Salam kak VP, saya nak sangat kongsi dengan akak kisah sepupu saya ni.
Nama sepupu saya Hana dan dia anak bongsu dari 4 beradik. Lepas sahaja SPM dia melanjutkan pelajaran UiTM jurusan akaun tetapi hanya sekerat jalan kerana dia tak berminat akaun. Pada awalnya dia mengadu dengan saya nak ambil jurusan lain tapi keluarganya fikir dia malas belajar. Apabila dia usulkan niat dia untuk ambil jurusan lain ibu bapanya kata yang nak guna banyak duit.
Hana pun tak banyak cakap dan menghormati ibu bapanya, mencari kerja dan niat untuk belajar dia pendamkan sahaja. Hana akhirnya dapat kerja di Bangi dan tinggal bersama abang kandungnya. Hana pergi kerja menaiki kereta yang abangnya pinjamkan. Sejak hari itu Hana pergi kerja balik kerja sampai langsung tak hiraukan kesihatan mahupun rehat.
Hana kuat bekerja kak VP, dia nak kumpul duit untuk dia sambung belajar sebab setiap kali dia balik kampung selalu sangat dia tanya saya berapa yuran untuk Open University. Akak dan abang Hana semua dah bekerja. Kalau mereka ada masalah kewangan selalu minta tolong Hana dan tanpa banyak soal Hana bagi je pinjam sebab dia kata adik beradik. Walaupun Hana hanya bekerja biasa sedangkan akk Hana guru dan abang Hana kerja Airline. Mungkin Hana pandai berjimat. Selalu Hana yang tolong bayarkan bil2 abangnya yang tertunggak. Pernah rumah mereka tiba2 tiada elektrik rupanya abang dia tak bayar tp pada masa itu duit Hana betul2 ada rm200 tp terpaksa Hana bayar.
Sampai satu masa Hana dipertemukan dengan seorang lelaki. Bf Hana selalu amik Hana keluar makan dan hantar Hana pergi kerja sebab Hana kerja shif. Kadang2 Hana sampai rumah pukul 3 pagi dan pukul 5 dah kene pergi kerja. Tapi abang Hana fikir Hana buat jahat dgn bf Hana. Abg Hana taburkan fitnah kata Hana merokok, tidur rumah jantan, murahan, jalang dan sebagainya sedangkan Hana sendiri tidak tahu kenapa abng dia buat mcm tu. Hana pernah mengadu dengan saya.
" Eiya, aku penat kerja hari2 sampai 20 jam sebab cari duit. 4 jam je ada masa aku rehat. Bf aku yang hantar amik aku sebab dia sudi tolong. Dia yang jaga aku dari kena ganggu dengan lelaki lain. AKu penat cari rezeki Eiya tapi kenapa abg kandung aku sendiri tuduh aku tido rumah jantan. Segala bil astro, elektrik dengan air rumah aku bayar dengan duit gaji aku yang sikit ni Eiya. Gaji dia banyak tp sikit pun tak tolong. Kadang2 aku pergi kerja pukul 8. Aku bangun pagi pukul 6, kemas rumah basuh baju aku dengan abg aku skali dan jemur. Lepastu siap2 pergi kerja. Aku naik bas sebab kereta aku banyak guna minyak. Balik pukul 12 tgh mlm. Kejar bas semua sampai rumah pukul 2. Angkat baju lipat, kemas rumah lagi sebab abg aku suka buat sepah. Pukul 3 baru aku dapat tido. Itulah rutin aku hari2."
Menangis Hana bila abang kandungnya sendiri tabur fitnah sampaikan ibu bapa Hana sendiri buang Hana dek kerana mulut abg Hana yang menuduh Hana keluar tidur rumah jantan. Hana pernah msg abgnya minta dipulangkan balik Rm1k yang abgnya pinjam masa dia tengah susah dulu. Hana kata dia nak guna duit tu.
Msg Hana : Tolonglah pulangkan balik 1k yang kau pinjam masa kau susah dulu sebab aku nak guna. thankz
Msg abg Hana : Selama kau tinggal dengan aku, makan kau dekat rumah semua pakai duit aku. Aku dah kira semuanya lebih kurang 2k stengah. Tolong pulangkan balik duit aku tu.
