Follow Viruspadu

Thursday, December 30, 2010

Sekolah Ampat Tawun

Bila fikir pasal anak. Kita mesti nak berikan dia yang TERBAIK kan.

Yelah dari dia dalam perut kita lagi pun, dah macam-macam kita cuba bagi yang terbaik untuk dia. Macam kita nak minum susu terbaik utk baby dalam perut. Erm macam cari baju mengandung terbaik untuk kaver perut wakakakakaka ok ok itu takde kena mengena dengan baby haha. dush dush dush. Sampaikan berebut2 nak masuk spital swasta/ first class gomen sebab nak keluarkan baby dengan selesa gitu kan. eh ni pun takde kena mengena dengan baby eceh. Saje je nak kaver diri sendiri salahkan baby plak dia hahaha

Baby lahir je, fikir susu terbaik untuk baby (susu ibu adalah yang terbaik)

Lepas tu cari taska/rumah penjaga terbaik

Lepas tu baju2 terbaik

Lepas tu mainan kalau boleh semua yang boleh menjana otak je, feeling anak nak besar ala2 cerita numb3rs tu kan haha

semua ibu bapa macam tu kot kan. kalau gi shopping, fikir anak lebih. kita tak beli pape pun takpe. :p

Dan sekarang anak saya, nisa dah 3 tahun dah, 2011 ni masuk 4 tahun la dia bulan 3 kang. Masuk je 3 tahun hari tu, otak dah ligat dah berfikir yang "eh tahun depan dah boleh carikan sekolah untuk Nisa" hehehe... mak mak biasanya memang xcited lebih.

Kitorang tanya tanya situ sini, questionaire je tak sempat edar (dush over!) so ramai yang sajes smart reader. Kumon ke, eh itu tuisyen kan. Apa lagi ek. Ha memang tak terfikir sangat. memang fikir smart reader je haha

Jadi plannya. Nak hantar smart reader utk daily. Pastu belajar berenang, pastu belakang dancing dan belajar piano.

Hui jemahhhhhhhh... banyaknya... sian anak ko kecik2 dah stress. hahahaha.

Takpe. Biar dia belajar stress dari kecik wakakaka.

Lagipun smart reader tu, utk 4 tahun manada belajar wei. main2 je. saya dah tanya dah. Dia cuma ajar mewarna, belajar bercakap (bina keyakinan diri) je. takde belajar menulis mengeja semua. so saya rasa dia tak stress lah.

pastu swimming tu hari sabtu je. tu pun 2 jam je. budak2 memang suka main air kan :p ntah2 dia yang xnak balik kang hahaha

kelas dancing, bawah smart reader jugak. so takde hal la tu.

cuma piano saya tak konfem lagi. kena tanya nisa dia minat ke tak. kalau tak minat. takyah paksa dia. piano ni maybe lambat sikit la. kalau nampak mcm dia dah penat sangat, cancel je. chewah.

so isnin lepas kitorang laki bini pun ngambek la cuti. xcited ni weiiiiiiiii. nisa suka sekolah dia. :p


"ini sekolah kakak tau, kakak suka tak"
"suka mama"

nisa kan dah lama berimaginasi pasal sekolah, pasal cikgu. nahhhhhhhh sekarang sekolah lah betul2 ye nak.

kitorang pegi register, tp dalam poket bawak RM50 je hahaha.

tanya itu ini itu ini. **baju putih tu adalah dari http://blackribboncloset.blogspot.com/

Ok untuk rujukan korang:

total bayaran dia adalah RM18++.++
ini termasuk bayaran 3 bulan pertama la. sebulan kena bayar RM270

pastu dalam tu ada buku, beg sekolah, baju sekolah, kasut, stokin, bla bla bla bla

hambek kau, gagau2 mencarik duit kan. seb baik cuti. terus pecut gi tabung haji kuar duit. seb baik ada simpanan tolak gaji setiap bulan kasik masuk tabung haji ngan asb. duit tu la yang membantu di kala susah.

kuar duit, patah balik. setelkan pembayaran. amik beg, baju apa bagai. selesai.

legaaaaaaaaaaaaa.

oh ye, smart reader ni, anak korang umur 3 tahun pun dah boleh hantar dah ok.

isnin ni nisa dah start sekolah. ohhh debor ni. debor.

nak amik cuti lah isnin ni :p pengalaman pertama menghantar anak ke sekolah.

