Wednesday, March 31, 2010

Ukur Jalan Midvalley :)

CC tegur saya "zai, semalam cuti macam berjanji pulak dengan su ye"

uhuk uhuk uhuk. oh ye kat opis ni memang ramai suka panggil saya zai. walaupun saya tak gemar dengan panggilan tu. tapi takpe. zai tu pun tetap nama saya hahaha. kalau nak panggil maria pun saya tak kisah. inikan pulak zai kan hiks

"bukan macam CC, tapi memang berjanji pun"

hahahaha ini kita namakan dia sebagai "PLAN OPS" ~cipta sendiri tanpa persetujuan mekchu hahahaha

dari minggu minggu minggu minggu lepas lagi kitorang plan nak gi jalan-jalan shopping kat midvalley. ibu-ibu memang macam ni. nak gi shopping sabtu ahad sebelah tangan dah masel dukung anak. memang jiwa tak tenteram. jadi jalan terbaik adalah PLAN OPS hahaha amik cuti dan yadayadayadadadaddadaada... SHOPPINGGGGGGGGGGGGGG

siap kitorang mengadap2 dalam bilik. pegang diari. pilih tarikh

"minggu ni bizi, ada meeting pung pang pung pang"
"hari ni tak boleh, sebab kita kena buat ni"
"tinggal minggu ni, tarikh ni amacam"

hahahaha senang sembang dengan mekchu sebab sama seksyen, sama keje. lalalalala. bilik pun sebelah-sebelah. kiranya kalau nak tiba time makan tu. main angkat angkat kening jer dah paham la hahahaha. maknanya "jom la makan, ko tak lapar ke" hahahaha itu pun cipta sendiri tu :p

hari isnin
"sok macam mana" cakap siap pelan-pelan. dikhuatiri jiran sebelah menyebelah dengar lalu nak follow hahahahaha
"kita gerak jam bla bla bla"

plan nak pakai baju persahabatan pun tak jadi. eceh.

pagi itu. saya follow en.laloque pegi keje dulu. sebab janji mekchu amik kat opis kul 8.30 wuwuwuw. kitorang plan naik komuter je uols. nak bawak kereta kang letih nak drive nak parking apa kejadah tu semua. lepas tu mesti bila dah letih shopping kekdahnya kaki dah lenguh2. apa kes nak drive kan. kesian la mekchu. saya tak drive ihiks

jakun giler kak jemah nak naik komuter hahahaha.

masa ni saya terbayang yang orang duk cerita pasal orang giler se**x yang suka bergesel2 dengan perempuan dalam komuter.

giler menakutkan.

saya bukan boleh benda-benda dan cerita-cerita yang mengerikan macam itu. dengar pengalaman orang je pun saya rasa macam nak nangis.

bila saya takut. muka saya akan menten masam ajer. konon-konon saya garang la hahahaha. lepas tu akan cari tempat duduk yang macam ... siap kira diameter jarak dengan pintu , pencahayaan apa kebenda semua hahahaha sebab tu saya nak kemana-mana mesti bawak husban saya. takpun dengan orang yang betul2 kenal dan percaya je.

sejam jugak baru sampai. tu pun setelah memilih masa yang sesuai orang tak ramai.

apa plan kitorang gi midvalley?
takde apa hahahaha. saje nak tengok-tengok. kalau bekenan beli. mudah bukan! :)

saya terbeli. legging.

memang saya tercari-cari sebenarnya

tapi biasanya yang saya jumpa konfem singkat.

kalau tak sampai lutut. mesti atas buku lali. yang ni baru jumpa betul-betul bawah buku lali. kat ELLE. ada diskaun. tu pun fikir 40 juta kali baru beli. mahal ke murah mahal ke murah. berbaloi ke tidak berbaloi ke tidak. ye lah setiap sen itu adalah keringat ok eceh. saiz S yang last. saiz S ni bukan bermakna kecik atau saya kurus hahahaha (point ko apa jemah) tapi saiz M dengan L dia bapak la panjang nak mampos. gilo apo, terpaksa beli sebab dia kata S last item hahaha. kalau dia tipu siap la dia.

jalan-jalan tengok kasut. dan tidak memPLAn nak membeli kasut :p tapi kasut ni kalau ada diskaun sebanyak 80% memang saya beli wakakakaka

clarks :p
RM236 kot. kot la. sebab tak berapa ingat. yang ingat harga dia dua ratus lebih lebih :p

masuk-masuk ajer kaki. pehhhhhhhhhhhhhhh terbaik ah kasut ni. lembut giler dalam dia. lepas tu kak jemah terus berangan jutawan dan membeli kasut semacam itu 11 pasang hahahaha. kalau nak beli pun beli dalam hati je:p

pancake durian :)


saya mencari sehelai baju. atlis dapat sehelai pun jadilah dah berlelah-lelah datang dari seremban ni kan :p

tapi cari cari cari.

