Follow Viruspadu

Monday, February 14, 2011

Bukan Entry Sport Car

Ramainya orang cakap pasal VDAY. kat twitter kat fb. semua tempat ada. Ingat lagi tak entry lepas yang u peknen i cabut lari tu. haaa... panjang2kanlah demi kebahagiaan sejagat okeh.

Tapi kalau Viruspadu's Day takpe.

Cara-cara nak sambut viruspadu's day adalah senang je. Pergi kat mana2 shopping compleks. beli hadiah. dan hantarkan hadiah termahal ke kakjemah. Senang bukan! hahahaha. eeeee kakjemah tak malu ngecak hadiah kat orang! hahaha dush dush dush. Viruspadu's Day lambek lagi. Jadi jangan risau. Boleh kumpul duit lagi *pangggg lempang muka dia

Seperti yang digembargemburkan sebelum ni. Lately saya adalah membizi dengan sukan kat opis saya ni.

Minggu lepas adalah pemilihan sape yang nak wakilkan jabatan untuk game2 yang ada.

Antaranya congkak.

Saya dilantik jadi penolong pengurus utk congkak. senang jadi penolong kepada pengurus yang berwibawa seperti senah sirap ni. Sebab dia buat semua. Penolong tanya update je wakaka. Ni siapa penolong siapa pengurus sebenarnya ni kan. kesian pengurus dpt penolong mcm ni. tak boleh pakai punya hahaha. Sori senah sirap, akak bantu sikit2 je kan.

saya taknak masuk game congkak sbb kalau saya main congkak tak pernah menang pun. Orang lain main siap ada strategi bagai. Saya main, belasah ajer, asal amik guli masuk lubang sudah. Pastu tak tahu peraturan lak tu kan. Gigih la baca peraturan dulu. Sebab konon jadi hakim. Ada hati jadi hakimmmm hahaha...

Utk game kitorang dia kira lain macam sikit. Nama dia Menang Tapak.

yelahkan, biasanya dulu lah kalau main congkak, siapa yang guli banyak dalam rumah dia lah yang menang kan. Tapi kalau yang MENANG TAPAK ni lain sikit. Tapak siapa yang habis dulu kira kalah. Jadi strategi adalah tak sama la dengan guli banyak tu.

antara peraturan yang saya baru tahu adalah
- tak boleh fikir lebih daripada 5 saat
- kalau tangan dah pegang lubang, tak boleh tarik balik.
- kalau buat kesalahan ini lebih dari 3 kali terus dianggap kalah

strick giler game congkak ni. *gigil

peristiwa yang saya paling ingat adalah bila CC tanya saya.

"kalau guli banyak nak pegang dua tangan boleh tak?"
"takpe cc, boleh je, jangan pegang pakai kaki dah"

hahahaha... sabo je la dapat hakim macam ni kan. orang tanya muka bersungguh2 dah. sekali dia main-main plak :p

dan pemilihan untuk dart.

pengurusnya adalah hazry. maka dia telah sesuka hati pilih kakjemah kena masuk acara pemilihan player. padahal memang dah tahu dah bakat berendam yang direndam memang takleh pakai langsung ok.

Saya tengok orang lain baling elok je. macam senang sangat la.


Saya siap baca doa sebelum baling. Misi: asal kena papan bulat tu dah la


hambek ko terpelanting2 badan haha

siap suara urghhhhhhhhhhhhhh keluar. hahahaha siot je. korang tengok cc saya kemain suka lagi dia kat belakang tu. Pemilihan dart adalah yang teriuh dengan gelak tawa sebab dorang mmg suka gelakkan saya baling.

Macam2 la dorang ajar saya. nak baling tangan begini2 la. badan begini2 la. macam2 petua lah. tetiba saya baling. tetap badan terpelanting haha. tangan saya adalah tak kuat kot. kata lemah gemalai kan.

syukurlah. ada jugak mata. ahaks

dan lepas tu saya terpilih sebagai pemain simpanan ahak ahak ahak (mungkin sbb kena jaga hati kakjemah daripada sentap haha)

banyak lagi game2 lain, seperti bola jaring, bola tampar apa semua.

tapi maaflah. permainan yang bolanya melayang2 saya adalah fobia. sanggupkah uols bila tgk bola sampai kat saya, saya sambut sambil tutup mata. atau pun saya baling bola tapi tak sampai kepada penerima. HAHAHA. Fail la. Harap badan je tinggi melonjong! hahaha

tapi kalau tak cukup player, saya boleh jadi pemain simpanan. ahak ahak ahak. (nampak sangat tamak hadiah)

ok tu je

************* http://www.sh0ppink.com/

UMM01 - Available - RM45 - Saiz XL


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

2 komen[s]:

eT said... [Reply to Comments]

halamak kak...ai ketinggalan ker???
vday tu hape?..:p

jesnita_ns said... [Reply to Comments]

opis sy pn baru abis minggu sukan...sy tak penah main dart...disuruh main dart..kan dh kalah..heheheh







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^