"Cuma tadi, aku terasa belum bersedia untuk melepaskan anak aku tu pergi. Walaupun hanya bersekolah. Kerana bagi aku, tadi itu merupakan langkah pertama Nisa mulai meninggalkan aku. Nanti dalam diam... tanpa aku sedar, aku akan "kehilangannya"... kerana langkah-langkah berikutnya, nisa akan meningkat remaja... " Laloquee

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

19 komen[s]:

MAPPIAU said... [Reply to Comments]

alahai syahdunye ayat suami akak huhu.

ooh macam tu yeh pakej smart reader hurmmm tenkiu kak for the info,

selamat berdebar2 ye isnin nanti hehehe, mudahan nisa selesa dan dapat belajar dengan baik kat situ yea :D

yunz_02 said... [Reply to Comments]

adre pn septtnya nk masuk sekolah dh.. tp ada few circumstances yg x dpt avoid maka terpaksa di-cancel-kn niat tersebut huhu.. btl kak jemah budak 4thn bknnya belajar sgt pn. main jek lebih.. tp yg penting dorg sure happy la kalau ada ramai kawan²..

tp ayat yg last tu mmg sedih la.. sy pn bru terfikir..

nueeunlimited said... [Reply to Comments]

Slamat g skolah Nisa..
Rjn2 blaja yea..

Kak smart reader semban katne??
Eceh.. ye2 tanye. Cam la ank da besau.. hehe...

zie said... [Reply to Comments]

smart reader is the best..anak akak yg first sekolah situ 2 tahun ..after 2 bulan dah boleh membaca buku..

nurul said... [Reply to Comments]

ayat incik laloque very de tacing lorrr... huhu..

lawak ah k.jemah bwk 50 hengget je gi smart reader...hakhak...maun kene ribu riban kalo dftr kt situ...tp mmg best smart reader ...kalo mampu nk gak anak masuk situ...apokan dayo..kono wat part time nih utk anak2 trsayang..hehe..
caiyok2 kak cica..

Bulan Bintang said... [Reply to Comments]

ayat ayat en laloquee tu syahdu la pulak. mcm tu la apa yg ayah kita rasa kan .. sedeyyy

hope nisa makin bertambah happy dapat sekolah yeee...baik baik tauuuu

nasaoji said... [Reply to Comments]

ayat en. lalok sama dgn ayat saya sokmo btau asben saya... ;(

kejora said... [Reply to Comments]

anak saya bulan depan dh 5 thn,pg masuk tadika Islam .tghari-ptg masuk tadika Cina.Memula nak mskkan smart reader tp hubby prefer tadika Cina, bleh ckp cina nnt.Rupa dh ada..haha.Tp takut dia penat je la nnt, pg -ptg skolah..

mummy Darin said... [Reply to Comments]

sedihnya baca citer cik laloque tuh.. Darin sebaya Nisa tapi we all belum hantar pergi school lagik... tgklah nanti cemana..

ieda said... [Reply to Comments]

anak2 excited nak g sekolah senang sikit..takde nak nangis2 on first day...tp takut maknya plk nangis..hehe

~ SRI BRIDAL ~ HOUSE BOUTIQUE, KAJANG , SELANGOR.~ said... [Reply to Comments]

alahai..bergenang air mata baca stts en.lalok.huhuhu

bole tahan mahal gak ek smart reader ni...vp,sy masukkan safiya Tadika Ho kt serdang.bulanan rm143for montessori nursery la..sbb baru ampaatttt tahun jgk :).
ada kelas komputer gak selain bljr bhsa lain e.g Chinese.

:) kite adalah jemaah mak pak eksaited lebey ..kihkihkih

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

tak sabr jugak tunggu my nuha masuk sekolah :)

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

kejap jer nica dah besar.. dah nak masuk sekolah dah.. belajar rajin2 yer cica!

mAmAbuDaK said... [Reply to Comments]

ala en lalok tu baru anta skolah. esop nak kasi kat orang lain jaga...meraung la plak..k.vp tepuk sket blakang dia jangan kasi nangis kuat2 buat malau jer...hihihi

strawberi said... [Reply to Comments]

mmbr sy kan..register anak kat smart reader..anak excited 2-3 hr je..pastu nangis2 tkmo pi dah..hehe..burn duit mak pak..sabo je laa

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

blaja rajin2 yer nisa syg....

sy faham persaan en laloque tu..sy pun sedih sebab makin besar anak kita dia seolah2 dia tinngalkan kita..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to Comments]

alahai..br je tgk mama ngandungkan nisa..dah nak sekolah dah kakak ni..hehe

azlina aziz said... [Reply to Comments]

Alolo encik laloque...sweet je. kekeke.

Budak 4 taun memang masih ingat nak main je. Kira ok la tu. Jangan stress2 kan dorang. Dorang patut menikmati zaman kanak2 yang penuh keriangan ;p

oneyani said... [Reply to Comments]

1800 woo..tu baru tadika..

tapi kata2 en laloque tu sungguh menikam kalbu..mmg betol pon kan







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^