Friday, April 30, 2010

baju biru pilihan hati :p

ini model pakai :)

harus la meletop-letop liuk lentok badan dia

ini kakjemah pakai. nak try buat macam model. hahahaha tapi kelaut ko.


RM33

best gilakkkkkkkkkkkkkk bila dapat je baju baru terus pakai

mcm biasa. buat masa ni baju baru ai memang online dari feeza boutique :).

korang kalau beli online kat dia kan. pastu buat macam saya ni. amik gambar dengan baju. nanti dia bagi 2 free facial mask tau. eceh. :p

oh ye. tudung biru hitam tu tudung maira. saiz S. RM40

belog saya ni dah macam blog jual kain pulak kan hahahahaha siap dengan harga bagai. takde lah. saje kongsi info dengan korang je. atlis boleh buat rujukan. kot2 jumpa yang sama pastu mahal. so dah tahu la ada lagi murah so rugi la beli. takpun jumpa sama tp lagi murah. untung lorrrrrrrrrr. gituuuu!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

pertemuan yang dirancang

kakmoon, kakjemah dan kakmas :)

ok teka. sebenarnya siapa kakak?

sape kakak ko haaaaaaaaa... tolong sikit. eceh tetiba. hahaha. eh tak tak. kembali kepada soalan tadi. siapa kakak?


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Thursday, April 29, 2010

kepulangan mu ku nanti

maaflah korang. terpaksa mengabaikan belog untuk seketika bagi memberi ruang untuk jiwa

wahhhhhhhhhhh jiwa gitu.

lately saya terasa begitu stress sehingga terasa macam nak paksa en.laloque singgah ke jakel tiap2 hari hahaha. lalu paksa dia jugak belikan kain yang telah ada harga runtuh sampai 90% itu. wakakakaka. tapi sebenarnya jika jiwa kau tengah tertekan. kau akan tengok barang-barang semua akan jadi buruk. betullllllllllllllllllllllllll. ini betul-betul punya tensen kata kau! tak penah2 di buat orang kain kat jakel tu tetiba jadi buruk. tiba2 kat mata kak jemah semua jadi buruk belaka. Keje giler betul. *maka hepilah sang suami eceh tetiba

oleh kerana saya telah stress dengan tak tentu pasal dan tak pasal-pasal. jadi entry-entry yang saya konon nak bajet syok sendiri semua tergendala. macam jadi cerita terbasi abad ini. tapi takpe. syok sendiri takpe jangan syok kat laki orang wakakaka lagi takde kena mengena weiiiiiiiiiiiiiiii tetiba sewel.

ni sebenarnya nak cerita apa ni haaa???

sebenarnya nak cerita pasal aktiviti kitorang masa en.laloque balik setelah outstation terpaling lama dalam sejarah. tapi tetiba rasa malas. canne tu haaaa. mood moodddd datang la mood :p

layan manhantan :)

layan games


dah la.

siyes takde mood ah.

sori la terbuat entry macam sampah ini hahahaha. erm.

sori naik lori (lawak pun dah mcm sampah hahaha)

bye

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Monday, April 26, 2010

Jualan Puspanita :)

"papa jom nak tak, kat atas ada jualan puspanita, jom tengok"
"ok"

...

"cantik kan papa"
...


'cantik kan papa"
...


"cantik kan papa"
...



"cantttttt..."
"yelah yelah belilah belilah"

hahahaha seb baik paham nok. kalau tidak tido luar malam ni hahahaha



tapi tulah kan. kalau takde rezeki tu takde jugak. kemain mengetest lagik. satu pun tak berkenan

rugi rugi :p

lega lega (kata suami dalam hati)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

melaram dalam kereta :)

hehehe mentang-mentang suami dah ada dalam genggaman. terus malas nak kemaskini belog si jemah ni kan hahahaha.

takde la bukan macam tu

bila suami dah balik. semua jadi kelamkabut sebab nak pulang ke pangkal jalan katanya. nak balik bermastautin ke rumah sendiri. tu yang jadi semua tungganglangganggonggangmunggang tu.

hari sabtu adalah hari yang dab dib dub. dab dib dub di dalam dada eceh terus dangdut hahaha.

pagi itu. bangun pagi. terus mandi. semangat punya pasal ko tak tahu. pagi2 lagi aku dah siap nak jemput laki malam kang hahahaha. tak caya. tgk ni.

hahaha tipu ini malam sebenarnya.

lepas solat maghrib. kitorang bergerak la nak jemput suami tercinta. abah mertua saya yang drive. saya dukung anoi. nisa duk seat depan.

saya dah pakai baju baikkkkkkkkkkkkk punya. siap pakai minyak wangi. siap pakai lipstik. siap pakai kasut tinggi. tinggal eye shadow je malas nak pakai. sebab malam shadow-shadow dia tak nampak eceh kononnn. siap pakai henbeg baru beli dekat jasko ok yang ada less 10% lagik hahaha. giler punya semangat nak jumpa suami kannn

sekali.

