Wednesday, June 30, 2010

Blog: Idahani, Dia Suka Gelak Kuat-Kuat

Tapi bila dia nangis, sorang pun tak tahu.

wahhhhhhhh profile terbaik hehehehe baca je dah kelakar dah. Saya yakin dia bercakap benar tu hehehehe. Dia orang seremban, satu kapal dengan Jemah. Bilo nak jumpa kek jasko ni eceh tetiba.


kopipes tanpa kebenaran hehehe, kemain payah nak cari gambar dia dalam belog. cuba ko cari gambar jemah dalam belog jemah ni, 1st page pun dah bersepah-sepah hahaha

Idahani, orang yang pertama masuk contest BELKIN. nah baca entry dia :)
PENGUMUMAN...APA YANG ANDA BACA INI ADALAH STICKY POST SEMPENA CONTEST DI BLOG VIRUSPADU. UNTUK CERITA TERBARU SILA BACA DI BAWAH [ITU PUN KALAU ADA LA..KOT TAK DE, BACA JERLAH SAMPAI 13HB JUN NIE YER, LAMA TU BEB..KAKKAAAKAKA]

Kalau korang nak tau, aku pun tak kenal cik puan viruspadu nie. Aku jumpa blog dia selepas aku baca blog adik dia, Ceeramoon. Dah tak kenal tu satu pehtu baca blog dia pun senyap2 jer. [psst..aku ada gak follow twitter dia n dia pun follow twitter aku<-aku sampai sekarang pening dgn twitter nieh. Ok sambung lagi ayat2 pembodek paling baiiiikkk punya, aku tau dia dulu2 ada fotopages..byk wooo gambar dia. Part sedih of cos la pasal kehilangan anak sulung cik puan viruspadu. Sambung lagi ayat bodek lagi baikkkk punya..aku suka baca blog dia sebab dia bersahaja...selamba dia dok ngutuk diri sendiri. Ada persamaan dengan aku weih..dok kat Seremban bertahun2 tapi belum gak familiar. Tapi level dia upper skit dari aku, dia boleh drive tapi aku harap ada lesen jer, drive mang nan ado. kekekeke. Aku suka baca blog dia bukan sebab aku pun giler pink@merah jambu tapi sebab dia rajin update blog dia. Macam yang aku cakap sebelum nie ar kan sebelum aku tau blog dia aku jumpa blog adik dia si Ceeramoon yang minat sama kaler dengan aku iaitu HIJAU. Fyi, adik beradik dia ramai tul ada blog weihh..Tambah satu lagi weih...husband dia pun ada blog..laloque.blogspot.com Blog dia pun macam dah mesra alam jer, rasa macam kita dengar dia dok pok pek dengan tangan2 dia sekali merewang bercerita....kakakaka. Tu belum lagi 'tempias' yang kuar bersama2 cerita dia tu...kakakakaka [nak menang contest ker nak kutuk orang nieh weih?...huhuhu]. Yang paaaaliiinnggg best blog viruspadu nie kan, ada banyak gambar dia yang 'cute'. Betul wa cakap lu mang 'cute' siap dia ngaku dia buat 'photoshop' lagi [tu pun dia nak ngaku buat photog..kot tak, mang aku tak tau mang aku ingat gambar dia tu semuanya yang ori ..kakakaaka]

Aku suka baca blog cik puan viruspadu nie sebab dia pun dok kat Seremban. Kalau2 kot ada tempat2 menarik kat Somban nie dia pegi then aku tak penah pegi, boleh ar aku suggest kat hubby tempat yang sama.

Okaylah2 aku nak buat pengakuan ..tujuan aku masuk contest nie adalah kerana aku nakkan sangat Belkin Wireless Modem tu. hah kenapa cik puan viruspadu patut bagi jer kat aku?
Sebab2 aku patut diSEDEKAHkan modem tu:-

1- Baru2 nie kilat petir yang sangatlah kuat di Seremban telah menyebabkan modem & wireless router kat umah MIL aku rosak. Taulah kan kek Somban nie, kalau kilat petir mang langsung takleh pasang tv, astro atau mentenet. Konfom kena sambar dek petir.

