Monday, May 31, 2010

Fresh Look trial :)

akibat terpedaya dan terpengaruh hebat dengan green apple yang telah mengapply ini fresh look lense hahaha.

saya terus tak semena-mena mengregister sekali.

benda free kau. sapa taknak kan. nak nak pulak benda free yang membolehkan kau menjadi jelita walaupunnnnn terseksa jiwa raga

terus saya klik dan register.

hepiiiiiiiiiii. tadi dah sampai dah.

esok jugak saya melaram pakai gi opis wakakaka

masa saya register, saya pilih yang takde power. kalau korang mmg pakai spek. sila la pilih power yang bersesuaian dengan mata korang ye.

kaler-kaler mmg takleh pilih kot. nasib korang la dpt yang macam mana ok

wahhhhhhhh teruja nih



Beberapa perkara yang korang kena tahu sebelum nak try pakai lense :)
1. Buka lense sebelum tidur
2. Pakai lense sebelum Makeup
3. Buka lense sebelum cuci makeup
4. tidak membenarkan aerosol hairspray atau kosmetik terkena lense anda
5. Jangan kasik orang pinjam atau nak main kongsi2 lense
6. Masa pakai lense, jgn gatal2 nak main sukan air. bahaya ok

ok tu je pesanan khidmat masyarakat oleh kak jemah

sape nak free macam I. sila la klik Fresh Look Illuminate Daily Disposable Lenses kalau dah habis tak jamin. tp siang td tengok aci lagi nak register :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

saya doploh tahun lagi

saya kena tag dengan dddudu ha. ko saje kan dikkkkkkkkkkkk nak tengok sangat ahkak ko tua mcm mana roman eh hahahaha

http://www.in20years.com/.

kemain saya carik gambar yang paling semenggah vogue voguetehvasvasvasssssss sekali. konon nanti rupa tua pun kasik up sikit la kannnnnn.

sekali sama je hahahaha.

apa ada pada rupa. janji hati baik. ecehhhhhhhhhh cover cover

ok saya tag korang yang baca belog ini. sekarang jugak kena buat. tak acik muka saya je jadi mcm tu hahaha

~tag yang saya belum buat. sori ye. saya cuba buat jugak pelan2 wokeh. saya buat yang sapsapsoi mcm ni dulu hahaha dasarpemalaskonijemah

so doploh tahun lagi. kalau jumpa nenek tu, sila la tegur hahahaha


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Teluk Kemang, Port Dickson

ni memang plan terkejut kitorang. sebab awal2 mcm tak jadi pegi. sebab plan nak jalan2 PD hari jumaat kan. bila terbayangkan ramai orang. terus cancel.

petang semalam, sekali en.laloque ajak pulak. so saya ok je.



sepanjang perjalanan. anoi very the baik sangat

kakak dia la yang banyak nau songeh. kejap-kejap nangis. macam sengaja cari sobab nak menangis tau. geram jer.

muka garang nisa


beli jagung 2, konon satu utk saya, satu untuk nisa. nisa kan buat perangai. ha nasib la. dua2 aku telan hahaha









pantai cantikkkkkkkk

air pun bersih

tapi sayang, sampah bersepah2, dorang ni dah bersuka ria, sampah boleh tolong buang elok2 tak? geram je tengok.

elok dah gambar cantik, kaler menarik, sekali kauuuuuuuuuuuuu. sampah bersepah2, nak masukkan dalam belog pun rasa malu ishhhhhhhh



kantoi nampak jerawat bawah hidung. malas nak edit2. terima je la wajah tak semenggah ni






gambar semua biasa-biasa je kot. cuma nampak terang la daripada kamera takde moncong.

takpe papa. cuba lagi.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Sunday, May 30, 2010

tutorial filter di emel yahoo

~atas permintaan, saya upkan entry ni :)

salam semua.

semalam kan saya mengajar emel kat office. tp saya mengajar emel office la kan. then lepas mengajar seharian. masuk pulak emel yahoo.

saya tengok ramai jugak yang masih tak berapa perasan fungsi filter ni.

fungsi filter ni mcm ni tau

kita buat satu folder khas untuk emel-emel khas

contohnya saya buat satu folder bernama facebook, untuk semua emel-emel dari facebook. so dia tak menyemak la kita punya Inbox kan

ok cara dia mcm ni

lepas kita sign in emel. biasanya ini la paparan yang kita nampak kan.

yang bahagian tepi ni, ada folder kan, klik Add. buat satu folder FACEBOOK


lepas tu, kat bahagian kanan tepi ni ada bahagian mobile, option, help ni. kita kena klik Option, lepas tu klik More Option


nampak tak saya bulatkan filters tu, bukan accounts tau, tapi klik FILTERS


lepas klik FILTERS. klik Add Filter

[klik gambar nak tengok bosar sikit]

lepas tu letak filter name: facebook (letak nama apa2 pun boleh je sbnrnya)

bahagian sender tu, contain letak "@facebookmail.com"
yang lain biar kosong

kat Move to Folder tu, pilih folder FACEBOOK yang kita buat tadi.

