Follow Viruspadu

Sunday, January 30, 2011

Video yang Super Cute

Korang pernah tak tengok video ni kat youtube. Ini video Anmum connected tots tau. Hari tu si anoi ni menangis-nangis mintak dukung. Dia memang panjang akal kalau tengok mama dia duduk ngadap laptop. Ada je idea dia nak suh kita ngadap main dengan dia sentiasa hahaha. Dah alang-alang saya bukak youtube. Bagi la anoi tengok sekali video ni. Teringin jugak nak tahu respon anoi :p

Untuk senangkan korang, meh saya embed dalam ni.

http://www.youtube.com/user/AnmumTV



Siapa yang tak boleh tengok sebab opis block, meh sini saya cerita sikit. Kang balik rumah korang tengok tau. Kisah dia macam ni, seorang anak yang supercute membantu ibunya mendapatkan kunci yang terjatuh di bawah peti ais. Sebelum tu ibu dia ada ajar dia yang magnet melekat dengan besi.

Anoi kusyuk giler tengok. Suka kot tengok tania tu macam sebaya dengan kakak cica dia :)


Lepas kunci terjatuh je. Terus la keluar tiga gambar pilihan.

Apa lagi terus saya suruh anoi pilih jawapan dia apa. Ntah paham ke tidak anoi apa yang dia tengok kan. Benda ni macam problem solving lah bagi anak-anak kan. Kita nak tengok sejauh mana brain cell connections dia.

"anoi, yang mana satu kakak tu pakai nak amik kunci bawah peti ais tu anoi? sudu ke? straw ke? magnet?"

Yeay seb baik jawab betul hahaha. Mama dia pulak yang berdebar-debar :p



Saya playkan video tu banyak kali. Nak tengok jawapan anoi kot-kot berubah kan. Tapi jawapan dia sama je. Tiap kali dia akan tunjuk magnet jugak. Nampaknya anoi dah connected lah hikhikhik

Korang cubalah mainkan video ni dengan anak korang. Tengok dia pilih yang mana.

Sebab seronok jugak. setiap pilihan jawapan ada video lain-lain ok. Contohnya kalau kita pilih jawapan dia sudu kan. Nanti keluar video tania frust. Tania tu kan supercute. Muka frust pun cute hahaha.

Ok ni video jawapan betul :)

Magnet.




Sebenarnya kanak-kanak ni cepat belajar. Dia mudah menerima setiap perkara baru yang dipelajari. Malahan ingatan mereka pun cukup kuat. Seharusnyalah kita sebagai ibu-bapa perlu memastikan minda anak-anak terus berkembang.

Hari tu saya ada cite pasal perkembangan otak bayi kan. Memang banyak kajian telah dibuat untuk meningkatkan perkembangan minda kanak-kanak. Setiap masyarakt dunia punyai pelbagai cara untuk merangsang minda bayi dan kanak-kanak.

Ada sesetengah bangsa mengalakkan ibu-ibu yang sedang mengandung memakan ikan dan pati ikan. Ada yang memberi anak-anak mereka dengan kismis dan ada juga memberikan anak-anak memakan madu. Makanan tersebut mengandungi gangliosides, DHA, FOS, Omega 3 dan lain-lain.

Sebelum ini saya ada bagitahu yang kita kena merangsang minda anak-anak kita supaya akalnya terus berhubung. lagi banyak sel-sel otak anak kita berhubung, semakin bijak anak kita didalam menyelesaikan masalah, pembelajaran dan keupayaan menjadikan pengalaman sebagai panduan hidup mereka.

Nah, saya nak share website baik punya untuk korang layan. Baik untuk kita sebagai parent dan juga untuk anak-anak.
http://www.connectedtots.com.my/

sebab apa saya cakap best, siap ada buku cerita bergambar ok. Siap boleh selak-selak macam buku betul.


Rujukan Mum's Role pun ado. Memang seswaiiiiiiiii sangat untuk kita kan :)

http://www.connectedtots.com.my/


Ehem, kalau korang dah tunjukkan video ni kat anak-anak korang. Jom la share dengan saya apa jawapan diorang dengan saya. Xcited ok nak tahu :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

2 komen[s]:

lily lotus said... [Reply to Comments]

yerlah cute habis! nak suruh anak connected jugaklah...

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said... [Reply to Comments]

hehe!!~~ thanks for da info!!~~ nak try rr!!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^