2- tak perlu nak pos sebab saya pun dok kat Seremban, nak panggil saya pi amek modem tu pun boleh yo.

3- tak yah susah2 nak beli pembalut hadiah der..bagi terus 'boleng' camtu pun leh yo. [waaahh...selamba jer aku kan?]

4- Mana tau, kan..kak jemah kan sorang yang baik hati, ikhlas gitu dan nak pahala lebih, SEDEKAH jer kat yang amat2 memerlukan nie hah...kakakakakaka

5- Nak beli baru modem tu aiishhh kalo dah ada contest nie cubalah dulu mana tau kot dapat FREE tak yah aku nak beli

6- cik jemah tak payah jugak nak kuar duit bayar poslaju/courier/surat berdaftar kalo bagi aku sebab dok kat Somban gak, confirm den bololah gi umah cik puan viruspadu amek modem..leh gak den jenjalan n kenal mengenal tuan punya blog VIRUSPADU..

7- merapatkan hubungan antara blogger dan pahala besar cik puan viruspadu sebab sedekah kpd mereka yang amat2 memerlukan..kakakakaka
8- jimat kos minyak ke pejabat pos sebab aku boleh gi amek sendri...
[harap setinggi langit nieh cik puan viruspadu@jemah...didahulukan dengan jutaan terima kasih]



Belog dia macam belog jemah jugak. Suka cerita pasal family, pasal keletah anak-anak, cerita pasal suami yang lucu ajak deting berdua-duaan hehehe. comel sekali. pendek kata dia belog apa yang dia suka. mcm kak jemah jugak. eh banyak betul persamaan ni hehehehe.

Idahani, dah dapat coklat tu, share2 la dengan I, kita kan berjiran. wah sempattttt hehehe

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

why! why!


sampai hati dia tercabut di saat-saat saya kelamkabut nak pegi PD pagi semalam.

heiii sabar je la.

ok kalau korang berhati terang sesuci embun pagi. teka mcm mana jemah nak pegi PD

a. dia tak jadi pegi PD
b. dia pegi pakai seliper pink
c. dia balik rumah tukar kasut
d. dia menangis lalu mendapat derma kilat kat opis
e. pinjam kasut kawan

kalau pilih betul. memang terer.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

oh kome durian dah berbunga

orang cakap sekarang musim durian rambutan kan. tapi kat kampung en.laloque ni tak menjadi la wei tsk tsk tsk. tunggu tahun depan kot. dia macam selang setahun kot. kot la. saya main cakap je ni. tak tahu pulak bila nak jadinya. hurm.

mahal la beli :p

semalam en.laloque pulak ajak makan durian, felik saya. tak pernah-pernah. biasanya saya yang sibuk berzikir sebelah telinga dia nak makan durian. kali ni dia pulak. so macam pelik. nak kata pembawakan budak. tak pulak hehehehe

saje letak gambar rambutan penuh bercahaya ni, bagi korang terliur di pagi hari :)


siyes en.laloque makan dengan banyak. biasanya dia bukak je lepas tu dia biar saya ngan nisa belasah, tapi kali ni dengan dia-dia sekali makan. siap rebut2 dengan saya hahaha. comel betul. makan macam ni la baru best. baru rasa bertenaga sikit. baru rasa nak makan gelojoh2 sambil makan mata dah aim dah lepas ni nak amik ulas yang mana satu. kalau dia amik dulu. giler frust dalam hati hahahaha.

