Wednesday, December 08, 2010

Tak puas hati betul dengan The Grato ni grrrrrrr

Salam korang,

Nak tahu tak, hari tu kan saya pegi makan western food tau. Nama dia The Grato. Korang kena ingat nama tu, mana tahu korang pegi sana ke nanti kan. Ingat tau nama The Grato (siap bold ha)

Ni gambar kedai sebagai bukti

Sebab apa saya bengang sangat...

Sebab sedap sangat weiiiiiiiiiiiiiiii... sampai teringat sampai sekarang dia punya Chicken Carbonara hahaha. Nah ni dia gambar lagi sebagai bahan bukti. Eceh


yang saya punya ni, saya rikues yang pedas punya, kalau pedas dia akan tambah cili padi ok. pehhhhhhhhhh memang selera melayu tuuu. westerndiperseleramelayukan. TERBAIK wok. Ko ingat senang saya nak makan western ni. Jarang la saya order, tapi yang ni memang sedap.

Ni nak eksen ngan korang, apa lagi saya makan lalalalala

mushroom soup dengan garlic bread



ini Classic Lamb Chop dgn black pepper sauce

Nampak gerai dia macam biasa-biasa kan, tapi makanan dia memang terbaik lah. Sebab apa tau kebanyakan makanan adalah homemade cooked by Chef Yasser (tokey The Grato), kalau masak sendiri kita yakin la halal dia kan. gituuu

Pastu kan, Tomato sauce, black pepper sauce and brown sauce adelah homemade so mmg takkan dpt kat tempat lain. Ahaks :P. Korang kalau teringin bona nak makan kat ikea tu, meatball ke apa tu, rasa dia mcm tu la. Siyes wei, nak pegi sana jem payah parking semua kan. kat sini sonanggg. Nak solat pun senang, surau dokek amek :p Heiii nak pegi lagi papa, komengaaaa


nom nom nom nom

Murah je wei, percaya tak harga italian food bermula dgn RM5 ke atas. harga western food bermula dgn RM8.00 ke atas. Cuba pegi tuttt tuttt tuttt (nama kedai rahsia) kalau tak RM15 ke atas memang tak sah ok.

Yang saya makan tu , Chicken Carbonara (pedas). Biasanya carbonara tak pedas, klu org suka makan pedas di rekomenkan mintak yg pedaslah. Selain chicken, ade jugak seafood carbonara (prawn).

Anak-anak saya makan homemade mushroom soup dengan garlic bread. Pastu fries dgn brown sauce. Yg pasta kosong tu namanya Olio Pasta. Itu khas utk anak2 kecik. Takde dalam menu, tp buat by request sajork. Harga Olio Pasta cuma RM 1. hehe...





Nampak biasa je kan, tp boleh buat saya termimpi2 ok

Tokey The Grato, Chef Yasser. Sentiasa kemas je. Eh dia dah kawen, sori la nak ngorat hahaha (tetiba)




Apa lah yang digelakkannya tu hahaha

Over kan kak jemah, menu pun nak amik gambar hahaha, bukan apa wei, kenangan ni sebab anoi telah cubaan mengoyakkan menu The Grato hahaha. Adoila anoi bikin malu mama sajork ok


bukti harga yang memang tak percaya :p

wynn, anoi n me sebelum pulang, siap tapau ok. Biasalah benda sodap :p

balik rumah telah memaksa sepet makan, sedap kannnnnnnnn...


nah sebelum korang tanya mcm mana nak pegi, ni Peta The Grato


The Grato (Italian and Western Food)
Jalan 3/7, Seksyen 3, Bangi Perdana, 43650 Bandar Baru Bangi

017-665 6601 (kalau sesat)


Dekat je kan, kat bangi je, bukan seremban, konfem korang boleh pegi punya :p


Update:
Cara 1: carik petronas seksyen 3 ataupon, mutiara bangi. kalau dari tol bangi, jumpa 2 roundabout, terus je sampai nampak petronas belah kanan kat trafik light.

Cara 2: Kalau dari UKM, raoundabout pukul 3 ye.. pastu jumpa traffic light ngan petronas, masuk kanan.

Operasi:
bukak kul 5 petang sampai 11 malam.
Ahad dan cuti umum adelah tutup. Sabtu ni pon tutup tau. Sabtu depan bukak mcm biasa :p




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^