dah berkenan lengannya pendek. dah berkenan mahal nau la pulak. dah berkenan jarang pulak kainnya.

jadi. apa yang kau beli?
legging hitam dan buku little einsten untuk nisa :)

kitorang pulang jam 3 petang. dengan kaki terjengkut-jengkut kepenatan. tapi puas hati beb. puas hati.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

...



waktu untuk berehat sebentar. :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Monday, March 29, 2010

kesederhanaan

ini malam sebelum 25hb.

kak mas taska, pesan. esok belikan belon. maknanya kat taska nanti masa nak potong-potong kek, budak-budak boleh main belon sekali :)

bololah la kitorang gi kedai kek, cari belon dan apakemenatang tu semua.
nisa nampak kek.

kek merah jambu. terus dia loncat-loncat. xcited sangat dia nakkan kek merah jambu

"mama hari jadi kakak, kakak nak kek merah jambu tu"
alahai sodeh lak. tapi macam terfikir jugak. sape lak nak makan kek ni karang hahaha. saya bukan penggemar kek. en.laloque lagi la tak. anoi lagi lerrrrrrrrrrr. nisa stok main krim sepah2 dia terer la. huk aloh

so beli yang kecik. takpelah. untuk kita sambut family kita je

kek untuk amik gambar je hahahahaha. lepas nisa tiup lilin. dia potong kek. amik-amik gambar. terus simpan dalam petiais hahaha. adoila. pembaziran sungguh
sebab dah ajar makan sebelum pukul 7 malam kan. masa ni hari dah gelap dah. rasanya dah pukul 8 ke 9 lebih macam tu. masing2 mood nak makan dah takde dah. tu yang terus simpan je tu. esok esok la makan.

hadiah hari lahir nisa, scoter pink dan basikal hijau :)




25hb :)

seperti yang di plan. nisa sambut hari lahir dia kat taska. tapi apa kena tah. plan semua macam tak jadi. kesian nisa. dah beli baju "pusing-pusing" hahaha nisa panggil baju ni baju pusing-pusing. sebab baju ni kan kalau dia pusing nanti kembang haaha.


kebetulan maklang penjaga tu dia ada checkup. balik lewat. tunggu punya tunggu maklang balik. dah lewat. semua budak pun dah balik. tsk tsk tsk.

so tak dapat sambut besday nisa.

esok je la

26hb.

disebebkan semalam tak sempat potong kek sebab kawan2 dah balik. so ni kawan2 dah berkumpul baru lah potong-potong kek. makan ramai2 baru bestt


saya rasa nisa hepi je kot.

Nisa hepi kan sayang :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

aku dan dia :)



:)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Sunday, March 28, 2010

Anda Tanya Jemah Jawab: Tutorial NetworkBlog

FiEza_HaMiD said...

ok kak VP, saya dah masuk kat ruangan yang betul. akak panggil saya fieza jek ek..nak tanya,camner akak publish akak nyer blog kat facebook guna networkedblog. bantu saya ek kak..tq. xctly saya SR akak..cuma kali nih jek nak tanya akak, sobab ea den tak tahu nak wat..wawawawa


phew! lama giler korang tanya saya kan. macam mana nak register networkblog ni?

Network blog ni. fungsi dia. bila kita update blog. dia akan otometik updatekan dekat fesbuk korang jugak. bila orang klik kat fesbuk. dia akan terus ke blog kita. ada faham kah?

ok macam mana nak register ek.

nasib baik kebetulan en.laloque mintak saya registerkan networkblog dia. so saya amik kesempatan ni terus buat printscreen step step dia. kalau tak memang tak dapat la nak tunjuk :)

ok jom mula.

1. mula-mula masuk sini
http://apps.facebook.com/blognetworks/index.php

2. kemudian, klik HOME


3. Register New Blog


4. ok masukkan maklumat korang


5. Lepas tu klik NEXT

6. Lepas tu paparan ini akan keluar. Klik YES


7. letak widget dalam blog. copy code dia masukkan dalam blog


copy code macam kat bawah


8. masuk dalam blog korang. add gadget. pilih HTML code. paste kan code tadi

klik save

so kat blog nanti akan jadi macam ni la


ingat ek letak code kat blog dulu. baru klik verify tu ok

9. klik verify widget


10. pastikan verification successful. lepas tu klik NEXT


11. belum habis lagi. :) klik feed setting tu dulu


12. klik "membenarkan menerbitan" hahaha lain pulak bila translate ke malay kan


13. ok boleh test. tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


SELESAI.

