Follow Viruspadu

Monday, January 24, 2011

Sel-Sel Otak Berhubung

Ecewah,

Masih menggunakan tilte ala-ala saintis ahkak jemah ni kan. Hari tu dah pakai dah title ni, kali ni pakai lagi :p

Saya bukan apa. Tiap kali tengok muka nisa ngan anoi. Tiap kali saya bercakap dengan anak-anak. Tiap kali saya menjalankan aktiviti dengan anak-anak. Saya selalu terfikir pasal sel-sel otak berhubung hahaha. Biasanya imaginasi tinggi kata ko kan.

Biasa tak tengok iklan televisyen yang budak-budak main-main lepas tu dia terfikir samting pastu dia relatekan. Pastu dia belajar lah. Pastu tetiba terkeluar gambar dia zoom kan sel otak bercantum-cantum tu kan hiks. Macam best giler lah kalau boleh nampak pakai mata kasar macam tu kan. Macam main game pulak dia hahaha.

Membesarkan anak adalah seronok sangat saya rasa. Siapa yang ada anak tapi tinggal kat kampung memang rugi tau. Kalau boleh, kita susah macam mana pun cuba la jaga anak kita sendiri. kalau boleh la. kalau ada masalah-masalah yang diluar kawalan takpelah. Tapi jangan la hanya sebab anak kuat menangis malam pastu kita tak cukup tido lalu anak2 ditinggalkan kat kampung. Wahhh alasan sangat dot dot dot tau. Ceh tetiba membebel. hahaha.

Melihat pembesaran anak setiap hari adalah sesuatu yang mengagumkan :)

Korang tahu tak? Berapa sel otak kita masa kita dilahirkan?

Cuba teka?

100?

999 ribu?

10 bilion?

Ye sebenarnya kita ni, masa dilahirkan ada 100 Billions BRAIN CELLS tunggu masa je untuk berhubung diantara satu sama lain ok.

Kagum tak?

Saya pun baru tahu hehehe. :)

Sebab tu masa kita mengandung, kita digalakkan berborak2 dengan anak dalam kandungan kan, baca buku, cuba selesaikan masalah matematik. bla bla bla. Mungkin tu pun boleh membantu cell otak bayi berhubung kot.

Mengandung Anoi 5 bulan :)

Jadi masa baby kita lahir, ada sedikit daripadanya dah berhubung lah. Sebab tu anak kita lahir dia dah pandai menangis, goyang2kan kaki dan tangan. etc etc yang biasanya bayi boleh buat. Dan lepas tu lah perkembangan bayi antara bayi dah tak sama dah. Bergantung kepada persekitaran dan pembelajaran dia.

Sebab tu saya galakkan sangat kita bersembang2 dengan anak kita hari-hari. Sebab anak kita belajar setiap hari. Daripada apa yang dia nampak. Apa yang dia dengar.

Bila kita tengok budak-budak. Kita tengok ada budak yang dia cepat belajar. Ada yang lambat belajar. Tapi kenapa jadi macam tu?

Saya rasa la kan. daripada budak tu kecik lagi, dia dah tak dibagi buat apa2 pun. macam:

nak makan pakai tangan sendiri pun tak boleh, sebab kita nak suap dia, sebab kita taknak baju dia kotor. padahal suruh anak makan sendiri adalah banyak benda yang dia dapat belajar tau. macam jari dia mula merasa panas/sejuk, rasa lembik/keras. Macam mana nak menggunakan jari dengan betul. Kembang jari, genggam. Cara-cara nak ejas tangan bawa ke mulut.

Pada kita nampak benda tu remeh sangat kan. Tapi bagi seorang kanak-kanak, itu satu pengalaman. Itu satu pembelajaran :)

cewah saya cakap macam pengalaman jaga anak seploh orang lak kan hehe. Taklah cuma nak kongsi pengalaman membesarkan anak dan berkongsi pembacaan saya je.

Sebab kalau kita sebagai ibu bapa asik cakap "NO" "NO" "NO" "NO" "NO" "NO" "NO" je kat anak-anak. Bila pulak masa dia nak belajar kan.

Apabila anak-anak kita mempelajari sesuatu, sel-sel otak mereka akan berhubung. Untuk menghubungkan sel-sel otak anak-anak kita, mereka kena mempelajari sesuatu. Ha faham tak. Kalau dia tak belajar apa-apa. Nanti sel-sel otak dia tak dihubungkan langsung tu hilang macam tu je. Rugi kan. Sebab tu la gangliosides sangat penting untuk membantu sel-sel otak berhubung, kira macam anak kita senang belajar lah. Cepat tangkap lah. Gituuuuuuuu.

