Friday, July 30, 2010

Hanybunny Menulis & Merepek :)

Salam semua, tiap kali hari jumaat je maka keluarkan entry blogger kan, macam berjanji pulak, padahal kebetulan je ni. padahal saya tak pernah tetapkan saya nak keluarkan entry blogger hari apa2 pun.

Ok kali ni adalah turn belog Hanybunny yang belog dia adalah berkisarkan kehidupan dia suami isteri, serta sedikit perkara yang terjadi dalam kehidupan dia yang mana mungkin korang semua tidak pernah alami. Blog dia selalunya di update oleh isteri, sekali sekala jer suami nya update ;) ~ ayat kopipes hahah :p

Jom kenal Hany. ini pun saya kopipes jugak. giler senang bukan featured blogger kali ni, sebab kat belog dia semua dah ada dah. nak apa klik je terus dapat hehehe. very the mesra pembaca gitu kan.

ade sedikit sifat manja (kata anak bongsu kan), sikitt jer yer...masih memegang lesen P, pastu tak pandai bawak kete manual. tapi kena gak bawak sbb Tom Grey MZ manual.akan selalu la baca dlm blog ni pasal ke sengalan bawak kete, kete mati atas bukit (bukit yg tak berapa bukit laa), parking tak betol. Agak kerap outstation, sian MZ kena tinggal...makin tombam, diet pon tak turun turun jugak...lemak degil betol laaa...

Tiada adik beradik lain dah, semua dah meninggal, and sorang je pompuan dalam keluarga.yang paling ketara, hany ni peminat HIJAU. (tengok layout blog mesti dah tau kan). dia je yang selalu hapdet blog nih, (gila kuasa sket nih, kate blog ni kepunyaan bersama...)


comel kan

nak kopipes pasal husband dia tetiba rasa malu hahahaha. takpelah korang klik sana kalau nak tgk wajah hensem suami beliau ok. saja kasik saspen sikit eceh.

ok ini entry contest beliau itu hari :)


Waaa tajuk panjang jugak nih...hehehe kali nih join contest lagik, anjuran KAK JEMAH, yerrrr kak jemah blogger terkenal tuh, sape tak kenal kan!!! Contest nya adalah buat satu entry :


i. Saya baca viruspadu.com kerana____________
ii. Kenapa saya mesti dipilih untuk menang Belkin G Wireless Modem Router?


ha, karangla apa yang korang nak karang yer...owhhh kalau nak tahu pasal syarat and apa yang perlu lagik jom lawat kak Jemah k.



Kak Jemah,
Saya baca viruspadu.com kerana,

- Blog milik kak jemah nih sangatlah sempoi dan selumber cara penulisannya.

- viruspadu.com nih banyak info, yer betol...kalau korang tak caya cuba korang g tengok and cuba baca. banyak info yang kak jemah nih tulis kat blog dia untuk dikongsikan bersama dengan pembaca setia dia nih. Walaupun info tuh tak ditulis secara direct, dari segi penceritaan dia mengenai anak anak dia, pengalaman dalam mendidik serta membesarkan anak anak, terselit info yang mana belum tentu orang lain lalui.

- kak jemah sebagai pemilik dan penulis viruspadu.com nih tak sombong, tak berlagak orangnya. pastu ramah tamah lak tuh. tak termasuk lagik dengan kechanteqan serta kechumelan kak jemah. suker you tengok kulit kak jemah...very the licin. ;)

- ada anoi dan nisa yang cute dan chumel yer. yer lah saya yang masih tidak mempunyai anak nih, terhibur jugak melihat teletah dan gelagat anoi dan nisa yang mana kak jemah selalu ceritakan dalam viruspadu.com nih.

- di viruspadu.com nih, kak jemah tak malu dan segan menceritakan benda benda yang saya rasa mungkin orang lain malu nak citerkan, contohnya macam kak jemah tak reti isi minyak kete (hehehe ampon kak jemah bagitahu semua orang, xper sy pon tak reti gak)

- kak jemah sokmo jer buat review pasal tudung dia beli...brape hengget pon haraga nya kak jemah tak malu nak share, yang mahal ke murah ker...dia tetap bagitahu. saya pon peminat tudung yang ada awning nih and saya sangat jelesh bila tengok kak jemah beli tudung batik kaler hyejau...uhhh jeleshhhh jeleshhh

amponnn kak jemah, tempek gambor kak jemah kak blog hyejau nih



hurmm itu adalah antaranya sahaja yang dapat saya bagitahu, kok kalu ditulis semuanya, maunye panjang berjela, kan nanti kak jemah tak larat pulak nak baca kan kan kan! ;)


Kenapa saya mesti dipilih untuk menang Belkin G Wireless Modem Router?
- alaa kak jemah, saya nak modem tuh sebab saya nih tak lagik liputan internet tetap, chewah ayat...guna broadband je kok, pastuh lak pepaham je la kan, camno coverage nye nih kan.