suka moment mcm tu, kalau kat cheras. masa kecik2 dulu selalu mcm tu. kadang-kadang abah bawak balik durian berbakul2. kalau dia balik kul 3 pagi. kitorang boleh mata segar bugar bangun kul 3 pagi tu nak makan durian punya pasal

bestnyaaaaaaaaaaa. rindu giler la

rindu sangat bila abah bukak durian, tiba2 licin. sebab semua tangan sup sap sup sap amik, tapi masing2 malas nak bukak sendiri. semua nak makan je. hahahaha. perangai sorang2 hampeh


muka kepuasan dalam renungan hahaha. poyo woooo


nisa malas nak rebut dengan mamapapa, jadi dia beralah makan rambutan je


anoi memang takde pilihan. makan rambutan je ye sayang

phew. puas hati.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Tuesday, June 29, 2010

Tudung syria kedua

ehem. tudung syria lagi. kali ni saya beli yang mahal sikit. hahaha mahal kata ko. mahal sikit la dari hari tu. yang ni RM25. maybe yang online ada lagi murah. takpe la. dah terbeli dah.

buat yang tak tahu la. tudung jenis syria ni ada 2 lapis.

no 1. anak tudung
no 2. mak tudung

hahahaha itu saya buat kelakar ok. paksa korang ketawa sekarang. kalau tak siaplah.

pakai dia mesti lah, pakai anak tudung dulu, diikuti dengan mak tudung tu.

tudung ni dia macam getah. jadi memang dia jerut sikit kepala. siyes memang nampak bulat muka. so korang kena tarik-tarik sikit kedepan kalau taknak nampak bola sangat. wajah bola hahaha


ni jenuh saya tarik2 ni nak kasik nampak lonjong sikit. ok la. but still bulat kalau tgk secara langsung


kalau malas pakai anak tudung pun aci kot. boleh pakai macam ni hehehehe


tangan cover pipi :)

kalau nak cepat setakat nak pegi kedai mutu depan rumah. sarungkan "mak tudung" ni je. selesai masalah. cepat pun cepat. suami pun takde la bising "heiii perempuan kalau bersiap kemain lama, ni kalau bakar lemang pun sempat ni" . lepas ni kita pulak membebel "cepat la, orang dah siap ni" cehhhh siap dah fikir dialog dah. over!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Habis la tudung haku

Ni yang saya bimbang ni. korang agak-agak saya dapat balik ke tudung ni?. atau pun nanti dia pura-pura hilang ingatan bila saya tanya mana tudung saya. huh. berdebar-debar lak rasa hahaha

balik dari kenduri, aku memang dah stok letak badan tido kat situ jua...kehkeh! entah la macam mana tetibe ada orang kol..(mamai ni)

*helo ana, andak ni*
*kenapa?*
*tudung andak tertinggal atas kerusi, ko simpankan eh*
*ok*

ok????? kahkahkah! adakah ok sahaja wahai pompuan gemok?
TIDAKKKKK.....


hehehe! tantek nye tudung ia tuuuu.....lalalalalala~~~~

okey ai pun nak perasan jemahtapitakjadipulaks...hahahaha!
huh tu je lah.....

semangat gila terus bangun amik tudung amik gamba pastu simpan pastu sambung tido balik pastu abes dah...

fuh fuh fuh fuh

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Laksa Sarawak

carefour seremban ni dah berapa lama ek wujud kat seremban ni? hehehe. punya la setia dengan jasko kata kau. duta lantik sendiri punya pasal. saya memang jarang pegi shopping komplek yang lain selain jasko jasko jasko dan jasko hehehe.

kenapa saya asik jasko je, ada 3 sebab
pertama: dekat dengan rumah
kedua: dekat dengan rumah
ketiga: dekat dengan rumah

hahaha lebih baik takyah bagi sebab macam tu kakjemah ni kannnnnn

semalam en.laloque ajak pegi giant. si nisa macam la tahu giant tu apa. dia nakkan main boling sangat2 dekat jasko tu.

