIK springgggggggggg untuk kak jemah!

marinahunny said... [Reply to Comments]

walaupun nampak lemah tapi kuat sebenarnya..itu lah kepuasan menjadi seorang isteri dan ibu ;)

aZLiNa aZiZ said... [Reply to Comments]

Terbaek la kak. Sempat lagi memasak n membasuh tu. Kalau saya lahhhhh....haishhhh...

p R i n c E S s _ N said... [Reply to Comments]

gud job kak vp!!

yantz-yeem said... [Reply to Comments]

lawak part sorok2 trun bwh tu...hahaha...mmg mcm tu lah kan...nampak anak elka jap mse tu lah kita boleh nak wat keja..kalo ngadap je diorg mmg x berasap le dapo!!! waaaahhh kita pompuan mesti HEBAT!!!

honeyvsbee said... [Reply to Comments]

dedulu masa bee kerja mcm ni la....sampai ker opismate tu pun sama....hahah

nasaoji said... [Reply to Comments]

acehhh...

wanita besi nih!

yunz_02 said... [Reply to Comments]

ohh kak jemah harus lah.. pompuan adlh hebat okeh huhu :D

~~@lyci@~~ said... [Reply to Comments]

i like this entry.. u go gurl hehe..

sya_zazoo said... [Reply to Comments]

samala kita VP..cuma sy bgn lmbt sikit dr VP..makanya lmbt jugaklah masuk opis.

ceera said... [Reply to Comments]

ayat last terbaik wa cakap lu
cayalah!!!!

tricksrex said... [Reply to Comments]

aha
padan pon mcm nmpk en laloq kat bluewave shah alam
ye x?

kojah said... [Reply to Comments]

kelassssssssssssssssssss!!

AMIEROZIANA said... [Reply to Comments]

kadang2 kita ni saja buat2 lembik sebab nak manja2 kan...padahal kalu suami takde selamba jer boleh buat......lebih kuat dr lelaki lagi...

motip? mcm boleh agak jer..wait n see hehehehe

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

good job kak..congrats...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^