Masuk bulan ni. Bulan Ogos. Maknanya saya dah blog berapa tahun dah?
Saya start menulis di alam maya ni dari tahun 2005 sebenarnya (fotopages). Tapi hosting dia merata-ratalah. pernah dengar geocities tak? ha dulu saya menulis kat sana. tapi kat geocities lagi lamaaaaaaaaa kot, tak silap saya tahun 2002 saya dah ada dah page tu. Masa tu mana ada blog lagi kan. So takde la nak update apa-apa macam sekarang. Cuma tulis benda-benda biasa je la. chewah. apa la yang biasa tu kan. Nak bagi link kat korang pun benda tu dah tak wujud dah :p
tak silap saya kat geocitis tu add saya sama je www.geocities.com/viruspadu
Lepas tu saya aktif menulis kat forum2 je la. Korang penah dgr forum kedai kopi tak? Tokei Kedai yang punya. Saya aktif kat situ lah dulu. Lama-lama saya tukar kerja. Saya mula berjinak dengan fotopages pulak.
Bila saya dah tukar kat negeri sembilan. Baru lah saya create blogspot ni. saya ingat lagi. dulu semua readers saya, saya kenal. yelah masa tu blogger berapa orang je pun. lepas tu kita suka tukar2 hadiah kan. sweet la kenangan tu. zaman tu semua blogger ikhlas memblog. Blog kerana Minat! kan kan kan. sekarang pun blogger ikhlas jugak hahaha.
Kenangan giler lah kalau baca balik entry-entry lama. Tersenyum saya sorang-sorang masa baca. Macam-macam kenangan suka duka saya. Kalau takde blog ni mesti banyak kenangan yang sukar nak ingat balik macam bila kali pertama nisa pandai minum air pakai straw. :)
2002 - geocities, forum-forum
2005 - fotopages
2006 - blogspot
Jadi usia blogspot ini adalah
4 tahun sudah. Saya sayang blog saya.
Nah saya kopipes beberapa entry lama saya.
Entry Pertama di Blog (17 ogos 2006)
salam,
Hari ini merupakan hari yang bermakna bg aku, sbb hari ni aku dengan jayanya telah mengcreate satu blog untuk diriku sendiri yang mana sebelum ini aku hanya menggunakan fotopages sebagai blog ku...
http://viruspadu.fotopages.com dan
http://viruspadu2.fotopages.com, semua kisah suka dan dukaku ada di sana.
2 Bungkus Nasi Lemak (28 november 2006)
Macam biasalah hari ni, jam 6.28 am aku dah keluar dari rumah, jarak rumah aku dengan pejabat ambil masa lebih kurang 3-5 minit ajer, jadi aku tgk jam 6.31 am dah smpi gate office, jadi aku minta hubby cari nasi lemak utk aku sarapan dulu, Hubby aku ni mmg betul2 takut aku lapar agaknya, terus dia beli 2 bungkus nasi lemak utk aku, hehehehe, nampak sangat aku ni pemakan orangnya, kantoiiii...
Pecah Rumah di Tahun Baru (3 Januari 2007)
Telifon berbunyi,
Mak kata nak datang, aku kata "OK". lepas tu terus aku ngan hubby kemas2 bilik. Mak aku sampai dalam jam 4 lebih dan balik cheras lepas sembahyang magrib.
Malam, aku tak boleh tido, kerana ketakutan,
Tp akhirnya tertidor jugak, ntah bila aku pun tak tahu... zzzz...
Itu lah kisah, pembuka untuk tahun 2007, penuh tragisss...
Esoknya, terus beli rantai dan mangga yang besar gedabak, ahaks, rantai semua gril yg ada.
Tamat
Hari Pertama Bekerja Setelah Bergelar Mama Annisa (25 Mei 2007)
"Sedih dan Pedih"Perkataan yang amat sesuai untuk menggambarkan hati dan perasaan aku tika ini.
Berat benar kaki nak melangkah keluar dari rumah pagi tadi. Sayu benar hati bila kereta mula bergerak meninggalkan rumah menuju ke ofis. erm...
Belumpun sampai ke ofis, hati dah mula terdetik
"Nisa dah terjaga ke?"
"Nisa menangis tak yer agaknya sekarang ni?"
"Nisa rindu mama tak?"
Nisa... Nisa... Nisa... asyik teringatkan nisa...
Mama nak balik... mama nak bersama nisa selalu... teruknya mama.
Lagi-lagi Kembang (19 Jun 2007)
seorang cina berkata: wah muka u mcm dato' siti nurhaliza lah
aku jawab: oh nanti i blanja u makan hehehe (muka selamba ajer, padahal dlm hati dah melompat2, yesyes... bangganyer aku keh keh keh)
dlm hati: misai laki aku maybe mcm dato k
perasan... perasan... ohhh lalalalalalala ... ni mesti aura cincin baru aku nih
Bola Jaring (11 Julai 2007)
punca kenapa sy x suker main bola jaring adalah: sy fobia bola dtg dr atas, bila bola dtg dr atas sy akan tutup mata saya, hehehe, dan sy punya tangan, kalu baling bola, konfem x sampai kepada org yg nak sambut tu, dan sy juga x pandai sambut bola, pukul bola boleh la...
dan biasanya kalu org paksa main, kekadang sy main la jugak... tp lepas tu mesti orang komplen sy main mcm taik... tu yg pedih telinga sy mendengarnya tu
Hari ni Saya drive Sendiri (6 Ogos 2007)
sy dah lama sgt x bawa kereta, jd rasa sgt kekok,nak tahu, pg td sy kuar kul 6.25pg, smpi opis 7.10pg, punya la lambat... selalunya hubby bawak 15minit dah smpi...yg lg best... depan kete sy kosong ajer... sekali tgk belakang dah jem... bederet2 kereta... mesti dorg menyumpah2 sy bawak kete slow... wakakakaka lgpun pg tu gelap la, sy x nampak, lepas tu jln bengkang bengkok, mmg susah...(ayat cover line)
7 Fakta Pelik Pasal Diri Saya (4 Dis 2007)
1. rela main game drp borak2 + gosip ... ahaks (ini kategori pelik ke? belasah je lah)
2. x suker window shoping (sbgi seorang wanita perkara ni pelik la kan), tp kalu sy nak membeli apa2, sy terus beli jer (pengguna x bijak nih)
3. bilik opis sy, sy tak pernah kemas sejak sy bertugas kat sini, dh mcm tongkang pecah (ini pelik ke pamalas), sy rimas la kalu bilik sy ni kemas, susah nak carik file ok
************
hehehe tu je yang saya kopipes. nanti kalau ada masa, saya nak baca semua. yelah sayakan peminat no 1 blog viruspadu.com ni eceh :)
Mama
Alesha,
An-nisa dan An-Nur Abriza