Follow Viruspadu

Wednesday, December 22, 2010

Kongsi Pengalaman: Kisah Hana Pt 3

Ini surat untuk anak2 Hana yang saya simpan untuk mereka baca bila besar nanti

Assalamualaikum anak-anak ibu,

Mesti anak2 ibu dah besarkan dan baik kan. Ibu rindu sangat dengan anak2 ibu, sayang. Ibu sekrang ni jauh disana. Ibu sedih tak dapat besarkan anak2 ibu. Ibu nak susukan anak2 ibu, mandikan anak2 ibu. Tapi ibu tak terdaya sayang. Ibu tewas dengan penyakit ibu, nak. Maafkan ibu kerana tidak menjalankan tanggungjawab kepada anak2 ibu.

Anak2 ibu,

ibu minta maaf kalau sewaktu anak2 ibu dalam perut, kalian tidak dapat duduk dengan selesa di dalam perut ibu kerana terpaksa berjalan menemani ibu 2 jam perjalan ke tempat kerja. Anak2 ibu tidak dapat zat yang cukup kerana ibu hanya makan biskut kering rendam air paip sahaja hari2. Maafkan ibu, nak. Tapi percayalah. ibu akan tunggu anak2 ibu datang jumpa ibu. Masa itu ibu akan belai dan peluk anak2 ibu.

Anak2 ibu,

janganlah anak2 ibu membenci papa. Papa bukanlah lelaki yang tak bertanggungjwb cuma mungkin slah ibu. Walaumcm mana pun papa tetap papa kalian. Hormati dia. Sebagaimana kalian menjaga dan menggembirakan papa, macam tu jugalah ibu rasa. Cuma ibu jauh.

Anak2 ibu,

sesekali kalian lawatla pusara ibu. Jasad ibu kalian tertanam di bawah pusara itu. Gembirakanlah ibu walaupun ibu jauh yer nak. Ibu dah lama benar tak rasa disayangi. Ibu penat dikeji nak. Anak2 ibu janganlah sesekali percaya dengan fitnah2 org kerana sakit difitnah ibumu sendiri tak tertanggung.

Akhir kata dari ibu, jangan tinggal solat sayang. Ibu kutip segala doa2 yang anak2 ibu bagi dekat ibu. Ibu dakap doa2 anak ibu. Ibu cium hembusan wangi doa yang keluar dari mulut anak2 ibu. Ibu menanti kalian datang mencari ibumu di sini.

Salam sayang ibu untuk anak ibu

bersambung... (utk surat utk suami dan parent, tp saya pun tak dapat lagi sambungan dia )


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

11 komen[s]:

RieNa said... [Reply to Comments]

pagi2 dah nangis ni....huhuhu..

marinahunny said... [Reply to Comments]

sedihnye..mcm kisah dlm novel.. sedih giler :'(

awEEN said... [Reply to Comments]

sedihnye kak vp..mmg teruk akibat fitnah ni kan... ;(

Shahrizat said... [Reply to Comments]

tiba-tiba pagi yang terang ni menjadi sepi...terasa kosong hati...sedih!

~ SRI BRIDAL ~ HOUSE BOUTIQUE, KAJANG , SELANGOR.~ said... [Reply to Comments]

ya allah ..sedihnya..
pagi2 saya da nangis :((

shafikah osman said... [Reply to Comments]

Menarik kisah ni..
Mmg hidup ni memerlukan kekuatan,dan xkan dinamakan hamba kalau kita xdpt nk tempuhi dugaan yg dberikn olehNYA ..

shafikah osman said... [Reply to Comments]

Sangat2 menarik ..

Dee said... [Reply to Comments]

moga anak2 hana tidak lupa akan pesan arwah ibunya..

MAPPIAU said... [Reply to Comments]

~sedih~ :((

aku mama chami said... [Reply to Comments]

semoga arwah hana di cucuri rahmat..sedih bila baca makan biskut kering cicah air paip..huwaa...

Rinah said... [Reply to Comments]

T_Tskkkkkk.. Al-Fatihah..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^