Follow Viruspadu

Sunday, February 20, 2011

Nak main game boleh, baca buku cerita pun boleh :)

Hari-hari kot saya melayari internet kat rumah hahaha ayat buku teks ko!

tapi betul la kan. Tiap2 malam lepas habis je keje rumah, kira setel la semua to do list memang ngadap laptop la jawabnya.

Sejak nisa bayi lagi kot. Erm sejak anoi dalam perut lagi kot :p

Jadi kalau tiap-tiap hari nisa dengan anoi nengok mama ngan papa dia ngadap laptop je kan, harus la dorang teringin jugak nak guna komputer. Walaupun saya belikan laptop kanak-kanak yang belajar huruf ada bunyi apa semua tu pun, totap dia nakkan laptop mama dia jugak hahahaha. Kekadang berlumba jari kita dengan dia nak tekan keyboard hahaha.

berkeringat tahu nak taip satu entry kekadang hahaha.

Mana jari nak taip, mana tangan nak tepis tangan dia. giler mencabar kata ko.

Dan hasilnya tengok la nisa. Umur belum 4 tahun dah connected weiii... Terer pegang mouse dari mama dia dah. Kalah lah I lepas ni muahahaha. Sikit hari dia plak berebut nak update blog ngan mama. Canne hahaha.

Ini video nisa tengah main game pakaikan baju patung... cute je. Dia pakaikan dia puji diri sendiri pandai hahaha... lawak je

boleh pulak teramik video nampak kain tak berlipat atas katil kan. kantoiiiiiiiiii

ada lak suara latar anoi "nakkkkkkkk nakkkkkkkkkk nakkkkkkkkkkkkkkk"

anoi tunggu turn dia pulak nak main game hahaha



bagus tau game tu. game tu lebih kepada nak tengok nisa boleh padankan baju kat mana, kasut kat mana semua la. kalau korang nak try game tu jugak. klik site ni


nampak simple je kan site ni. tapi macam-macam ada ok. I like :)

Antara yang saya suka Mum's Role

ada sediakan tip-tip kita sebagai ibu bapa lah. Suka je saya baca. Banyak info-info yang selama ni kita tak terfikir pun. Pastu bila baca kita boleh mengangguk2 mengiakan dalam hati.
"betul jugak tu" hikhikhik



ha yang ni pun saya suka. Buku cerita :p


hari tu saya bacakan cerita ni kat nisa dengan anoi dengan gaya2 muka sekali. biasalah I tiru mcm dalam tv tu bercerita kan. siap tukar2 suara dengan gaya over-over semua. harus la dorang tergelak2 sakan tengok mama dia bertukar kan hahaha

lagi diorang suka buku dia macam real je selak selak kan, siap ada bunyi kertas bagai. memang terhibur lah

lagipun cerita dia bukan sekadar cerita saja-saja tau. tapi cerita yang ada motif la yang membuatkan anak kita berfikir sekali. kan best macam tu. sambil dia mendengar sambil dia berfikir.

lagi

game yang nisa main tadi lah

buat masa ni ada dua game je yang available. saya pun ternanti2 bilakah ada game baru. xcited okeh :p

yang ni game utk 1-3 tahun. yang nisa main tadi game 4-6 tahun punya


Anoi pandai tunjuk-tunjuk je. game ni bila ada bunyi binatang je, dorang teka la binatang mana satu. So anoi pilih jawapan. Nisa tolong klik kan. Very the kerjasama tau :p



Selain tu, korang boleh jugak nak apply sampel percuma anmum.

saya?

ehhhhhhhhh harus awal2 dah isi borang okeh :p

best kan site macam ni. baru la rasa best nak klik selalu. sebab bukan setakat kita baca-baca je. tapi interaktif lah.

Bagus utk Ibu
Bagus utk Anak

Yang penting, site ni connected okeh. Nisa punya suka. Sampai kena paksa benti sebab dah masuk waktu tido. Esok sekolah kan. :)

nah website dia sekali lagi :) I LIKEEEEEEE



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

7 komen[s]:

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

budak2 skg sgtt advance...

Warna Warni Kehidupan said... [Reply to Comments]

best..best..best..

ct N honey said... [Reply to Comments]

terima kasih,sebab kongsim dgn semua,

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said... [Reply to Comments]

wahhh!!~~ boleh try ni..thanks for da info kak!!~~


Kalo free meh ler singgah my blog....klik je link ini --> mummylovers blog

Nur Hanani said... [Reply to Comments]

budak-budak biasanya akan belajar melalui pemerhatian dia.Apa yang mak ayah dia buat, dia mesti nak ikut..Budak-budak zaman IT.. :)

Entri Terkini: Mee Kari yang meletop..FUHH!!!

___Mrs Suhaidi___ said... [Reply to Comments]

tq k.vp share info ni...
;)

Golden Rose said... [Reply to Comments]

dah cube...amzar suke sangat...sronok die main







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^