"papa, kakak dah bosan dah pegi giant"
"eh mana ada kita pegi lagi, ni baru nak pegi ni"
"iyeee kakak dah bosan dah"

tiba-tiba mama menyampuk

"kalau kakak bosan, kakak tunggu dalam kereta ok. mama papa anoi pegi giant"
"eh silap mama, silap"
"nape"
"mama, kakak tak bosan, tak bosan, kakak silap cakap tadi"

hahahahaha lawak ok budak perempuan ni. nanti la satu hari saya amik video dia membebel dalam kereta kasik korang tengok. (sebenarnya paksa korang tengok hiks)

tiba-tiba

"aik ni carefour bukan giant"
"try la sini, tak pernah datang sini"

en.laloque ni macam-macam hal betul. saya syak dia dah set dah dalam kepala dia nak datang sini. mesti dia ada benda nak cari ni kan. try konon pirahhhhhhhh



rupanya ada kedai kamera nikon kat carefour ni hahahaha, mesti dia dah gugel ni. tu pasal semangat dia tiba2 nak sampai sini.

chait

kat carefour ni kan, ada jual baju kurung cotton dah siap jahit jadi baju only RM50 ok. manyak syiok woooooooo. cantik-cantik lak tu. rasa macam nak sambar barang selai dua. tapi disebabkan datang bersama anak-anak tercinta, macam susah giler nak pilih dengan aman dan damai. mekchuuuu jom gi carefour jommmmmmmmm :p

dari pintu masuk saya dah nampak kedai laksa ni, nampak pulak dia tulis laksa sarawak. rindu laksa sarawak weiiiiiiiiiiiiii. teringat kawan-kawan dekat sarawak yang bawak saya jalan-jalan dulu. rindu rindu bila mau ketemu lagi.

semalam saya mc. saya kalau cuti dan duduk rumah. memang tak makan apa-apa dari pagi sampai petang. jadi perut adalah lapar tahap kebulur dah.

nak makan laksa atau nasi kerabu ayam percik. dua-dua nampak sedap.

and ofkos saya pilih laksa sarawak

tapi apasal rasa dia pelik sangat ek. tak sesedap macam kat sarawak tu

rindu nak pegi sarawak, nak makan mee kolok :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Shape Your Body With Premium Beautiful

Adakah anda ingin kelihatan hebat secara tak semena-mena, dan merasa yakin dengan diri anda sendiri? dah takyah susah-susah nak tarik napas bila pakai baju yang terbaik dia punya cutting? semput mak ok tarik napas nak nampak vogue punya pasal.

Ada penyelesaian untuk anda! (eh kita sebenarnya :p)

Takyah susah-susah diet yang menyiksakan, makan budokkkkkk, sukan, tidak perlu makan pil, tidak perlu menjalani pembedahan! tapi kalau bersalin c-sect itu kes lain muhahaha tetiba. Jadi macam mana?

Hanya memakai Premium Beautiful!

ok cop cop kakjemah cop, dia yang warna hitam tu ek, eceh berangan dapat badan secantik itu :p

LIFETIME WARRANTY, Teknologi Inframerah Jauh dari JAPAN, bahan Akwatek & Akwadyne dari Jerman, eceh ayat!

Nak bayar Tunai boleh atau nak ansuran pun aci. kamu pilih :)

Siapa yang bayar cash ada diskaun la, dan akan dapat percuma 1 PB wash! phew lumayan buk. bling bling bling

Kebaikan memakai Premium Beautiful!