rasanya mudah je kot kalau korang pilih step ni :)

ok selamat mencuba.

harap tutorial ni mudah dan dapat membantu korang


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

beli minyak masak bukan mudah :p

betul.

tapi ianya terjadi kalau membeli belah dengan suami, suami yang macam ini maksud saya

dia tanya kita. lepas tu kita jawab. lepas tu dia bukan nak dengar.

sebenarnya dia tanya pendapat kita tu. sebab dia sengaja nak tanya. atau sebab dia saje-saje nak tanya je kot. padahal dia dah ada plan lain dah. sebenarnya pendapat kita memang tak diperlukan hahaha siot betul

"mama nak beli minyak apa ye"
"amik je la minyak yang biasa tu. minyak cap buruh dah la"
"...."
"minyak jagung pun ok"
"..."

ah suka hati kau la hahaha

"ini ok"
"ok"
"ini ok tak"
"ok je"
"yang ni macam mana"
"ok"

grrrrrrrrrrrrr

see. bukan mudah nak beli minyak masak
boleh jadi gaduh :p hahahahaha


eceh. ini la keseronokan bershopping dengan suami sebenarnya. momen yang membahagiakan :) i love you papa (cover balik hahaha)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

ini bukan hang kebun

ini bukan hang kebun

ini Hang Nisa :)

ha. ini la hang kebun :p lariksssssssssss


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Saturday, March 27, 2010

KK Home Deco, Nilai 3

pagi tadi. kitorang gi KM Plaza, amik seluar yang en.laloque tempah itu hari.

hurm. hari sabtu ni macam bosan giler.

semalam nisa ikut atok nenek balik rantau. sebab esok dorang nak berjalan ke keratong. ok la. takde apa hal sangat.

pagi-pagi hari ni la.

anoi macam sunyi je kakak dia takde. yelah nisa dengan anoi rapat giler kan. tadi masa kitorang keluar makan tengahari. ada budak baya-baya nisa. pakai baju pink jugak. anoi tenung je budak tu. lepas jerit panggil-panggil. lepas tu tiba-tiba mama dia lak rasa macam nak nangis. SEDIH. sedih tengok adik yang rindu kakak dia. tsk tsk tsk. apa ke tacing sangat jemah ni hukhukhuk

ontheway balik rumah.

"jom kita pegi nilai 3 nak"
"huh"
"papa boring la asik jalan-jalan seremban"
"nak cari apa?"
"takde apa, saje nak tengok-tengok barang"
"erm. atlis kalau papa ada plan. senang kita nak tuju"
"papa nak tengok set meja makan lah, haaa kita pegi KK Home nak"

terus senyummmmmmmmmmmmmmmm

lamaaaaaaaa tuuu tak jengah sana. lama sudah meninggalkan minat sendiri.

rupa-rupanya KK Home Deco dah ada satu yang besar kat depan kan. giler lah kagum

wuwuwuwuw kagum :p

kitorang memang takde bajet nak beli. tapi en.laloque dah plan nak deco ruang tamu.

korang tak tahu. sekarang bukan saya yang giler english style. tapi laki saya yang lebih hahaha. so deco untuk ruang tamu dia dah fikir-fikirkan dah sikit-sikit.

dia kata. dia nak tengok dulu. nak kumpul idea. nanti baru datang balik beli

nah ni saya snapkan untuk tatapan korang. nak listkan harga memang tak dapat la. tapi cuba korang klik gambar. rasanya ada yang harga dia lekat dekat barang.

ni kalau dapat ni best ni



lampu meja ni pehhhhhhhh kalau dapat laaaa memang terbaik


apa-apahal saya kena cat ruang tamu rumah saya dengan warna pink dulu :p



cun wooooooooooooo cermin tu.


katil ni kalau nak beli kena tunggu anak2 besar.


berangan. kalau la ini rumah sendiri



en.laloque plan nak beli almari ni.



ini saya suka. boleh letak pasu :)



uish cuci mata betul :)

geram-geram jiwa raga dibuatnya. tapi takpe. plan betul-betul. sebab benda2 macam ni makin lama makin banyak yang cantik-cantik. kan. (pujuk diri sendiri)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Padamkan Lampu Kediaman Anda :)


tak lama kejap je, 8.30 malam sampai 9.30 malam

cuma kalau ada anak kecik memang susah sikit.

takpe. mana yang termampu la. kalau ada anak kecik samada satu bilik je bukak lampu. :p boleh tutup lampu ruang tamu ke, bilik2 lain ke. semua berkumpul satu tempat untuk satu jam. disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan jugak tu kan :)

jom korang :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Friday, March 26, 2010

