Follow Viruspadu

Monday, February 21, 2011

Senyumlah

Phew...

Baru sampai rumah

Kepenatan. Dan Penat ini diharap berakhir dengan kegembiraan. Hopefully.

Saya berjaya siapkan minit mesorat jam 1 pagi kot. Siap-siap je terus emel dekat bos. Sebab takut tak sempat nak emel esok pagi (hari ni lah). Yelah kan plan nak EL kan sebab ingatkan anak-anak sakit mata. So gagahkan jugak siapkan tu.

Alhamdulilah. Pagi2 tadi bangun tido tengok mata anak-anak cun je. Jadi terus la siap-siap2 pegi kerja. nasib baik nisa sempat siapkan kerja sekolah dia malam tu. Kalau tak. Haru jugak.

Sampai2 opis. Siapkan senarai server. Terus emel. terus pergi kursus kat cyberjaya.

Tengah-tengah kurus (oh maksud saya kursus keke) dapat panggilan dari en.laloque. Terus call bos mohon pelepasan ada hal kena pegi KLIA. Dalam perjalanan nak ke KLIA dapat panggilan dari adik beradik bagi tahu mak kena serangan jantung pagi tadi dan sekarang doktor plan nak masukkan kamera samada dari tangan ataupun peha untuk check jantung mak.

hurm.

dugaan macam mana pun, saya cuba buat muka biasa. kawal emosi. taknak kawan-kawan kat office nampak muka saya sedih. namun dlm hati, bergelora! ingin menangis semahu-mahunya. takut! risau! pelbagai gambaran negatif bertalu-talu keluar dari kotak fikiran.

jam 2.15 terus ke KLIA.

jam 4.30 terus ke IJN. sampai IJN dalam jam 5.30 jugak.

masa berjalan terlalu panjang. Kuala Lumpur ibarat terletak beribu kilometer jauhnya. nisa ngan anoi yang melasak masih tak mampu menghapuskan gelisah hati yang telah sampai ke CCU IJN.

sebelum ke IJN, singgah cheras amik abah dahulu. riak wajah abah jelas kelihatan risau. senyumnya lansung tak bercahaya. abah cuba bergurau dengan nisa dan anoi sepanjang perjalanan, tapi lebih banyak hilang punca, gurauan mati tanpa penyudah. akak, kakcik, abgcik dan abanglang dah ada kat IJN. mak dah masuk bilik operation untuk dimasukkan kamera.

proses tu ambil masa satu jam je. tapi ibarat berkurun lamanya. hati sedang risau hal mak. dalam masa yang sama terpikir anak2 yang tak dok diam. ingin di bawa ke ccu tak boleh. salah sorang kena jaga budak2. en. laloque macam paham2. dibawanya nisa dan anoi ke bawah. dikendongnya kedua budak bertuah tu.

lepas tu sorang demi sorang anak mak datang. saya, sepet, qery, ode, atam, ciput dan uteh. semua berkumpul. berkongsi resah. berkongsi gelisah. berkongsi kerisauan.

en.laloque dan anak-anak saya suruh balik cheras dulu sbb budak2 tak boleh masuk kan. kesian en.laloque banyak betul pengorbanan dia. sikit pun tak bersungut bila saya suruh dia balik dulu.

sejam lepas tu, saya dah boleh tengok mak saya.

sedihnya tengok tangan mak saya yang dicocok untuk masukkan kamera tu. tsk. tak tahu nak cakap macam mana. mak kat CCU. so kitorang nak jumpa mak bergilir-gilir. sempat saya suap mak makan 3 sudu nasi. lepas tu terpaksa ganti orang. Yelah dah datang ramai2 kan. Masa tak ada nak jumpa lama-lama. terlalu payah nak digambarkan. kalau dulu mak ada senyum manisnya, tapi kini senyum tetap terkuntum, namun dlm kepahitan. kalau dulu mak berjenaka riang, tapi kini kata2 nya penuh makna tersirat. kalau dulu mak cergas bergerak, tapi kini lemah tidak bertenaga. saya rindu mak yang dahulu. sihat la mak... cergas la mak... andak sentiasa doakan kesihatan mak

EMAK ADALAH SEGALA-GALANYA

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

36 komen[s]:

b.l.o.o.p.b.l.o.o.p. said... [Reply to Comments]

sabar ehh kak jemah..... moga mak kak jemah cepat sembuh dan sihat spt sediakala.....

ieyka02 said... [Reply to Comments]

mge mak akak cpt sembuh..amien! sedey kite bce ni ha..teringat mak kt uma..:(

zino said... [Reply to Comments]

semuga mak kembali sembuh...amin

eYaNacOMeY said... [Reply to Comments]

saya doakan mak akk cpt sembuh.. mmg btol..mak adalah segalanyaa.. huhu bykkan doa & solat hajat ye kak VP.. =)

tricksrex said... [Reply to Comments]

semoga mak kak jemah sihat semula seperti sediakala..insyaAllah..

Kak Aya said... [Reply to Comments]

bergenang air mata saya membaca post kali ni..sabarlah, setiap yang berlaku penuh dengan hikmah samada buruk atau baik...sabar ye..

vagg© said... [Reply to Comments]

kak jem, insyallah xde pape tuh. saya doakan semuanya ok, ya. tkcare jgk utk kak jem

~ain said... [Reply to Comments]

moga Allah beri kesembuhan buat emak kak jemah. Moga kak jemah adik beradik diberi kekuatan dan tabah. Amin.

julie"anne said... [Reply to Comments]

semoga semuanya selamat..terus omsik baca entry ni..nak nangespulak..wuwuwuw

Pnut said... [Reply to Comments]

Sabar ek mah.. dugaan anak-anak.. moga emak akan sembuh... tiada yang memudaratkan... moga selamat ye.. akak doakan...

nn said... [Reply to Comments]

semoga mak jemah cepat kembali sihat seperti sedia kala. tabahkan hati jemah dan kuatkan semangat yea...
jaga diri jugak...

