Saturday, October 30, 2010

Impian jadi Kenyataan

Fiwiiiittttttttttttttttttttttttt

Ok nanti cerita lain, skrg kat rumah kaklang nak siap2 balik rumah mak :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Jom Sertai Dutch Lady Contest

Kalau korang ingat daripada entry sebelum ni, banyak perbualan nisa dan anoi dengan saya yang tak tercapai dek akal :). Berbual dengan anak-anak memang satu perkara yang indah. Tapi tu lah, kadang-kadang masa je pulak takde. Masa nak sembang-sembang la. Biasanya bila balik rumah, kerja-kerja rumah dah melambai-lambai suruh kita setelkan yang tu dulu. Kadang-kadang bila anak merengek perlukan perhatian kita (parent), kita pulak marah "jangan kacau mama, pergi main sana!" haaaaaaaaaa macam biasa sebut tak? HAHAHA.

Ingat tak entry lama saya :)

Hari tu dalam kereta. ontheway dari opis. amik nisa anoi kat taska. balik rumah. sembang-sembang dengan nisa

Mama: kakak, cantik kan awan tu
Nisa: a ah cantik, ada matahari belakang ia
Mama: cantik kan. mama sukakan awan
Nisa: kakak pun sama mama
Mama: kakak rasa awan tu boleh makan tak?
Nisa: mana boleh mama, awan tu kan tinggi. macam mana kakak nak amik awan tu. kena pakai tangga. tapi nanti jatuh. sakit. darah.
Mama: a ah la tinggi. nanti jatuh kan. erm kakak rasa awan tu boleh makan tak?
Nisa: mana boleh. awan kan tinggi. ha tengok ni. macam mana kakak nak amik
Mama: alaaaa. ok. kalau awan tu boleh makan. kakak rasa la. awan tu rasa apa
Nisa: manis kot mama
Mama: oh ye ke
Nisa: tapi, kakak nak awan merah jambu mama
Mama: erk....

Di hari yang lain..

Nisa: mama. kakak nak makan awan tu la
Mama: hahahahaha sedap ke awan tu?
Nisa: a ah rasa dia manis, kakak suka awan merah jambu
Mama: erk...

Di jusco..

Nisa: kakak nak beli awan merah jambu ye mama
Mama: erk...


rupa-rupanya. ini la imiginasi awan merah jambu dia.


Ada sekali tu saya pergi pasaraya. Saya cakap ngan Nisa.

Mama: Kakak nak buah apa? kalau makan banyak buah nanti cepat besar macam kakak Yah ngan macam kakak Ayin.

Pastu Nisa balas balik. Dia kata

Nisa: cikgu kita kata, kita kena banyak minum susu. Minum susu nanti tulang kita kuat. Nanti kakak buleh la besar. Cikgu kita yang kata.

Terus Nisa ambil susu perisa strawberry Dutch Lady yang Nisa panggil Susu "Jambu". Maknanya susu Dutch Lady yang kotak berwarna merah jambu/pink.

Hebatkan kanak-kanak zaman sekarang ni. Cepat belajar dan kadang-kala pilihan mereka pun penuh berkhasiat cuma dalam bentuk yang berbeza yang lari dari pemahaman kita orang dewasa.

Kalau boleh kita tanya soalan sebanyak mana pun takpe dengan anak-anak kita. Biarkan mereka bercakap. Jangan kita je bercakap dan paksa anak-anak dengar. Sebab tu lah anak bosan. Bila kita biarkan anak bercakap, tu sebenarnya salah satu cara untuk membina keyakinan dalam diri anak-anak kita secara tak langsung tau :). Lagipun bila anak-anak bercakap nampak comel sangat. lebih-lebih lagi words yang keluar dari mulut diorang tu, ala-ala pelat gitu kan. So sweet :)


Anoi dah pandai makan sendiri :)

Anoi sekarang dah berusia setahun 4 bulan kan. Perkembangan dia sekarang sungguh menterperanjatkan saya ok. Banyak words yang dia dah boleh cakap. Contohnya

"tatak, adik nak" (kakak, adik pun nak) ~kalau minta makanan dari nisa

Hollohhhhhhh supercomel ok. yelah biasanya budak sebaya tu cuma boleh cakap satu-satu perkataan je, tp anoi dah boleh bikin satu ayat. Pehhh.

