Follow Viruspadu

Monday, February 07, 2011

Teluk Cempedak

Aktiviti petang adalah ronda-ronda kat teluk cempedak

ooo macam ni rupanya teluk cempedak. rasa macam penah singgah je dulu. tapi tak ingat hahaha. biasanya orang buta jalan mcm ni la. bila orang tanya pasal jalan je konfem blur hahaha. pastu cakap tak penah pegi. bila sampai2 baru teringat mcm dah pegi ahak ahak ahak.

insan yang paling bahagia adalah nisa dan anoi kot bila sampai TC ni. tp yang paling syok sekali anoi la saya rasa. dia punya melompat2 saya pun jadi excited tengok dia :p



masa ni dah petang kan. angin kuat sangat tau. ombak pun kuat. memang best giler lah

nisa memang cakap nak main pasir. kitorang dah la pegi TC ni melenggang aje. baju salin ke apa memang tak bawak. mujur la teringat nak bawak pampes anoi :p hurm skrg anak dah besar memang kitorang dah jarang kuar rumah bawak sebeban beg dah. kalau dulu nak kuar rumah seberang jalan pun gigih kan bawah beg. dalam beg mcm2 ada. susu la, sapu tangan la, puting la, pampes apa semua. sekarang tidak lagi. tu pasal melenggang je tu.


sekali hambek ko! nisa ngan anoi kemain suka tak ingat dunia, sampai habis basah baju seluar dorang. dengan atas rambut pun ada pasir. oh tidakkkkkkkkk


tengok dorang punya comot mcm mana :p

mengucap panjang la kalau tak biasa kan hikhikhik

"papa, tolong belikan baju budak2"

apa lagi memecut la en.laloque beli baju budak busuk masam ni ha.

anoi, ajai dan nisa :p


tu dia, anoi ngan nisa dah tukar baju dah. nampak tak yang merah2 siap bertopi bagai tu :p kelessss

yang baju hitam tu adalah busu sera, yang sebelah tu anak2 dia lah. yang lelaki berdiri tu angah reza :p

tengah tunggu jagung dalam cawan :p



cantik sangat pemandangan kat TC ni. Sape ada kamera DSLR memang terbaik ah kalau snap pemandangan kat sini. Memang lawa ok :p

ok sambung nanti :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

yantz-yeem said... [Reply to Comments]

bestnya cuti2 ke kuantan!!!hehehe...budak2 ni kan pantang le tgk air mesti jakun semacam!!pe2 pun bju yg laloque blikan tuk anoi tu mmg cunz!!

Leen said... [Reply to Comments]

Dah lama betul tak pergi pantai.. teringin la plak..

antalya said... [Reply to Comments]

ini mcm kalu wajib kena bwk baju spare utk ank2 if menyinggah ke kwsn pantai/sungai/kolam

kinsyakrn said... [Reply to Comments]

lor..ngape xterus ke ke rompin-endau makan udang galah rompin. dilicos..

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said... [Reply to Comments]

mmg terbaikk...akak pi aritu de x monkey2 kat bridge kayu tuhhh?? kat situ selalu banyak monkey tapi time org ramai dia xkuor kott...

nsi kukus kat situ terbaikkk!!!


Jom klik mummylovers blog

nasaoji said... [Reply to Comments]

zaman belajar dulu, tmpt nih mmg tempat wajib singgahan..tp, skang, dah banyak beza..nak2 pantai tak landai sgt..hakisan nyer pasai.. :)

memalam, ramai ooo budak2 "ber-over-nite!"







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^