Sunday, February 28, 2010

bapa zaman moden

hari ini hari ahad, esok hari isnin

memang dah plan dari semalam, hari ni nak masak peria, kat fesbuk pun dah habis kak jemah pukul canang bagi tahu kat dunia dia nak masak peria wakakakaka, macam la sedap sangat, tapi kalau en.laloque tak puji masakan isteri dia ni siap la haha *paksa

sebenarnya memasak tak la penat sangat

tapi bila memasak di campur melihat perangai anak yang... erm yanggg... erm... hahahaha adalah sangat menggeramkan jiwa kau tahu!

apabila kau sedang menghiris bawang, masa tu juga dia sedang memanjat kerusi dan cuba mencapai pinggan kaca di dalam almari

apabila ko sedang basuh ayam, tiba-tiba dia nak air milo, eh tak sebenarnya dia bukan nak air milo, tapi dia nak main ratah-ratah milo tsk tsk tsk... bukan kah ini menguji kesabaran di minda

dan apabila ko sedang menggoreng ayam, tiba-tiba walker anak ko dah sampai kat kaki dah, risau giler minyak terpercik kat anak aku karang niiiiiiiii

dan terkeluarlah ayat-ayat tarzen seperti

"papaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tengok la anak ni haaaaaaaaaaaa"

hahahahaha rasanya satu lorong boleh dengar suara jemah hahaha, en.laloque tu bukan hape, dia tengah bizi, bizi dengan keje dia, sebab tu la dia kadang-kadang terleka wakakakaka

dia bizi dengan fesbuk dia dush dush dush

disebabkan saya dengki, saya paksa dia suap anoi makan hahahahaha

korang tengok nisa, dia tengah buat apa, main milo ok, milo tu dia curah dengan air sejuk tu, air yang sejuk dari peti ais, saya biarkan ajer, supaya saya dapat memasak dengan tenang hiks

menu hari ahad simple ajer, peria masak dengan telur dan ayam masak merah.

dan kami pun makan secara tidak hadam, bermaksud makan laju-laju sebab anoi dah meragam :)

begini la kehidupan patriotik seorang wanita bekerja di hari ahad. eh tetiba patriotik :)

sekian

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Saturday, February 27, 2010

Perarakan Maulidur Rasul

pagi jumaat itu, saya bangun pagi seperti biasa, dan menyarung baju kurung pahang PINK seperti biasa, eceh.

tak tahu macam mana nak cakap, tak tahu kenapa semangat berkobar-kobar nak hadir perarakan :)

mungkin ini kali pertama. betul ini kali pertama saya hadir majlis perarakan maulidur rasul. tahun-tahun sebelum ni saya berjaya skip dengan cemerlang.

seperti di dalam jadual, bila kata 7.15pagi mesti ada di padang, memang 7.15pagi saya dah ada kat padang, kak jemah memang tak pandai cara-cara dan kaedah nak datang lambat. lambat seminit pun rasa macam dah berpeluh-peluh dia punya panik.

masa ni baru sampai. ramai orang takde lagi

i wish saya juga punya semangat macam mereka, semangat datang lambat dan tak rasa bersalah langsung wakakaka... ye betul, ini bukan perli ke apa, sebab biasanya kalau datang ikut jadual mesti menjadi mangsa menunggu orang. saya tak suka menunggu orang. maksud saya menunggu orang yang memang kita tahu dia sengaja sengaja lambat, bukan orang yang tak sengaja lah.

ok hentikan bebelan kak jemah, hentikan hahaha. WELL. kak jemah kalau dah start membebel. takyah cakaplah memang ngeri weiii

sementara menunggu lagik.


kakjemah, CC, bos, faridah dan kak ita, antara yang awal sampai :)


suasana :)






pagi itu memang gelap sikit, dan memang dah agak akan hujan.


tapi setakat hujan renyai-renyai jer, apa ada hal, kalau lebat pun, boleh merasa main hujan. dah lama tak main hujan hihihih

saya sebenarnya membayangkan, kalau la hujan tiba-tiba lebat. macam mana lah keadaan padang ini. adakah semua orang akan berlari. atau semua orang buat dek. atau macam mana. mesti keadaan tu akan seronok. boleh tengok macam-macam ragam orang


u know la kak jemah ni, memang menjadi satu masalah bagi saya untuk berdiri lama-lama. adakah semua orang yang bertekanan darah rendah mcm ini. adakah anda jua begini???

saya memang dah rasa nak rebah. memang dah rasa kepala nak pusing-pusing. tapi apa-apa hal pun. kot yer nak rebah pun, kena rebah yang terpaling ayu kah kah kah sempattt... so apa-apa kita tenggong dulu, kalau jatuh dalam kedudukan ni insyaAllah tak mencederakan mana-mana anggota :)

pejabat saya, antara group yang dihadapan. saya rasa 3 group yang dihadapan. saya rasa ada lebih kurang 50 group kot kat padang. ramai kan. best sangat. teringin nak ambil gambar dari atas. tapi tangan tak cukup panjang

kak jemah dan meksu yang berjalan ke bersantai ni? hahahah kitorang rasa sangat enjoy jer, meksu pun kali pertama join perarakan ni


pengalaman yang indah. pengalaman yang comel :)

selawat yang dibaca ketika berarak




Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.


sumber: http://www.al-azim.com/

erm...

rupa-rupanya best la hadir perarakan ni

saya rasa ada satu perasaan yang indah, satu perasaan yang comel, bila melihat ramai orang, dengan baju yang cantik-cantik :) dengan pelbagai ragam. dengan hilai tawa. dan juga paling indah bila terlihat momen orang yang terkejut terjumpa kawan lama. terjumpa saudara :)

sweet la.