Anoi juga suka meniru apa yang kakak dia buat. Dia mengemari apa yang kakak dia gemari. Disebabkan kakak dia suka minum susu "jambu" Dutch Lady. Dia juga mengemari susu "jambu" Dutch Lady. Mungkin Anoi pun dengar cikgu dia (cikgu = pengasuh di Taska) kalau nak besar cepat! kena minum susu hehehe.

Eh, korang tahu tak Dutch Lady ada contest kat sini . Klik sekarang dan LIKE. Lepas tu senang sikit nak sembang :)




Lepas korang dah LIKE. Klik kat "CONTEST" tab tu. Jawab 3 soalan yang senang banget tu. Contoh soalannya berbunyi

1) How tall is mummy?
2) What does mummy work as?
3) What d0es mummy always say to you?
4) Mama cantik tak? haha tipu! ok no 4 ni saya yang sendiri tambah :p

Setiap submission akan dipaparkan, dan lepas tu proses undian bermula. Eceh. Masa ni lah kita feeling2 penyanyi realiti tiwi gitu kan. UNDI lah saya! Saya akan buat yang TERBAIK. Semua adalah pemenang tiada pengalah gagagaga. Baiklah pendek kata pakat suruh semua member, sahabat handai, adik beradik dan siapa2 lah untuk LIKE korang.

Sebab top 3 LIKE terbanyak dapat menang hadiah wokkkkkkkkkk. Korang jangan menmen.

Apa hadiah dia jemah?
Pertama: RM1,000 cash dan Produk Dutch Lady
Kedua: RM800 cash dan Produk Dutch Lady
Ketiga: RM500 cash dan Produk Dutch Lady

Kategori pemenang dipecah kepada dua kumpulan, ada kumpulan 1-6 tahun dengan kumpulan 6-12 tahun.

Nama pemenang akan diwar2kan pada dua minggu selepas tarikh tamat contest iaitu pada 22 November.

Senang kan
Senang kan
Senang kan

Baiklah ini contoh -__-

1) How tall is mummy? : Mama tinggi macam ultramen (pengaruh tivi nampaknya haha)
2) What does mummy work as? : Main komputer (HAHAHA nampak sangattt)

3) What d0es mummy always say to you? : KAKAK, TOLONG MAMA...


Saya pun join contest sekali. Jadi sila vote saya. Ini paksa wakakaka (ok ini contoh untuk mendapatkan LIKE terbanyak hahaha)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Friday, October 29, 2010

Korang Ado? Udah Beli?


Hobin Jang Hobin vs Gomo Kelate Gomo

Saspen...

Korang sokong mana?

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Beg sepet shop menggugat iman ku


RM70


RM80


RM70

geram kan
geram kan
geram kan

pink ohhhhhhhhhhh

http://sepetshop.blogspot.com/





Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Thursday, October 28, 2010

Sushi dan Tudung :)

Hari ni penuh dengan meeating :) pagi petang meeting. hahaha (eh apasal gelak?)

Bukan apa, saya teringatkan fasilitator saya punya ayat masa team building hari tu lah. Dia kata kebanyakkan kita kalau masuk meeting, tapi jadi ahli menyuarat karipap. HAHAHA giler kelakar.

Siyes saya tak paham. APAKAH? AHLI MESYUARAT KARIPAP???

"yelah, masuk meeting senyap tak berbunyi, keje dia mengabishkan karipap"

HAHAHAHAHA giler kelakar ok! Macam terkena batang hidung sendiri je kannn. Biasanya memang saya tak banyak cakap dalam meeting kalau takde isu kena mengena dengan saya. Ha kalau nak pandangan untuk sesuatu meeting elok jemput en.laloque, dia tu mulut papapapapapapapppp sikit. Tak henti2 bercakap hahaha.

Hari ni jugak balik keje menyinggah jasko nak beli mandian nisa anoi yang kehabisan kat taska. Lalu ternampak sushi lalu terbeli

Giler lama tak makan sushiiiiiiiiiiiiiiii nom nom nom. Rasa mcm dah lama tak makan. Last makan sebelum ngandungkan anoi kot.