LayarLara said... [Reply to Comments]

Semoga ibu puan virus segera sembuh...

Saya menumpang sedih..

mummy_ayu said... [Reply to Comments]

kalu ayu pun terkejar2 tu...
so..kamis emua doakan mak awak cepat sembuh & semuanya selamat..amin..

danishahumaira said... [Reply to Comments]

bykkan bersabar jemah dan family, smg ibu anda cepat sembuh, insyaallah amin...

Suliana said... [Reply to Comments]

hope mak akak cepat baik ye.. jgn sedih ye kak :-(

Puan Nad said... [Reply to Comments]

baru semalam wat entry pasal parents. sedih entry akak. semoga mak cepat sembuh.

fieza a.k.a ibu azwar qaiszar said... [Reply to Comments]

sedih dan sayu bila saya membaca entry akak kali ni..hampir2 menitiskan air mata..tapi, sabarlah ye kak..ni ujian dariNya..
Allah nak uji anak2 (Adik beradik akak) semua..

Saya doakan supaya mak akak cepat sembuh dan ceria seperti sedia kala...

Saya turut dapat merasakan perasaan akak tuh...huhu..Banyakkan berdoa ye kak..

Emmy said... [Reply to Comments]

semoga mak vp cepat sembuh....insya allah...

MieZa said... [Reply to Comments]

semoga mak jemah kembali sihat seperti dulu... =)

Pink Mama said... [Reply to Comments]

Akak doakan mak VP segera sembuh macam sediakala.

Zack ~ 'A said... [Reply to Comments]

smoga mak akak cepat sembuh.. semoga Allah permudahkan urusan akak sekeluarga..

Rina277 said... [Reply to Comments]

sedih saya baca entry ni..tambah lak tgk mak saya yg x reti duk diam tu ha..ada jer nk dibuatnyer..klu saya jd jemah camner la..adoyaii..byk2 sabar n bdoa ye..saya doakan mak jemah akan sihat spt sedia kala..

Big Momma said... [Reply to Comments]

sabar dan kita doakan juga semoga mak VP cepat sembuh...

tilmiizun said... [Reply to Comments]

puan VP,part citer suapkan nasi kat mak ketika mak sakit tu yg paling terharu kan..hanya orang yg ada pengalaman sahaja dapat mengerti...

$$ said... [Reply to Comments]

uii xpenah2 nk komen kat sini. tp bila maca n3 nie siyes menitik air mata saya. terasa nk sama berkongsi perasaan kak VP. sabar yer kak VP, semoga emak kak VP cepat sembuh:- tiba2 sy rindu kat mak sy..

che ann said... [Reply to Comments]

vp..sabar ek..akak pernah melalui saat2 ini..mmg faham sangat..

mak akak kena masuk kamera jgk..doktor nak tgk apa masalah dgn jantung dia..dan doktor confirm yg ada saluran tersumbat...

sejak itu dia kena makan ubat hingga kini..kadang2 tu kesian tgk dia makan ubt..ubat itu ubat ini..

dan sekarang ni setiap 3 bulan sekali dia ada appointment dgn doktor kat IJN..untuk check kesihatan dan sambung bekalan ubat..

apapun kita sebagai anak..mendoakan agar dia cepat sembuh..banyak2 lah berdoa..

RieNa said... [Reply to Comments]

apa yg vp lalui skrg, saya sedang laluinya juga. bezanya kalau vp emak, saya pula ayah.

ayah masih terlantar di wad, entah bila boleh kembali ke rumah. sbg anak, doa tak putus2 utk org tua tercinta. moga mereka cpt sembuh.

~ BUTIK PENGANTIN SRI BRIDAL ~ SERDANG, SELANGOR.~ said... [Reply to Comments]

bergenang airmata saya baca n3 ni vp.
sy harap vp n adik badik kuat semangat smuenye.
hrp jgk auntie cpt sembuh n blk rumah cheras cpt.

salam syg dari sri

nasaoji said... [Reply to Comments]

moga mak cik cepat sembur...

riak wajar kak jemah mmg cekal!

A.I said... [Reply to Comments]

Aduhai =(
aku ni, kalau mak demam pon jd x keruan. apatah lg bila sakit2 gitu. kowang adik beradik kene kuat semangat tau. aku doakan yg terbaek utk makcik..

aNaYaNa said... [Reply to Comments]

semoga kak jemah n kuarga tabah..semoga makcik cepat sembuh seperti biasa..amiin..

lily lotus said... [Reply to Comments]

sedihnya :( kuatkan semangat yer. insyaallah mak vp akan sihat semula

shiela said... [Reply to Comments]

semoga mak kak vp kembali sihat..banyak2 doa k..

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

insyaAllah..berkat doa anak2 & kami semua...semoga mak akak sehat semula..

Golden Rose said... [Reply to Comments]

insya ALLAH moga dipermudahkan segalanya

saifulazrul said... [Reply to Comments]

Mudah-mudahan lekas sembuh, InsyaAllah...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^