- mahal tuh kak jemah, kan besh kalau kak jemah hadiahkan pada saya sempena besday saya 16 mei dan sempena besday suami saya 13 mei nih. ;)


okaylah kak,
itu lah dia penyertaan saya kak...nanti terjah yer blog saya, pastu bagitahu layak ke tak join contest nih padahal nak komen dari viruspadu kat sini ;). bukan senang kak jemah nak komen kan...bangga tuh kalu ada komen dari viruspadu.hehehe ok daaa kak jemah.


**************************************

dik, laptop baru amacam, kalau tak ok kasik sini, biar ahkakjemah ko yang kasik repair meh eceh

ok dah tu

sekian :)



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Kanser Pangkal Rahim ialah Kanser Kedua Paling Kerap Yang dialami Oleh Wanita

Semalam ada taklimat pasal kanser pangkal rahim kat office saya.

Syukur sangat sebab nama saya antara yang terpilih untuk hadir taklimat ni. Taklimat kesihatan wanita ke apa nama dia ntah. Memula dapat surat tu terus macam terkejut tengok nama doktor yang akan beri taklimat tu

eh eh nama doktor ni familiar sangat nih. ini kenal sangat ni wei. hehehe. sekali doktor kesayangan hamba la. doktor saya rupanya. doktor sukhilmi rupanya :)

tengok tarikh taklimat (sekali imbas je) then tengok hari. oh hari khamis. eh hari ni la khamis. terus berkobar2 sms doktor, ayat lebih kurang mcm ni

"doktor bagi taklimat ye, jumpa nanti" ~sbnrnya ayat lg panjang

terus doktor call saya

"jemah, pukul berapa saya kena bagi taklimat tu?"
"kul 9 doktor"
"bila tu jemah"
"hari ni kan doktor, 29 haribulan julai"
"eh tu minggu depan la, terkejut doktor, sebab doktor pun tak dapat lagi surat tu"

HAHAHA poyo, yelah saya dpt surat tu minggu lepas la, terus berkobar sms doktor, sekali salah. very the shy shy okeh. ish konon nak kasik kejutan. last-last aku yang kena. cis! haha

so semalam tiba la hari yang dinanti2kan. turun2 dewan terus nampak doktor. terus sembang hehehe. doktor tetap cute macam selalu hehe :P

Di Malaysia, Kanser Pangkal Rahim ialah Kanser Kedua Paling Kerap Yang dialami Oleh Wanita.

takut kan baca.

korang dah buat pap smear dah?

yang dah kawen tu, atlis dah kawen 3 tahun. gi buat cepat. takyah kata takut sakit buat papsmear tu ek. tipu sangat la tu sakit. sikit rasa pun takde ok. anak dara takyah buat la. tp anak dara yang takde dara boleh buat. wajib buat kottttttt. ini bukan ayat perli ke apa. ini ayat serius sbnrnya

Yang saya faham Kanser ni akan menyerang wanita yang sudah berkahwin sahaja atau belum kawen tp dah pernah melakukan hubungan seks (tolong la insaf). jadi untuk mengelakkan daripada kena kanser ni. jadilah anak dara eceh. ok itu lawak ok. jangan serius sangat. mana boleh tak kawen kan.

jadi bila kita dah kawen dan bersama dengan suami. kebarangkalian kita akan dijangkiti virus HPV tu ada. sebab virus tu berjangkit melalui hubungan suami isteri (ayat sopan ni, harap korang faham).

oleh itu sila la buat ujian papsmear ok.