* Mengurangkan Stretchmark!
* Meningkatkan Sirkulasi Darah!
* Mencegah Kanser!
* Balance out estrogen and progesterone
* Period Pain/Menstrual Cramp
* Untuk Slip disc/Back pain (Certified by AMERICAN Chiropractic Association!)
* Kawalan pengambilan makanan anda
* Mengurangkan Migraine / Headache
* Mengurangkan gastrikKalau korang berminat,


sila hubungi shida di talian 012-2684440.

jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama PB dikebas orang, ceh ending siap nyanyi hehehe :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Monday, June 28, 2010

Tak Susah Pun

salam

ramai je sekarang dah pakaikan anak dia CD kan

CD tu apa kak jemah, mau layan lagu rock darah-darah kah? hahaha
tak la CD tu adalah cloth diaper, CD ni ganti pampes la. tp can basuh-basuh lagik. very the jimat. suami dengar pun suka hati. chewah

tapi nak membeli dia la yang semput sikit. sebab CD ni pada saya macam mahal sikit. tapi alah membeli menang memakai gitu kan. beli sekali je la. mahal dia sekali je. lepas tu takde dah. lepas tu pakai la kau sampai semput. ha semput tetiba.

*gambar lama

saya beli dulu ni 5 helai sahaja harga dia dalam dua ratus lebih la.

saya beli dulu sebab nak ajar nisa takyah pakai pampes dah. bagi dia rasa basah semua. so senang la sikit. dan sekarang nisa dah lama dah tak pakai pampes kan. so turn adik dia pulak la

berbaloi-baloi kan pakai CD ni, boleh turun2 kat adik lagi

oh ye, anoi still pakai pampes macam biasa. cuma CD ni saya pakaikan kalau waktu malam nak tido atau cuti2 kat rumah dan kalau teringat nak pakaikan. takla pakai hari-hari

sebab CD ada 5 keping je kan. kalau pakai hari2, memang tak sempat basuh punya. nak pegi beli CD lagi tu yang bercinta tu. tiap kali nak beli je mesti poket kering. last2 tak beli2 hikhikik

tp buat yang tanya-tanya saya tu senang tak nak pakai CD? saya jawab SENANG. memang SENANG pun. dah la kain dia lembut ok. nescaya bila anak dah rasa pakai CD dia taknak dah pakai yang biasa2

kakjemah, ok ke? kalau sekali dia wiwi macam mana?
ikut pengalaman saya la, kalau 3 kali wiwi pun still kering lagi. kiranya baby tak rasa basah la. tapi kalau kita keluarkan kain kat dalam tu, mmg basah lencun ok. mcm kagum kan.

nak basuh macam mana?

saya masukkan je dalam mesin hahaha, tp makesure la cuci wiwi tu dulu kan. takkan malas sangat sampai masukkan je dalam mesin kotor2 mcm tu huk alah.

kadang2 kalau terlebih rajin saya cuci dengan tangan je. dah alang2 banyak baju-baju saya yang kena cuci dengan tangan. cuci je la CD ni sekali.

gitu. jadi siapa yang beli CD adalah sangat digalakkan.

nak ads bisnes CD kat sini, emel saya viruspadu@yahoo.com? chewah sempat jugak kakjemah ni muahahahaha lariksssssss






Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

teringinnya dah lama sangat

huhuhuhuhu

bukan mudah. ye bukan mudah ye anak-anak sekalian eceh. ok bila kau dah punya anak dan kau teringin nak keluar tengok wayang midnite dengan suami tercinta memang tak dapat la nononononononohohohhohoh

nak nak pulak anak adalah kecil dan kena jaga sendiri memang tak duduk dengan family ke apa takde helper lagik. betul-betul la kena berdikari kan.

tapi saya teringin sangat ok. plan dah bertahun-tahun dah ni muahahaha. nisa dah 3 tahun dah. tahun depan dia sekolah kot. wahhhhhh tetiba rasa nak nangis anak dah besar. poyo!

kebetulan itu hari tido rantau. saya pun terus *tinggggggggg (idea mari)

"papa jom tgk midnite nak?"

dia diam.