Zaman sekarang makin mencabar. Kita tak boleh nak harapkan anak kita ni sekadar boleh hafal-hafal je. Boleh ingat-ingat je. Boleh baca-baca je. Tapi kalau boleh kita nak kan anak kita boleh menggunakan persekitaran dengan kreatif. Macam kalau dia hadapi masalah dia boleh selesaikan menggunakan semua knowledge yang dia ada.

Macam tu lah baru Connected Kid gitu kan :)

Kalau dulu orang cakap,

"pandai la anak kooooo"

Tapi sekarang dah kena tukar oleh

"connected la anak ko"

Paham tak? Kira macam sel2 otak dah connected la kan :p

Berhubung = Connected


Nisa dan saya, masa ni umur nisa setahun 6 bulan :)

Korang ingat tak saya pernah cerita dengan korang pasal nisa masa tu umur dia setahun lebih. Masa tu saya tengah angkat kain di jemuran. Masa tu saya bagi nisa sehelai2 kain suruh dia letak atas katil. Saya sengaja bagi dia sehelai2 kain sebab seronok tengok dia berlari terkedek2 tu kan. Tiba-tiba nisa datang dekat saya dengan satu bakul kain. tiba2 dia cakap

"mama, cuk ni ni" ~dia suruh saya masukkan kain dalam bakul

hahahaha pemikiran macam ni la yang kita nak. walaupun saya kena ajar dengan anak sendiri yang baru setahun lebih umur dia. Tapi dalam hati bangga jugak sebab dia boleh berfikir sampai macam tu sekali hahahaha.

Ok anoi pulak kan, ni kisah semalam la ni. Korang tahu kan umur anoi sekarang lebih kurang setahun 6 bulan kan. Tapi alhamdulilah dah faham bahasa dan boleh la bercakap beberapa perkataan. Masa tu saya tengah mandi. Tiba2 ada orang ketuk pintu.

Saya: Siapa
Anoi: Nonoi
Saya: Mama mandi ni
Anoi: mama, tak tu (mama, bukak pintu)
Saya: Nanti, mama mandi
Anoi: mama, tak tu, noi nak ceng ni (mama bukak pintu, anoi nak wiwi ni)

hahahaha... dia kan masih pakai diaper. tapi sebab nak main air punya pasal. bijak betul dia suh saya bukak pintu. hahahaha. terbarai2 saya gelak masa mandi.

Anoi dan Saya :) oo-Yeah

Sebagai ibu, sure kita akan mencari bahan bacaan yang membolehkan kita memahami perkembangan fizikal dan mental anak-anak kita. Dari pembacaan, ada juga saya terjumpa artikel yang menarik berkaitan perkembangan mental anak-anak. Bagi merangsang sel-sel otak anak kita yang dilahirkan dengan 100 billion sel terus berhubungan, kita menyediakan persekitaran yang membolehkan anak-anak kita terus belajar. Bagi mereka explore persekitaran mereka.

Hasilnya nanti, sering kali kita akan melihat anak-anak kita menjadi lebih bijak dan dapat menyelesaikan masalah mereka dengan tindakan-tindakan yang diluar jangkaan kita. Selain itu, permakanan yang seimbang seperti susu bagi menjana pertumbuhan sel-sel otak untuk terus berhubung juga penting.

Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita inginkan anak-anak kita membesar dengan cergas dari segi fizikalnya dan cerdas mentalnya. Berilah mereka pemakanan yang seimbang dan sempurna yang mampu meningkatkan keupayaan otak mereka.

Cuba korang kongsi pengalaman korang berkaitan perubahan perkembangan intelektual anak-anak kat sini dengan saya. Ada tak petua-petua pemakanan yang baik yang boleh meningkatkan lagi perkembangan otak anak-anak? Ataupun perbuatan anak korang yang diluar jangkaan korang? Sharing is Caring :)



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

15 komen[s]:

Golden Rose said... [Reply to Comments]

yup...mmg betul...sel otak akan berhubung...lagi banyak kita belajar lagi banyak sel2 akan berhubung..bagi sha otak bdk2 ni umpama span....cepat sgt serap apa yg dorang belajar, nampak, dengar...so if dorang tgk or nampak perbuatan yg tak baik/baik cepat plak dorg tiru...dats y kita dinasihatkan sentiasa menjaga pertuturan & kelakuan depan anak2...dlm membesarkan amzar sha byk buat experiment & sha gak kdg2 belajar dr amzar & cuba berubah...dulu if amzar nak buat ape pun sha cakap 'NO' but bile sha bace satu artikel berkenaan hal ni sha dah mula allow amzar utk buat ape yg die nak janji tak merbahaya....plg best bile dorg dah bleh buat bende2 kecik dgn sendiri...so dlm membesarkan anak2 ni bukan saja dorng yg belajar tapi kita jugak dapat belajar & cuba ubah diri kita utk lebih memahami perangai, perasaan, kelakuan & tabiat anak2....both can get connected..rite?

yantz-yeem said... [Reply to Comments]

mmm bila teringat entry nih...teringat palk si wardian punyer ayat heheheh...