Apa tanda2 nak kena kanser pangkal rahim ni?
dia takde tanda2 ok. kalau selepas bersama dengan suami. tiba2 berlaku pendarahan. ha sila check di klinik / hospital berhampiran. tapi doktor cakap, kalau dah terjadi macam itu. itu bukan tanda-tanda dia. itu maknanya memang dah kena kanser tu dah. bila dah kena maknanya memang takde la ubatnya lagiiiiiiiiiiiii.

sanggup kah korang menyesal sebab terlambat

atau sanggupkah korang menyesal sebab takut nak buat papsmear punya pasal. padahal dgr2 cakap orang je. orang cakap sakit, kau pun percaya je.

lebih baik mencegah daripada mengubati okeh. bila dah kena sikit pun tak guna dah. menangis je la.

buat ujian pap smear ni seelok2nya adalah 3 tahun selepas berkahwin, lepas tu buatlah setiap tahun. lepas tu bila tiap2 tahun tu ujian dia ok no problem. then boleh la skip2, check setiap 3 tahun macam tu pulak.


ngeriiiiiiii

Bagaimana HPV (virus papiloma manusia) disebarkan?
HPV ni sejenis virus (bukan viruspadu ok :p) umum yang disebarkan menerusi sentuhan antara kulit kemaluan, oleh yang demikian HPV boleh menjangkiti semua wanita tanpa mengenal usia atau gaya hidup. hubungan seks tidak semestinya berlaku untuk mendapat jangkitan.

Bolehkah Kanser ini dicegah?
buatlah ujian pap smear dari masa ke semasa untuk kesan tanda awal penyakit.

sekarang dah ada vaksin untuk pencegahan jangkitan HPV.

doktor bagitahu semalam, suntikan dia ada 3 kali la.
enjet pertama, pastu enjet kedua adalah sebulan selepas itu, enjet ketiga adalah 6 bulan selepas itu (doktor kalau salah tolong betulkan)

anggaran satu kali enjek tu adalah RM180-RM200 kot. tak berapa pasti sangat. siapa2 nakkan vaksin ni boleh la kontek doktor sukhilmi. kalau korang dah kumpul member ramai2, doktor boleh pegi sana by group kot. apa2 hal baik call doktor, kang pandai2 je jemah ni kang

Clinic: 06-6752560 ( Sue & Misha)
Fax: 06-6752562
Email:
sukhil@gmail.com


itu doktor saya :)

Saya plan nak amik vaksin tu, risau jugak lepas dgr taklimat dari doktor tu.

sebab doktor tunjuk la gambar2 kalau dah kena kanser tu macam mana semua. ngeri ok. jadi takut sangat pun ada tau. seriau!

pastu doktor tunjuk jugak macam mana nak tahu suami kita tu pembawa virus HPV tu ke idak, sebab kita boleh check sendiri hahaha. ok ini tak kelakar ok. doktor tunjuk gambar tutttttttt lelaki yang pembawa virus tu macam mana rupa dia. so kita leh tgk la. kalau dia ada tanda2 tu cepat2 la bawak berubat ke apa ke kan. saya nak cerita tanda2 pada kemaluan lelaki tu pun macam malu lak. canne tu kan. so disajeskan korang gugel je sebab saya malu tahap gaban nak upload kat sini. padahal tadi gugel dah jumpa dah hehe.

ok korang. ini benda serius ok.

benda yang korang kena buat yang terpenting2 adalah:
1. buat ujian papsmear. ini WAJIB.
2. amik vaksin HPV RM180 je pun kan. beli henbag mahal2 boleh pulakkkkkkkk. ini utk kesihatan seumur hidup ok.

eee takut lak saya.

korang, benda ni bukan benda main2 ok. ingat tau.

saya sayang korang. jom la kita jaga kesihatan sama2 ok.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Thursday, July 29, 2010

Mambang Kepala TOncet

Malam ini kepala saya pusing sekali. Fenin la wei. Daripada petang tadi sakit kepala. Adakah kerana terlebih minum air manis. Oleh sebab kepala saya pening. Saya ada jawatan kosong ni. Sape nak apply boleh hantar resume kat saya. hahaha bengong sudahhhhhhh



fenin lah fenin.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Mana perginya kamera angelic saya

Sejak nisa dah cekap mengambil snap snap gambar ni kan, kemain berani lagi dia menyelongkar hendbag mama dia nak cari kamera bling-bling mama dia ni tau. Sentap je bila tengok2 kamera tu dah ada kat tangan dia. wuiiiiiiiiiiii nisa oi. mama pun sampai sekarang tak berani nak bukak zip hanbeg opah kau tau. ko selambe jeee kannnnnnnnnn

ada sekali tu saya mengamuk sebab saya bgtau jangan bukak or main handbag saya tanpa kebenaran. kena mintak izin saya dulu. biasalah budak kan, cakap sekali dua mana jalan. nak nak kalau kita cakap dengan dia sikit punya angelic kata koooooooooo.

dah kali ke tiga. ha meh tengok mama ko jadi tarzen versi hulk meh. hahaha. memang kena la kannnn. lepas tu kang kalau nak cari nisa carilah dia di sudut2 hahaha.

