Follow Viruspadu

Wednesday, January 05, 2011

Minggu Pertama Ke Sekolah

Hari Pertama.

Nampak ok ok aje. Memang ok pun hari pertama ahak

Saya ambil EL hari isnin sebab nak hantar nisa pergi sekolah, sebab saya terbayang dia menangis meraung-raung sambil memeluk saya tak kasik lepas. ohhh.

Mulanya saya tak plan nak cuti, sebab keje saya tak siap lagi. Macam urgent dan kena submit cepat-cepat. Lagipun apak dia dah apply cuti dah. Tapi tu la. Masa siap-siapkan nisa pagi tu, pakaikan baju dia. Ikatkan rambut dia. Sayu pulak hati. Terus buat keputusan amik EL. Keputusan tiba-tiba.

Pagi, gerak nisa bangun. mandi. Hantar anoi gi umah ummi dia. Bawak dia gi sarapan.

"eeeeeeee... cepat la, kakak dah tak sabar pegi sekolah ni, nak makan la apa la"

nisa membebel hahahaha

kemain lagi ko kan nisa.

TERUJA melampau.

So lepas sarapan, terus ke SR. Sampai2 je parking.

"ok kakak kita dah sampai"
"ok bai"

hahahaha sabo je la. tu belum keluar kereta lagi tu. dah di babainya kita.

"sabar la nisa, mama hantar nisa dulu"

so saya hantar dia, cikgu dah tunggu depan pintu dah. dia bukak kasut. terus naik tangga. sikit tak toleh kebelakang.

Aduyai sayu pulak saya tengok. Dah besar dah anak saya.

cececece

tu hari pertama ok.

Hari kedua. dia bantai melalak depan pintu sebab dia cakap dia tak cukup tido. dia ngantuk lagi.

dan hari ketiga. juga dia menangis.

Nisa cakap sekolah tak best.

saya bajet dia tak faham cikgu cakap apa. Yelahkan cikgu speaking sesado. Saya tak pernah dedahkan dia dengan bahasa lain selain bahasa ibunda. Sebab memang plan saya taknak cakap campur-campur BM BI. saya taknak nisa tak boleh beza bahasa.

Nampaknya. Mulai sekarang saya kena ajar dia perkataan asas english.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

9 komen[s]:

vagg© said... [Reply to Comments]

kak jem.. xpe nnti ajar la basic english kat dia.

dulu saya ajar english medium class.. biasa la ada budak xfaham then dia rasa xbest gi skolah. tp nti lama2 dia akan biasa dan cepat faham, sbb otak kanak2 ni cepat dan cerdas. tu normal la.

rindunya nk ngajar tadika balik huh.. :(

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said... [Reply to Comments]

kak jemahhh..same lol!! anak saya pun meraung2 sampai saya fed up xmo anto sekolah semalam..arini gigih anto lagi sekali..still nangis tp nasib cikgu dia pujuk...lepas lar jugak...adoiii..susah kan!!

skrg english tu penting kan?? kat mana2 jerk mesti ada bahasa tuh...adoii..saya pun kena ajar jugak lar nih..

Jiejah @ Iza said... [Reply to Comments]

akak ajar je anak byk² bahasa ..jgn takut dia kompius , otak anak² sangat la boleh menyerap pelbagai bahasa ..kita isi jek dgn mcm²...insyaallah boleh.

Golden Rose said... [Reply to Comments]

salam perkenalan....dah lama jadi silent reader baru hari ni brani kenalkan diri...suka sgt baca blog VP...mcm bace novel pun ada...sbg ibu mmg teruja sgt bila anak pertama di sek 1st time...anak sha pun baru je stat kindy...dr 1st day gi dah melalak but now alhamdulillah die bangun sendiri nak gi kindy.

http://thegoldenrosereturn.blogspot.com/

cik gObu said... [Reply to Comments]

kejap jek tue VP

dh dpt kawan and dh serasi
insyallah dia ok...

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

haaaaaaa lopeh ni suh nisa aja cekgu plak sekiping nogori. keh keh keh kompem die hepi g sekolah

start bukak cartoon english kak jemah. tamo tgk katun tv9 dah

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

nisa comel..mne leh nanes pg2..kn sonok g school..

p R i n c E S s _ N said... [Reply to Comments]

perghh..alasan si nisa x cukup tdo..psni kne tdo awl yerr kakak..

peej said... [Reply to Comments]

tp mmg betul. ada family fren ni. mak cakap english. bapak cakap arab. atuk nenek cakap BM. last2 budak tu nak masuk 3 tahun x bercakap. dia faham semua bahasa. tapi dia tak bercakap balik. takut jugak kan. budak tu confuse kot.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^