tak rugi saya hadir.

bila difikirkan kembali, sebenarnya rugi sangat saya skip majlis ini tahun tahun sebelum ni.

dan bila dah ramai-ramai tu, berlakukan keseimbangan cas-cas positif/negetif dalam badan kita :), semakin lama, semakin seimbang dan semakin segar. kenapa lah saya tak terfikir perkara ini dulu. dan saya bertekad nak hadir lagi tahun depan. takyah paksa-paksa dan tulis perkataan WAJIB pun saya akan hadir. membawa suami dan anak-anak :) sooo sweet bukan



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

peace :)

lama betul tak makan kfc,

kategori lama jugak la kot, maksud saya adalah lama tak : "balik dari keje, lalu suami bertanya nak makan apa hari ni, saya pun menjawab KFCCCCCCCCCCCC, dan suami memandu terus ke JUSCO" yeeeeee itu la yang dah lama tak buat, sebab kalau makan kfc kategori tapau tu mungkin takleh nak cakap itu kategori lama :p


lama tak lepak-lepak di restoran KFC, sambil mengotorkan lantai hahahahaha, siyes kotor giler dikejekan dek nisa ngan anoi

wajah riang nisa membuktikan lama betul dia tak makan kfc hahahaha

ps: motip asik cakap tak makan kfc????

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Thursday, February 25, 2010

header baru yang tak semenggah


hadoii...
header apakah ini wakakaka

takpelah, pakai la sementara, kang tetiba makmah ni ada idea kang, kita tukar lagi

sape gelak, siaplah dia

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Jadual Tido Anak-Anak

susah nak didik anak ni kan

nak garang pun susah

nak lembut-lembut pun susah

takde satu pendekatan atau pun garis panduan macam mana nak mendidik anak dengan betul. ataupun walau macam mana cara yang terbaik pun yang kita guna. maksud saya secara teorinya lah kan. pun kadang-kadang pun tak jalan jugak

dalam satu keluarga ni, kena ada salah sorang garang dan salah sorang lembut

ni contoh la, kalau emak garang, bapak dia mesti kena berlembut sikit la, eh jangan ingat yang bukan-bukan eh, bukan lembut yang kategori itu, tapi berlembut dengan anak-anak, kiranya berjiwa sentimental la

dan kalau bapak giler punya garang, omak eh kena la cool bebeh.

ini memang formula dia, memang berkesan. lagi berkesan daripada formula garis lurus y=mx+c tu yer. eceh. kak jemah dah start dah nak bukak formula matematik dia, kang jap lagi kuar pulak formula kamiran ke apa, padahal dulu masa nak apply keje cashier kat makro pun tak lepas sebab ujian matematik dia gagal wkakakakaka, padahal soalan 200 + 25 mcm tu jer kah kah kah, SENGAL.

eh kat mana kita tadi :p

jadi kalau kita ada anak, kena la bincang-bincang suami isteri. sape nak garang. sape nak jadi angel hahaha. dan kena berkorban la. kalau dapat jadi angel tu memang la menjadi kesayangan anak tsk tsk tsk. tapi takpe kang anak tu dah besar harap2 dia akan faham apa tujuan kita garang-garang tu. semuanya bersebab. macam apa yang terjadi kepada saya sekarang. saya dah mula faham secara banyak kenapa ini dan itu terjadi. dan mula berterima kasih atas perkara-perkara itu. kalau dulu tak mcm tu. mesti aku tak jadi macam sekarang ni :). lebih kurang macam tu la maksud dia.

dan dalam family kecil saya pula

mama = garang tapi lemah gemalai (nak jugakkkkkkkkkkk)
papa = cool, takpe... semuanya takpe, nak main apa pun mainlah, haa tu yang sampai luka bawah mata anak dia tu wakakakaka

akibat semuanya "takpe" oleh papanya yang cool itu dush dush dush dan juga sangat melayani anaknya dengan manja sekali. ini salah satu akibat dia ni... hari-hari nisa tido lewat, kadang-kadang ganjak ke jam 1 pagi. giler betul. dia tak kasik tutup tv tutup lampu bagai. dia nak tido biar jer tv terpasang. dia akan paksa pasang chanel 613 tu takleh tukar-tukar.

seumpama bigbos dalam rumah

pehhhhhhhhhh menguji kesabaran betul. macam mana mama dia nak layan raja lawak "maggie saya sudah kembang" kalau sampikan tak merasa menekan butang remote sekali pun cis cis cis

mula-mula tu rasa mcm ok lagi, boleh sabar lagi

lama-lama saya tengok nisa makin degil pulak. dan semakin menjadi-jadi. macam ahhhhhhhhhh ni tak boleh jadi ni

hari pertama, saya tutup tv jam 11 malam, nisa dah meraung-raung nak tengok tv nak tengok tv, muka en.laloque dah sayup-sayup jer, sedih tengok anak dia nangis meraung.

sebagai seorang ibu yang berhati kering. biar jer.