*gambar lama :)


lepas tu mesti dia cakap

"mama tu tak sayang kakak"

"kakak nak pegi rumah nenek kakak"

hahahaha.

macam mana nak kasik anak disiplin ek? kalau korang camne ek? korang buat macam mana ek? ek ek ek ? adakah korang kasi je anak-anak main henbeg korang? kalau korang marah or ajar dorang macam mana?

ni sekarang ni kamera bling-bling saya dah hilang dah. macam mana ntah nak cari. susah la saya nak membuat kegiatan mengambil gambar macam biasa. nak pakai enset ni pakai speSIAL sikit dengan bunyi flash budus itu. tsk tsk tsk.

tolong miskol kamera saya jap. :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Tutorial TweetDeck: Bertweet dengan Indah :)

lanjutan daripada tutorial nak register twitter dan masukkan dia dalam belog, lepas tu dah malas nak pakai twitter dah sebab macam susah nak pakai leceh dan sebagainya nak nak pulak lagi kalau pakai web dia http://twitter.com/. maybe sebab tak paham nak pakai hehehe.

takpe takpe

kakjemah dulu pun mcm tu. tak paham betul haku pakai tweet ni hoiiiii.

nak update macam mana, nak balas macam mana apa semua kan. last2 biar je terkubur macam tu je.

ok untuk memudahkan korang bertweet (dengan tweet pun dah boleh jana income ok, ingat blog je ke, ok jana wang dengan twit nanti la saya blogkan hehehe)

korang install tweetdeck ni haaaaaaa. lepas korang install memang aaa lepas tu ko dah takde keje lain asik nak bertwit je kejenya. kalau bos marah tak jamin eeeee.

mula-mula masuk web ni dulu untuk install di pc anda :)

http://www.tweetdeck.com/

ye paparan dia yang gelap gelita ini lah.

korang pilih yang desktop punya ok. http://www.tweetdeck.com/desktop/ pastu klik situ "DOWNLOAD NOW, IT'S FREE" tapi kalau nak bayar, bayar je kat ahkak jemah korang ni hahaha, boleh la bulan depan ahkak membuat lawatan ke jasko :p


lepas dah habis install bagai.

klik la. masukkan id password segala mak nenek bagai. tadaaaaaaaaaaaa

kakjemah punya macam biasala. belum apa2 dia dah tukar kaler jambu2 dah. well.

so senang, saya bahagikan kepada 4 bahagian tu.

klik la utk tgk contoh ye. :)

sekian tutorial twitter menggunakan tweetdeck :). tak paham tanya ok :p


update:
ohye ohye, nak add kakjemah ye adik adi haha ini id guwe http://twitter.com/viruspadu/


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

sup tulang itu telah bersatu di dalam pinggan

balik dari kerjaan semalam. disebabkan semangat yang berkobar2 nak masak sup tulang, terus singgah beli tulang. sian kakjemah makan tulang je hahaha tetiba.

tp disebabkan bijak yang keterlaluan, tu yang sampai lupa beli daun sup bagai tu. budus betul laaaaa. sup takde daun sup adalah macam lepas makan tak cuci tangan okeh. fail! fail!

tapi takpe. kalau presentation dah out, kita kenalah berusaha keras supaya rasa dia mantap menyengat sikit. eceh. macam la terer.

so sampai2 je rumah terus saya rebus daging dulu. orang kata kalau nak daging embuk lembut gebu, wahh kalau gebu over la kan :p. kena rebus 3-4 jam kan. tp saya lapar sangat la. macam tak tahan je tunggu lama nau. sejam lebih ok la kot. sampai rumah 6 lebih. terus rebus daging dulu sambil ikut petua yang korang penah kasik dulu letak sudu hehehe. kot2 la jadik kan. terus naik bilik cuci sidai kain bagai dulu.

kul 7 lebih saya turun dapur balik. masak benda lain dulu.

apa menu semalam?