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

ank2 skg mmg cpt belajar...itu maknanya sel2 otak mereka telah berhubung...

~ fiza said... [Reply to Comments]

salam kak, hepi sy dgr perkembangan nisa n anoi hehe
nk kongsi pengalaman, xcukup korum lg, bb br sebulan hehe
so nk mnta jasa baik akak klu dpt berkongsi bhn2 bacaan y boleh sy jadikan panduan....

tenkiu kak *kiss =)

shadowz said... [Reply to Comments]

wah... rasa macam baca buku plak... hehehe.. terer betol akak.. besela da banyak pengalaman.. saya ni masih setahun jagung.. makan jagung pun xpuas2 lagi.. hehehaha

nurul said... [Reply to Comments]

betul sgt2 tu akak..pemakanan mmg penting utk tumbesaran otak n tubuh badan..contohnye susu..saya bg susu yg mahal utk anak bkn utk menunjuk2 kita mampu beli yg mahal2 tp fikir kebaikan yg ada utk anak sendiri..wpun kdg2 hubby ngeluh susu dia mahal saye x pedulik...nk bentuk anak biar dr kecik...bukannye nk kata susu murah x bagus tp tetap de prbezaan..kalo tak, xkan harga berbeza kan..hehe.. slagi mampu saya akan bagi yg terbaik utk anak2..masa umo 6 bln saya bg heinz buah2an dlm botol tu + nestum.. sampai umo 8 bln..antara pngalaman ngan anak masa dia umo 1 thn 2 bln dh trtonggeng2 tiru kitorang solat..n dia pnah wat hampir complete step solat siap doa pastu salam n cium..mmg dia suke perati n join kitorang solat...mmg x sangka dia leh wat gitu..sgt sronok tgk smpai brgenang air mata..hiksss...n now akid 1 yr 4 mths... anak baru sorang so excited lebih la kan..hehe.. setiap org mesti ade pngalaman yg best2 ngan anak2 kan..

syamariz said... [Reply to Comments]

salam mmah, akak tertarik nk join sekaki pasal entry nie..masa ngandung dulu selain borak2 dgn baby, akak amik obimin plus & neurogain supplement utk DHA baby, bila Nayra kuar amik susu paling tinggi DHA mcm Enfa..taktau la cemana hasilnya tapi dia dah paham la kalau ckp simple words at 14 months nie..cuma takleh nk ckp lg..

Cuba tgk blog darwishdarwisha.blogspot.com pasal anak2 dia yg hafaz quran at 4 years old..bab makanan dia rajin bagi gabungan kurma, kismis, buah, tin, habatusauda sesudu setiap hari and paling penting supplement minyak ikan dari kecik lagi, also watch/listen to vcd..akak pun tak terbuat lagi mcm dia

julie"anne said... [Reply to Comments]

gambar last tu dh macam sailor moon dah..lol..xpun princess leia kat citer star wars...huhu..cam bese, anoi comel..wuuuu

ajumohit said... [Reply to Comments]

budak2 mmg cpt blaja, mcm aju lak, anak yg sulung 6 tahun, kedua 4 tahun yg kecik tu 11 bulan, yg kecik tu byk blaja dgn kakak2 dia, hmmm bab memanjat, melompat mmg superb...

tiefazatie said... [Reply to Comments]

btol2...ifa setuju nie...
btw..comel la pic2 sis nie..=)

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said... [Reply to Comments]

setuju!! mmg pun...kan!!

ni entry panjang kak jemah penuh info!!

likeeeeeeee!!

mysha said... [Reply to Comments]

SAlam PerkeNalan akak... sHa Kenal blog aKaK darI kawaN..Blog aKak besT..!!

waH mCM iklan waRdinA la kak..ekeke

Baby sHa baru 3 bulan..TQ for da inFO..

shA akan usaHakan supaya imAD punye bRAin connECted...hehehe

zino said... [Reply to Comments]

panjang e nak baco ponek sel2 otak den berhubung hehe

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

adoi comelnya bila cakap pasal anak-anak. bila ye turn saya? hehe. saya tahu mcmana anak-anak kak vp berkembang comel dan cerdik, sebab saya dah baca blog ni sebelum saya ada blog lagi =)

Fatimah Bt Tony said... [Reply to Comments]

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Cepat Hamil.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^