"mah, kita parking sini je la ye. nanti along sampai kang. baru kita jemput dia kat sana"
"ok bah"

hahahahahaha ambik koooooooooooo
tak keluar kereta langsung.

punah harapan mak nak tayang henbeg baru kata ko hahahahaha.

tapi takpe. nampak kelibat suami je pun dah rasa bahagia dah.

suami masuk dalam kereta je pun rasa macam
"ermmmmmmmmm ye bau ni. bau ni la yang aku rindu :)"

sebab tu la gambar baju tu saya snap bila dah sampai rumah hahaha. nak tunjuk baju baru kat korang punya pasal. baju yang saya tunggu dari feez boutique tu laaa... keindahan leher baju tak dapat showoff kat korang sebab dah di cover dengan tudung. kain dia sedap2 je kat badan :). pendek kata tak rugi la saya order :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Friday, April 23, 2010

Simply Siti

wuwuwuwu simply siti ni baru je ada kat pasaran dan meletop2 dah kan :)

ofkoz kak jemah pun sama je. nampak je tokti pakai apa semuanya cantik oooo. lipstik dia mata dia pipi dia hihihihi. sungguh menawan kalbu hati ku. almaklumlah dia kan lawa kan. :)

terus kitorang menengok2. ini adalah plan tak jangka langsung. kebetulan meeting petang dilambatkan. mekchu ajak je. terus on. wuwuwuwu.



kak jemah beli apa kat simply siti tu? yilek pocik. takde langsung. saya survey2 ajer dulu. beli tu nanti2 sebab itu hari baru beli mekap. tunggu stok habis dulu ye

simply siti tunggu akuuuuuuuuuu eceh poyo.

survey spek sekali. tapi takde yang bekenan.

ini momoe brand :p


ini vinnci. sebelum kena sound dengan SA tu hahahaha "kak tak boleh ambil gambar" hahahaha
sape kakakkkk... sape kakakkkkkkkkk kau haa... tolong sikittttt hahahaha


sebenarnya mmg dah tahu akan kena sound punya. tapi saje tunggu kena sound baru stop amik gambar wakakakaka. kata blogger wei. hati kena kering hahaha

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

kecoh betul hari ni

mati-mati hari ni saya ingat kena pakai baju korporat hokeh

ntah sape ntah yang bagi tahu saya hari tu (cuba menyalahkan orang lain), hari jumaat ada perhimpunan. jadi kena pakai baju korporat cis cis cis

memang awalnya mcm pelik. yelah. hari jumaat nak pakai baju korporat memangnya pelik. tapi takpe. ikuttttttttttttttt je la ye tak. kak jemah ni kan mmg jenis takde bantah2 punya. kecuali ko suh aku tetiba pakai bikini lak. itu gilerrrr weiii nak kena pelempang ke apa hahaha

semalam balik ajer dari keje. terus saya kocoh kacah ambik baju korporat. siap sediakan koset bagai. nak nampak ramping punya pasal wakakakaka. terpaksa aaa pakai koset kata perut gelembung kannn. tp kalau pakai baju kurung. koser aku.

pagi tadi pun gigih siap2 semua.

saya memang jenis orang yang awal. saya bukan seorang yang last minit. sampai2 opis tinggal lagi dua tiga minit nak sampai waktu. very not me ok. jam 7 pagi saya dah terpacak dah kat parking.

rasa pelik je. takde nampak kelibat orang pakai baju korporat.

sebab awal. saya pun menapak ke pondok guard konon nak jadi baik la amik kunci opis segala bagai. tetiba tergerak hati nak call opismet

"kaksam, hari ni kena pakai baju korporat ke"
"eh tak payah"
"alaaa mcm mana ni, saya dah pakai" (sambil hentak2 kaki)
"ala takpe je"
"taknak ah malu la macam ni"

terus muka nak jadi biru. patut ah semua orang tgk aku macam elien je tadi tsk tsk tsk. malunyaaaaaaaaaaaaaaaaaa balik ah tukar baju

hahahahaha kecoh kecoh.

terus bajet. sekarang jam 7. sampai rumah 7.20. gosok baju salin baju. 7.35 gerak opis. 7.50 sampai opis. ok sempat sempat.

hahahaha. poyo je kak jemah hari ni.

ok cerita takde manfaat untuk hari ni (mcm la sebelum ni cerita2 dia manfaat sangat hahaha pap pap pap boleh blah)

ehem ehem sebenarnya nak bgtau baju saya ini sudah sampai lalalalala

kalau korang berminat. sila la klik tengok sendiri ye :) http://feezaboutique.blogspot.com/

nak pakai baju ni masa jemput en.laloque esok :) harap2 dia terkejut hihihihihi

ok tu je

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Thursday, April 22, 2010

Sabtu mana... sabtu???

Hari ni Khamis

Esok Jumaat

lepas tu Sabtuuuu...