1. sup tulang
2. tumis sayur
3. ikan bilis tumis kari (resepi emak saya di bulan puasa, tapi mak tambah halia, saya pemalas sikit)


pastu en.laloque tanya
"apasal tak buat sambal belacan"
"padannn, sape suh tadi tak rekues"

hahahaha saje bini dia cari pasal. sebenarnya dah beberapa hari berturut buat sambal belacan, perut laki den tu bukannya tahan sangat. lepas tu cirbir perut tak tahan pedas. usus expired :p

sup tulang yang presentation dia out, tp rasa boleh tahan. eceh sendiri puji hahaha.

saya rasa sejam lebih kot saya rebus daging tu. ok la tak liat nau. lembut jugak daging dia. bak kata suami "ada bahagian2 yang lembut dah, ok laaaaaaaa"

resepi sup tulang saya eee? awww malu pulak nak tulis. ok tak kisah la ek, ini nama dia resepi asal ado, apa yang ado kek dapor la yo

ok mula2
1. rebus tulang
2. bila rasa macam tulang dah empuk sikit tu, saya letakkan kentang.
3. kemudian saya letak sup bunjut (betul ke nama dia ha?)
4. letak halia
5. letak asam keping
6. letak garam
7. hiris bawang, bawangputih, halia, kayumanis dan maknenekrempahtu dan gorengkan, lepas dah gorengkan tu masukkan dalam sup tadi.
8. tunggu la sampai siap

daun sup yilek. lupa beli.

cili dengan lada hitam pun saya takletak, sebab kesian kat anak-anak saya takleh makan kalau pedas. anoi ngan nisa suka sup, tp kalau dia nampak cili terus dia taknak makan. walaupun tak pedas.

anggaran berapa bijik berapa banyak halia asam keping garam tu semua pandai2 la ejas ye, tgk berapa banyak tulang dengan air rebusan tu la. saya pun main belasah je semalam hehe.

ok tu je saya nak share ngan korang :)

"sedap tak pa?"
"ok cuma ikan bilis ni liat sikit"

cisssssssss nak komplen jugak tu hahahaha! takpe itu komen membina nama dia :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Wednesday, July 28, 2010

sup tulang

Petang ni kalau dapat makan sup tulang pun sodap ni kan, tp tulangnya pun yilek kena gi beli dulu kalau nak masak hurm.

sup tulang letak lada hitam.

pehhhh pedas-pedas lada hitam sedapnyaaaaaaaaaaa

harap-harap petang ni rajin.

harap-harap :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

pakai lipstik main tenyeh2 je kot

hari tu saya layan youtube nak tengok macam mana nak pakai bulu mata palsu kan hehehe. bila dah tengok tutorial mekap ni memang harus la tertengok benda lain sekali.

ternampak pulak tutorial macam mana nak pakai lipstik hahaha. macam kelakar sebab. aik lipstik tenyeh je la kan. apa susah hahahaha

sekali banyak step daaaaaaaaa



ok nah saya share mcm mana yang saya faham la ye. kalau salah harap maafkan. kalau comot harap maafkan jugak hehehe.

1. mula-mula sekali, pakai pelembab bibir supaya bibir tidak kering. sebab kalau kering nanti dia nampak yang kulit terkupas ke apa kan. so nanti dia jadi buruk. so pakai pelembab bibir dulu ok.

2. lepas tu, pakai lipliner. pakai seluruh bibir tau bukan line bibir tu je. tujuan dia (mcm utube cakap la) bagi lipstik kita tu tahan lama la, takde la pakai kejap je pastu hilang kan.

lepas tu malas dah nak amik gambar boleh hahahahaha. so sila la bayangkan okeh.