"ala kita pegi masa anak dah tido la" ~sambil membuat muka bajet comel

dia diam.

harapan tinggal harapan je la. kalau dia dah diam tu kan. tensen haku. taknak cakap dengan papa. bluwekkkkkkkkkkk jahat jahat jahat. *merajuk (senjata paling last ni muahaha)

en.laloque ada hal malam tu, memang dia keluar. saya tinggal kat rantau dengan anak-anak. tiba-tiba dia call

"kalau cerita ni best tak?"

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhahaha

ini berita gumbira ni wei. i likeeee

"cepat-cepat siap, wayang start 11.50"

:)

cepat-cepat siap. rasa macam first time nak pegi deting ok. dia punya xcited. siap berdebar-debar hahaha. poyo!

xcited sampai dekat parking pun nak snap gambar. sila maafkan kakjemah :p


kitorang layan the karate kid, yang jackie chan berlakon tu la. giler best cerita dia.

dapat seat paling depan sekali. betul2 depan. itu pun gambel je tanya kat kaunter sebab dekat skrin tulis dah habis. ni en.laloque nak cerita. kalau tak memang tak dapat la tgk.


kalau korang nak tengok THE KARATE KID tu memang saya cadangkan sangat-sangat la. siyes cerita dia banyak pengajaran yang kita dapat. cara penyampaian yang bersahaja dan penuh emosi cececece ayat tak boleh blah

nak menangis ada
nak gelak ada
nak melompat pun ada eceh tetiba melompat haha

terbaik ah jekican :p


papa, cerita ni next ye. nak tgk ah.


backup plan.

terus feeling2 jeniferlopez. kalau dapat tengok ni memang terbaik ah. fuh fuh fuh fuh fuh.

sekian dari,
maria lopez, adik jeniferlopez hahaha nak jugak :p




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

sepupu ku kawen :)

betul-betul tak ingat punya. yelah kenduri sepupu saya ni. siyes saya tak ingat ok. sebab tu lah baik punya plan pegi operate mata bagai. sepupu ni kira rapat jugak dulu masa kecik. jadi mcm kena pegi jugak nomatterwhat chewah

nasib baik sangat kakcik telifon hari sabtu.

"andak, kitorang ada permintaan ni"
"hahahahaha apa dia" ~tiba2 gelak apasal ntah
"ayin kata ko pandai menari lagi no body, kau masuk la group perempuan kitorang"
"mana adaaaaaa, andak tipu ayin je hahahaha"
"ala ayin cakap, ko terer semua step dia, kau masuk la group kitorang, nanti nak lawan dengan group lelaki ni"
"alaaa, andak baru lepas operate mata ni, lagi pun esok nisa ikut kakmas gi sunway lagoon"
"ooo ko tak balik la rumah mak, ko tak pegi kenduri la"
"kenduri apa?"
"ayah cho la"

adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiilaaaaaaaaaa lufeeee lufelah yahabibiyamaulana

tapi tak boleh blah betul suruh saya masuk group perempuan buat persembahan, kelakar giler. saya kelentong je si ayin itu hari, saya tahu step no body no body no body but you tu sikit giler ok. tu pun menggagau. sajer sakat ayin je. boleh la pulak tiba-tiba saya kena masuk grup dia. hahahaha lawak.

tengok la nanti kalau grup perempuan ni jadi buat persembahan saya upload dalam ni hahahaha *malu

pagi semalam, lepas saya siap-siapkan nisa, kakmas pun dah datang jemput nisa. kitorang pun bersiap-siap la nak pegi kenduri. saya pulak beria-ia mekap taknak bagi nampak mata senget sebelah. walaupun nampak jugak senget. walaupun dapat jugak cover sikit. sakit yang ditanggung sendiri mau ingat laaaaaaaa.