I Love Sabtu :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

LV PINK

AUD8500.00 . pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

kopipes dari belog en.laloque

disebabkan nama dia LV otometik mata den cakap cantik hahahahaha.

sekarang kita cuci2 mata dulu. mana tahu nanti-nanti dalam genggaman. amin. tunggu ai jadi Datin Jemah. wahhhhhhhhhh verangan :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

selamat pagi cikgu

semalam ada mesyuarat kat sekolah.

Ya Allah bestnya tengok budak-budak kat sekolah ni. sejuk je mata memandang

wajah kak jemah yang masih sakit mata, tapi gigih datang keje. korang tahu saya siap cover dengan pakai celak tebal-tebal hahahaha.


sepanjang perjalanan nak masuk ke bilik mesyuarat. semua student yang lalu sebelah mesti ucap selamat
"selamat pagi puan"
"selamat pagi cikgu"
"assalamualaikum cikgu"

wahhhhhhhhhhhhhh sejukkkkkkkkkkkk betul hati pagi2 mcm ni selalu.

bestnya kalau saya jadi cikgu :)

takpelah. jadi cikgu kat belog je la. meh sape nak saya buat tutorial hahaha. tetiba!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Wednesday, April 21, 2010

Handy Manny Gets Handy With The Earth

(Entry Baru ada dibawah entry ini)

"Hello Manny di sini, Anda Rosakkan Kami Baiki" eceh!

Let's get going and fix it right
Twist and turn, make it tight
Trabajamos juntos (we work together)
we work together now
Cut it, measure it, tap it flat
Bend and twist, just like that
Each of us has a special job
We work together -- todos juntos
We work together now!


hahahah saya dah hafal dah wei lagi lagu Handy Manny ni. Jangan kata Handy Manny, lagu Little einstein ke Word World ke Tigger n Pooh ke. Habis semua lirik dah ada dah dalam hati dan sanubari kak jemah ni hahahahahaha.

korang yang ada anak kecik pun konfem la sama yo ngan den kan. Masa anak tengok kartun 613 ni la kita duduk lepak sekali dengan dia kan. Saya memang ambil kesempatan ni la tanya dia macam-macam soalan. Kadang-kadang saje berebut dengan dia lagi siapa menang jawab dulu hahahaha. Tahu-tahu je anak aku dah sentap sebab kalah. hahahaha so sweet.

buat korang eh anak korang la yang suka nau dengan animasi Handy Mandy ni. Haaa ni nak bagitahu korang benda baik punya. konfem korang suka. Klik sini dulu apa-apa hal pun



ok ok. sebelum kita terus ke cerita Handy Manny Gets Handy With the Earth ni. korang ni dok sebut Earth Day sini Earth Day sana ni hahahaha. tahu ke apa kebenda Earth Day tu sebenarnya hiks. Takpe Takpe. biar kak jemah yang baik hati ni yang gugelkan untuk korang eceh hahahaha

ok korang. boleh bukak buku nota sekarang. salin eh. kang lambat cikgu padan papa hitam. korang tak sempat salin kang. nanti kene potostet nota member cikgu tak sponser ongkosnya ok hahaha.

ok ok itu merepek.

Hari Bumi (Earth Day) merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara,dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar. Dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April. ~sumber wikipedia

Apa pulak peranan kita sebagai ibu bapa bagi menyokong Earth Day ni?

1. TREE PLANTING Ajar anak korang menanam pokok, pokok bunga, pokok mangga, tapi jangan ah ajar menanam dalam hujan kekekeke. lepas tu ajar dia supaya jaga pokok tu baik-baik. ha kalau nak beli sayur-sayuran, buah-buahan segar dari pasar malam sebab dia lagi freshhh you. takyah lah beli yang segera-segera dah masuk dalam tin bagai tu

2. SAVING ENERGY – Turn Off lampu!!! Tutup semua lampu bila korang tak pakai. Ingat ingat ingat ye. Tutup lampu bila kita keluar je dari bilik rumah semua ok

3. RECYCLE - bawa anak-anak pegi ke pantai, taman, tasik untuk berkelah piknik bagai. Gunakanlah barang-barang yang mesra alam sekitar :). Mengajar anak-anak membuang sampah mengikut kategori sampah bagi tujuan kitar semula tu lah. kemain dah berkaler-kaler tong sampah sekarang kan. bukan susah sangat pun ye tak. Iklan pun selalu keluar.

4. SAVING WATER - Ajar mereka supaya tidak membiarkan air paip terus mengalir ketika memberus gigi. kan membazir tu. Kau pun mengelupur nak membayar bil hahaha.

5. LAIN-LAIN - Ajak anak korang berjalan kaki atau naik basikal kalau nak pegi mana-mana. Takyah la naik kereta kalau takat dekat-dekat ni. Kasik keluar peluh sikit. Gunakan Cloth Diaper (CD) berbanding Pampes pakai buang tu. So lepas pakai cuci. Jangan menggunakan Dryer untuk keringkan baju. Sidai ajer la. Jemur tengah panas tu. Baju pun tak cepat rosak. Brestfeed la anak korang. sebab dia lebih menjimatkan. takyah beli susu formula. Jimat kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...

ok tu antara tips untuk korang la. korang boleh ajar anak-anak benda yang simple-simple semacam itu. Senang je kot kan. Kita la kena mulakan dulu. Kalau bukan kita siapa lagi kan.

