Follow Viruspadu

Tuesday, February 08, 2011

Passport Berkeringat

Semalam adalah amik cuti semata-mata nak buat passport anakanda ku terchenta

malam2 dah plan baik punya dengan suami

"esok canne?"
"pegi je la"

grrrrrrrrrr adalah sangat geram kan kita tanya dengan penuh semangat pastu dia jawab mcm tu hahaha... rasa nak gigit2 je telinga dia. tapi kalau gigit kang jadi cerita lain pulak wakaka lariksssss

jadinya setelah sentap-sentap 4-5 kali baru lah plan dia jadi mcm ni

1. buat paspot
2. hantar nisa pegi sekolah (lambat takpe, asal jangan ponteng sekolah kononnya lah)
3. hantar anoi rumah ummi
4. pegi pejabat pos
5. pegi bank
5. pegi bangi

ok baik punya plan. hati pun berbunga-bunga.

jadi pagi tu kitorang bangun pagi. siap-siap. siap mandikan anoi lagi. jarang la kitorang mandikan anoi kalau kuar awal pagi. sebab kesian dia ngantuk kan.

so sampai2 wisma.

"jom naik opis papa dulu"
"nak buat apa?"
"potostet ic budak-budak ni"

lorrr belum setel part tu rupanya... haha... so naik opis. fotostet pastu terfikir yang mcm pelik je. bukan ke kena fotostet surat beranak kan. terus sms mekchu. betul la depa nak fotostet surat beranak dan budak kena ada sekali hohohohoh

"papa, ma dah tanya su, kene fotostet surat beranak la"
"ala ic budak kan sama je, boleh la tu"
"tak boleh la, kene surat beranak, konfem"
"kalau mcm tu, papa balik rumah jap la, ma tunggu sini ngan bebudak"

hohohohoooooooooooooo...

awal-awal pagi dah kecoh kan. menunggu en.laloque balik rumah dulu dalam 45minit jugak la kot tsk tsk tsk. saya ngan anak2 kat opis dia ni lah yang terseksa jiwa rasa. nisa dah amik marker pen dah nak conteng whiteboard. anoi nampak kakak dia conteng dia pun nak jugak. uwaaaaaa... abis tangan dia dah hitam2. muka pun dah terkena sikit marker. bila marah dah menjerit2 kat opis tau. oh nooooo.

berdoa je. en.laloque cepat2 sampai.

bila dia dah sampai. nak fotostet. hitam plakkkkkk... hahaha nak setting plak. mencik tau! anak kalau duduk sopan santun takpe gak hahah (eh ini bukan merungut eh)

so korang dah terbayang tak. kitorang dah lambat :( tp lambat2 pun masa tu kul 8.50 kot mcm tu. terus ke bangunan sebelah. dari wisma negeri ke wisma persekutuan tu siapa yang tahu jarak dia jalan kaki boleh bayangkan ek. tak jauh mana pun tapi berpeluh ketiak jugak lah.

naik2 je, tengok ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii giler orang. nak amik borang pun berebut2 okeh. lepas amik borang. kitorang turun makan sarapan dulu. sambil en.laloque isi borang. saya ngan anak2 tunggu kat kafe sbb kat sana bukan ada kerusi nak duduk pun. dengan panas padat segala.

"ma, kita dpt no 1148 ma, skrg baru 1043"

umangaihhhhhhhhhh lama lagi tu

maka kitorang bawak anak2 terus ke pejabat pos dulu. pos tudung2 yang korang order kat sh0ppink , pastu terus pegi mebeng masukkan cek nuffnang ehem ehem acik kayooooo, pastu terus gi ASB setelkan ehem ehem. ecewah. terus pegi balik wisma negeri. parking. dan menapak balik ke wisma sebelah. masa tu dah kul 10 lebih kot

"ma, baru nombor 1065 la"

makaihhhhhhhhh lambat lagi.

