Follow Viruspadu

Thursday, December 30, 2010

Limbo rock kasih sayang :)

Ini cerita masa kat melaka wonderland

kitorang mandi manda dengan seronok sekali.

kat melaka wonderland ni syioknya sebab masa kita mandi, ada persembahan bagai ok. Siap ada tarian poco-poco ok. menari la kau poco2 dalam kolam ditemani ombak itu, giler bestttttttttt siap ada persembahan abang api lagik. siap ada DJ memeriahkan suasana kat atas pentas tu

pastu, tetiba DJ tu cakap

"diminta sorang lelaki ganteng naik ke pentas utk acara abang api" ~ok jelas sangat ayat reka sendiri hikhikhik

saya pun terus cakap dengan en.laloque

"papa, naik la pa, makan api je pa"

jeeeeeeeeeeeeeeeeeee katanya hahaha, gilo apo kau makan api hahaha. en.laloque tengok saya, sambil buat bahu geli geli. korang boleh bayangkan tak. bahu dinaikkan ke atas sambil ada vibration dan efek dia ada kat muka. hahaha.

"ala, mama nak menang tiket free pa" ~buat muka sedih

dan laki ku masih mengekalkan efek bahu geli geli beliau.

hahahaha... nampak gayanya memang takde la harapan daku nak tiket free ni hahaha

memang takde sorang pun naik pentas ok. giler kau nak makan api. banyak lagi nasi ayam kat khemah tu, sape lak nak makan kang. chewah.

tetiba, DJ tu panggil lagi.

"kita nak panggil 10 orang lelaki naik ke pentas, ada game, pemenang akan membawa balik satu tiket melaka wonderland"

wuhuhuuuuuuuuuuu... sebenarnya bukan nak kan sangat tiket, tapi nak seronok2, seronok tengok suami atas pentas. bangga hahaha

"papa, naik la pa, dia nak 10 orang tu, naik la"

terus saya dukung anak, tanda dia tak boleh bagi alasan nak jaga anak la muahahaha

dalam pada berani dengan tidak, en.laloque naik jugak pentas. alahai bini punya pasal. dia naik jugak pentas ok. tetiba saya kat bawah tengok en.laloque atas pentas tu rasa nak menitik pulak air mata. sayang betul dia kat bini dia ni. disbbkan bini dia kata nak tiket free, hati tak rela pun dia naik jugak.............. tsk. TERHARU giler ok

dah la tak tahu game apa yang dia bakal main, naik pentas memang gambel betul lah

sekali kena main limbo rock ok hahahaha... saya berdekeh2 gelak kat dalam air. adoiiiiiiiiiiiiii kalah la laki aku ni. reti ke dia main kan. Saya bajet dia jatuh first round. yelah kan. benda tu kan macam susah giler nak kena liatkan badan hahaha

masa perkenalkan diri


ha tu diaaaaaaaaaa.... tak menahan saya gelak kat bawah, siap jerit2 kasi semangat...


berjayaaaaaaaaaaaaaa


lepas tu sakit belakang wakakaka


tekaaaaaaaaaaaaa...

macam tak percaya ok

en.laloque MENANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG

wahahahaha memang tak ku sangkakkkkkkkkk... terernya en.laloque ni. adakah dia merahsiakan bakat dia selama ni dengan saya hahaha. hampir 10 tahun mengenali beliau, tak tahu pulak dia terer limbo rock.

En.laloque turun je dari pentas, saya rasa nak peluk2 je hepi. tp kaver la kan sebab opismate dia ramai :p

"eh papa, terer lah papa, hebat ooo, tak sangka papa tau, mama terbayang papa dah kalah dah tadi, papa memang pandai ke?"

nak tahu dia jawab apa

"ntah, papa pun tak sangka papa boleh buat"

~Limbo rock... aku berjaya mengalahkan peserta yg lebih muda... nampaknya tulang aku masih flexible lagi.... hahahahaha : laloque

LOVE u PAPA :) ~ending tetiba

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

3 komen[s]:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to Comments]

seronoknyer berjimba kat sana..hehe

tifa said... [Reply to Comments]

waaa..memang sayang bini betul ....bestnyeee

Bulan Bintang said... [Reply to Comments]

waaaaaaaa hebat sungguhhh,







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^