Follow Viruspadu

Monday, February 07, 2011

Malam di Kuantan

Aktiviti tidak berakhir di Teluk Cempedak :)

selesai lepak2 kat teluk cempedak kitorang balik rumah dulu. So dah lebih kurang kul 9 kot macam tu kuar balik cari makan lor :p walaupun perut tak berapa nak lapar sangat. Tapi dah alang berjalan ni kan rugi la diet kan! gilo ke apa diet taim bercuti macam ni kan :p

apa lagi serbu ikan bakar la uols. Ini bukan Ana ikan bakar yang fofuler itu. Yang tu kitorang dah pegi tahun lepas. So busu sera bawak kitorang makan kat sini. Tomyam seafood kot nama dia. Lupa sudahhhhhhhhh :p

Muka nisa malu2 mama dia snap gambo! Masa ni anoi dalam kereta, tido :p


bag hanger yang sangat memudahkan saya :) boleh klik kat butik ceera kalau korang bekenan nak beli jugak okeh :)



seronok lepak dengan busu sera ni sebab dia best sangat ok. Kiranya dia ni kalau geng ngan adik beradik saya memang la sangat ngam sekali. saya ni memang susah nak rapat dengan orang. tp kalau saya ngam ngan orang tu, memang ajaib sangat lah hahaha.

hambek ko licinnnnnnnn


lepas habis makan. ingatkan terus balik rumah lah. rupa2nya busu sera bawak kitorang pegi taman esplaned lah. best jugak lah sini. sebab meriah. ada karok. ada jualan2. pemandangan pun cantik :)






dan yang paling best sekali adalah...

haaa ini memang kegemaran laki ku. dia kalau dpt main game mesti nak main tembak2 ni. tak tahu kenapa dia minat sangat :p

so dah alang2 ada benda ni. saya suh la dia terai. kalau dapat kena target berapa kali ntah dpt la hamper :p tapi hampa je lah balik hahaha... takde makna boleh menang hamper tu nyaaa :p sekali tembak dia bagi 20 bola mcm peluru la kot. so kena bayar RM5 la.

ala tak kisah la, janji puas hati. janji ada kenangan kan :)

so kitorang balik rumah dah lewat gak lah dalam kul 1 pagi mcm tu

PUAS berjalan.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said... [Reply to Comments]

heee!!~~ ikan bakarrr kat tanjung lumpurrr pun sodapppp!!~~

shadowz said... [Reply to Comments]

heheh.. puas ea akak berjalan.. perut pun kenyang.. siap maen tembak2 lagi.. ahaha... tapi yang gamba ikan tu memang jelas la.. LICINN...... hehehehehehe..

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

lame x g kuantan...msti bes skg..

Lina said... [Reply to Comments]

ohhh bcuti kat ktn yer...klu tau bole jumpa-jumpaan :)

laloque said... [Reply to Comments]

name restoran tu... tom yam garden la

LyNn'Azlina said... [Reply to Comments]

kt tmn esplanade tu mmg mriah malam2...best kan kuantan...

Cik Reena Tan said... [Reply to Comments]

salam singgah.. waa! nice g kuantan.. :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^