Punya lama tak makan. Bayar2 terus ngap ko. Dah tinggal satu baru teringat nak snap gambo hahaha.


Ok habisss.

Ohye. Ini bukan tudung saya tau. Ini tudung cikwankembang yang punya. Dia jual murah tudung2 dia. Siapa kenan sila la sambar. Siapa cepat dia dapat. Tudung dezahra pun RM50 je weiii dia jual. Ni saya kopipes sikit. Yang lain2 kena tengok belog dia sendiri lol



Hi everyone!!

Just clearing up few Tie Rack oblong scarves that I have
all is NEW WITHOUT TAG
(tak reti nak pakai weh)



happy viewing..


.
.
.
.

LASTLY....


this is my pre-used items which used less than 2 times
New RRP Price at dezahra is: RM115
so, check out my price!


Item No.6
my price is: RM50

pics
credit to dezahra


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Pendengar yang baik

Saje terfikir lalu nak share dengan korang :).

Kategori Pendengar 1:
Jiwa Kacau: Aku sedihla, kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku
Pendengar: Itu takpe lagiiiiiiiiii... aku lagi teruk kena ok... bla bla bla bla

kalau kategori macam ni, takyah cerita dah dengan dia hahaha. Sebab bukan dia jadi pendengar masalah kita, kita yang kena dangar masalah dia. Ni siapa yang jiwa kacau sebenarnya ni???

Kategori Pendengar 2:
Jiwa Kacau: Aku sedihla, kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku
Pendengar: Tu la kau, patutnya kau kena macam ni macam ni macam ni macam ni

Ni pun sama, lagi ko sakit hati ok. HAHAHAHA. Tetiba2 kita plak yang kena marah. Kalau nak cerita kat dia pastu kita kena marah baik takyah... pehhhhhhhh hindarkan orang mcm ni kalau nak luahkan perasaan ok :p

Kategori Pendengar 3:
Jiwa Kacau: Aku sedihla, kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku
Pendengar: Sabarlah... Sabarlah... Sabarlah... terimalah... terimalah... terimalah... dugaan... dugaan... dugaan...

HAHAHAHA selalu dapat tak pendengar macam ni. Tengah sabar la ni. Kalau tak sabar memang dah amukan dah. takyah stori kat kau pun takpe. Sengal ok!

Kategori Pendengar 4:
Jiwa Kacau: Aku sedihla, kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku
Pendengar: Eh jap lagi nak makan apa?

ni lagi sengal. nampak sangat dia tak amik perhatian kat kita. hahaha. lutut betul.


Kategori Pendengar 5:
Jiwa Kacau: Aku sedihla, kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku
Pendengar: Dia tu memang gitu. sengal nak mamp. aku benci giler ngan dia

ini batu api hahaha, daripada takde pape terus gaduh2 kang


Kategori Pendengar 6:
Jiwa Kacau: Aku sedihla, kenapa dia sanggup buat macam tu kat aku
Pendengar: Kenapa? Dia buat macam mana?
Jiwa Kacau: bla bla bla
Pendengar: Kau mcm mana sekarang?
Jiwa kacau: bla bla bla


Yessss kategori ni yang kita cari. Carilah pendengar macam ni. Dia hanya mendengar. Sebab memang tu je biasanya yang kita cari. Kita bukan ceritakan masalah untuk orang selesaikan masalah kita. Cuma untuk ringankan beban di dada.


Jadi, korang pendengar kategori mana satu????


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Wednesday, October 27, 2010

Hari terakhir cuma pagi :)

Pagi itu bangun dengan perasaan frust. yelah dah anoi potong kesyahduan ku katanya kan hahaha. Dah la frust dicampur dengan mengantuk lak tu. Kena bangun pagi lak tu. Kemain liat lagi nak bangun ok. Phewww

Pagi tu kitorang memang takde xtvt. Cuma yang ada dalam jadual adalah : pakai baju sama pastu amik gambar ramai-ramai. Hoyehhhhhhhhh... ini memang I LIKE. Kalau takat amik gambar memang rela setiap masa.