"kakak nak tengok tv papa..."
"kakak nak tengok tv papa..."
terus saya nyampuk
"tv dah rosak la nisa"
"mama tipu, bukak la balik tv, kakak nak tengok kartun"

mendayu-dayu ok dia nangis, memang boleh lerai jantung mendengarnya

dia ni bukan senang-senang nak tipu dia, cerdik kemain lagi.

last-last saya biar jer

makin lama makin kuat dia nangis
pastu memberontak2
siap mengamuk2 semua.

mama dia pulak jenis baran jugak, dah la hati kering

"mama kalau dengar kakak nangis sekaliiii je lagi, kakak tido kat luar" (read: luar tu luar bilik, bukan luar rumah)

terus dia takut. terus diam dan terus tido.

boleh pulak dia tido awal. memang saje budak ni.

hari kedua, saya cuba tutup tv awal sikit, jam 10 malam saya dah tutup dah. dan nisa memberontak seperti semalam. dan saya marah juga pakai ayat semalam (sementara ayat tu masih valid kah kah kah)

dan boleh je dia tidor awal.

jadi saya buat kesimpulan. perkara-perkara yang semacam ini kadang-kadang kena guna kegarangan sikit baru jalan. dan kadang-kadang ada perkara yang kita kena guna kelembutan.

didik lah anak dari peringkat awal :)

ini sekadar pengalaman saya yang tak seberapa. yang saya belajar dari pengalaman. saya pasti pengalaman anda semua pastinya lebih dari ini :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Kita kongsi rezeki :)

Ingat tak entry saya sebelum ni, alah entry yang tersalah info tu la, ingatkan tudung ariani, rupanya2 tersalah, sebab ariani belah kanan, mawaddah belah kiri, baru perasan

sebab saya kan memang mencari-cari tudung hitam

dan kebetulan tudung mawaddah tu buat beli satu percuma satu :) dan percuma satu tu juga adalah corak yang sama

jadi saya ada dua tudung ini sekarang, saya pakai satu ajer, satu lagi nak wat apa??? :p

tadaaaaaaaaaa, tudung mawaddah :)


jadi saya plan nak buat contest, dan macam nak bagi kepada anda, my lovely muchi muchi readers :) ... seorang saje yang bertuah :p sebab tudung itu hanya satu

erm... nak wat contest macam mana ek
nak buat capture hits ke? erm... nak kena buat entry ke?

saya belum fikir macam mana lagi

tapi memang tak sabar nak kongsi tudung ni bersama anda yang bertuah :)

kalau korang ada idea, boleh la share...



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Ads tudung anda @ Viruspadu

saya sekarang tengah gila dengan tudung keh keh keh

rasa macam hari-hari pun nak jengah kedai tudung

siapa yang berniaga tudung kat area seremban atau berhampiran, dan nak saya promo kan perniagaan tudung anda di blog saya, nak sembang2 tak?

emel me at viruspadu@yahoo.com atau fesbuk saya www.facebook.com/viruspadu

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Wednesday, February 24, 2010

tudung pilihan kak jemah :p

update: whopsss ini bukan tudung ariani, ini tudung mawaddah, sori, petang tu kak jemah pegi sana balik, check2 salah pulak info haku, sory guys

semua comel-comel, semua macam berkenan di mata

RM75



RM49, beli satu percuma satu, tapi sebab design lain semua dah habis, percuma yang satu tu pun kena amik yang ni jugak hahaha,


RM55

harap-harap mendapat kelulusan peruntukan daripada auditor

:)

kalau korang minat... takyah hantar code tudung kat kak jemah hahaha, eh tapi kan kalau kak jemah jual tudung, ada sape nak beli ke?

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

kusangka panas hingga ke petang

"biasalah, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari... kiranya, ku sangka kain di ampaian bisa kering, rupanya basah jugak. eh apakah... ok esok entry blog akan menerangkan maksud ayat ini :p" ~jemah - kopipes dari fesbuk

takde takde, ini bukan entry ads ke iklan ke promo ke porno ke apa... eh hahaha ops

pandai2 jer korang buar onar hahahaha

ini entry terpaling sedih ok, dah la semalam berjaya membuat entry terpaling comel dalam hidup, hari ni terpaksa pulak terpaling sedih tsk tsk tsk

semalam :(

balik dari keje, dan yang dalam kereta masih lagi bersembang-sembang tentang kecomelan di dalam mesorat. dan terus singgah makan dulu.

ontheway pulang ke pangkal jalan (rumah la rumahhh tahu!) memang malalui playground. dan biasanya walaupun nisa meloncat2 kata nak singgah playground dan ibu bapa dia suka buat pura-pura tak dengar. tapi sebab mood semalam adalah giler punya comel. en.laloque pun singgah la. lagipun awal lagi. baru 6.30 kot.

saya dukung anoi, sambil mainkan anoi buai la slide la apa la

en.laloque terus ke kawasan yang utk orang dewasa punya exercize tu. nisa bila nampak papa dia gi tempat2 yang dia tak sepatutnya pegi, memang dia kejar punya. lasak kemain lagi. susah nak kawal

bila dah penat2 main, saya panggil nisa main slide. dan dah nampak en.laloque berjalan menuju ke arah saya. diikuti oleh nisa, lalu saya pun terus main dengan anoi

tiba-tiba dengar nisa menangis.

tiba-tiba nampak en.laloque dukung nisa.

nisa menangis, suara dia lain macam

saya pun rasa tak sedap hati lain macam

"kenapa ni papa"
"nisa jatuh"

terus nampak darah kat kepala dia

Ya Allah rasa nak pitam saya kat situ bila tgk anak berdarah

saya dah mula rasa pelik, "dia jatuh ke terhantuk kat situ"
"terhantuk kot rasanya" ~suara bersalah

saya tahu dia rasa bersalah, kuat dia peluk anak dia

ini gambar lama, saya tunjukkan agaknya macam ni la nisa main, dan tempat pemijak tu terkena muka dia, saya syak dia cuba naik, tapi tak lepas dan tertonggeng lalu muka dia terkena, ntah la saya agak2 saje, sebab saya tak nampak, dan en.laloque taknak cerita. masa tu la. dia masih trauma kot. saya pulak sedang menahan mulut dari marah-marah hahahaha dan buat-buat sejuk. saya tahu dia sedang rasa bersalah dan taknak tambah perasaan stress dia.


ini masa dah lap-lap darah, kena bawah mata.