Ok kita sambung pasal Handy Manny Gets Handy With the Earth!

Untuk pengetahuan korang, pada 22 April 2010 ini adalah hari Bumi. So pada hari tu nanti Handy Manny ada rancangan khas yang akan keudara melalui saluran Play House Disney. Rancangan khas ni akan mengajar macam mana nak menghargai alam sekitar kita yang semakin panas hot hot ni.

Korang jugak boleh menyertai peraduan hari bumi ni dengan log on http://www.playhousedisney-asia.com/earthday.html. Dengan cara menghias mini garden secara kreatif. Ada beberapa warna dan brushes yang boleh digunakan. :)




Kelengkapan menanam yang comel-comel.



Apa lagi korang. Klik dan tengok apa jadi. Ada BERANI : )

Biarkan anak-anak anda belajar lebih banyak tentang Earth Day
di Playhouse Disney Astro Channel 613
22nd April 2010 pada Jam 9am – 2pm

sekali lagi klik http://www.playhousedisney-asia.com/earthday.html

(Entry Baru ada dibawah entry ini)
Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

bukan projek 400

entry ini tidak akan meletup selepas korang baca hehehehe

(eh korang paham ke lawak ni ek, eh kalau sape tak paham, nasib la ye hahaha :p)

semalam tragis betul korang tahu

semalam saya ada problem dekat site. daripada plan nak pegi KL semalam atas urusan keje la. pagi-pagi semalam. sampai2 opis. siap ambil beg telekung dalam surau semua. gigih nak ikut rombongan acik kiah nak gi KL dik non. sekali mendapat pulak call dari site ada problem

tsk tsk tsk

dugaan jenis apakah!

perasaan dia mcm... rasa macam cikgu terpaksa cancel rombongan gi zoo negara hahahaha. cikgu tiddaaakkkkkkkkk tiddakkkkkkk komengaaaaaaaaa lemokaucowaaaa

tapi takpe. sebagai staff berdedikasi komited terbaik dan bakal mendapat anugerah khidmat cemerlang (reka sendiri). mak rela nyahhh...

"puan... site ada masalah, bla bla bla bla"
"ok zaimah tak perlu pergi KL, setelkan itu, boleh ye zaimah"
"baik puan"

ayat lebih kurang eceh. tapi dah macam dialog dalam drama swasta lak saya rasa. seb baik bos saya ni baik.

terus la saya berdesup2 ke site.

call sini call sana. sms sini sms sana.

komenga. komenga. komenga.

tiba2.

call tak lepas. sms error.

ni apa cite lak ni. orang tengah kecoh nak selesaikan masalah ni.

"sori... limit engkau dah over doh. pegi bayar sekarang" kata perempuan dalam line maxis tu. hahahahaha kalau betul dia cakap macam tu. terus saya insaf hahaha.

adeh. mcm mana ni. masa tu jugak en.laloque hantar sms

"ma harga henbeg coach kat sini paling murah $220 bla bla bla"
pehhhhhhhhhhhhhhhh pada saya mahal nok. sebab terus dalam kepala otak saya kali dengan duit malaysia. hahahaha. so takyah la beli. rasanya kat malaysia lagi ok kot. tapi ai tak boleh balas ok. boleh baca je. tsk tsk tsk. kejam kejammmmmmmmmmmmmm.

bila phone dah takleh pakai. baru kita terasa kemudahan dia selama ni sangat penting. terus terfikir. kalau jadi apa2 mcm mana aku nak call ni. mcm mana nak sms ni

tetiba gelabah dohhhhhhhhhhhh.

abis. problem kat site tak setel lagi ni.

erm.

terus saya balik ofis. call maxis. konon nak suh dia tambah kredit limit la kan. nanti sampai bil aku bayar je la.

tekan 1 untuk bahasa melayu, tekan 1 untuk masalah bil. tekan 1 untuk arghhhhhhhhhhhhhh tensen aku. last2 dengar bil. bil anda setakat ini adalah RM47+.++. Umangaihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sampai 400 dah bil acik. pengsannnnnnnnn. ni semua gara2 sms dan en.laloque la ni kekdahnya kannnnnnnnnnn

"saya nak tambah kredit limit. mcm mana"
"tak boleh puan. cuba en.laloque ajer yang boleh activekan"
"tapi dia takde"
"kena dia jugak yang activekan"

peh tetiba call center tu tahu nama en.laloque hahaha takde la itu ayat tokok tambah tu nok. cissssssssssssssss bengang betul.


pastu risau2 dah. kalau emergency macam mana ni.............

seb baik en.laloque call. terus mengadu domba. bil itu bil ini bil itu.

