Follow Viruspadu

Tuesday, February 15, 2011

Secara langsung dari katil 19

Kesian mak, malam tadi dia tak boleh tido langsung.

kaki dia rasa lenguh yang teramat-amat sangat. dia punya bacaan heartbeat pun rendah. kaki lenguh yang teramat sampai tak boleh tido ni saya pernah merasa dulu. Memang tak boleh describe kat orang mcm mana rasa dia. Dulu saya selalu jugak kena kalau bendera merah nak muncul. Siap kalau malam nak tido, ceera goyang2 katil tergedik2 sms dengan ciput (masa tu harus la tak kawen lagi) pun saya bengang yang amat-amat sangat. Sampai amukan lah! hahaha.

Pastu bila dah kawen. En.laloque sajes letak yoko yoko. So bila lenguh mcm ngilu2 tu letak yoko2 mcm panasss je kan. So ok la. Alhamdulilah sekarang tak kena lagi dah.

Tu yang bila mak kena tu. Alahai tahu sangat rasa dia macam mana. Nak sapu yoko yoko takde plak. Yang ada minyak gamat je. So sapu minyak minyak gamat. Urut2 belakang. Yelahkan badan asik baring je kan. Sengal2 ok. I know... kata dah banyak kali kuar masuk spital kan. So memang tahu sangat la. ahaks.

So pagi ni. Nampak bacaan heartbeat mak dah makin ok dah. Alhamdulilah.

Alhamdulilah jugak doktor adalah sangat baik. Tiap kali saya tanya soalan kat dia. Dia jawab macam saya kena jawab soalan exam. siap contoh mudah difahami. Siap gaya. HAHAHA. I like la you doktor. Siap lukis gambarajah adalah terbaik. Yelahkan biasanya doktor kalau kita tanya kebanyakkannya jawab pandang muka kita pun tak sibuk menulis kat fail tu je kan. Pastu bagi ayat saintifik osah tak paham menda. So doktor mak saya ni memang I ter LIKE 2juta kali haha. Dah la muka boleh tahan. ecewah ada motip rupanya puji2 wakaka.

Sekarang mak tengah tido. yelah kaver balik malam tadi yang tak boleh tido tu kan.

Jap lagi kul 12.30 penuh la bilik ni dengan anak2 mak. :)

mak saya sakit apa? ntah saya pun tak konfem lagi. Cuba saya berharap mak cepat sihat dan dapat balik rumah.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

9 komen[s]:

Nurul Aqila said... [Reply to Comments]

jgn sapu yoko2 nanti tulang tak dpt tahan lama. huhuh

jesnita_ns said... [Reply to Comments]

moga mak kak jemah..cepat sembuh...sy paham hati seorang anak bila maknya sakit...sy pn penah alami jugak..kena byk sabar kak..

shidah said... [Reply to Comments]

semoga mak akak cepat sembuh yerk

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

semoga mak akak cepat sembuh...

Mrs. Right said... [Reply to Comments]

jom join contest ni

http://farahmukhlisa.blogspot.com/2011/02/first-ga-from-divas-shoppe.html

A.I said... [Reply to Comments]

risau bila mak x sihat kan? =(
semoga mak kowang cepat2 sihat + kembali ceria melayan kerenah anak2nya. hehe...

luvmum said... [Reply to Comments]

moga mak jemah cepat sembuh...byk2 berdoa dan bersabar

Administrator said... [Reply to Comments]

YaAllah sembuhkan mak jemah..kuat kan lah semangat sekeluarga.Amin

L-E-E-Z-A said... [Reply to Comments]

YaAllah sembuhkan mak jemah..kuatkanlah semangat mereka sekeluarga.Amin







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^