So pagi sarapan. Lepas sarapan terus layan pantai lagi. Cubaan layan layang2 tak menjadi, sebab layang2 tu dah rosak. baru naik tinggi lepas tu jatuh jatuh jatuh jatuh hahaha. Abis tu penat menggulung tali benang layang2 je lah haha. tak berhasil betul!

Jadi kita layan snap-snap je lah, suka amik gambar kat pantai ni. mesti gambar jadi cantik sebab background lawaaaaaaaaaa kan. biruuu je :)






lepas dah kena jeritan padu maut semua yang mengemantai (duduk tepi pantai) pun bergegas la berkumpul untuk aktiviti nan satu ini :)


The BEST TEAM dalam donia :). UPTM forever and ever ever

ehem. very the tersipu malu kak jemah :)

dengan family :)


Ini kenangan terindah.

Kalau ditakdirkan saya bertukar ke pejabat lain satu masa nanti. Kenangan ni la yang saya bawa bersama dalam hati. Kenangan manis. Semanis kamu. Kamu semua dalam hati saya.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Top 10 Members


T.E.R.U.J.A

Contest tamat pada 11.11.2010 Jam 5.00 petang

Hadiah sampai nombor berapa kak jemah?
Adalahhhhhhh... nak2 rezeki kakjemah agak ALHAMDULILAH lately kannn... Tengah murah hati ni. Eceh.

Chaiyok chaiyok.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Ogy By Fauziah Ahmad Daud





reserved :)
v018 RM35.00 TOGETHER WITH INNER - Available



Code: V005 RM35.00 TOGETHER WITH INNER - Available



Tudung 3 layer :) RM78.00













Jika berminat, emelkan code hijab ke viruspadu@yahoo.com

Youtube cara memakai tudung.



http://www.youtube.com/watch?v=mgAkITJy2so

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Dah balik pantai baru nak beli?

Adakah ini hint yang kita akan mandi manda lagi???


jikalau benar yeayyyyyyy. i likeeeeeeee. (sambil mencari button untuk LIKE haha)

Ataupun, mungkinkah ini hint2 yang Z's family akan menang ke PULANG REDANG hahaha.

giler sengal boleh salah eja ok. tapi takpe. ini lah dia keunikannya.

ingat PULANG redang. Ingat Z's Family. INGAT sekali nak VOTE ok.

Cara2 nak vote begini ye..
Nanti ko kena click button allow
Lepas tu click like - lepas tu click continue
Lepas tu baru click button vote ok...
Tajuk aku yang pulang redang tu. Ala, typo la. Takleh edit dah nak buat macammano.. =)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Keterharuan yang Melampau

Aktiviti MALAM.

Malam yang meninggalkan seribu kemanisan dalam hati. Yelah dalam hati je, takleh bising-bising bagitahu orang. MALU. nanti pecah rahsia hahaha. Dalam belog takpe. eceh. Kalau kecoh2 cakap masa tu kang kena ejek hahaha.

Jamuan makan malam atau makan bbq atau malam kemuncak atau lebih tepat malam karaoke dan tunggu hadiah kemenangan yeayyyyyyyyy

Nisa ngan anoi ketiduran yang amat nyenyak. yelakan dan main dari pagi sampai petang langsung tak rehat2. memang la keletihan hamat. Kalau ikutkan naluri keibuan yang tinggi ni, malas dah saya nak join makan2 tu. suh laki den tapau je makanan. kesian nak kaco anak tido. tapi nak buat macam mana. tetap kena join the team. Inikan majlis kita. Kitakan macam satu keluarga :)

gigih dukung anoi yang tido, stroller tak bawak. tindakan yang bijak :)



laloque pulak dukung nisa yang juga ketiduran.

Masa kitorang lepak2 tunggu majlis start. Tiba2 datang la satu menu depan mata.

"eh boleh order2 lagi ke? bukan ke makan buffet?" ~ pelik seketika

oooooooooo haha rupanya buku karaoke lol kena pilih lagu apa. siapa nak nyanyi la.