tak sampai beberapa minit lepas tu dia sms. "papa dah bayar bil maxis"

hepiiiiiiiiiiiiiiiiii ^______________^

xcited punya pasal saya call lagi maxis petang semalam kat rumah
"suami saya dah bayar bil tadi. tolong activekan line saya"
"bayaran ambil masa 24 jam, kalau nak activekan sekarang, beri saya butir2 bayaran"

ni semua la ni. dugaan. en.laloque takde lak bg detail mcm tu tadi. dia cakap dah bayar je. arghhhhhhhhhhhhhhhh tekanan aku. sama je takleh aktivekan jugak. cibsss aaa

balik dari keje. saya nak on pc. jeling moden. tak nyala. saya tgk button dan on. ni apahal lak ni.

oh tidak rosakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

ni laki aku balik kang ni. abis laaa.

mendapat la telinga ko jemah. mendapat laaaaaaaaaaaaa.

lepas satu. satu. (eh bukan dua ke hihihih)

bos, blakberi satu bos. wahhh tetiba :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Tuesday, April 20, 2010

sakit vontot

semalam adalah hari saya terpecahkan rekod sendiri.

bukan pecah rekod dengan pegi window shopping lalu terbeli window hahaha. itu giler namanya. tidak. ini bukan cerita pasal shopping nok. ini cerita pasal mata ai ni haaa. mata bersinar bak mentari ni haaa.

seperti yang saya jangka dari pedih-pedih kelopak mata yang saya kesan dari sabtu lepas lepas. mula-mula saya syak mungkin sebab saya sedih en.laloque nak pegi ke melben, USA hahahaha. (melben USA adalah disengajakan, bagi tahu sekali lagi), tapi pedih-pedih dia tak hilang2 membawa ke hari khamis.

naik hantu saya dibuatnya. maksud saya naik pening hahaha. saya dah la pegi keje. seksa ok mata pedih tapi force mata untuk bukak besar-besar. siyes sakit kepala. mungkin urat mata tarik sampai kepala. eceh macam mana la dia main tarik tarik tu kan. imaginasi saya terus dah ke lain dah hahaha.

pagi jumaat tu. saya bangun pagi. terus sebelah mata dah bengkak. tak boleh bukak mata sebelah. ini kalau gi shopping mata mcm ni. orang ingat saya main kenyit2 mata la pulak. aww awww ai tak rela you :)

berbalik kepada isu "semalam adalah hari saya terpecahkan rekod sendiri." ke ada yang dah lupa isu sebenar hahahaha.

semalam saya rasa macam "ini tak boleh jadi ni"

sebab saya rasa macam ada bijik-bijik kat kelopak mata. saya bajet lepas bengkak mata saya ni surut. possibility nak jadi lagi mcm tinggi ni

ko tahu tak. disebabkan sakit mata ni. saya tak dapat join korang kat gatsby tau. frust tahu tak? saya dah plan baik punya dah. siap dah janji2 dengan adik saya nak pegi semua. sekali jadi macam ni. frust sangat. :(

jadi. saya taknaklah. kang saya dah plan itu ini kan. tiba ke hari tu kang mata buat hal. sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhh. sedih kecewakan orang. sedih terpaksa mungkir janji. nanti orang pun frust taknak berjanji dengan saya lagi. "dengan jemah takyah la. dia tu banyak nau penyakit" (ayat ni saya buat sendiri, orang tak cakap lagi kot kot kot) tak ke sentap nyah, ahkak dapat mcm ayat tu.

saya pun tekad la pegi klinik lagi semalam. biar doktor cemuih tgk muka pompuan ni. aku pedulik hape kan. janji sihat. nak marah ke ape marah la. petang jam 3 saya dah terpacak dah kat klinik rasah.

beria2 saya bercerita dengan doktor. doktor baik. atlas doktor bagi surat, suruh naik jumpa pakar mata.

3.30 saya drive pegi hospital besar. terus ambik nombor. terus gi klinik mata.


1st time saya gi pakar mata. memang blur.

terus gi kaunter.

ada sorang lelaki sambut. kemain baik lagi. "puan duduk sini"

tiba2 dia suruh saya tutup mata kiri.

saya pandang je dia

"betul ke saya kena buat test ni"
"betul puan, puan baca huruf di depan"

saya pandang dia lagi, sambil tergelak

"betul ke saya kena buat test ni"
"hahahaha kenapa puan pandang saya, betul la"
"tapi kenapa pulak"

hahahah saya rasa giler pelik. apa kejadahnya aku sakit mata kena wat test mcm nak buat spek rabun lak roman nya ni hahahahaha

"saya ni sakit mata, bukan nak test mata"
"ye saya tahu, puan baca je huruf kat depan"

adehhhhhhhhhhhhh

lagipun bukan apa. dah terbayang kekantoian membaca huruf2 itu. hahahahaha



yelah yelah.

