Tuesday, January 18, 2011

Episode 28: U Pink My Heart

Menjadi Research esisten saya diberi gaji sebanyak RM1,200 sebagai permulaan. Pada saya dah ok ok la tu. Yelah saya mana ada tanggungan. Duduk pun rumah mak, mana ada kena bayar sewa apa semua. Makan minum mak jugak tanggung . Transpot pakwe sapot. Habis tu duit tu memang bersih2 untuk diri sendiri je.

Jadi tiap kali gaji. beberapa ratus dah kasik mak. itu wajib. sendiri belanje peruntukan RM200 je. Yang selebih memang simpan semua dalam bank. dulu pulak saya memang jenis tak membeli pape pun. nak suh saya tukar kasut. kim salam la. selagi sebijik kasut tu tak tercabut takde maknanya saya nak beli baru ok. kasut harus la hitam sebab senang nak mecing dengan apa2 baju pun. kelasssssss kan penjimatan berganda saya :)

Dulu masa praktikel kan, saya dpt elaun RM300 je sebulan kan. gigih tak simpan RM200 dalam bank hahaha, lepas tu siap cium2 buku bank tu, siap tayang2 kat sepet sebab bangga dapat simpan duit dalam bank. dah lama mengimpikan dpt simpan duit dalam bank wakakakaka. Pastu dulu saya jenis dah tetapkan kalau saya bajet RM100 je bulan tu. memang saya sedaya upaya la pakai banyak tu je. kalau perlu ikat perut pun saya rela. janji capai matlamat.

itu duluuuuuuuuuuuuuuuuuu gagagaga.

tapi saya memang suka menyimpan. adik beradik saya memang suka menyimpan (menabung) kot. sebab ikut perangai mak saya suka menyimpan :)

bila nengok duit tu dah macam ada bunga2 bahagia sikit. terus cakap dengan en.laloque

"jom kita bertunang"

gatal tak hahahaha

yelah kawan kemain lama lagi kan. siap kemana2 kehulu ke hilir sama-sama. apa pulak kesahnya kan. selagi tak kawen ramai pulak lelaki ngorat. rimas ok (bajet cun mcm dato siti hahahaha)

so, plan punya plan.

Plan 1:
beli cincin tunang.

kitorang beli cincin tunang yang kitorang sendiri tak tahu bila kitorang nak bertunang kekekeke

tu dia roman cincin tunang saya. yang banyak batu tu. tapi cincin tunang dah kena curi dah masa rumah masuk pencuri hari tu. kebetulan kitorang jumpa cincin yang lebih kurang sama. beli balik. nakkan kenangan punya pasal.

saya ingat lagi kat mana saya beli cincin tunang saya.

sebab masa tu kitorang jalan-jalan usha kedai emas. tiba2 mata saya terpaku dengan cincin tu. terus duduk. terus test. terus bayar. kira macam sepantas kilat bagaikan mimpi hahahaha. tokei kedai emas tu mesti suka dapat kastemer macam kitorang. Manyak wuntung punyaaa

beberapa bulan lepas tu

Plan 2:
Beli cincin merisik.

pun sama jugak. merisik adalah ntah tak tahu bila. tapi dah gigih cari cincin untuk merisik kabar. en.laloque tak tahu la dia bgtau family dia pasal plan kitorang ke apa lagi. yang pasti saya langsung tak bgtau apa2 kat family saya haha. takuitttttttttt.

Beberapa bulan lepasssssssssss tu lagi

Plan 3:
Beli barangan kemas untuk hantaran kawen.

hahahaha siyes. merisik belum. bertunang pun belum hokeh. tapi kitorang dah siap2 beli dah hahahahahaha. Siap beli satu set. Dengan cincin, rantai, gelang, anting-anting. hahaha hover kan.

so bila semua yang memerlukan duit yang banyak dah setel. baru la legaaaaaaaa sikit. :)

kitorang pun sembang2 la plan seterusnya

Plan 4:
mcm mana nak bagitahu ibu bapa.

HAHAHAHA part ini yang terpaling takuit sekali ok

korang agak-agak macam mana kitorang bagitahu ibu bapa yang kitorang nak kawen?
macam mana penerimaan keluarga saya?




baca episode dulu-dulu:


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^