Follow Viruspadu

Thursday, December 09, 2010

Kedai 3 Posen

Ok sebelum baca, saya nak bagi tahu bahawa saya dibawah adalah bukan saya tapi saya itu adalah vagg kedai3posen. So jangan konpius ok. Sekian daripada saya jemah :p

Salam bebeh-bebeh sekalian, merangkap pencinta online shopping.

Bila kita malas nak keluar sopping, so kita bersopping di depan screen sahajo haha.

Kedai3posen mungkin boleh menjadi salah satu destinasi shopping online anda. Mungkin ya, mungkin tidak... cewwah.

Owner kedai3posen adalah saya, VAGG (main blog di nini3posen.com) dan GABANZ, suami saya (beliau bukanlah polis angkasa, harap maklum hehe).

Ok pendekkan cerita.. kedai3posen ada menjual;

1. Pakaian bayi boy dan girl

2. Pakaian kanak-kanak boy dan girl

3. Pyjama kanak-kanak

4. Tudung

5. Shawl

6. Pashmina (coming soon, stok akan diupdate minggu ini)

7. Inner shawl (coming soon, stok akan diupdate minggu ini)

8. Kaftan/ baju kelawar dari Terengganu (coming soon)

9. Kain batik sarung dari Terengganu (coming soon)

10. Kain batik pasang dari Terengganu (coming soon)

11. Makanan-makanan kering dari Terengganu (coming soon)

12. Kasut (coming soon)

13. Barang mainan kanak-kanak (coming soon)

14. Pakaian wanita (coming soon)

15. T-shirt muslimah kontemporari (coming soon)

16. Nursing T-shirt (coming soon)

17. Dan juga apa sahaja barangan yang dirasakan boleh dijual MENGIKUT REQUEST CUSTOMER. (customer boleh request barang yang ingin kami jual dan jika banyak permintaan, kami akan jual.contoh: “Vagg, kedai ko ada jual pyjama budak-budak tak? Kalo takde, boleh tak kasi ada?”- 2-3 orang tanya benda ni baru-baru ni. Alhamdulillah minggu ni dapat saya uploadkan stok pyjama, based on customers’ request.)

Kedai3posen ni baru je sebulan lebih beroperasi, so baru 7 jenis item yang kami jual dan publishkan. That’s why macam yang korang boleh tengok dalam list sana.. banyak yang coming soon.. coming soon. InsyaALLAH, paling kurang 2 minggu sekali akan update stok baru.

Saya juga pembeli online, jadi saya juga expect benda yang sama di blog saya. Kalau produk tu sederhana kualitinya, saya cakap sederhana, kalau tip top, saya cakap tip top. Kalau baju tu tebal kainnya, saya akan cakap tebal, kalau nipis, saya cakap nipis. Kalau sederhana kualiti jahitan tudung/shawlnya, saya cakap sederhana. Kalau tak best langsung.. saya pakai sendiri hahahaha sebab sure takde orang nak beli kehkeh. Saya takkan cakap yang tak elok sebagai elok dan vice versa. Gitula lebih kurang. Sebab saya expect untuk tau banyak pasal produk yang nak dibeli online since saya tak boleh pegang tak boleh tengok ‘live’ produk tu kan? Jadiknya makcik (tetibe makcik) akan cuba explain sedikit sebanyak pasal tiap produk yang dijual.

Harga ko camno?? Mahal?????? Murah????? Atau pree? Haha.

Ok pasal harga.

Normal price adalah untuk non-member. Member apa? Blog dan Facebook member. Untuk non-member, normal price diberikan, maybe cam mahal sikit.

Blog dan Facebook price pulak adalah sangat muah muah muah. Korang ada diskaun 10% hingga 30%. Depend pada produk (jenis produk hangat di market atau banyak permintaan), masa (time nak buat sale ke clearance ke).. dan beberapa reason lain yang dirasakan sesuai untuk memenuhi keperluan korang.

Untuk menjadi Blog/ Facebook member, just klik “JOIN THIS SITE” untuk pada google friend connect widget atau “LIKE” pada Facebook social plugin di sidebar blog kedai3posen. Mudah gile, tiada charge dikenakan. Nak diskaun tak, nak tak, nak tak??? Heh.

Ini adalah beberapa contoh harga beberapa item/produk kami:


Osh Kosh B’ Gosh collar t-shirt:

Normal Price: RM34.30

Blog/Facebook member : RM24.01


Polo Ralph Lauren collar t-shirt:

Normal Price: RM37.30

Blog/Facebook member : RM26.11

Greendog Baby Dress

Normal Price: RM41.30

Blog/Facebook member : RM28.91


Guess Dress With Hat

Normal Price: RM43.30

Blog/Facebook member : RM30.31


Sonoma Baby Green Smoking Top

Normal Price: RM29.30

Blog/Facebook member : RM20.51


Jingo Girl Top

Normal Price: RM39.30

Blog/Facebook member : RM27.51

Tudung Pelangi Curly

Normal Price: RM34.30

Blog/Facebook member : RM27.44


Italy Chiffon Shawl

Normal Price: RM11.30

Blog/Facebook member : RM9.94

BABY GAP Pyjamas

Normal Price: RM27.30/pasang

Blog/Facebook member :

RM24.57/pasang- Jika anda membeli 1 hingga 2 pasang (dalam 1 resit)

RM23.21/pasang- Jika anda membeli 3 hingga 4 pasang (dalam 1 resit)

RM21.84/pasang – Jika anda membeli 5 pasang ke atas (dalam 1 resit)


Korang jugak boleh check dan compare harga dari kedai3posen dengan harga item-item ni di pasaran online jugak. Saya tak suka dan tak akan cakap HARGA KAMI ADALAH YANG TERENDAH, KAMI PASTIIII, sebab semua orang boleh cakap camni tapi tup-tup, ada yang offer harga lagi murah. Mana gua nak letak muka nanti??? *sambil guling-guling malu hahaha*. Maybe harga yang dioffer kat sini takde lah murah gile, tapi saya try bagi dua-dua pihak puas ati. Saya dapat untung, korang pun dapat untung.

Oh ya, untuk pembelian RM50 ke atas, korang akan dapat point bagi setiap RM50 dalam setiap pembelian, ya. (maksudnya kalau RM50-RM99 akan dapat 50 points, RM 100- RM145 dapat 100 point, RM150- RM195 akan dapat 100 point dan seterusnya.) Point tu boleh simpan dan redeem dari Redemption List kami nanti. Semua point korang akan diupdate di blog kedai3posen untuk rujukan.

Kalau nak update terbaru pasal item/produk latest yang dijual di kedai3posen, boleh linkkan blog ni kat blog list korang.

http://kedai3posen.nini3posen.com

atau di Facebook nini3posen

*kalau dah jadi Blog/Facebook member.. automatik akan ada update di dashboard blogger anda atau di Facebook anda. Kami akan update once ada stok baru atau ada sale atau pape je la yang berkaitan.

Itu sahaja.. jika berminat.. bolehlah jalan-jalan bawak bakul soping lenggang kangkung ke

http://kedai3posen.nini3posen.com


Tq cau cin cau

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

2 komen[s]:

yantz-yeem said... [Reply to Comments]

wahhh cam best je kedainya...harus jadik ahli nih...

p R i n c E S s _ N said... [Reply to Comments]

yeahh...bole usha2...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^