Menangis Hana baca msg tu. Depan saya Hana menangis. Saya tanya dia betul ke abg dia yang bg dia makan. Ini jawapan Hana.
" Tak ada. Aku selalu beli sebungkus megi untuk stok kitorang mkn. Kadang2 nugget semua yang instant aku beli senang aku ngan dia nak makan. Astro kene potong sebelum ni aku yang bayar tunggakkan. Dia ada pinjam aku 1k sebab dia kata dia ngah sesak. Aku sesak masa tu jugak tp tak apa la aku guna juga simpann aku sebab aku pikir nnti dia boleh pulangkan balik kalau dia dah ada duit tp ini dia buat dekat aku. Dia hasut bos aku sampai aku brenti kerja. Skrg nak makan pun aku xda duit. Dah 2 bulan aku tak kerja."
Jujur saya kata jahatnya abang Hana. Abang Hana dulu pun bukanlah lelaki yang baik. Dia pernha tido dengan perempuan, minum arak dan banyak lagi tp sekarang dia dah blaja sembahyang tp itulah kak VP, sembahyang tp tabur fitnah dekat adik sendiri. Abg Hana pernah kata Hana jalang. Dia nak kononnya Hana berubah sembahyang, pakai tudung tapi bulan puasa abg Hana langsung tak puasa. Saya tak faham.
Nnti saya sambung kisah abg Hana menaburkan fitnah lagi yer.. Last skali akk xkan sangka apa akan jadi dengan Hana sekarang.
Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza
WWR Kuala Kubu Bahru
-
Ini pengalaman pertama ber WWR di KKB
Biasa kat Sedim aje
Dia punya 'Biasa" tu tak la "biasa" sangat sebenarnya ye
tapi itu dulu-dulu punya ceritalah
Nampa...
2 months ago
13 komen[s]:
dup dap dup dap nak tgu sambungan nih...mcm tgu sambungan u pink my heart jugak la bila nak sambung lagi...hahahah
sedihnya...saudara kandung sendiri sanggup buat begitu.
tak sabar nak tau citer selanjtnya..
jemah..
pesan ngan hana.. apa yg di diberi..redha kan jelah..ikhlaskanlah..sbb dia tetap abg kita...
in mean time..jgn lupa niat dan doa pada ALLAH..
ALLAH x kejam... Allah tahu Hana buleh handle masalah ni.. Nabi yg Maksum tu pun di uji..Apa tah lagi kita manusia biasa...
Ingat..rzeki yg dikongsi, akan berlipat kali ganda dapatnya nanti..
Cuma.. Sabar.. Doa bebanyak. Pesan lagi... Sebelum masuk tidur.. Maafkan semua salah org sekeliling...Kemaafan dendam terindah untuk seluruh makhluk Allah..INGAT...Kita bukan SESEMPURNA seperti DIA YANG ESA...
Maaf..pendapat aku jek..
mcm x sabar je nk tau ending kisah hana ni..
Kesiannya Hana... tak sabar nak tunggu sambungan
jemah, nanti sambung citer ni yer. sian pulak akak baca, kadang2 tak sangka ada org bernasib mcm tu. sedih kan? tapi tulah, Tuhan menguji sebab Dia sayang.
sian hana..
abg macam tu pon ader, kalo sya dah lama sya lukukan..
saspennya..kesian betul kt hana..kalo sy..sy x berahsia dgn ibu bapa..walau abg pinjam duit sy pun..bukan mengungkit..tp sekurang-kurangnya ibu bapa tau apa yg sebenarnya terjadi..
macam2 kisah hidup manusia ni, penuh misteri suka duka
siannya. semoga Allah permudahkan urusanNya lepas ni
xsbr nak tau smbungan. kesian kat hana. ada jgk abg yg sggp buat mcm tu. utk darah daging sendiri.
SEDIHNYA.
tak sabar nak baca ending.
Post a Comment