3. Pakai lipstik korang itu di bibir.

4. Untuk nampak bercahaya tak boleh blah. pakai pulak lipglos. memang berkilat-kilat kata ko kan.

5. last sekali. nak bagi bibir nampak menonjol ala2 angelina joli. ambik concealer yang macam gini. macam pen ni. lukis kat keliling bibir kita (lukis hahahaha, bantai je lah ek)


tp kalau yang biasa2 pun boleh je, pakai la berus ke apa ke kan.

macam ni tau. yang putih tulah.

lepas ejas2 la jangan la nampak pelik sangat ok

ni hasil comot saya.

lipstik pink = maybelline watershine pure P11
Lipliner = Secret Lush Lip Liner Pretty Pink
Pelembab = Maybelline STrawberry
gloss = Silkygirl moisture gloss 16 rosy pink

siyes comot. sebab saya tak buat betul2 (eceh ayat cover haha), bedak tak apa tak, sebab tu masukkan gambar bibir je. kalau tak dah feeling2 angel harus kuar gambar muka sekali hahaha.

rasa macam sama je dengan saya tenyeh lipstik je kan. tapi sebenarnya memang lain ok. sendiri rasa la kot. maybe saya pakai warna pink jadi dia tak berapa menonjol sangat kot. kalau merah or yang ketara sikit, dan mekap betul2 nampak la kot beza dia banyak sikit.

ok korang, selamat men-angelina jolikan bibir ok.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Angan-angan yang dah lama, tetiba teringat balik hoh

Semalam lepak dekat bilik en.laloque. Saya tulis note ni kat dia. Hehehee. sebab nak cakap rasa malu pulak sebab asik kena rejek je kan. eceh. poyo sangat tetiba malu kan

tak nampak eh? jap eeee

maafkan tulisan buruk. Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. cececece feeling2 kad raya pulak dia hahaha.

ok ok, meh translate dulu.

"papa, belikan mesin jahit boleh tak?"
lalu en.laloque pun balas, dia ingat ini chatting YM ke apa dengan bini depan mata kan. sabar je la.
"Ok! tapi tunggu naik W54" sign

lagi over dari YM sebab siap sign2 bagai lagi. konon bukti ke apa hahahaha

saya teringin la nak jahit baju sendiri. baju kurung sendiri. teringin sangat ok. en.laloque ni memang tau, tak kasik semangat kat saya pun. saya teringin dari saya mula2 kawen dulu tau. bayangkan dari tahun 2003 saya mintak nak beli dia buat booolayan. cissssss. ni suruh tunggu lagi. dush dush dush

uwaaaaaaa komengaaaaaaaaaaa.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Tuesday, July 27, 2010

Seb baik ada :)

Seb baik ada gambar anak bini dalam bilik hahahahaha. eh spotcek eh jemah hehehehe


Hari ni saya lunch sama-sama dengan suami. Lepas makan banyak masa lagi.

Beza sangat ok makan dengan rakan-rakan makan dengan suami. Kalau makan dengan rakan-rakan rasa macam tak cukup masa jam 1 sampai 2 tu tau. selalu macam dekat2 kul 1.45 pun masih makan lagi. Kalau lunch dengan en.laloque kul 1.30 dah selesai bayar dah. pelik betul. kitorang ni makan cepat ke makan gelojoh ni hahaha

Jadi sebab berlebih masa sudah, saya lepak2 la bilik en.laloque dulu. malas nak masuk opis sendiri katanya kan. Biasanya la nak mengadu domba dulu. kata mengada2 kan hahaha dush!

"seb baik ada lagi gambar mama, kalau tak, nak sentap dah ni"
"hari tu kawan abang cakap, gambar ma yang ni dengan ni lain, dia ingatkan orang lain"
"ni mesti cakap mama tembam ni kannnnnnnnnnnnnnnn"

sentap ahhhhhhhhhh hahahaha. gambar nikah memang ah lain. dah mekap beria2 katanya kan. gambar satu lagi tu konfem la tembamkan, masa tu peknen anoi 4 bulan katanya. ceh ada alasan seb baik.

tapikan saya perasan, muka saya boleh berubah-ubah ikut mekap ok. bukan ubah sikit2 punya, ubah yang macam, eh ni kau ke? hahahaha betul wooooo. very pelik heh. kalau ambik gambar lain-lain angel pun boleh jadi lain. saya rasa kan, kalau mekap saya jadi hodoh2 (mcm la lawa hahaha) konfem lagi hodoh dari la betty la fea tu hehehe



eh apa ntah saya merepek kat entry ni hahaha

ok dah. bye.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Roti canai satu setengah :)



hahahaha. comel kan. order roti tampal dapat percuma roti kosong edisi mini. :)

