Follow Viruspadu

Saturday, January 15, 2011

Selidik sebelum Menghukum

Semalam ontheway balik rumah dalam kereta kitorang bukak radio ikim. Dengar la satu stori ni. Sedih sangat ok. Walaupun saya dengar cerita dia putus-putus sebab nisa dengan anoi bising, tetap rasa nak nangis jugak dengar. giler sedih mencengkam jiwa.

siapa dengar radio ikim jugak semalam. kalau saya tersalah cerita. korang betulkan ek. :)

cerita dia macam ni. (lebih kurang la ye)

satu hari sorang kawan (kita namakan dia hasan la senang cite), naik la satu komuter. tahu je la komuter kan tenang je. ada yang tido. ada yang baca paper. ada yang baca majalah. yelah sapa yang biasa naik komuter tahu la macam mana keadaan komuter. tp hari tu saya naik komuter tak la setenang yang digambarkan oleh pencerita kekekeke :p sebab kena berdiri hahaha.

so hasan ni rasa best je la dalam komuter tu. sambil layan pemandangan luar apa semua.

tiba2 bila satu komuter ni berhenti. naik la seorang bapa dan dua orang anak lelaki (dlm lingkungan umur 5-7 tahun kot). bermula dari situ lah keadaan tenang komuter tadi dah bertukar jadi kacau, bising.

bapa yang tadi masuk komuter. terus duduk tanpa hiraukan anak2 dia tadi. duduk sambil bersandar sambil tutup mata. tidor kot keletihan. yang anak lelaki dia berlari2 dari depan ke belakang ke depan ke belakang. suasana jd bising sangat. bukan bising je malah habis dia kacau semorang yang ada dalam komuter tu. yang mana baca majalah ke paper ke depa ketuk2 kacau. so semorang dah tensen dalam tu. yang di bapak pulak landing je tido kan.

sape tak hangen beb.

si hasan ni dah tensen dah. terus duduk sebelah bapak budak2 ni tadi. tegur baik2 la bapak ni.

sambil duduk sebelah bapak dia, tepuk la peha bapak dia. bila bapak dia perasan ada orang pegang peha dia, pelan2 la bapa dia buka mata. pastu hasan pun bercakap

"anak2 encik sangat mengganggu kami"

tiba2 bapak budak2 ni tekup muka dia dengan tangan. dan perlahan2 hasan terdengar suara bapak tadi nangis teresak2

pastu hasan tanya la dia kenapa, dan bapak tu mula la bercerita

isteri dia selalu mengadu sakit kepala, dia pun hantar la dia ke hospital. Rupa2nya doktor dapati isterinya mengidap kanser. Isteri dia ditahan di hospital. Anak2 dia dilarang melawat ibunya. Dah beberapa minggu tak berjumpa ibu diorang. anak2 pun rindu sangat. Dia pun pujuk2 la doktor sbb anak2 teringin sangat nak jumpa ibu kan. So doktor pun beri keizinan. Dan dia bgtau anak2 hari ni dah boleh jumpa ibu. So sementara menunggu ke hari ni, anak2 xcited sangat. bangun awal lagi apa semua nak jumpa ibu punya pasal.

So, bersiap pagi ni, tiba2 dia dapat panggilan dari hospital, doktor bagitahu dia yang isteri dia dah meninggal dunia...................................................... :(

dan, sekarang ni dia dalam perjalanan nak ke hospital. Dia masih tak bgtau anak2 dia lagi. Anak2 tengah sangat gembira sebab nak jumpa dengan ibu dia.


Ya Allah

saya sedih sangat masa dengar cerita ni

sebab terbayang. bapak dia bukan nya tido. tapi mesti tengah berfikir macam mana reaksi anak2 pegi hospital nak jumpa ibu, tp ibu dah takde.

SEDIH.





so hasan tadi daripada geram tengok budak2 tu buat bising, terus rasa simpati bila tengok budak2 tu

kesimpulan daripada cerita ni?



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

29 komen[s]:

cik hani said... [Reply to Comments]

jangan serkap jarang je..huhu.

jesnita_ns said... [Reply to Comments]

huk huk huk..mmg sedih lah kak jemah..

@e_da said... [Reply to Comments]

kesiannnya si ayah.... tak sampai hati nak bgtau..bergenang air mata sy...

SaYa iNsaN bIasE said... [Reply to Comments]

alahai sedihnya... ;(

puan nina said... [Reply to Comments]

sedih..nk nanges jugak..

@yue said... [Reply to Comments]

stp org punya kisah sendri..
mujur juga hasan tu menegurkan..
kita tau juga kisah sebenarnya...dijadikan teladan utk kita..

pemandangan dlm tren pelbgai kisah..sy klu tgk budak2 bising takpelah...mereka ada dunia mereka...lg2 lg menangis..runtun hati saya...takpe lah mereka budak..belum paham...

kita ni yg dh dewasa, berbahasa... elok juga cara hasan menegur cara baik kan..bukan menengking ke apa...

tricksrex said... [Reply to Comments]

uuuuuu sedihhhh
emmm budak2 tu eksaited sgt2 tu nk jmpe ibu dorg,da lame xjmpe kan..
emm

Syeeda Sobbihi said... [Reply to Comments]

jangan mudah buat tuduhan melulu.. hurm. sedih sgt crita ni.

mAmAbuDaK said... [Reply to Comments]

kesimpolannya aku dah stat nak nangis jugak

Dee said... [Reply to Comments]

sedihnya..mengalir airmata sy..jgn kita menilai org dr zahirnya sahaja..beban dlm hati sapa yg tau..

