Follow Viruspadu

Tuesday, January 04, 2011

Berenang Di Tepian Pantai

Semangat sangat pagi sabtu tu. Malam tu pun nisa tido awal. Tak pasti dia betul-betul mengantuk, atau dia teruja giler nak belajar berenang kan.

So pagi tu kitorang bangun. Oh en.laloque lah yang paling teruja kan. Dia kan penik anak dia nak belajar berenang kekekeke.

Gerak sekali je, terus bangun dan mandi. veri izimizi ok. Kagum.

Pagi2 siap masak sarapan roti bakar bagai, siap bawak bekal bagai.

Kul 8 dah terpacak dah kat sekolah. Padahal kolam renang pun tak bukak lagi. Cikgu pun tak datang lagi. Sape-sape pun takde lagi hahaha. Hover. Datang awal melampau!

Jadi sebab semorang takde lagi. Kitorang makan lagi. Piknik kat tangga.


dalam kul 8.30 pagi tu, nampak la cikgu dan semua student pun sampai.

kebanyakannya lelaki dan sekolah rendah la. dah berkawan-kawan. tetiba nisa sorang yang tecit sangat. Kalau ikut bulan, belum sampai pun 4 tahun lagi umur dia.

Cikgu dia pun lelaki. badan besar jugak. nampak baik je cikgu tu.

Mula-mula semua nampak ok. nisa tukar baju. pakai swim cap, pakai gogle, bla bla bla. cikgu panggil dia. dia rilex je berjalan ditemani saya.

Cikgu suruh dia masukkan kaki dalam air. Tiba-tiba dia nangis. TAKUT.

Terus nangis kuat.

Saya kena peluk dia. Dia dah basah. Saya pun turut la basah sebab peluk dia. En.laloque saya suruh dia nyorok tempat lain, sebab kalau papa dia ada, bertambah dia nangis.

hambek ko setengah jam kot dia nangis kat situ. mcm2 cara saya buat, macam saya tinggalkan dia dengan cikgu pun tak berjaya hahaha.

dah nak hampir sejam. baru panggil papa dia. hurm papa dia ada. macam tu la pulak. langsung....


sudah... takpe la nisa. kita cuba pulak minggu depan. :)

sebab saya rasa dia bukan takut nak berenang, tapi dia takut budak2 lain besar dari dia, tak kenal pulak tu hahaha.


cubaan bagi tahu nisa yang air tu tak dalam :p


jadi sabtu lepas, nisa cuba berdiri dia tepian saje hahaha

minggu depan. harus apak dia bawak baju tukar sekali ni. sebab apak dia kena masuk air sekali. hehehe.

kalau sebulan ni nisa masih takut. kita stop ajer lah.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

10 komen[s]:

nasaoji said... [Reply to Comments]

syoknyer blajar swimming!..

tak sabar jugak nak kasik anak blajar.. ;)

tp, ibu dia ni ha takut nak sewim mewim.. ;)

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

alaaa manja sgt nisa hikhikhik

eYaNacOMeY said... [Reply to Comments]

hahaha..rase mcm lawak plok..hik3 :P

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

xpe vp..mula2 je dia mcm tu..lama2 nnti dia ok..percayalah...

p R i n c E S s _ N said... [Reply to Comments]

hoho..1st day kot kak..die x bese lg..

eiyra'z said... [Reply to Comments]

nisa gud gul...go nisa...

Faizaharis2 said... [Reply to Comments]

lorrr nisaaaaa....hahaha tak per mggu depan musti ok kan

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

minggu depan ok dah nie.. janji apak dia bawak baju extra hihi

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said... [Reply to Comments]

wah..beshnyeww!! blajo berenanggg..amboi kak jemah...dgn apak2nya sekali masuk kolam?? omaknya xmo masuk gak kerr??

ZanaNordin said... [Reply to Comments]

alololo....
mau dia tak takut
sumer lelaki plak tu...
dia sorang jer takde geng..
takpe...kita cuba next week plak yerk nisa







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^