Follow Viruspadu

Sunday, February 20, 2011

Status terkini

nampak sangat lately jarang update kan

banyak sangat benda kot kena fikir. Hari ni pulak sepatutnya saya kena pegi stadium paroi sbb ada sukan opis. walaupun saya jadi pemain simpanan bola jaring. tapi semangat kesukanan tinggi okeh ahak ahak ahak. teringin gak nak join sama-sama memeriahkan majlis. tapi apakan daya. family mesti diutamakan :)

oh ye. mak saya dah discaj hospital jumaat lepas kul 7 senja. epoinmen kat IJN hari isnin. tak tahu kenapa spital kasik mak saya keluar spital padahal mak belum stabil lagi. mungkinkah sebab katil spital dah penuh? tak pasti.

so semalam saya balik cheras. tengok mak terbaring ajer dalam bilik. sedih betul. mak cuma boleh makan nasi berkuahkan air panas. dan juga kentang rebus kosong (tanpa garam, bawang apake semua tu). tapi masih bersyukur lah sebab masih boleh makan.

petang semalam mak dah tak tahan kot. So mak mintak kitorang bawak mak terus ke IJN. So ode, saya, abgngah dan sepet hantar mak ke IJN. setel kat IJN sampai kul 1 pagi kot baru sampai rumah. Mak kena tahan kat IJN. Lega lah kitorang adik beradik bila mak dah ada kat IJN sebab kalau apa2 hal pun doktor nurse semua ada kan.

Dan pagi ni. saya bangun tido. tengok2 nisa dan anoi dua2 mata bengkak2 dan merah. kena sakit mata.

Dan sekarang saya kat seremban. Bila tengok budak2 sakit mata. terus balik seremban nak bawak klinik yang ada rekod diorang. senang sikit. lagipun rumah mak ramai budak2. takut berjangkit pulak.

Dan sekarang. saya nak balas emel order tudung sh0ppink dulu.

Oyye. hari ni nak masak sup tulang lah.

Selamat berhujung minggu korang :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

vagg© said... [Reply to Comments]

gitulah kak jem, kdg2 problem dtg bertimpa2. tp pk dr sudut lain.. kita xtau hikmahnya kan.

dlu ayah sy tgh xstabil lgsung, doc boleh suruh blk.. sbb kitorang tgk kat wad tu mmg katil penuh. hmm sabo je la.
moga mak kak jem cepat sembuh ek.

dan budak2 cinonet tu jgk.

Iyiana said... [Reply to Comments]

netball dpt tmpt ke 4. ehehee.
moga mak kak jemah cepat sembuh.
amin~

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

N doakan mak akak cpt sembuh mcm bese...

MieZa said... [Reply to Comments]

semoga mak akak cepat sembuh...aminn~~

luvmum said... [Reply to Comments]

moga mak jemah cepat sembuh.sabar ye dgn dugaan allah swt ini.ada hikmah nya







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^