Follow Viruspadu

Sunday, December 26, 2010

Kongsi Pengalaman: Petua Melembutkan Daging

Sebenarnya ini bukan emel tentang kongsi pengalaman, tp komen mr.fairul petua utk melembutkan daging. Maybe boleh share dengan korang :)

Assalamualaikum puan,

cantik blog ni ye.. warna pink sana-sini. :)

Saya nak kongsi sikit petua lembutkan daging ni..


Petua Melembutkan Daging

Terdapat banyak cara untuk melembutkan daging yang liat. Diantaranya:
a)Biarkan daging dalam ketulan besar untuk mengekalkan kandungan air didalamnya. Jika daging dipotong pada saiz yang kecil, kehilangan air yang banyak dari daging akan menyebabkan daging kecut dan bertukar liat.

b)Menurut petua tradisional, sediakan sebiji betik atau nanas muda bagi melembutkan 3 kilo daging. Kisarkan betik atau nanas dan gaulkan bersama daging tersebut. Biarkan selama satu jam. Selepas itu, daging boleh dibersihkan dan dimasak menurut kehendak individu.

c)Potong betik atau nanas dan rebus bersama daging sehingga mendidih. Kemudian angkat dan asingkan dan setelah sejuk iasedia digunakan.

d)Melembutkan daging secara moden. Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa. Selain mengempuk, daging juga lebih berasa lemak dan enak kerana telah diserap santan kedalamnya.

Selamat mencuba. :) Banyak lagi petua dan informasi tentang daging ni. Jemputlah lawat http://kambinghalal.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

3 komen[s]:

Liquid said... [Reply to Comments]

Slalu orang2 catering, nk lembutkan daging diorg rebus daging tu letak 3-4 batang sudu skali dlm periuk tuh ehehehe

CikLilyPutih said... [Reply to Comments]

mah,
selalu rebus je senang. tapi mak kita ajar bila basuh daging tu letak sekali sodo bikarbonat, confirm lembut.

mAmAbuDaK said... [Reply to Comments]

tip lembutkan hati ada?? hati ai keras cam batu...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^