muka sedih seorang ibu ada kat belakang :(

saya bimbang kepala hotak dia berdesing, sebab saya tak dapat nak bajet berapa kuat hentakan dia. jadi untuk langkah selamat. mari la kita melawat doktor

"papa, jom la pegi klinik"


doktor cakap, nisa tak apa-apa

dan saya memang percaya kata-kata doktor itu

sebab malam tadi, nisa lasak seperti biasa, gaduh dengan papa masa goreng gaget (naget) juga seperti biasa

dan saya tersenyum lega.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Tuesday, February 23, 2010

Hari ini sangat COMEL

saya syak, hari ini hari terpaling comel dalam hidup saya di tempat kerja

ok ok walaupun saya tak cukup tido akibat malam tadi tak dapat tido, asik memikirkan hal-hal duniawi eceh. tapi ianya tidak langsung dapat mengganggu gugat malah menjejaskan kecomelan hari ini.

"1st time dalam sejarah kerjaya kitorg... aku dan wife ditemukan dalam satu mesyuarat yang sama!! duduk berhadapan... mata bertentang mata... terase jatuh cinta pandangan pertama sekali lagik..." ~ lalok

"bila saya dengar suara dia dalam meeting tadi, saya rasa ianya comel :p" ~ jemah

yezzaaaaaaa... memang ini pestime ok

ok dulu penah la kot meeting sekali, tapi masa tu kat UUM kot, masa tu mungkin meeting kelab kenu. tapi masa tu takpe pape perasaan yang macam nak malu2 ke apa, sebab, erm macam takde sebab nak malu, kita kenal di situ pun kannn

tp sejak berkerjaya ini dan dalam erti kata lain, berjaya dalam hidup, eceh hahah tak agak2 ayat haku. rasa len macam pulak bila digandingkan sekali dalam mesyuarat.

mula-mula kak jemah plan macam, ok kita buat-buat tak kenal sudah. takyah jeling-jeling main mata ke apa, GATAL ok, me dont like *tipu

tapi masuk-masuk ajer bilik mesorat, semua orang pakat sakat-sakat kak jemah, daripada tak la malu sangat, terus muka ala2 blushing gitu, aww awww awwwww malu la ai. nak nak pulak kena duduk meja berbentuk U, dan mata bertentang mata ececece


~ mula-mula saya duk belakang dia, sempat snap gambar, last minit urusetia mintak ubah kedudukan

mata ai takleh kawal ok, asik nak terjeling-jeling dush dush dush

contoh macam, konon nak pandang pengerusi, jadi mata akan melalui wajah suami baru melihat pengerusi bercakap, lalu mata melalui wajah suami lalu memandang slide, ecehhhh over, tapi cover cover

"ok, meeting ni papa taknak cakap, papa diam jer"

ececece... dia ingat saya percaya sangat dengan sifat dia yang nak diam sangat tu. hahahaha. sayang. mama bukan baru kenal papa sehari dua ok, rasanya dah 11 tahun kot. takyahlah buat dakyah palsu seperti tidak akan bercakap di dalam mesyuarat. kalau mama yang tak bercakap itu. haaa itu kena percaya (paksa). almaklumlah ada emas di dalam mulut. eh tak sebenarnya ada kuih bingka di dalam mulut, eh tetiba

berdesup2 mulut dia bercakap. tapi takpe. saya boleh terima pendapat dia. dan pendapat melibatkan kerja yang saya rasa itu adalah tanggungjawab dia. jangan sebab ada isteri di situ. menjadikan meeting itu meeting yang tak berkualiti. perkara yang perlu didahulukan. sila lakukan. tp ingat isteri diutamakan eceh nak jugak hahahaha

ok cukup kot

biasalah

pengalaman pertama memang jakun sikit

lepas ni takde dah entry semacam ini lagi kalau.... well. pertama kali. memang jakun. hahahaha

memang jakun. kalau kali pertama.




saya rasa saya tak pernah puas melihat wajah suami, tak pernah puas walaupun merenung wajahnya 24 jam sehari. kenapa hati saya masih rindu walaupun dia ada di depan mata :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Monday, February 22, 2010

ini lawak

saya memang nak update

tapi kan

tapi kan

tapi kan

tapi kan... maggi saya sudah kembang...

kah kah kah kah

kelakar siot... siapa tengok?

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

baby yang comel

present to u, baby sulung ijai, adik ipar ku

gigih ni balik jugak rantau pagi-pagi buta hari ahad, padahal badan penat nauzubilah. terbayangkan bini dia dah nak balik ke rumah omak dia, harus la kan dia pantang kat rumah mak dia. kocoh kacah kak jemah nak tengok baby punya pasal. itu hari tak sempat tengok baby pasal baby kat NICU

Yana Zahirah :)


pandai pulak tu senyum amik gambar dengan maklong


cooo cuwit la baby yana ni

ahad lepas saya adalah hijau, saje pakai baju hijau, sebab gatal nak pakai tudung baru yang berharga RMXX ini hahahaha baru beli ok... tu yang semangat lebih tu... ok teka teka berapa harga?

masa ni bergerak ke kenduri doa selamat masuk rumah baru sepupu en.laloque

hari yang memenatkan. hari yang terik. hari yang best kalau jemur kain. sekejapan dah kering.

air! air! air!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

plan yang tak diduga

en.laloque baru balik dari membeli bahan-bahan basah.

ahhh leganya

saya pun dah selamat menyental dapur dengan gigih sekali. terima kasih la nisa atas kerjasamamu main tolak2 walker anoi sampai mengekeh2 dia gelak gembira. berkilat-kilat wei dapur kak jemah, SUCCESS! bangga-bangaaaaa... terima kasih la keluarga, sebab korang nak datang, terus berkilat2 dapur andak, kalau takkkkkkkkkkkkk

saya memang dah pesan kat en.laloque, beli dua jenis lauk. pastu saya masak sup sayur dah la kan

"papa, tolong potong-potongkan sayur dulu, mama nak mandi jap"

giler, mandi pun belum wakakaka... bucuk bau macam

wei korang, see see bukan andak ok yang potong sayur tu, pandai jer korang syak andak, mana mungkin andak potong macam tu hahahaha eceh cover cover :p

turun dapur, terus masak.

