Follow Viruspadu

Thursday, January 13, 2011

Sel-sel otak berhubung

Hambek ko tajuk. Dah macam ahli saintis tak gagagaga

Korang pun tahu yang saya tak pernah ajar nisa bersepekong london. never ever. paling tidak pun saya pernah bagi tahu dia

"nisa itu burung, dalam bahasa english adalah bird"

siyes saya cakap mcm tu. dah feeling2 teacher kat sekolah hahaha

tiba2 kan, beberapa hari lepas saya dengar nisa cakap dengan adik dia

"very good, anoi, very good" ~siap efek ibu jari kacang nanying lagik

hahahahaha kelakarnyaaaaaaa... sebab kelakar tengok muka nisa. yelah selama ni kalau nak memberi pujian saya akan cakap "HEBAT nisa, HEBAT" tetiba terkeluar boleh veligud dia kan hahaha adoi la.

pastu hari tu pulak, balik dari kerjaan. Tangan saya penuh dengan beg apa semua. berat la. berat giler kot. So nak jalan laju2 letak kat bilik tingkat atas. Lepas kunci pintu semua. saya ckp dengan nisa

"nisa, teman anoi naik tangga tau, mama nak naik dulu letak beg, kang mama datang"

yelah biasanya saya berjalan belakang anoi sambil naik tangga. ko tahu je la anoi naik tangga macam mana, nak kena kira 1 2 3 lagi. kang kejap2 benti nak duduk atas tangga goyang2 kaki lagi hahaha. sungguh menggeramkan kalau teman anoi naik tangga kalau masa tu nak terkucil sangat2 hahaha

so saya pun langkah laju2 naik atas, cepat2 turun nak tgk anoi. tiba2 saya dengar nisa spekong london lagik okeh. KAGUMNESS.

"faster anoi, faster"

ecewahhhhhhhhhhh sejak masuk sekolah ni kan. speking sesado anak aku ni. saya pandang je nisa dengan anoi. sbnrnya nak gelak. tp tahan je. lepas tu tanya la dia.

"eh kakak, faster tu maknanya apa ek, mama tak tahu lah"
"apa la mama ni, faster tu maksudnya JALAN"

hahahahahahahahahaha

boleh la tu nisa haha. dan saya eksplen la yang betul kat dia.

agaknya lepas ni apa lah lagi perkataan2 london akan terkeluar dari mulut nisa. saspen pulak rasa kekeke.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

19 komen[s]:

Bulan Bintang said... [Reply to Comments]

wahhh syabas nisa nisa.. pasni mmg spekang london tetiap ari la nisa ni. :D

εїз Cik Fasya εїз said... [Reply to Comments]

nasib baik pgunaan dia da betul dgn situasi..xpe kak..ajar dia slow2..

RieNa said... [Reply to Comments]

terkekek2 saya gelak baca entry ni. nisa cpt tangkap apa dia blajar,bagusla camtu..

lps ni apa pulak ye?jgn lupa cite lg tau.

kejora said... [Reply to Comments]

alalala..thomeynye nisa.

zie said... [Reply to Comments]

lepas ni,nisa ckp may i go to the toilet mama..mcm anak akak dulu2..heehhe

nasaoji said... [Reply to Comments]

cepat nisa tangkap!

Suliana said... [Reply to Comments]

haha... kelakar nisa.. sy ada la ajar aqil skit2 ckp omputih yg mana suku kata nya satu je mcm hot, bird.. klu panjang2 takut dia tak dpt tgkp..

zuera said... [Reply to Comments]

good job nisa!
kanak2 mmg otak fresh.
cepat explore new thing/word.

ArELeEz said... [Reply to Comments]

good job, nisa! good job! heh3..

Nanak said... [Reply to Comments]

comel la nisa...

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

hihi faster tu jalan... gud girl nisa.. pasni leh jadik teacher yer sayang..

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

alhmdulillah..berbaloi2 masuk smart reader...

Amanina said... [Reply to Comments]

kak jemah2, ari tu sy pernah baca yang kak jemah ckp, kak jemah tak ajar bi sebab takut nisa takleh beza bahasa kan?

emmm, ari tu sy ada baca satu artikel, dia tulis budak2 lagi senang nak bezakan antara satu bahasa dgn bhs lain. pastu kalau nak develop accent tu sgt senang. kire macam kalau nak ada slang2 omputih skit2 tu, boleh la nak start dri kecik. :D

lily lotus said... [Reply to Comments]

lepas ni vp kena standby kamus kat tangan..ekekeke

SUZIE APAI said... [Reply to Comments]

okey la...anak aku speking jowo!..

tersendawa aku bila dgor..haru btul

fieza a.k.a ibu azwar qaiszar said... [Reply to Comments]

kak jemah...
ni yang nak anta anak kt SR tahun depan nih...hehehe..sekejapan je dah cakap LONDON...
syabasss nisa...hehee

mAmAbuDaK said... [Reply to Comments]

boleh jalan...dai punya mean....

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said... [Reply to Comments]

hahaa..!! mmg terbaik nisa...baru seminggu dah bleh speaking pariss..ahakss!!~~ thmumbs up!!~~

psstt ...utk kak jemah sekali....

Pnut said... [Reply to Comments]

ahahah nisa amat comei... faster nisa..faster... ehehehe
cuteeee







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^