Follow Viruspadu

Saturday, April 02, 2011

Adakah Kerana Manis Berlebihan?

Adakah kerana itu?

cece... belum mula cerita dah main tanya-tanya pulak kakjem ni kan. terus cemas mcm mana nak jawab haha.

kisah bersoalan ini muncul apabila saya mendapat jadual bulat-bulat berwarna merah ni ha lah. persoalan diatas terus berlegar-legar dalam kepala.

ini jadual untuk semak gula tambahan dalam susu lah. (boleh didapati di supermarket di kawasan anda)

senang pakai jadual ni. pusing-pusing je dah dapat result dah.

seriusssssssss saya adalah sangat-sangat terkejut masa mula-mula dapat, dan terus excited check susu nisa ngan anoi kat rumah ni. phewwwwwww.

sebelum ni memang pernah dengar pasal gula tambahan dalam susu, tapi dengar2 mcm tu jelah kan. risau2 macam tu je la kan. tp manalah tahu mcm mana nak check gula tu kan.

adakah sebab terlebih gula setiap hari menyebabkan nisa dan anoi adalah melasak tak hengat sangat kadang2 tak larat jadi bengang di dada bhahaha. tapi tu lah, anak lasak macam mana pun, dorang la penawar di hati kan.

berbalik kepada soalan kat atas tadi Adakah kerana itu? Ya adakah kerana gula berlebihan dalam susu antara punca penyebab anak menjadi begitu lasak?


Anoi yang sentiasa bertenaga :)

tapi siyes ok. nisa dengan anoi kan. kalau lepas jam 7 malam lah. kalau dorang makan coklat ke apa ke kan. maknanya benda yang manis-manis la kan, konfem aaa malam tu tido lewat punya. kemain aktif lagi. lari sini lari sana. melompat atas katil. kejap2 gaduh dua orang, kejap baik balik. kita ni mata dah terkulat2 dah ngantuk, depa rileks je BERTENAGA habis.

sejak dari tu, saya dah belajar sesuatu la kan. manis-manis takleh la makan masa malam-malam. jenuh karang. tersekso acik kang.

tapi bila dapat jadual merah untuk semak gula tambahan dalam susu tu buat saya bertambah terkejut lah. dah la mengambilan gula macam coklat, gula2, air manis tu sukar nak handle kan. sekali dalam susu pun boleh terlebih gula tambahan jugak keeeeeee?


abis tu macam mana kita nak kawal gula anak-anak kita ni ha?

penah tak dengar dulu2 yang budak 2 tahun ke mcm tu, ke 6 tahun ek? yang mengidap penyakit kencing manis tu? penah dengar tak dulu?

saya dulu dengar rasa pelik je tau. yelah macam mana lak kecik2 dah mengidap kencing manis kan. sebab kecik lagi kan. kesian ok.

jadi meh saya ajar korang cemana nak check gula dalam susu anak korang tu, lebih ke tidak. saya pun baru belajar gak ni. ok saya cuba snap gambar-gambar kandungan kat belakang tin susu lah. tp saya tak nyatakan brand susu apa tau. macam tak seswai la pulak kan. so nanti korang boleh check tin susu / kotak susu anak korang ok.

cara-caranya adalah:
1. cari kandungan karbohidrat dalam setiap hidangan daripada pek anda
2. lepas tu kan korang boleh bukak site ni http://www.semakgula.com.my/ sebab korang takde jadual mcm saya ni. kalau ada senang sikit kan.


ok ni contoh tau.

1. nampak tak saya bulatkan karbohidrat = 16 bermakna kalau umur 1-3 tahun, 3-4 sudu teh gula yang berlebihan setiap hari. kalau umur 3 tahun keatas, lebih kurang 3 sudu teh gula berlebihan setiap hari.


2. karbohidrat = 25 bermakna kalau umur 1-3 tahun, 8-11 sudu teh gula yang berlebihan setiap hari. kalau umur 3 tahun keatas, 8-11 sudu teh gula berlebihan setiap hari.


3. karbohidrat = 25 bermakna kalau umur 1-3 tahun, 8-11 sudu teh gula yang berlebihan setiap hari. kalau umur 3 tahun keatas, 8-11 sudu teh gula berlebihan setiap hari.


4. karbohidrat = 28 bermakna kalau umur 1-3 tahun, 10-14 sudu teh gula yang berlebihan setiap hari. kalau umur 3 tahun keatas, 10-13 sudu teh gula berlebihan setiap hari.