"mamaaaaaaaaaaaa... akak dah sampai tu"

dan bermula lah muka buat-buat steady kak jemah hahaha, tadi kemain bagai nak rak dia punya kelamkabut. sekarang terus muka macam cool giler.

well.

"mana yang lain"
"ntah, tadi ayi call, dia baru gerak dari rumah"

apa lagi membebel la akak, dia igt dia lewat, rupa2nya dia la juara yang sampai dulu, tu la korang... kan akak dah marah dah

takpe kak, takpe, makan dulu, penat ok andak masak... eceh masak kata ko, eh ok pe, masak sup sayur,

dan kaklang, ayie, atam pun menyusul kemudian, dan akak pun membebel2 hahahaha, bagus kak bagus, dorang memang patut kena bebel


akak dipaksa untuk buat air asam, dan air asam yang super duper pedas sehingga bisa memanaskan vontot kelak semasa cir bir hahaha

sesi mengumpat kaklang yang tak pernah update fesbuk dia

jangan tanya kenapa ada objek mistik dalam gambar, sape tanya siaplah dia dush dush dush

kesian en.laloque dari petang sampai ke tengah malam, sini ajer la tempat dia. bakar bakar bakar

"mama cukup ke ni?"
"cukup kot"
"kejap lagi abah nak datang jugak kan"
"a ah"
"papa kuar jap lah, beli lagi"

tgk tgk, kemain mithali lagi. hahaha puji laki sendiri. bukan apa, ada yang panas mata lak baca kak jemah suka puji laki dia dalam blog hahaha. aku pedulik hape, takkan aku nak puji laki ko pulak dalam blog aku kan. pui!

tak sangka abah sudi menjengah ke rumah andak, sebab abah saya ni kan memang payah sikit nak join, macam-macam la alasan dia, kedai takde orang jaga lah apa lah. tapi bila dia sudi datang dan lepak2 takde ajak2 balik cepat. wahhhhhh terharu weiii.. i love u la abah.


rumah saya riuh giler.

almaklumlah budak2 ramai kan

yang budak kategori dah akil baligh tu memang dah behave sikit la, masing-masing online jer la keje dorang. kaklong ngan angah memang lepak bilik saya jer, sorang online desktop, sorang online kat lappy pink, akak pun bawak laptop, kaklang pun bawak. seb baik rumah saya memang saya pasang wireless, so dah jadi CC ke apa hahaha. boleh wat berniaga neh :p

gelanggang futsal yang telah berjaya memecahkan mentol lampu warna warni hahahaha

berbekal kan bola pink nisa yang lembut-lembut itu, bola tu sbnrnya lebih kepada bola pantai yang main dalam air buat pelampong tu

tp korang tahu la dah ramai-ramai tu kan. idea kepala hotak masing-masing semuanya terlebih kreatif lak tu. tu pasal terus bukak gelanggang futsal tu

kaklang tak padan dengan perempuan, sama naik jer dia. kelepek-kelepek tangan dia mengetuk kepala sekor2 yang curi bola dia hahaha, lawak giler

bila geng futsal berehat, makyong n the geng lak lepak. best lepak luar ni sejuk sikit

atam prektis jaga anoi, ditemani ibu bapa tersayang

ini sesi bila tak tahu nak makan apa dah. ikan ayam kambing hotdog semua dah licin. jadi aktivitinya adalah mengeluarkan kisah silam sambil tergelak bagai nak rak

"andak ngan atam la ni, dulu apasal ko main penyapu lidi mak, korang ingat tak"
"tak ingt la, nape kak ek"
"alaa... ko lerai2 kan penyapu lidi mak, lepas tu korang cucuk2 kat cekodok, konon nak buat macam satey"
"hahahahaha ye ke"
"teruk mak mengamuk masa tu, terus mak amik hanger, rotan korang"
"hahahahaha"
"akak jugak la datang menyelamat kan korang, siap halang2, mak siap marah2 akak, haaa ko beking la adik-adik ko ni"

hahahahah kelakar giler la, dulu masa kecik, saya memang la geng dengan ceera, memang geng giler la (sampai sekarang pun), geng gaduh dia, geng ketawa pun dia, so memang setiap kejadian yang kelakar sampai kena rotan dengan mak, memang dengan dia. dan akak saya memang selalu jadi resque menghalang mak daripada rotan kitorang. kesian akak. selalu dia kena rotan sebab nak beking adik-adik dia yang nakal tahap dewa punya masa kecik tsk tsk tsk

teringat lagi masa saya main kayuh2 tayar basikal, kendian ceera yang bijaksana lalu memasukkan jari dia dalam tayar. memanjut darah bila jari dia putus. terus pucat lesi takde darah dah muka saya masa tu. ok ok kalau nak tahu kisah selanjutnya kena tanya ceera haha

muka kaklang tengah cerita kena rotan dengan tok me'an sebab tak pandai ngaji, giler punya sungguh2

sementara geng2 kat luar riuh, ini geng masak-masak dan geng berangan. lantak korang lah

"siapakah yang paling cantik dalam dunia ini" ~pinjam ayat berangan kakcik

sebenarnya nak tunjuk jari yang tercedera akibat nak potong bawang. nampak sangattttttt...