"efptozlpedpecfd ermm ermm e kot erm erm erm"
"haaa sebab tu la saya suh puan test tadi"

hahahahahahaha

sebenarnya banyak la lelaki tu wat kelakar. tak menahan saya tergelak. tak gunas betul hahaha. orang yang menunggu lepas saya mesti tensen giler. giler lama minah ni buat test mata. orang lain test mata sunyi je. kak jemah test mata riuh gelak2.

tunggu kejap lepas tu. dapat la saya tarikh appoinment dengan doktor pakar

umangaihhhhhhhhhhh bulan 7 kata ko. sekarang bulan 4, lagi 3 bulan. harap2 mata saya boleh bertahan. jangan la sakit mata lagi. sebab bijik2 ni mcm at any time dia boleh bengkak balik.

hoi jemah. mana part pecah rekod tu aku tak nampak pun?
ko ingat senang ke jemah dah handle benda ni sorang-sorang.

daripada drive gi spital. pusing2 cari parking. dari parking cari jalan nak ke klinik pakar sampai sesat2 masuk dapur hospital hahahaha. bayangkan dari parking nak ke klinik pakar pun boleh sesat. kalau dah beli GPS nanti. harussss saya onkan. "go slow go slow turn rite bebeh" siap ada bebeh GPS aku hahaha.

sebelum ni kan. saya kemain pemalas tau. sampai2 je spital saya terus duduk. semuanya en.laloque yang setelkan. daripada amik nombor. register. apakebenda semua. yang saya tahu "ma punya nombor berapa pa" ish ish ish teruk punya perangai. tahu2 jumpa doktor je.

eh sekarang dah banyak dah kemajuan saya eceh vangga

tahniah jemah. tahniah :) saya sangat berbangga dengan diri sendiri. pada korang memang menda kecik. tapi pada saya satu kejayaan besarrrrrrrrrrrrrrrr punya nyeh nyeh nyeh

.

mungkin lepas ni saya boleh pegi shopping sendiri lalalalalalalalala. kata dah pandai berdikari kannnnnnnnnnnnn

tapi kalau

"papa, ma nak gi shopping boleh?"
"tunggu papa"

ini ai kenot help, u setel sendiri :p




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

FEEZA BOUTIQUE : baju cantik-cantik wooo

Tak sabar menanti baju ini dalam genggaman. lalalalala.

G2112- RM30

http://feezaboutique.blogspot.com/

kalau korang minat. gi terjah belog dia. cun cun wooooooooo.

sekarang ni lagi senang shopping baju online kan kan kan
kak jemah naik lengoh2 kaki di MV. satu baju pun tak berkenan. last last onlineee jugekkkkk

wahai baju. daku tak sabar menanti mu :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Monday, April 19, 2010

berdua

hari ahad.

plan adalah duduk rumah semata-mata.

tapi macam biasa. saya kena basuh baju dulu la. itu ini la. jadi pagi-pagi saya terus kejutkan nisa bangun. ajak dia teman saya balik seremban. anoi saya tinggalkan dengan nenek. kalau anoi behave duduk kat seat dia takpe. ni kalau dah stok main terjun-terjun ni payah nak bawak bincang hahahaha. so mendapat la ko anoi. tinggal dengan nenek la jawabnya. omak ko ni bukan tangan besi. sebelah dukung dia sebeleh pegang stering. pehhh ini kalau pengarah filem kl drift tgk kak jemah bawak kereta handal sampai mcm tu sekali. memang dia tabik spring ahhh terus lantik jadi duta hahahaha

saya ni tak habis2 dengan kesian dengan nisa yang rindu papa.

yelah kalau saya rindu takpe. kalau anak rindu ni. hancur betul hati saya ni tau tak.

kelmarin en.laloque hantar video dia kat sana melalui emel la kan. en.laloque ada cakap ayat mcm ni. "nisa, jaga mama dengan anoi ye, papa balik lambat bla bla bla"

nisa ingat papa dia 3G ke apa kat dalam pc ni. dia melompat2 seronok. pastu siap lambai2 papa dia, lagi buat saya sedih. dia siap borak dengan papa, tiba2 video habis. dia tanya saya. "eh mana papa ni"

cuba korang bayangkan korang kat situasi tu. tgk anak ko borak dengan video papa. ya Allah syahdu giler cakap ko.

terus saya call en.laloque. suh borak dengan anak dia kejap.

pastu tiap kali dengar ada kereta parking je depan rumah. dia cakap. "eh mama tu papa balik ke?"

tiap kali sampai rumah, masa dalam kereta dia dah ckp "mama, papa tunggu kat rumah ye"

tiap kali bagi salam nak masuk rumah, "assalamualaikum, papa ada kat dalam ke, bukak la pintu ni"

*nangisssssssssssssssssssssssss

nak pujuk nisa.