Dee said... [Reply to Comments]

sedihnya..mengalir airmata sy..jgn kita menilai org dr zahirnya sahaja..beban dlm hati sapa yg tau..

hOtMaMa said... [Reply to Comments]

hehe.. saya pun dengar cerita ni semlm masa tengah otw blk dr keje kt dlm IKIM FM.. mmg sedih sngt.. mula2 ustaz tu cerita mcm geram jek dng budak 2 org tu nakal tak hingat.. ujung2 cerita terus speechles..huhuhu

S.u.F.e.e said... [Reply to Comments]

pandai kak jemah olah cerita

sangat terkesannn :{

vagg© said... [Reply to Comments]

gitu ke citenya.. huhu.. ye saya dgr ikim fm.. tp dgr time dia ckp pasal wife dia kena cancer, pastu doc ckp dh meninggal dunia huhuhh..

sedih gile lepas dh tau cite dr awal. xleh nk imagine..

Rusniza Mohd Nor said... [Reply to Comments]

mmg sedih kak.sjk da anak ni,cerita2 klu bab anak n ibubapak ni mmg senang tersentuh.

Rhyati said... [Reply to Comments]

hai jemah.. akak selalu dengar cerita ni daripada speaker ceramah motivasi.. siap masing2 jadikan macam pengalaman sendiri.. tapi rupanya ni cerita daripada buku "seven habits of highly effective people" by stephen covey..

Puan Nad said... [Reply to Comments]

akhirnya pe saya pernah terpikir, berlaku jugak. kekadang pernah terlintas if saya pergi dulu, sape nak tgk kan anak saya, dan katakanlah saya dan suami pergi dulu, pe akan berlaku pada anak saya. tapi Allah Maha Kaya, kan?

terus bergenang bace cerita ni. tergamam n sebak n xtaulah kalau saya di tempat si suami td n anak tersebut. owh sedih.

xtaulah camne penerimaan anak² tersebut bila mengetahui ibunya dah tiada.

btw, kesimpulan cerita ini,
- cara 'Hasan' menegur si bapa tersebut, bole dikatakan, oklah.
- anak² bila excited nak jumpa ibu atau ayah memang peel (perangai) nya begitu. excited. itu anak, ibunya?
- masyarakat kita selalu mentalnya berfikiran negatif dulu then barulah melopong bila tersilap tafsiran. so, y not, think positive 1st without any negative thinking?
- pepun cita ini sgt sedih... waaaaaaaaaaa... (insaf neh. camne lah anak² otu yer).
- izinkan saya bercerita kisah ini di blog saya kak jemah. tq.

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said... [Reply to Comments]

Ya Allah..sediHNYA...utk anak2 tu yg gumbira xterkata mau jumpa ibu dia...moral of da story...jangan beranggapan negatif pada seseorang...kan?? Innalillah...kepada ibu anak2 itu yg tercinta..semoga rohnya dicucuri rahmat..aminnn

nurulhudaresad said... [Reply to Comments]

tergamam baca...tak sangka si ayah menahan sebak di dada....anak2 plak lngsung x tau si ibu dh takde.....mmm....alfatihah utk isteri yg dh meninggal tu...=(

Daleela said... [Reply to Comments]

tulah..kdg2 kita tgk org tu gembira.. tp sebenarnya dia sedih..

NUR AIN ZULAIKHA said... [Reply to Comments]

sangat sedey..menangis bile bace..
cam mane la reaksi anak2 tu kn..
erm..='(

~ SRI BRIDAL ~ HOUSE BOUTIQUE, KAJANG , SELANGOR.~ said... [Reply to Comments]

bergenang air mata den..
pagi2 da nak nangis..
huhuuuu

p R i n c E S s _ N said... [Reply to Comments]

kak vp..stowee ni sgtt touching...

kejora said... [Reply to Comments]

kebetulan..baru terbaca cerita ni dlm buku 7 habits of highly effective people by Stephen R.Covey atau buku melayu dia 7 tabiat org yg amat berkesan.mmg sedih..

LayarLara said... [Reply to Comments]

Pn. Virus.. kita copy paste ehhh cita ni kat blog kita..

cik gObu said... [Reply to Comments]

orang kita
dh memang terkenal dgn sikap
suka menilai dari luaran

:(

suka menghukum tanpa mengkaji

suka menolak tanpa mendengar

sobbb sedihnya

Kaseh NazLieza said... [Reply to Comments]

beban di hati org tiada siapa yg tahu...

Golden Rose said... [Reply to Comments]

sedih sgt...ternangis sha tadi..

oneyani said... [Reply to Comments]

alamak...sadis btol citer ni..besarnya dugaan untuk bapak n budak2 tu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^