setelah sesat beberapa kali :)


cuaca sangat cantik

elok je panas. pekena sirap sejuk memang care

me n makcho. anak dia la yang kawen. anak ke2 dia. hehehe boleh nampak mata saya senget hehe


jumpa2 sepet, terus kutuk dia "apasal kau gemok"
hahahahaha padahal dia tak pun, saje kasik dia down sikit.
*dengan adik beradik ajer boleh buat mcm ni ok. kalau cuba dengan orang lain dikhuatiri kaki hinggap di pipi hahahah


muka saya mcm pucat je, mekap tapi pucat. pucat tapi mekap. canne tu :p



kesian betul, tetamu dah ramai dah sampai, makanan tak sampai lagi. katering lambat ke macam mana ntah. heiiii kalau kenduri saya la katering hantar lauk lambat, mesti bengang giler ok. tak baik buat kenduri orang macam tu. korang yang buat bisnes katering jangan la buat perangai macam tu. stress tuan rumah ok dengan risau apa semua

kitorang takpe la. kitorang bukan jenis komplen itu ini. so kitorang lepak2, amik gambar hahaha itu lagi penting

pakai spek halang habuk cewah

ode dan akim :)



uteh


me n kaklang





hahahaha berapa keping gambar kitorang, akhirnya muncul gambar pengantin


opah



darwish



rindu nisa.

kalau nisa ada lagi best.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Sunday, June 27, 2010

penyelenggaraan

kalau tengok belog macam tak senonoh tu maafkan lah ye

tgh godek sana sini kejap

oh ye, masih belum siap sepenuhnya lagi. masih nak betulkan lagi. hehehehe

sila la komen apa yang perlu ditambah tolak ye :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

rombongan taska

hari ni nisa ada rombongan taska dia, mandi-mandi dekat sunway lagoon

fuyooooooo best giler. kitorang tak follow la. nisa ajer pegi. pegi dengan kawan-kawan. kalau makpak dia ikut mesti tak fun kot. sebab makpak mesti suka jerit. "jangannnnnnnnnn"

jangan main itu
jangan pergi situ
jangan lari-lari
jangan suka sangat

hahahahaha

makmak suka mcm tu kan hahahahah

masa bersiapkan nisa. baju pun dia pilih sendiri. tak sesuai rasanya dia nak pakai t-shirt ni. tapi belasah ajer la nisa, janji hepi, kata tak sesuai kang sentap pulak.

xcited siap mekap2 bagai



anoi tak ikut. dia tecit lagi. dia kuat nangis. tapi dia sibuk nak mekap sekali



alahai dah besar dah anak saya

padahal baru 3 tahun :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Saturday, June 26, 2010

Minor Surgery - Left Eye

sepatutnya 17 hb lepas saya sepatutnya menjalankan minor surgery untuk left eye saya. tapi sebab 17hb adalah hari lahir anoi. langsung tak sanggup saya nak pegi. giler kau. orang feeling-feeling nak nanyi lagu hepibesdaytoyou nak potong-potong kek, tapi mata lanun kannnn, canne tu, tak sanggup acik.

ditambah lagi 17hb adalah hari sengkek, belum gaji kannnnnn.

ditambah-tambah lagi trauma sakit mata belah kanan belum reda lagi wuhuuuuuuu terasa lagi dia punya sakit ok. berdebak debuk betul hati bila terbayang nak buat mata belah kiri pulak

seriauuu ngeriiiiiiiiii

jadinya saya plan, bulan 7 je lah saya pegi. bagi hati saya tenang sikit kononnya.

tapi kita merancang Dia yang tentukan. belum apa-apa saya dah rasa pedih-pedih dah mata ni. dah la saya urusetia satu program kat opis. kira kalau takde saya pincanglah program itu wahahahahahaperasangiler. (info tu saya tokok tambah haha) takut giler saya kalau lah tetiba hari program tu tiba-tiba mata saya bengkak menggila. blerghhhhhhh. matilah kan.

jadi saya pun berkira-kira hari bila nak pegi operate, isnin takleh, ada meeting, selasa rabu khamis jumaat alahai takde satu hari pun yang boleh nak operate, semua ada hal. yelah lepas operate konfem la mc 3 hari kan. adoilaaaaaaaaaa ni semua la ni kan.