lepas tu klik save changes.

siapppppppppppppp.

then nanti semua emel facebook semua masuk folder tu terus ye. so tak kacau dah kita punya Inbox.

sama je kalau korang nak buat folder khas untuk emel-emel lain. sama je step dia

selamat menikmati tutorial tak seberapa ini.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Saturday, May 29, 2010

panas-panas tetiba hujan lebat

hari ni saya hadir kenduri kawen anak bos en.laloque kat akedemi odit negara. kemain panas lagi cuaca. anoi zzzzzzz


perut lapar nak mampos ok. jadi saya rasa semua lauk adalah super duper lazat hahaha.



eh dah cukup. apasal malas lak cerita ni ha heheehhee.

ok dah la tu.

entry suku hati dari kak jemah. :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

pagi sabtu yang indah

pagi ni memang takde aktiviti. selain daripada kejap lagi nak pegi kenduri kawen. so pagi memang sangap sikit. jadi en.laloque ajak pegi taman sebab dia nak asah skill d3000 dia tu.

sarapan @ maulana



terus layan taman. suka tengok anoi excited giler main. sebab tu banyak gambar anoi hehehehe







best picca :)





anoi kemain lasak. semua benda dia nak panjat huhuhu. saya biarkan je. saya tengok dari tepi je.

masa ni dah panas dah, dalam jam 10.30 mcm tu. anoi berpeluh-peluh sakan, dah la baju tebal.

ok tu je pagi sabtu yang indah

hari ni terasa macam hari ahad pulak, sebab semalam cuti kan hehe.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Friday, May 28, 2010

guling guling day

hari ni cuti mengejut.

hehehehe saya la cuti mengejut. siyes tak perasan hari ni kena paksa cuti wakakaka. ayat tak boleh blah. siyes saya ingat jumaat ni keje. yelah saya mengajar kan isnin sampai khamis. so saya dah plan dah keje-keje tertangguh semua nak bereskan hari jumaat la kononnya. bajet angel tetiba terlebih rajin sudah. pagi khamis tu baru terperasan. laaaaaaaaaaaaaa esok cuti ke. hahahaha

patut la tak paham apa yang en.laloque dok cerita itu ini itu ini. dia dok cerita pasal jumaat cuti rupanya.

"cuti ni kita jalan2 PD tau"
"ok cantekkkkkkkkkk"
"sabtu ni kita balik rantau tau, ada meeting la"
"laaaaaaaa kata nak pegi PD" ~dah moncong
"yelah kita pegi PD, sabtu balik rantau, lagipun sabtu ni ada kenduri bos papa"
"laaaaaaaaaaaa kata pegi PD, kalau cantu takyah ah janji. benci tau"

hahahahaha tengok tengok. saya dah moncong-moncong dah.

en.laloque maksudkan pegi PD hari jumaat. saya sembang ingatkan hari sabtu nak pegi PD. siap tensen2 lagi. bengang la kan, dah janji baik punya pastu ayat kona-kona. rupanya awak yang silap wakakaka.

"laaaaaa cuti ke esok pa"
"ooo yang papa cerita2, ma tak paham2 tu. patut la, orang kata jumaat ni la pegi PD"

hahahahaha siot betul

di pagi jumaat yang indah.

"pa, macam ramai kan orang kat PD. mesti susah nak parking semua"
"a ah"
"macam malas lak nak pegi, mana ek tempat yang tak ramai orang cuti-cuti ni?"

sendiri tanya, sendiri jawab lepas tu. sebab erm... ada ke tempat tak ramai orang cuti-cuti ni. macam takde je.

hari pulak hujan kan.

sudahnya aktiviti hari cuti adalah golek golek atas katil. heaven giler. jarang nak mendapat momen semacam ini punya best.

en.laloque on nikon dia snap snap dalam rumah



sikit je masuk sini. sebab banyak yang blur la apa la. dia try yang manual punya, so byk la gambar tak jadi hehehe

saya ajak dia pegi taman taknak lak. dia malas nak kuar kot.

dah malam. kitorang dah mula bosan giler. sudahnya saya ajak en.laloque gi cuci gambar je lah. gambar 2 tahun lepas pun banyak yang belum cuci lagi. hari-hari snap gambar. gambar kepam dalam lappy. nanti haku format lappy ni. hancus semua kang. eceh cakap macam tak buat bekap la pulak hahaha.

aktiviti wajib nisa kalau pegi jasko. boling :)




terserempak pulak dengan ummi nisa (kak mas), dia baru lepas gi urut. alaaaaaaaa nak urut jugak


tudung biru tu baru beli tu :)

biru plain. saiz S. tudung maira. RM43.

lama tak buat entry tudung. sebab kebanyakkan tudung adalah sama. tudung plain. dari tempat yang sama. harga yang sama. so tunggu saya beli tudung yang lain sikit. baru saya tayang lagi hehehe.

sekian. diari cuti jemah.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^