"papa ada lagu berita buat kawan la"
"taknaklah, papa takde suara"
"alaaaa"

dengan nakal dalam hati, saya pun tulis nama laloque di atas kertas yang suci itu. nama yang pertama. tapi sempat tulis dalam kurungan macam ni = (tolong panggil last sekali ye) HAHAHAHAHA suka betul kakjemah ni sakat laki dia



lagu pertama
lagu kedua
lagu ketiga
lagu ke x+n=y
tetiba

"dijemput en. shamsul untuk mendendangkan lagu berita buat kawan"

tergamam

tergamam

en.laloque pandang saya.

"papa takde suara ni"
"eh saya pegang anak, mana boleh nyanyi"

~cubaan berdolak dalih.

last2 dia bangun jugak terus ke pentas.

baris pertama lirik pun tak dengar pun suara dia. tapi dia gagah nyanyi sampai habis. giler terharu


terus saya dan anak-anak naik pentas teman en.laloque yang menyanyi suara keluar tak keluar. kesiannnnnnnnn sangat


saya tahu en.laloque pun nak nyanyi jugak sampai habis. sebab ini lagu percintaan kitorang.

tengok muka saya senyum ada macam nak nanges? tsk.

Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan ~ [more]

Terima kasih papa, walaupun tekak tengah sakit, suara tak keluar tetap gagahkan diri menyanyi jugak :)

Ini adalah keterHARUAN melampau ok :) kalau takde orang saya dah peluk dia kuat2 sampai ucap terima kasih. eceh.

dan malam itu saya tidur senyum dengan kenangan manis ini. Ok TIPU hahaha. malam tu anoi menangis bagai nak rak berjam-jam. kitorang laki bini sikit lagi nak gigit pili bomba depan bilik. seb baik depan bilik takde pili bomba haha. dukung2 dia tertido. asal letak meraung. sudahnya tido pelok la anoi. hei macam2 hal


ish anoi ni mama baru nak feeling2 syahdu tauuuuuuuu... potong lah!

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Tuesday, October 26, 2010

Penyu dimanakah dikau :p

Baiklah. Bersambung lagi cerita family day kita. Eh saya :)

Memang saya rekemen korang buat family day kat sini jugak. Petang2 boleh tengok penyu ok. haha. gini la rupe orang yang jarang tengok penyu kan. Cuba bayangkan perasaan penyu tu tengok kitorang hahaha.

hahaha jangan terpedaya. kitorang melihat sangkarnya sahaja. penyu yilek!


angin kuat giler masa ni. Sebab tu la kedudukan tangan saya hanya disitu. Giler shekshi okeh.

Aktiviti games kitorang kan habis tengahari. so lepas makan apa semua. kul 3 kitorang disunatkan join pegi tengok penyu la. kira tak wajib. sape nak join. silakan. sape taknak pun takpe. Tapi dah nama pun family day kan. Kalau tak campur orang apa plak kesahnya ye tak. Jadi walaupun mata sangap giler ngantuk bagai nak mampuihhh. Gigih melompat dari katil nak join jugak tu. sekali penyu takde. CISSS!@#$%^&* hahaha

takpelah. yang penting dapat bersama2 ramai2. penyu takde pun tak rasa frust sangat. gelak lebih! gosip lebih hahaha

ahli menebeng

en.laloque siap bawak layang-layang sbb terbayang angin kuat punya pasal. angin kuat main layang2 memang layannn. tapi kalau dah macam ni diperlakukan kat layang2 tersebut. agak2 layang2 ni boleh melayang lagi kah? adehhh


Lepas hajat melihat2 penyu tak kesampaian lalu frust menonggeng2 (tipu), kitorang anak beranak gi mandi pool. lepas tu bawak anak2 tepi pantai balik. see syiok giler la menginap kat sini. bila2 masa nak gi tepi pantai pun boleh


"jom main bola tampar nak?"

semua perempuan dah gelak2, semua stok tangan bangku haha. kalau nak penampar boleh. boleh tampar tak reti. sori. :p

"ala, semua pun x reti main, kita belasah je"

HAHAHA kalau macam ok. i rela hahaha.

gaya tu penting. walaupun bola tak pernah kena kat lengan gagaga

siap jatuh2. over nau kau jemah!