"jom balik rantau jap, ada hal lah"

ha tu dia. dari wisma persekutuan ke wisma negeri menapak dalam kepanasan. terus balik rantau. siapa tahu jarak seremban ke rantau. sila bayangkan. kalau tak tahu boleh lah google map. taknak tahu pun takpe kekeke.

sampai2 rantau. sembang2 jap. setelkan urusan dengan mertua. terus patah balik ke seremban. parking. dan menapak balik.

keadaan anak-anak?

tak dapat nak bayangkan. kejap nangis. kejap melompat-lompat. kejap gaduh. kejap nak kencing. naik senget2 la bahu saya mendukung. kalau boleh bertukar jadi hariharimau lama dah kot jadi harimau jadian hahaha.

boleh hilang lemak la keletihan semalam.

sampai2. tengok2 nombor baru 1093 ok. bengang tak bengang tu grrrrrrrrrrrrrr. tapi tak boleh marah sesiapa lah kan. sape suruh lambat apa semua kan. padan la muka.

"ma, jom lepak opis papa kat sebelah lah!"

WHATTTTTT nak suruh menapak lagi!!!!!!! tak sanggup dah weiiiiiii

"kalau lepak kantin ma rela, tp kalau nak suh menapak gi sebelah lagi sekali ma dah tak larat dah"

gila ko 3 kali ulang alik ok. nak suruh menapak lagi? TIDAK!

sudahnya saya sajes lepak kantin je. makan lagi banyak pekdah daripada suruh saya berjalan. gantikan lemak2 dah terbakar tadi ahaks

dalam setengah jam lepas tu. saya naik tingkat 2 sesorang, en.laloque lepak kantin ngan anak-anak. Biar saya sorang la lepak kat tempat panas tu tgk nombor. Bila dah dekat2 baru panggil anak2 naik.

1146 - tiba2 nisa nak berakkkkkkk... uwaaaaaaaaaaaaaaa

1148 - akhirnyaaaaa **menangis terharu

"encik, fotostet ic ni salah, tak boleh macam ni"
"whatttt!!!"


~bersambung



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

14 komen[s]:

Bulan Bintang said... [Reply to Comments]

byknya onak cabaran nak buat passport

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

adehhh...pjg lg ni citenyerr...

sweethOneY said... [Reply to Comments]

hoh. sadisssssssssssss... siap ada bersambung2 lg

kinna said... [Reply to Comments]

uhuh, cerita ni suspen, tapi saya baca smbl gelak2. boleh byg kalo keadaan dua org budak kecik tu sbb anak sy pon sama ja cam nisa ngn anoi..

@in said... [Reply to Comments]

alahai vp... apsal tak habaq nak buat passport...leh ain amik kat nombor. ain keje penerangan la beb... 10 langkah jer....aduhai....

mAmAbuDaK said... [Reply to Comments]

argh gila halangan...cuba ko menangis kat tangga...hahha mgkin lega...

lily lotus said... [Reply to Comments]

erkk..kalau dah gini gayanya silalah pergi holiday obersea yg jauh sikit

RieNa said... [Reply to Comments]

mesti ic tu fotostat depan belakang bkn pd page yg sama. maksudnya, kena buat atas bwh.

termengah2 baca enty jemah ni. tak terbayang dia punya penat tu mcm mana. rasanya kalau setel semua tu blk tido konpem pengsan.hihi

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

tu dia panjangggnye citer haha cepat2 sambung taksabar nak baca..

yeaahh tudung daripada shoppink dah sampai! TQ VP

Big Momma said... [Reply to Comments]

ciannya...

kalau jemah apply kat Kuching, nanti saya boleh aturkan personal servis terbaek....hahahaha

mekchu said... [Reply to Comments]

hadoi... bertambah panas badan ni bila baca... lupa lak nak tya secara life tadi berjaya tak... kalau tak, x de la suspen mcm nih... tp nama mekchu ada di situ taw......

mmg std kot nak wat passport anak ni gelabah.. mula2 mcm laloque jugak.. bawak mykid je.. 2nd time bawak surat beranak, tp tak bawak anak.. hak hak... 3rd time baru suksess..

ehh, nama mekchu di situ ;p

Zue AnnaLeeya said... [Reply to Comments]

salam kenal... byk tol cabaran nak wat passport erk....sabo jerlah...

MieZa said... [Reply to Comments]

alar..ada sambungan pulak..

MyLara Sarah Cullen said... [Reply to Comments]

pergh...eh..lupe nk kenalkan diri..sy ni silent reader belog kak jemah hehe..

giler byk halangan..kalu sy, kirem salam la nk menapak2 bagai.. sempat kak jemah balik rantau lagi tu (sy leh bayangkan sbb sy org rantau gak).. punye le mcm siput nombor tu naik ek.. siot je..keke takpe dugaan perlu ditempuhi dengan sabar ^_^







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^