ini pulak geng karok

ye lah yelah tv ruang makan rumah andak kecik.

apa kata korang wat derma kilat sekarang :p hahaha kecik2 pun boleh karok ok, kelas kan

setelah makan makan makan dan perut dah kembung dah. esok sape timbang berat dia naik, jangan salahkan timbang rosak ek, korang memang asal naik jer timbang rosak, kalau turun tak pulak korang syak timbang rosak hiks

masing-masing mohon izin pulang, jam 11 malam.

rumah kembali sunyi.

bila korang nak datang lagi ni.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Sunday, February 21, 2010

jangan terkejutkan makmah macam ni

pagi sabtu itu bermula dengan sangat tidak bersemangat, sebab macam takde plan langsung, BOSAN.

pagi-pagi en.laloque dah meninggalkan saya dengan anak-anak. dia gi servis kembara. saya pulak berkungfu kuntau la dengan nisa dan anoi.

nisa takde papa dia, dia behave sikit, so senang jaga sikit. anoi pulak memang manja giler ngan saya, kalau dia dengan papa, dia behave, kalau dengan saya jangan harap la, asik nak berdukung ajer. nisa senang, saya bukak channel 613 jer, terus setel. anoi takdenya gitu. asal letak jer meraung, dukung jer la kejenya, bangun awal-awal pagi lak dua-duanya...

tengah kecoh sorang-sorang melayan anak, uteh aka erieq telifon

"ha nak apa?" ~garangnya andak hahah
"andak tido ke" ~aku tgh bersilat ni, dia kata tido la pulak
"taklah, nape"
"tido la tu"
"ek eleh, ko apa halll"
"saje kaco andak"
"hampeh, nape sbnrnya ni"
"kita nak gi umah andak"
"ha apa dia"
"mak ajak kita gi umah andak"
"ha bila?"
"jap lagi la"

terus call en.laloque menyatakan khabar berita tergempar ni, kalut beb! terus terbayangkan dapur gas yang berkarat lama giler tak sental. ini kalau dibiarkan tak sental ni. bakal mengundang maut ni. osah cerita berkarat dapur jemah akan menjadi hot stori selama 3 tahun berturut2 hahahahaha.

sambil sebelah tangan dukung anoi, sebelah tangan sental toilet dulu. cover beb cover.

lepas tu. sebelah masih dukung anoi. sebelah tangan sidai kain.

pehhh wanita besi bukan? :p

masa ni dah berzikir dalam hati dah, bila laki nak balik niiiiiiiiiiiiii...

ok suh nisa mandi dulu, sementara tu lipat kain.

sekali terkejut. gedebushhhhhhhhhhhhhh (bunyi kaca pecah... eh mcm tu ke bunyi kaca pecah hahahaha... takde langsung ooo, tapi tak tahu nak wat sound efek cane)

nisa main mangkuk nestum anoi masa mandi, main cuci2 la, main air kekdahnya, terus melompat la saya dari melipat kain.

ok sekarang korang bayangkan.

saya bangun2 tu terus anoi nangis sbb saya tak dukung dia kan. saya terus menjerit.

"kakak jangan bergerak, berdiri setempat"
takut dia terpijak kaca. tapi perempuan ni bukan dengar cakap orang. nak jugak dia bergerak kiri kanan tu, hangen gua.

"jangan la bergerak kakak, bahaya ni" suara dan makin kuat, suara anoi nangis pun makin kuat. diikuti suara nisa pun nangis kuat2 giler.

mana saya nak kejarkan dulu ntah. saya nak suruh nisa kuar dari toilet dulu sementara saya nak kemaskan kaca pecah tu. (anoi masih meraung macam ada semut api dalam baju). tetiba dia kata "kakak nak berak, kakak sakit perut" ah sudahhhhhhh...

terus saya suh dia berak dulu. tiba2 dia gonyoh mata kata mata dia pedih

adoiiiiiiiiiiii... anoi tolong la berhenti nangis jap, nisa dah nangis2 kata mata dia pedih. saya dah panik takut mata masuk kaca ke apa

kang mama nangis sekali kang ni.

dah dia kata mata pedih, terus dia kata tak jadi nak berak. saya dukung dia. keluarkan dari toilet. dukung anoi. telifon papa

"papa kat ner"
"papa kat tesco, nak beli barang-barang"
bla bla bla bla
terus ngadu2 semua. terus en.laloque cakap, jap lagi dia balik

bila saya cakap kat nisa, "kakak pedih lagi mata tak, kalau pedih, kita gi hospital kejap lagi"

nisa memang takleh dengar "hospital" dengan "jumpa doktor" hahahaha

"mama, kakak dah baik dah"

aikkkkkkkkkkkk... hahaha mesti dia buat cerita pasal takut kena marah ni, tapi takpelah, syukur alhamdulilah. risau giler ok. memang pengajaran lahhhhhhhhhhh

terus turun dapur, lepas tu baru teringat wujudnya walker dalam rumah aku ni wakakakak sengal betul la, tangan sebelah dah naik masel baru teringat ada walker, boleh je letak anoi dalam tu hahahahaha SENGAL.

paksa nisa main ngan anoi. saya pun mulakan operasi menyental dapur

gonyoh2 takmoh hilang kotoran degil itu.

takpe gonyoh lagi. yakin boleh. yakin boleh.

"papa kat ner"
"dalam kereta dah, jap lagi sampai"
"ok ok"

terus saya sambung menyental dapur.

"mama, kaklang kata dia pun datang"
"ok kalau macam tu, papa keluarlah balik, beli apa-apa"
"ok"
"eh papa beli benda untuk bakar-bakar pun ok kot, lagi senang"

bersambung...