last-last decide hari sabtu. atlis kalau kena cuti 3 hari, saya mc hari isnin je. lega la sikit kan.

pagi tadi ni. muka tengah kembang kencup nak pegi klinik. giler ketaq kata kau. yelah sebab dah rasa sakit dia macam mana, dah tahu rasa sakit dia macam mana. phew. bisa menggoncang jiwa


anoi makan coklat dan sangat comot


snap snap snap ntah apa tujuan ntah snap gambar sementara tunggu en.laloque uruskan kereta, masukkan barang masuk kereta, buang sampah huhuhu


sampai-sampai klinik. ramai pulak. seb baik nurse tak marah sebab tak datang 17hb tu. so takpe la tunggu pun. nak buat macam mana kan. sabtu memang ramai. maybe sebab orang cuti, dan maybe sebab setengah hari je klinik bukak. tu yang ramai lain macam tu

saya suka sakat nisa

"kakak, kejap lagi kita jumpa doktor, mama nak suruh dia enjet kakak, sebab kakak kan suka nangis, lepas tu mama nak suruh doktor enjet kaki sekali, sebab asik nak dukung je"

hahahahaha terus diam je dia. duduk baik-baik dekat kerusi. tak nangis mengada. tak mintak dukung hahahaha

bila nama saya kena panggil je, terus saya ajak dia masuk. pucat muka dia takut hahahaha lawak.

jahat betul mama macam ni.

"doktor apa punca mata saya ni, mekap ke?"
"eh bukan sebab mekap, tp sebab minyak berkumpul ni"

ooooooo gitu. jadi bukan la sobab mekap. seb baik wooooo. kalau tak nanti tak vogue la I wahhhhhh dush dush dush hahaha

"you kerja ke?"
"kerja doktor"
"you kerja office ke kerja luar?"
"office doktor"
"biasanya yang kena macam ni kalau keje kat luar sebab tak tahan dengan habuk"

aisehhhhhhhhhh office saya berhabuk ke rumah saya berhabuk ni ha? adoilaaaaa

papa upah helper plissssss, ceehhhhh tetiba

doktor pesan suruh selalu cuci mata dengan air suam, lepas tu urut2 kelopak mata. ok noted!

doktor kata belah kiri ni macam teruk sikit dari belah kanan itu hari, lg banyak tempat dia kena telekbelek. adoi sakit sakit sakit.

doktor suruh saya baring, tiba2 dengar suara anoi meraung-raung gaduh dengan nisa, si nisa pulak kecoh ketuk2 dinding. memang bising giler. dah la klinik tu kecik. memang semorang tak selesa kot. termasuk la doktor nak operate suasana bising2 kan macam rimas sikit. jadi dia pun macam mengeluh la

"baby cry bla bla bla bla"

nurse tu diam-diam bagi tahu doktor itu anak kakjemah. terus doktor sentap terus diam hahahaha

adoi MALUNYA sayaaaaaaaaaaaaa hahahahahaha eh saya kena malu ke doktor ek, saya kot patut malu, anak saya yang bising hehehe

nasib la doktor. nasib la kakjemah :p

selesaiiiiiiiiii...

2 jam yang pertama amat pedih sekali. tapi dapat diharungi dengan tabah (dan baran hahaha)

jam 3 tadi saya dah bukak dah balutan ni. dan cuci dengan air panas semua. tp macam megik pulak. sebab kali ni mata saya tak bengkak pun mcm lepas operate belah kanan. oleh sebab itu saya bersenang lenang update belog sekarang aserehe ha reheeeeeee

info klinik pakar mata yang saya pergi:

Raj Eye Specialist Clinic and Surgery
106 Jalan Yam Tuan
70000 Seremban
Tel / Fax: 06-7633910

bayaran utk mata sebelah kiri:
RM200

pengalaman minor surgery right eye

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^