Top Blogger 2010


di tag oleh FROM PINK TO RED . diknon cepat pilih nak pink ke nak red hahaha. Insan Misteri dalam mimpi tu dah ingat ke muka dia eceh :p

Top Blogger 2010. walaupun saya ni bukan kategori top pun. sipi-sipi top pun tak. bau bau bacang apatah lagi. cuma kategori blogger yang biasa-biasa ajer. saya tetap berbangga dengan award ini :) ~ada macam orang menang award tak ucapan aku :p

so this award, saya nak panjang-panjangkan pada
http://leedssecrets.com/

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Susah nak cari baju lengan panjang

korang perasan tak.

kalau kita... erm maksud saya yang bertudung la. nak cari baju. kemain payah lagi nak cari baju yang lengan panjang kan

biasanya baju yang cutting dia menarik perhatian kita la, design dia pun dah menarik dah. pastu terasa tergedik-gedik nak beli hahaha. tapi bila tengok lengan terus hancus harapan berkecai ok.


down :(
gambar kredit: google

leceh ok nak pakai inner. panas. tapi kalau takde pilihan tu memang pakai jugak ah.

tak boleh ke fesyen dizainer ni buat dua jenis. satu lengan pendek satu lengan panjang. tak sensitif betul la dengan kehendak kak jemah. hahahaha oi jemah ko ingat ko sape haaaa

ni yang haku geram ni hahahaha

sekian.

saje nak membebel sebab bila dah jumpa baju menarik hati mesti terpaksa cancel. cis! nak suruh saya menabung la tu :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

resakse senyum :)


tu dia resakse senyum untuk kek nisa. yang kuning tu hahahaha apa ke nama kartun tu ek. tak ingat.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

untuk kenangan sendiri saje


yang baju pink tu DATIN WANABE hikhikhik:p

perasan ooo kak jemah



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Thursday, March 25, 2010

Tudung Maira Hijau :) Faz's Unique Exclusive

saje feeling-feeling model tudung jap hahaha. amacam tudung maira hijau kak jemah ni. meletop letop tak korang hahahahaha.

cubaan membuat pandangan sisi la konon.

aha. ada hati nak mekap. tapi last last jadi tepung gomak. canne tu kan. hahaahaha

takpe la korang. yang penting bukan kulitnya kan. yang penting nak tunjuk tudungnya eceh. ayat cover sebab muka dah macam elien :p

tudung maira pandangan sisi :)


ok sekarang kita buat gerakan slow motion keliling tudung.



dah macam ape je aku amik gambar macam ni hahahaha. tapi takpe lah demi uols. saya buat jugak la eceh. padahal sendiri gedik bergambar macam ni kan.

dan tiba-tiba muncul patung ni ahaks

kalau tengok patung pakai tudung apa je pun cantik kan.

jenis muka saya bukan la jenis yang belasah aje tudung apa pun terus kena je kat muka. tah ah. kalau owning dia sekerat dia akan nampak bulat macam bola. jadi pemilihan tudung memang penting kalau bentuk muka yang bulat macam saya ni.

so, saya rasa tudung ni macam sesuai sangat dengan pelbagai jenis bentuk muka. muka kurus boleh. muka bulat pun woraitttt... betulllllllllll

kalau jenis tudung hijau tu, harga dia sehelai RM 50, RM 95 (2pcs)
Fabric: SPANDEX LYCRA FROM KOREA
Material Awning: THAI SILK (WASHABLE)


kak jemah. mana kak jemah beli tudung tu ek?, share la dengan kitorang.
nahhhhhhhhhhhh... klik sini. macam-macam wei pilihan dia. saya tengok pun macam terasa nak pegi kedai dia terus.

http://fazuniquecollection.blogspot.com
http://fazuniquefashion.blogspot.com
http://fazuniquexclusive.blogspot.com



dia bukan jual tudung je. malah dia jual baju kurung sekali, dan baju2 sekali. adoi lawa tuuu. saya usha2 je dulu. kot ada rezeki kang. kot boleh sambar selai dua. ni antara baju yang saya bekenan tapi saya jeling sipi-sipi je dulu hahahaha. almaklumlah dah sengkek hahaha

RM70.00 :)

ok kalau korang dah klik. lepas tu berminat nak buat tempahan ataupun pertanyaan stok. hantar SMS ke 013-3888728, nak emel pun aci je fazs.uniq@gmail.com

saya cadang korang follow blog dia. sebab bila dah follow. nanti bila dia update stok baru. kita rebut duluuuuuuuuuuuuu :p

nah sekali lagi link dia
http://fazuniquecollection.blogspot.com
http://fazuniquefashion.blogspot.com
http://fazuniquexclusive.blogspot.com

selamat bershopping korang :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^