Follow Viruspadu

Friday, December 10, 2010

Misi gagal yang gagal

Ini sebenarnya masih lagi kisah MAHAhahahahaha... punya cerita tertunggak kata ko, dasar malas nak hapdet kan. Saya sebenarnya tengah konpius samada nak beli kipas laptop tu ke atas nak beli keybod je, erm atau beli dedua. ataupun tunggu korang buat derma kilat hahah tak habis2 dengan derma kilat kakjemah ni dush dush dush. eeee malasnya nak pegi beli tau. oleh itu terjadi lah peristiwa entry tertunggak semacam ini. Sekian terima kasih :p

Masa pegi MAHA tu, kitorang memang tak pegi mana pun, yang entry hari tu je lah, satu tempat tu je baru pusing. Pastu en.laloque cakap

"kita bawak anak2 tengok binatang nak?"

saya orait ajer la...

"so nak ikut mana ni pa?"

gila kau! kemain bosar lagi MAHA tu. Cuba la try test tinggalkan kakjemah sengsorang kat situ, konfem nangis hokeh hahaha. Terus en.laloque tanya2 orang kat situ, maksud saya yang nampak macam dia pekerja MAHA kot, ala takpelah, asal pakai unifom ada sangkut tag kat leher tu, belasah ajer la.

"u ikut sini, turun bawah, bla bla, sampai"

saya dengar sayup2 je, ooo dekat je la, senang tu kan. sekali tengok peta. hambek ko, berpusing baru sampai. rupa2nya turun bawah kena naik tram tu dulu. adoi la.

ok fine, kitorang pun tunggu la tram. ada satu lalu. tahan2 taknak benti. rupa2nya penuh. tunggu lagi satu tak muncul2. anak dah meragam. oh tidak.

"kita tengok arnab tu je lah, yang kat depan tadi"

last2 menapak ajer la kitorang... sakan jugak peluh weiii

Masuk RM3 kot, budak free




nampak gambar macam bahagia je kan hahaha

padahal sebenarnya nisa dengan anoi menjerit2 ketakutan tau hahaha

dah nisa pegang carrot tu kan, berkerumun lah arnab tu. ha kau dua2 pakat panjat mak dia ni ha. masa ni en.laloque tak ikut masuk sama sebab dia gi menapak amik kereta. so tinggal saya dengan anak2 je la.

arnab tu kan banyak, bila berkerumun kat kaki, bergesel2 ngan bulu dia, mulut dia mcm nak gigit kaki kan, arnab tu siap berdiri2 berebut nak makan. panik la budak2 tu.

Apa la nisa, yo yo oo nak bela arnab, nak bg arnab makan pun takut oooo (cea mcm mak dia berani sangat ni )

yess... takyah beli dah arnab

kekekekeke

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

4 komen[s]:

nasaoji said... [Reply to Comments]

heheheee...saya dan tgk lembu, kambing jo..

a ah..mmg nampak muka deme bergumbira...hehe..

takut kene gigit!..

dorin said... [Reply to Comments]

kahkahkah...memang nampak bahagia la dlm gambar tu..

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

nisa tkot arnab ea..cmne nk bela arnab tuh???

mAmAbuDaK said... [Reply to Comments]

aranab goreng pon sodap







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^