Follow Viruspadu

Tuesday, December 21, 2010

Kongsi Pengalaman: Kisan Hana Pt 2

Sorry kak, niat saya bukanlah nak suruh akk letak di blog atau apa cuma rasa ingin kongsi sahaja selepas saya baca semua kisah pasal arwah anak akak.

Selepas Hana dibuang keluarga, dia tinggal dengan rakan tempat kerja dia. Kereta pun ayahnya ambil balik. Tapi Hana terpaksa keluar rumah sebab dia sudah tak bekerja dan tak mahu menyusahkan kawan. Bf Hana la yang mmberi dia semangat nak hidup. Tak dapat saya bayangkan hidup dibuang keluarga sebab fitnah kak.

Selepas beberapa bulan, saya dapat msg Hana sudah berkahwin berwalikan hakim sbb ayahnya tak mahu ambil tahu. Saya pergi ke majlis Hana.

" Eliya datang ye majlis aku nnti. Ini hari bahagia aku. Aku buat simple je, harap kau sudi dtg,"

Hana nampak ceria masa kahwin, dengan muka yang putih bersih, badan kecil molek.


Tahun lepas Hana msg saya cakap dia disahkan mengandung. Saya ingatkan penderitaan Hana tamat tp tidak. Suami Hana diuji dengan fitnah org yang kata Hana mengandung anak org lain. Memang Hana cantik dan ramai yang nak kan Hana, tp Hana bukan jenis bagi segala2nya kepada lelaki.

Lagi sekali Hana hidup dalam fitnah

Sejak org fitnah Hana, suaminya langsung tak amik tahu hal dia. Akk bayangkan Hana pergi tempat kerja baru jalan kaki lintas jalan besar bangi tu yang ambil masa sejam. Kadang2 amik masa 2 jam sebab Hana banyak berhenti. Penat katanya bawa baby lam perut.

Sampai masa bersalin. suami dia tiada di rumah. Hana nak call suami dia tp dia dah kena warning jgn sesekali call masa suami dia tengah kerja. Hana cuba call saya tp masa tu saya meeting. Saya tidak tahu mcm mana Hana pergi hospital sebab malam tu saya dapat call dari pihak hospital suruh datang.

Sampai sahaja saya di hospital, Hana baru dimasukkan ICU. Hana rupanya ada ketumbuhan dalam kepala. Puncanya tidak saya tahu. Sementara tunggu Hana sedar, saya jenguk anak Hana kembar perempuan. Merah kulitnya. Matanya bulat ikut Hana. Memang semuanya ikut Hana. Mungkin anak ini tahu mcm mana susahnya ibu mereka.

Hana sedar, tertahan2 suara dia

" Liya, tlg jaga anak aku ye. Kalau boleh aku tak nak susahkan kau tapi hanya kau saja yang percayakan aku selama aku hidup. Sayanglah anak aku. Rotanlah dia bila besar nanti kalau anak aku degil. Didik la dia mcm mana mama kau didik kau dulu,"

Sebelum pergi, Hana ada bagi 3 pucuk surat. 1 untuk suami, 1 untuk ibubapanya dan last skali untuk anak dia.

bersambung...


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

16 komen[s]:

RieNa said... [Reply to Comments]

vp..sambung cpt..nak nangis dah niii...

mummynana said... [Reply to Comments]

mahu nagis.... isk isk

~ SRI BRIDAL ~ HOUSE BOUTIQUE, KAJANG , SELANGOR.~ said... [Reply to Comments]

alamak bergenang air mata seyyhhh...

vp..cptla sambung...

Ana said... [Reply to Comments]

akak..dah bergenang air mata ni.. tapi tak jadi sebab bersambung.. sambung la lagi kak...pls pls plssss...

marinahunny said... [Reply to Comments]

sambunglah hana..huhuu sedihnye

awEEN said... [Reply to Comments]

xsabar nak bace sambungan nye kak..

Nozie Yusof said... [Reply to Comments]

cepat2 sambung ye VP..pendek sgt episod nieh

kesian sungguh hana

Shahrizat said... [Reply to Comments]

sedihnya...

Bulan Bintang said... [Reply to Comments]

alaaaaaaaa sambung arrr...sedihhh

amar said... [Reply to Comments]

sedih gak, jangan la air mata jantan aku jatuh berjujuran~

mzhany said... [Reply to Comments]

alaa kak vp, sambung lagik....dah feeling dah nih....

kinna said... [Reply to Comments]

sedihnye..ada jugak kisah-ala-drama camni dlm real life hidup kita, ye..

mamat80 said... [Reply to Comments]

cedihnye.....bg la baby 2....

kojah said... [Reply to Comments]

Smlm dah baca, arini pn dtg baca gak...dgn harapan ada sambungan..:hihi

Sedihnyaaaaaa!!

Dee said... [Reply to Comments]

alamak..sedihnya..

kejora said... [Reply to Comments]

sedihnyeee...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^