Follow Viruspadu

Wednesday, February 09, 2011

Passport Berkeringat part II

sori semalam adalah tak larat nak taip panjang2 lalu dia jadi cerita ber episode kekeke

~ dalam setengah jam lepas tu. saya naik tingkat 2 sesorang, en.laloque lepak kantin ngan anak-anak. Biar saya sorang la lepak kat tempat panas tu tgk nombor. Bila dah dekat2 baru panggil anak2 naik.

1146 - tiba2 nisa nak berakkkkkkk... uwaaaaaaaaaaaaaaa

1148 - akhirnyaaaaa **menangis terharu

"encik, fotostet ic ni salah, tak boleh macam ni"
"whatttt!!!"

dan hati mula rasa berdebar-debar tapi mulut tetap ku kunci tanpa kata-kata. Biarkan hero malaya sebelah saya ni je yang berbicara. Kalau saya yang bukak mulut kang saya nangis je kekeke. Gila kau dah penat2 mcm ni tak dapat buat kan.

"tapi tadi masa saya check kat kaunter depan dia kata boleh, saya dah check dah"
"tapi, ic encik ni tak boleh potostet macam ni, sekejap saya cek dulu"

sekali dia cek2 ngan member sebelah, member dia cakap boleh. gunting je apa susah kekeke. adoiyaiiiiiii nasib baik ok. kalau tak memang menangis la daku disitu.

setel apa semua.

nak nunggu bayar plakkkkkkkkkkkk. berzaman. ok over. berzaman tu adalah lebih 10 minit kot. bawak budak yang aktif seminit pun rasa macam setahun ok. huhuhu

"papa, kalau lambat lagi, biar ma bawak anak pegi kat kereta dulu lah"

so dalam kereta korang nak melompat ke menjerit ke melalak ke sukatik korang la.

so dlm 30 minit lepas tu en.laloque sampai ke kereta

"pa mcm mana?"
"dia kata mesin rosak, so takleh siap hari ni"
"ooo takpe la, sok la kita amik"
"amik pun kena bawak budak"
"lorrr"
"oh, dia ckp, sabtu ahad pun bukak"

laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa bukak ke sabtu ahad tsk tsk tsk


rugi cuti ku
rugi cuti ku
rugi cuti ku


tsk...

kendian siap2. terus balik rantau semula. anak2 nak lepak dengan atoknenek
terus berdesup ke bangi setelkan urusan bandung
terus berdesup ke terminal one untuk tukar duit arab
balik ke rantau semula jemput anak2
balik ke seremban
dan malam itu saya ke seremban parade utk lawan boling 3 game. drive sendiri je sbb anak2 dah tido en.laloque tunggu rumah lor
dan balik rumah bukak laptop untuk kemaskini tudung utk dipos esoknya

jadi boleh bayangkan macam mana keadaan saya pada hari isnin?




***** promosi sh0ppink http://www.sh0ppink.com/

BLL05 - RM39 - Available

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

12 komen[s]:

cik hani said... [Reply to Comments]

mantap kak! hehe.

Emmy said... [Reply to Comments]

baru betul wanita besi tumbuh masel lagi 3-4 ketul....hahaha...maknanya percutian ke bandung tu harus laaaaaa di ingati sepanjang hayat kot...hahahaha..... sila la sopink secara berbaloi2...hehehe

deAnza-wAnda said... [Reply to Comments]

lorh...cian...hihih..

Faisya said... [Reply to Comments]

kak jemah, nape bunyi ulang alik rantau-seremban-rantau macam dekat sgt je? macam jarak paroi dengan terminal lak.. ada lebih kurang camtu ke?

MAPPIAU said... [Reply to Comments]

jap saye tengah bayangkan (eh apesal bayangan saye kaburrr je nih hahahaha :P)

nUmara... said... [Reply to Comments]

what a busy day... hehehe.. :)

oneyani said... [Reply to Comments]

ahah tu la pasal..rase mcm rantau tu jauh gak kan

kak jemah nk ke bandung eh..manyak syoook woo

betol la bile kite dah penat n lame menunggu bole buat nanges woo..yani penah nanges mase derma darah..punye la lama menuggu atas katil tu..nurse tak cucuk2 lagi ..die mcm tak nampak je kite ni..ape lagi teros rase sebak n nanges..ahaha pastu yang lagi best kene marah ngan nurse tu..coii!!

kejora said... [Reply to Comments]

ahkak nak poie bandung ek?situ mmg besh!btw, konpius jap..nape tkr duit arab?

lily lotus said... [Reply to Comments]

har har har! den pon baru tau. tenkiu sebab bagitahu :)

ibuafiqahhuzaifah said... [Reply to Comments]

mmg percutian ke bandung nie paling ingat la kot..sbb berkeringat lebih..hahaha

jap2 nak tanya g bandung tukar duit arab sungguh musykil..USD tu bleh terima la kak..
Bandung ker Arab Saudi?
akak sila stori lebih lanjut?hahaha

Rina277 said... [Reply to Comments]

ye la kak jemah..nape tukar duit arab..saya tukar USD sbb bila tukar rupiah kat sana sgt berbaloi2..

mAmAbuDaK said... [Reply to Comments]

ni kalau balik2 bukak laptop ambik pic tudung n upload...berminyak muka....da boleh byng dah....hihihihih wanita besi oyehhh







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^