Murah rezeki abangroticanai. eceh. ye ke abang kot kot adik :p

~abang/kakak bukan bererti dia lebih dewasa, tapi itukan tanda kita hormat/respek :). jadi sila respek kakjemah sekarang hahaha tetiba :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Pengaruh yang Kuat

Salah mama kot letak lipstik sepah-sepah.

budak memang laju je la tangan dia mencapai, pantang nampak la katakan :)

terus anoi feeling2 mama pakai mekap nak pergi keje hahaha, bukan tangan je goyang-goyang siap kepala pun goyang. kelakar sangat okeh. Mula-mula biarkan je sebab bajet dia tak pandai pusing keluarkan lipstik tu. so biar je dia main.

tiba-tiba. uhuk uhuk uhuk. tahu2 abis cadarrrrrrrrr


dia sula kolek kolek marrr


hehehehehe clever!



dengan rambut pakai gencuuu tau! kelas! ko ada?

hahahaha

Kuat betul pengaruh mama kan :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Pegi la shopping :)

Bila korang mengalami sesuatu tekanan? apa korang buat?

contohnya, tekanan seperti datang-datang je opis tengok2 bilik server panas sebab blackout ke apa ntah. belum sempat duduk lagi okeh terus panik. adoila. lalu supermem pun datang menyelamat eceh.

disebabkan punca tekanan yang ntah apa-apa punya punca ntah kalau difikir2kan macam tak boleh diterima akal langsung seperti merasa gatal-gatal diperut sebab menggatal pakai koset nak nampak ramping punya pasal. tu semua punca dia la tu.

lalu call suami nak bagi tahu perut gatal tapi dia tak dapat layan isteri sebab dia dekat PD buat keje apa ntah. Ha tu semua la tu hahaahaha.

ok atas tu semua contoh je. (apasal macam kisah sebenar je hehe). maksud saya contoh punca-punca tekanan yang tak masuk akal. tapi memang biasa2nya punca macam itulah yang melarat-larat. Benda kecik boleh jadi besar.

Sebenarnya saya memang stress :) (apasal icon senyum. tak paham betul)

"Mama stress la, tak kiraaaaaaaaaa, papa kena belikan mama hendbag guess tu jugak. tak kiraaaaaaaaaaa"
"logo guess je boleh tak?"
"mama stress ni paaaaaa"
"ma nak coklat apa cakap je, papa belikan"
"apa ni weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"

hahahaha ko tengok macam mana dia layan, guess memang takde kena mengena dengan stress tapi saje nak terai2 kot2 dapat hahaha

muka sentap ketika menjemput anak-anak pulang


lalu mengupdate status fesbuk semacam ni hahahaha


"yelah-yelah papa belanje baju je"
"alaaaaa terbayang stress nya masa pilih baju nanti"
"kita amik cuti nak"

muahahahahaha suami memang pandai pujuk.

sebenarnya saya memang sangat stress sebab tu suami pujuk beria2 mcm ni. kalau tak takde maknanya weiiiiiiiii.


balik rumah singgah jasko. beli lauk nak masak walaupun hati sikit punya malas.

saya rasa lately masak adalah satu terapi jugak bila saya stress.

dan terapi terbaik adalah sewaktu menyuap anak makan, dan anak makan dengan berselera sekali.

Ya. Itulah terapi terbaik. :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Monday, July 26, 2010

Tulang itu terjadi lagi

Peristiwa itu berlaku lagi tadi. Alah tulang en.laloque yang terkeluar dari soket dia tu lah. Nah ni kopipes sikit entry lama hehehe

"ma tolong, tulang papa ni tulang papa" ~suara dia lain macam

terus melompat la saya, dah la semalam melompat anoi jatuh katil, hari ni melompat pasal laki pulak hahahahaha. ni kalau laki bini masuk olimpik acara melompat-melompat ni, sahih la juara terbaik ni hahahahaha

"kenapa ni pa" ~panik
"tulang papa terkehel"
"mcm mana ni"
"tulang papa terkeluar dari soket dia ni"
"abis tu mcm mana ni pa"
"kaki papa takleh lurus ni sakit sakit"
"mcm mana ni pa, jom hospital jom" ~ dah nak start nangis, adoi perempuan2
"jap, ma tolong tarik kaki papa"

jenuh ok aku tarik kaki dia, ko tahu je la kaki lelaki, dengan tangan perempuan yang lemah gemalai ni nak tarik. memang susah la kan. terkial2 di buatnya

"ma kena tarik rentap kuat-kuat"
"dah kuat la ni"
"rentap kuat, sekali zap tu"
"dah paling kuat ni"

hahahahahaha terkial2 tau, dah la panik rasa nak nangis tgk muka suami menahan sakit. kederat pulak tak kuat nak tarik tulang dia kuat2


So tadi, masa saya ralit tengok video No Body But You, Wonder Nuffies hahaha tetiba en.laloque menjerit.