"jom mama bawak nisa gi main mainan nak"
"ye ke mama, baiknya mama ni"

hahahaha anak aku. ayat kemain manis lagik.

mata bengkak2 pun bawak jugak dia main. demi anak :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

3 column


ok tak dah 3 column?

ada cadangan nak tambah apa2.

hari ni saya sangat free :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

yeyyy... bagus anoi

dah dua tiga hari ni. anoi dah berjaya berdiri sendiri. maksud saya berdiri lepas tu lepaskan tangan. lepastu dia gelak seronok2. hahahahaha. dalam 5-10 saat dia duduk balik.


melangkah dia tak berapa cekap lagi la. kalau takat mama dia pegang tangan dia bawak dia jalan pun. kaki dia melangkah bersepah2.

saya plan nak bersungguh2 praktis anoi berjalan dalam minggu ni. mana la tahu membuahkan hasil. kot nanti dapat bagi "hadiah terindah" kat papa dia.

so bila papa balik. mesti terkejut tengok anak dia dah boleh jalan.

hahaahaha. itu pun kalau berjaya la. saya cuba je dulu. kalau tak berjaya pun takpe je ye tak. eceh omak lagi xcited nampakkkkk...


tengah amik gambar anoi. tiba2 perempuan ni menyelit keh keh keh

tarik rambut dia anoi. tarik rambut dia.

hahahaha lepak dengan anak-anak ni kelakar la. ada je peel sorang-sorang.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Anda Tanya Jemah Jawab

Hari ni rasa macam nak jawab soalan.

sebab hari ni saya cuti :)

ok. boleh tanya soalan apa je korang nak. maksud saya nak tanya pasal :-

1. Teknikal Belog. maksudnya nak mintak saya buat tutorial la. macam mana nak buat itu ini ke. mcm mana nak letak widget ke apa

2. pasal iklan / ads dekat belog tanya kat emel terus ye viruspadu@yahoo.com

3. apa-apa soalan yang tak melibatkan soalan yang sensitif. ai sensitif ok eceh. contohnya. kak jemah bila nak beranak lagi. wahhhhhhhhhh soalan ni saya sensitif ok

ok silakan tanya.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Saturday, April 17, 2010

Melbourne, USA

Melbourne, USA itu adalah disengajakan :)

Uh alahai. best betul mamat tu kat sana. walaupun sebenarnya dia boring (sebab bini anak-anak takde huah huah huah), nak cari makanan halal kena berjalan kaki banyak kilometer lak tu. pagi makan epal je sampai petang. petang baru makan berat2. kesian betul. cuba kalau kat Malaysia. nak gi makan seberang jalan pun bawak kereta ok pastu komplen takde parking hahahaha. pagi makan tengahari makan petang makan malam makan. :)

sabar papa sabar. tunggu minggu depan. semingguuuuuuu je lagi

keje elok2





keje elok elok elok elok lalalalalalalalalalala

walaupun tahu ianya tak mungkin, tapi takpe. tengok gambar kedai je dulu, amik semangat hahaha.

semalam tiba-tiba nisa cakap dengan saya dalam kereta

"kakak rindu papa"

alahaiiiiii anak aku.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Thursday, April 15, 2010

so lucky :)

semalam seharian di Melaka. bukan seharian 24 jam. tapi dari pagi sampai petang la.

bukan pegi sana jalan-jalan. tapi keje. ada seminar dari TM la pendek kata. kitorang pegi naik bas. ini last minit ni wei. kelmarin petang baru dapat tahu esok kena gi melaka. seb baik naik bas. kalau dia suh bawak kereta sendiri macam mana. GPS kan acik belum beli lagi tsk tsk tsk.

seminar kali ni saya duduk depan sekali. kemain nak pandai punya pasal hahaha.

ok boring. ntah hapebendentah jemah ni nak cerita.

tak sebenarnya nak menjobo ni. saya dapat cabutan bertuah weiiiiiiiiiiiii wuwuwuwuwuwuwu. ko ingat senang kak jemah nak bertuah mcm ni.

excited dalam bas nak bukak hadiah :)


tadaaaaaaaaa... katel wo. ni sape nak kawen karang ni. saya bungkus balik je kang buat hadiah kawen hahahaha.


lagi pendrive :)


terbaik ah TM. lain kali buat caburan terbetuah tuah ye. i likeeeeeeeee

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Tudung D Haja - Krim


Saje kasik panas lagi kat korang.

RM 13. tak pasti ini saiz L ke M. Warna: Krim

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

gambar oh gambar

korang ada masalah upload gambar tak?

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

buku untuk nisa

sayu je hati bila balik kerja, nisa dah menanti kat depan pintu sambil lompat-lompat gembira.

"mana papa"
"papa keje. dia balik lambat"

untuk elakkan dia sangat merindui papa. malam tu saya tanya la dia.