rasanya inilah family day ter paling enjoy yang saya penah join. dapat bosh sikit punya baik. sporting lak tu. bosh la yang ajak main bola sepak tu. hahaha. semua pakat nak main, saya jadi keeper je lah. giler panik tunggu bola. hahaha.

biasalah perempuan main bola. tapi gayanya macam pertandingan lontaran vocal terbaik haha. havoc!

dalam kul6 lebih kot kitorang benti. pastu masing2 bondong bawak anak masuk bilik mandi bagai. anoi ngan nisa langsung tak menyusu seharian. so bg je susu dia2 zzzzzzzzz

sekali kat opis dorang cerita, senja2 tu dorang ramai2 pakat lepaskan penyu ke laut. oh jelessssssssssssss sekali





best kannnnnnnnnnn. ruginya takde sama-sama dengan diorang. kalau tak mesti nisa dengan anoi xcited giler. tsk.

Bersambung.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Vote Z's Family :)

Korang menang manis2 semanis gula batu. Manis banget! Baik sangat korang votekan kitorang. Terima kasih.

Eh tu yang belum vote tu. Jom vote jom.

Cara2 nak vote begini ye..
Nanti kena click button allow
Lepas tu click like - lepas tu click continue
Lepas tu baru click button vote ok...
Tajuk yang pulang redang tu. Ala, typo la. Takleh edit dah nak buat macammano.. =)

Muah muah muah :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Tunjukkan rasa CINTA. Tunjukkan Tanda SAYANG

[sticky mode entry]

Bulan ni adalah hari lahir orang tersayang. Isteri? Ibu?

Tapi tak tahu nak hadiahkan apa? Tak tahu nak buat kejutan macam mana?

Bayangkan si dia terperanjat mendapat bungkusan kasih sayang dari insan tersayang, kitalah!.

Bila kali terakhir kita memberi kejutan kepada si dia. Isteri tersayang mahupun Ibu dikampung. Cuba bayangkan ibu mendapat kejutan dari anak tersayang :) Macam mana perasaan terharu itu. **speechless**

Inilah masanya untuk memberi kejutan.

Hadiahkan SEJADAH RAUDHAH. Cubalah!




Pakej yang viruspadu.com sediakan:

Pakej 1: RM135.00 (termasuk harga pos)
Sejadah Raudah disertakan bersama kad ucapan (boleh pilih kad hari lahir atau kad terima kasih, bergantung kepada permintaan). Ucapan dalam kad boleh emel sendiri pada saya. :) Kotak dibalut dengan pembalut hadiah.

Pakej 2: RM130.oo (termasuk harga pos)
Sejadah Raudah bersama kad kecil. Ucapan dalam kad boleh emel sendiri pada saya. :) Kotak dibalut dengan pembalut hadiah.

Pakej 3: RM120.00 (tidak termasuk harga pos)
Sejadah Raudah sahaja. Kotak dibalut dengan pembalut hadiah.


SEJADAH RAUDHAH

Maroon = Available
Coklat/Krim = Available
Hijau = Available
Kuning = Available
Jingga / Peach = Available



Jika berminat, pilih pakej yang anda minati dan emel ke viruspadu@yahoo.com.


Pembayaran melalui maybank2u.

JADI TUNGGU APA LAGI? GEMBIRAKAN HATI SI DIA SEKARANG :)


Sejadah Raudhah:-
*sesuai dijadikan hantaran
*sesuai untuk ibu kamu yang sakit lutut sebab kainnya lembut sekali
*sesuai untuk yang ada resdung dan elegik dengan bulu
*mudah dibawa
*styloooooo

Kenapa Tempat Kita Beribadat, Bersujud, Berdoa Dikatakan Mahal???

Knp Bila Beli Kereta Mewah, Rumah Mewah, Barang2 Kemas Mahal2, Baju Mahal2. Itu Tak Masuk Dlm Kategori Mahal Ke..Berbanding Tempat Kita Bermohon Pd Yg Maha Esa Utk Mendapat Barang2 Mahal ...Utk Duniawi..Menjual Sejadah Kan Akaun Utk Dunia & Akhirat..Correct Me If I'm Wrong.. ~ Fauziah Ahmad Daud

Step membuka SEJADAH RAUDHAH







Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^