"ma tolong ma, tulang papa ma"

hahaha kali ni rasa nak gelak ok, dah tak panik macam dulu lagi hahaha kelakar lak rasa. pelik saya macam mana boleh jadi sekali lagi sebab tadi mcm dia elok je tukar cadar katil. anoi baik punya tenyeh2 tembikai atas katil. adoiyaiii.

adakah dia lompat lagi? :p

Oleh sebab saya dah tahu nak buat apa. tarik tarik tarik kaki dia kuat-kuat sampai ada bunyik krak dekat tulang lutut hehe.

.
.
.
.

"ish tahun ni dah dua kali jadi macam ni"
"tulang papa dh xpired dah hahaha"
"siot!"

apasal ek jadi macam tu? takde ubat ke petua ke apa ke? sape penah jadi cantu?

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Viruspadu & Laloque 2003 - 2010 :)

Mengimbas kenangan lama :)

2003 - Kahwen :)



2004


2005 - Mengandungkan Alesha


2006 - Baru tukar ke Negeri Sembilan - Langkawi


2007 - raya



2008 - PD



2009 - raya



2010


Moga kasih sayang kekal abadi.

Amin.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Pencarian Nan Cheese di Seremban

Balik dari menembak kat city park. Tetiba teringat nan cheese ok. mungkin sebab kat depan tu ada maulana. Lagipun ntah kenapa ntah tetiba teringat nan cheese yang kat putrajaya super duper lembut yang sedap tu.

Utehhhhhhhh nanti andak balik cheras kita gi makan sana lagi nak takkkkkk?

lalu terus menyatakan hasrat kepada suami nak makan nancheese.

"pa, ce tanya kat maulana tu, ada nancheese ke idak?"

tanya tanya tanya

"takde la maa"

alaaaaaaaaaaaaaa nak. muka berubah menjadi ketat :p

"papa tahu ada lagi satu tempat tu ada nancheese. tp jauh sikit la. nak gi tak"
"tak kisah mama sanggup"

wahhh ko tengok! over kan jawapan. macam apa ajer je terus sanggup2 bagai hahaha

daripada seremban 2 menuju ke capati corner kat rasah kot. jauh jugak la. pusing punya pusing. sampai2 sana. tanya2 dia kata hari ni tada jualllllllllllll... siot betul laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

muka bengang je. haihhhhhhh jauh ok kitorang datang ni. haih!

"apa kata kita try kat belakang jasko tu ma, kot2 situ ada" ~cuba pujuk isteri
"a ah kan nape tadi tak terfikir kat situ"

adaaaaaaaaaaaaa... lalalalala

RESTORAN SIANG MALAM :)
belakang jasko yo. memang nampak dari jasko tu. tp kena pegi belakang ah baru nampak.

muka seorang isteri yang sangat hepi dapat makan roti nan cissssss!!! hahaha


orang yang napas tak elok2 kenot dring ais ais haaa. so teh halia tarik satuuuuuuuuuuu :)


3 of us. anoi tido :)


nan cheese sekeping RM3




sedap tak?
ermmm ermmmmmmmm ermmmmmm tak berapa menepati citarasa saya la. sebab roti dia macam tak berapa lembut. cheese dia pun ala-ala je. setakat nak lepaskan ngidam boleh la.

tapi kuah dal dia memang terbaik. betul. sedappppp kuah dia. maybe roti canai dia sedap kot. mungkin la sebab saya tak makan.

parking dia senang tak?
boleh la. rasanya takde masalah parking kat sini. banyak parking dia

selain makan roti nan cheese. sana hapening waktu malam la. dia ada jugak kerang rebus bagai. tak perasan ada satay ikan bakar bagai. sebab saya pegi siang kan. malam tak perasan. sebab dulu ada. sekarang tak tahu ada ke idak. :)




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^