"kakak nak mainan apa, esok balik keje mama belikan ye"
"kakak nak buku tiggerandpooh mama"

hahaha orang tanya nak mainan apa. dia jawab buku pulak. tapi lagi bagus. buku murah sikit.

saya ni korang tahu-tahu je la. kalau saya sorang insyaAllah saya takkan sampai ke jasko nun. biasalah gelabah lebih. belum sampai jasko lagi dah gelabah dah fikir nak parking kat mana. nak amik tiket parking mcm mana. nak masuk entrance mana. hahahahaha. poyo!

tapi anak punya pasal. semua bisaaa. bisa di atur dong.

buku colour dan pensil kaler untuk nisa :)


tapi kebetulan dah best2 dah belikan untuk dia. saya sampai2 rumah je dia tido pulak hahaha. ini namanya kejutan kejut kejut tan. omak eh yang terkejut hahahaha.

nisa bangun dalam jam 9 malam mcm tu. gigih saya tunjukkan jugak hadiah untuk dia.

lepas tu. ahhh sudah. sampai ke tengah malam dia ajak saya mewarna sama-sama hahaha

"mama, bila mama nak belikan selimut handy manny kakak?"

ah sudah. mana aku nak carik ni!


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Tuesday, April 13, 2010

Tudung D Haja


tadi ada jualan murah. @ Seremban Plaza :)

Tudung D Haja Saiz L Harga RM15

update: buat warga seremban @ negeri sembilan kalau nak pegi tapi tak tahu kat mana seremban plaza

nak pegi seremban plaza. dia kat jalan penghulu cantik, kalau dari seremban nak ke ampangan lalu jalan zaaba sampai jumpa bomba belok kiri, kat jalan dato muda linggi. nampak agape pastu nampak seremban plaza sebelah kiri.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

mengelupur la ko jemah hahaha

hambek la ko. berdikari la sendiri katanyakannnnn

jemah Jemah apa yang ko reti buat sendiri sebenarnya haaaaaaaaaaa.

hahahaha ok fine! fine! saya memang tak reti isi minyak kereta sendiri. korang pun dah tahu kan.

abis tu sekarang macam mana?

suami pesan "mama, nanti kalau nak isi minyak, isi kat rantau je. kat sini dorang isikan untuk mama"

baiklah!

baiklah suami :) tak baik melawan cakap suami ecececeh

"kak isi penuh ye kak"

ko ingat senang nak cari mana punat nak tekan tangki minyak. abis semua punat aku tekan. sampai seat pun tunggang terbalik. sampaikan nak cari punat bukak tingkap pun lupa kat mana hahahahaha.

gelabah la ko. gelabah sangat!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

di KLIA

hari sabtu lepas, keje saya lain takde. selain daripada tengok jam tengok jam tengok jam

kejap-kejap tanya "papa nak gerak pukul berapa" hahahaha walaupun dia dah bagi tahu pukul 6 tu banyak kali. saya tanya jugak.

flite dia pukul 9.30 mlm sebenarnya. lambat je lagi. tapi dia kata kena checkin 2 jam awal. ntah ye ntah tidak tu. tapi takpe. pegi awal tak la terkocoh kacah sangat ye tak. tak la kelamkebut kot apa-apa hal nanti.

mulanya saya plan biar saya je hantar. tapi laki den tak kasik.

"kang, mama balik rantau kang sesat pulak. macam mana papa nak carik, tak jadik keje pulak papa karang mencari mama sesat je kang"

hahahahah siot! tak kasik motivasi terpimpin langsung oooo tekanan guwe.

tapi bila fikir-fikir betul jugak. guwe kan gelabah lebih. hari tu masa nak jemput dia kat KLIA tu pun sesat-sesat sampai nak ke KLCC peginya hahahaha. vudus vudus piang.

kesudahannya mintak tolong adik ipar je la jawabnya. kalau dah ada orang lain sekali. kemain behave lagi kak jemah korang ni. duduk ontok ontok je. drama air mata takde. drama 18sG takde. semua takde. nampak gagah perkasa betui. pui pui pui

family picca

belakang tu pelakon tambahan hikhikhik

kitorang call rep (PA dah lama tak berkhidmat hahaha) tunggu punya tunggu tak jugak sampai-sampai. saya dah nak balik dah. yelah kat rumah rantau sebenarnya ada kenduri cukur jambul dan aqiqah anak buah saya. jadi kitorang kena balik cepat la. keje kat rumah dah melambai-lambai. si rep tak gak sampai2. rupanya2 enset dia tertinggal, dia patah balik pulak. olololo.

lama giler tak jumpa kau rep.

kita lawan. pipi sape lagi tembam :p

sejak dua menjak ni. saya makan banyak woooo. kenot tahan la. nampak nasi je lapar. lapar je nampak nasi. tu pasal hasil dia nampak kat pipi :p

dalam 7.30 kitorang pun salam-salam la.

nisa peluk papa taknak lepas. sedih.
mama peluk papa taknak lepas hahahahaha ok tipu giler kau nak peluk2 kat situ. kau ingat aku ni tak tahu malu. ai pun salam-salam ajer ok. "papa jaga diri ye" sambil menahan air mata bergenang. jangan menitik jangan menitik jangan menitik hahahaha

dan kitorang pun berpisah.

"eh ari mana jalan nak gi parking ek"

hahahahahaha tengok! tengok! jalan nak pegi kereta pun kau lupa. ada hati nak drive balik sendiri :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Monday, April 12, 2010

apakah!

dia tahu je mama dia snap gambar.


terus...





hahaha genetik sapa kah ini :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^