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Another unsangkarable Plan

atau dalam bahasa omputihnya, rancangan yang tak di duga

coming soon :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Friday, February 19, 2010

Ini Bukan Mengidam, Ini Mengada-ngada

tadi penat wei

main pingpong lagi, gantikan officemate yang tak sihat, macam la kak jemah terer nau nak ganti-ganti orang main kan. takpelah belasah jer la. kalah menang belakang cerita. komplen pun takyah la.

ni nak komplen sikit ni hahahaha. tetiba komplen. tapi tak tahu kategori komplen ke mengadu ke hape ntah.

kadang-kadang tensen dengan segelintir orang. yang bila orang suruh dia handle dia taknak. bila ada orang lain yang volunteer nak handle, dia komplen itu salah ini salah, sepatutnya begitu, sepatutnya begini. kalau kau dah pandai sangat. apsal ko tak handle je kan.

ini yang acik nak membebel ni.

jadi sebab tu la. saya ni bila ada orang volunteer ke apa ke, saya mesti nak bagi kerjasama penuh. kira kalau ada terkurang terlebih tu diam-diam sudahlah kan. well. itukan perkara biasa. sebab macam kesian kat dia buat macam-macam plan. ingat senang ke nak handle orang. cuba handle kambing tengok hahaha tetiba kambing.

ok sebenarnya saya saje saje je membebel, takde kena mengena pun dengan agenda pingpong saya tadi hahaha. tetiba teringatkan isu-isu macam gitu jer.

eceh, cover nampak wakakakaka

ok ok, bila urus setia mintak saya gantikan orang. walaupun saya sedang gigih menyiapkan slide presentation (ke main cafe world kah kah kah). ok takpe belasah dulu.

bila bersukan ni, walaupun ko main memang jenis kelaut... campak dia campak dia kelaut ceh tetiba hahaha. tapi sebenarnya fun ok. semua stress hilang. tapi dengan syarat ko punya team tu bukan jenis kalau kalah nangis la kan. kalau dapat team macam tu main pun stress jer. baik aku sambung main cafeworld. eh tadi kata buat slide hahaha kantoi!

semasa saya gigih mengalahkan diri bermain pingpong versi sopan terliuk lentok, tetiba pompomgirl datang untuk menjadi pembakar lemak hahahaha eh tak la mesti la menjadi pembakar semangat gitu. kalau mcm ni mama kalah pun mama rela.

kalau en.laloque kutuk aku main vudus, memang dah plan dah nak pukul bola kasik kena bulu kening belah kanan dia. hahaah macam terer. seb baik dia senyum-senyum jer. kalau tak malam ni tido luar. ganas kak jemah! (imaginasi jer)

ok ok fine kak jemah kalah. dapat mata pun sebab main tipu. sergah hadibah ngan faridah sampai dorang terkejut lalu tak dapat memukul bola hahaha. jahat ooo kak jemah main tipu. kemenangan tipis jer. bagus jugak teknik2 sergah ni. kalau tahu buat dari awal. mesti menang dah.

takpe takpe. heroin kalah dulu (tapi tak tahu bila boleh menang haha)

"papa... dah lamaaaaaa mama teringin nak minum rootbeer float tu"

eceh eceh... bercakap sambil buat muka terliuk lentok dan suara macam serak2 basah. sebenarnya taktik ni dah lama dah takleh pakai dah. tapi takpe try n error je la kan.

yeyyyyyyyyy berjaya, sesi menggantikan lemak yang terbakar tadi menggunakan kaedah y=mx+c eh tetiba lagi.

tengah-tengah sedap makan

"mama punya beg mekap tertinggal kat opis la"
"hadoiiiiiiiiiiiiii"

terus habissssss hilang mood makan. makan pun dah takde selera dah tapi pelik sebab habis licin.

pelik kan.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

tiada niat lain, melainkan

mengeksyenkan cincin pink yang berharga RM15juta ini hahahaha

hepi weekend friends :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

kenapa berbakat menyonteng sangat ko nisa oi

"kenapa kakak conteng pintu ni"
*diam
"kertas kan banyak, kenapa kakak conteng meja jugak"
"kakak nak tulis"
"yelah tapi jangan la kat pintu, sekarang padam balik"
"kakak belum beli yang padam-padam tu" ~maksud dia pemadam kot
"takde... kakak, kakak dah buat salah tahu tak ni, mana boleh jawab-jawab macam tu"
"elehhhhh, mama ni kann... kakak kan belum beli padam-padam tu, nanti kakak beli, kakak padam la, tahu"
"takde tahu-tahu nya, gi basahkan kain, lap sekarang"
"kecoh jer mama ni, mana kain?"

korang tengok nisa sekarang hahahaha... gaduh dengan dia best, tapi geram. sebab ada jer jawapan dia. siap eleh eleh kan kita lagi.

tapi dalam pada dia membebel2 tu, dia amik jugak kain. dia basahkan. dia lapkan sampai hilang kesan conteng-conteng hahahaha... sebijik perangai papa dia. bising-bising pun buat jugak. hahaha

tak habis-habis ayat dia masa lap pintu ni "eee mama ni kannnnnnnnnn"

so sweet la nisa

saat yang tak ternilai

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Thursday, February 18, 2010

bateri kembara yang sudah kong

"mama, nak ikut tak papa gi beli bateri kembara ni"
"erm erm erm..."
"taknak eh"
"oi ikhlas tak ajak ni, mama tak cakap apa, terus cakap taknak ooo, merajuk la macam ni"
"mama jawab lambat sangat, igtkan taknak tadi hahahaha"
"mama tengah berfikir"
"cehhh"

dan dalam panas-panas terik menyinga itu, kitorang pun gambel la cari bateri kembara, memang gambel ooo, sebab tak tahu nak beli kat mana. kiranya di mana bumi dipijak la ecehhh (tak kena langsung), kiranya main jalan jer, jumpa workshop terus benti tanya

