Follow Viruspadu

Wednesday, December 29, 2010

Melaka Wonderland

En.laloque kasik tahu saya yang opis dia buat family day ni dah lama kot. Berminggu2 yang lepas. jadinya memang tunggu masa nak pegi je lah. Malam tu siap tanya dengan dia, nak gerak dari rumah kul berapa semua. Dia cakap kul 6.30 pagi.

Ok la, nam setengah :)

bla bla bla bla bla sekali 7.30 baru gerak, siyes saya tak perasan. Bila dah masuk kereta baru perasan hokeh.

"eh pa, lewat ni. Takpe ke? Bukan ke semalam cakap 6.30"
"takpe, sempat"

oooooooooo maknanya semalam dia kelentong la ni hahaha. sebijik ok macam abah saya. hahaha. Abah saya dulu kalau pagi2 tengok kitorang terbungkang tak bangun2 mesti dia cakap

"bangunnnnnnnnnnn dah pukul 11 dah ni"

kitorang pun kelamkabut la bangun, sekali tengok2 jam baru pukul 9 pagi hahahaha. Sadis betul hahaha. Eh abah tumpang laluuuuuuuuuuu (abah saya baca blog woooo)

itu dia, Melaka Wonderland. first time sampai sini. rasanya baru bukak kan ni. :)

masa saya snap gambar ni. ada reader tegur saya kan

"saya baca blog akak"

terkejut saya tau, saya ingatkan opismate en.laloque memulanya. Ha siapakah yang tegur saya tu. komen entry ni cepat, kalau tak akak geget kamu muahahaha. (garang tak bertempat)

anak-anak adalah belum mandi lagi. tak sampai hati la nak gerak depa bangun pagi2 tu. Tengok nyenyak je tido kan :p


sarapan pun tak sempat hokeh. Jadi kitorang pandu lalu kat mekdi je lah :)


sementara menunggu ntah hape benda ntah. Banyak la kisahnya kan, urusetia masa ni mesti tengah kalut kan hehehe.



masa ni kitorang baru dapat masuk dalam. Terus jumpa dengan binatang comel2 ni haha. apa nama dia ek. lupa dah. dino ke apa ntah. Tapi comel la. Nisa dengan anoi giler pelik tengok dorang. Tu yang keras semacam je tu kekeke


oh ye shawl yang saya pakai itu adalah dari kedai nini 3 poseng :)

Ini game pertama untuk family day en.laloque, game untuk budak2. So depa nak 3 kumpulan, satu kumpulan 10 orang. Kanak2 bawah 12 tahun kot. Korang tengok nisa belum apa2 dah masuk dalam barisan xcited nak join ok.


Tiba2 dah terkeluar barisan. :(


Takpe la nisa, kasik can orang lain main ek, next game ada lagi kan.

so next game nisa join, dapat no 3. syabas nisa :)

hadiah2 yang berjaya diboloti :p


mata saya adalah sakit ok masa ni. pedih giler. mata saya lately memang tak berapa sihat. tapi lepas tuam nanti dia elok la sikit. Tapi kat sana cuaca panas bagai nak gilo. bertambah pedih mata saya. Tu pasal la spek mata sentiasa ada menemani

saya mandi pakai anak tudung Awning Plain (at http://sh0ppink.blogspot.com/:)


cuaca baik. maknanya tak hujan la. elok je panas. tp panas adalah terlampau panas. Jadi kul 2 kitorang gerak balik dah. Almaklumlah nak pegi konsert double trouble katanya kan. Xcited lebih kan. Walaupun badan kat sini, hati kat sunway ok hahaha

Melaka Wonderland memang best, saya rekemen korang pegi :)
tiket masuk adalah RM26 kot. kena konfemkan dengan en.laloque.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

9 komen[s]:

Solly Salihah said... [Reply to Comments]

Ya kak memang best kan. Sy pun pernah ke sana di entry ini; http://ucu-manja.blogspot.com/2010/11/melaka-wonderland-theme-park-resort.html

Ohh terasa mcm nak ke sana lagi. Tapi Musim tak menentu. Maka nya kena tunggu dulu :)

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

bestnya p melaka wonderland tu...xpegi lagi...suka 2 beradik tu vp main air...

Ummi Izzah said... [Reply to Comments]

bestnye jenjalan..!

emy/mamasuri said... [Reply to Comments]

tempat baru ye tu kak..
leh masuk senarai utk jalan2 thn dpn ni..
hehehe
any..patutlah akak berspek2..moga cepat sembuh yek

sW33tdARLiNG said... [Reply to Comments]

wahh lepas ni tak payah laa pi A'Famosa yang buruk dan kotor itewww...
Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

MieZa said... [Reply to Comments]

saya jugak pergi melaka wonderland dan bedal semua jenis permainan...huhu

p R i n c E S s _ N said... [Reply to Comments]

kt belah mane kak melaka wonderland ni../??

qaseehatiku said... [Reply to Comments]

ekceli..ur asben keja sm jabatan dgn sy..tp sy adlh JAN cawangan sabah..:))

Sherry said... [Reply to Comments]

Wah best tak pergi lagi

NAmesherry.com







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^