bateri NS60 untuk kembara, dan NS40 untuk viva, dah alang-alang beli, beli sekali dua-dua, benda-benda macam ni takleh tangguh2, bahaya. tak pasal-pasal je karang kena amik E.L sebab kereta takleh start. kembara memang takleh start langsung tu, seb baik ada viva lagi. kang kalau viva pun buat perangai kang. sape nak jawab tu

kitorang beli bateri kering, senang takyah sibuk nak tambah-tambah air

"tokei, kitorang beli dua2, lu kasik murah la"
"ini bateri pun takdak untung lo"

selalu jawapan mcm tu, takde untung hahaha, kalau tak untung, apsal ko jual hahahaha, eh takde la... saje sakat tokei tu jer

sekadar info, tak tahu la murah ke mahal, sebab tak survey tempat lain pun

NS60 = RM200
NS40 = RM170

kejap je beli bateri, lepas tu terus singgah makan rojak, terus lepak2 bilik en.laloque.

nampak mata kak jemah macam sepet2 sebelah itu (bukan sepet88 ek)

hari ni kak jemah kat opis pakai spek nak cover mata yang ada saki baki bengkak, tapi dah nak hilang sangat dah, rasanya esok dah pulih sepenuhnya dah

dan hari ni, dorang panggil kak jemah sebagai "CIKGU JEMAH" sebab muka terus jadi muka ilmiah giler

sekian dari cikgu jemah

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Wednesday, February 17, 2010

An-Nur sudah 8 bulan :)



zoom in :)



cepatnya masa berlalu

lepas ni kak jemah makan dah boleh hadam dengan betul dah hikhikhik

pengalaman terindah

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Jika saya ada duit ...

masih berfikir-fikir, jika saya ada duit...

saya nak beli jam ke henbeg?

tadi jalan-jalan sempat jugak saya snap beberapa jam yang macam bekenan di mata

putih sesuci hati ku, eceh


u pink my heart, :p


eh.... browne (takde idea haha)


eh ni pilihan en.laloque, utk dia la, bukan utk bini dia.


erm... tadi pun macam ada bekenan sama satu henbeg, tapi macam segan pulak nak snap gambar henbeg tu, tgk sok sok macam mana, kot terputus urat malu kang, kak jemah snap gambar henbeg pulak

phewwwwwwww... henbeg ke jam ek?

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

udang itu fresh dari ladang

fresh dari ladang

ish ish ish gilo ke apo kak jemah korang ni wakakaka

eh tak lah, udang tu memang fresh sbb baru dapat tuu, husband si sera yang menjaring, eh udang kategori menjaring kan? hiks, dapat banyak-banyak terus dia bawak ke rumah kaklang

dorang dah buat bbq sambil layan gitar + karaoke sabtu tu lagi

disebabkan dah join weols mandi manda tu, terbukak plak rahsia pasal udang, tiba-tiba mak pulak boleh termimpi malam tadi makan udang hahaha betul-betul kebetulan. dan jugak kaklang terpaksa mengcoverlinekan yang dia tak bawak cekodok. penat ok kitorang tunggu cekodok kaklang, last-last tak sampai. jadi dia ajak weols bbq kat rumah dia malam tu jugak.

yahooooooooooooo (takde dotcom eh, jangan ngada-ngada)

dan petang itu dia sms

"jadi tak datang rumah alang"

opss dia sms kat henset saya, tp hari selasa baru saya baca hahaha sori kaklang, enset andak bateri kongkalikong, charger tertinggal kat opis lak tu, berlolah hari isnin gi tesco beli charger baru hokey hahahaha

disebabkan saya tak balas-balas sms dia, tensen kot dia, terus dia call en.laloque

tiba-tiba kedengaran teriakan en.laloque memecah bumi ceh over :p

"mama, kaklang tanya, jadi tak gi rumah dia"
"ha jadi jadi"
"kaklang cakap kul 7"

*smileeeeeeeeee

tapi 7.45 baru bergerak dari rumah mak atas masalah-masalah teknikal (konon)

ingatkan udang saje, rupanya2 ada kambing, ada kentang, ada ayam, ada... macam macam adaaaaaaaaaaaa

cayalah alang, cayalah sera, I LOVE YOU lah, eh abanglang sekali ek :p

makan makan bbq di iringi lawan badminton, siap buat jadual sape lawan sape, kelakar pulak


udang yang telah masuk dalam mimpi mak hahaha


rasa makan macam taknak benti jer

bukan apa, sebab mcm best giler

duduk je makanan sampai, duduk jer makanan sampai

pastu akak sampai, ode sampai, kakcik sampai, atam sampai, terus makan secara tamak

"eh apsal korang sampai awal sangat ni"

hahahahaha giler nak melantak banyak-banyak hahahahaha, pastu perut gelembong gelembong, pastu pelik kenapa jadi mcm tu, hahahahahaha

erieq yang menambahkan warna dalam suasana kami, ecehhhhhhhhh ayattt


tukang masak yang di import dari kuantan, suami sera, sera tu adik abanglang, bermakna ipar kaklang, tapi sebab diorang ni memang layannnn, tak rasa pun macam ipar2 biras2 tu semua, rasa macam adik beradik je dah semua, rasa ngam giler weiii


siapakah yang berkepala LOVE itu hikhikhik, cover jangan tak cover!


"eh andak belum makan lagi tau, tadi andak nolong kat dapur jer, penat lagi"
"cehhhhhhhhhhhhhh blah la kauuu"

dan kemudian kami beramai-ramai melayan "kasih" yang macam seram seram kuku itu.

sekian.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^