5. karbohidrat = 11.1 bermakna kalau umur 1-3 tahun, ~0 sudu teh gula yang berlebihan setiap hari. kalau umur 3 tahun keatas, 0 sudu teh gula berlebihan setiap hari.


yeee... yang ni susu antara yang kagum, sbb kandungan gula tambahan dia adalah 0. saya nak tukar susu ni lah :)

ce korang bayangkan korang suap gula pasir sebanyak 10 sudu setiap hari. uwaaaaaaaaaa tak sanggup kubayangkan.


ha mcm tu la contoh dia.

korang boleh check kat http://www.semakgula.com.my/ tau. kalau saya amik lebih jadual ni boleh gak pasing kat korang. yelahkan info2 bagus macam ni, mesti lah share ye tak. yelah saya rasa macam bahaya sangat lah gula berlebihan kita bagi kat anak tanpa kita sedar ni kan.

kandungan kat tin susu tu kan, average utk anak minum 3 kali sehari je tak silap saya lah. so dapatla anggaran gula berlebihan setiap hari tu. bayangkan anak saya minum susu berapa kali satu hari. ohhhhhhhhh... dalam 6 ke 8 kali sehari kot.

risau la kan. abis tu takkan taknak bagi dorang minum susu pulak kan sebab risau gula tambahan dalam susu lalu taknak bagi anak-anak minum susu pulak. eh mana boleh macam tu kan.

saya pun sekarang dah mula check kandungan gula dah. siapa tak sayang anak oiii... dan saya jugak dalam proses nak tukar susu. tapi kena pelan-pelan lah. sebab rasa susu tak sama kan. kalau saya tukar secara drastik kang terus dia taknak minum.

so saya selang seli lah bagi susu.

hari ni bagi sekali susu baru. yang selainnya susu lama.
ulang la seminggu macam ni, sampai dorang dah biasa rasa susu.
then baru cuba bagi selang seli susu baru dan lama.
then bila tengok dorang dah biasa. baru la tukar terus dengan susu baru.
begitu.

entry sebelum ni saya ada bagitahu kan, antara gula tambahan dalam susu adalah Corn Syrup Solid, Sucrose & Glucose Syrup Solid. so dah alang-alang tengok kandungan karbohidrat tu. cehck sekali kalau-kalau ada 3 jenis gula tambahan ni kan.



Ah mungkin sebab tu jugak nisa dengan anoi ada masalah dengan gigi. gigi cepat rosak tau. anak korang punya gigi macam mana?

adakah anak korang terlebih aktif sudah?

soalan tu jawapan dia ada pada diri kita sendiri.

Jom kita semak gula dalam susu anak kita jom http://www.semakgula.com.my/. demi masa deman anak yang kita sayangi :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

13 komen[s]:

wildcutecat said... [Reply to Comments]

nak pegi cek tin susu anak skang jugak. huuhu

mummysyafie said... [Reply to Comments]

la..patut la hari ni kat wall sibuk duk kira jumlah gula dalam susu anak2. kalau camtu nor pun nak kira gak ler..thanks vp..

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said... [Reply to Comments]

hurm..baru tahu..!!
nice info kak!!
jap g nak check jugak larr!!

salam singgah dr mummy weiyda!!
nice entry!!
keep it up blogging ya!!

new entry:
http://mummylovepink-lovely.blogspot.com/2011/03/cinta-ayat-ayat-cinta.html

Suliana said... [Reply to Comments]

good info kak!! tapi aqil BF, may be kawalan gula dlm sus ok kot. cuma tak ok tang suka mkn benda2 manis dan juga minum air manis2.. mak dia pun kuat manis :-p patut ubah kan ..

:|: TinTa Kibod :|: said... [Reply to Comments]

"yeee... yang ni susu antara yang kagum, sbb kandungan gula tambahan dia adalah 0. saya nak tukar susu ni lah :)"

itu merujuk susu ape ek?? x dpt tangkap tinnya...Anmum kah??

mana lg penting..DHA ke GULA ek...huhuhu....

~ BUTIK PENGANTIN SRI BRIDAL ~ SERDANG, SELANGOR.~ said... [Reply to Comments]

last week masa sy tgk iklan wardina psl gula dalam susu tu,tgk2 akhir iklan ade web www.semakgula.com ...terusssss sy surf & calculate karbohidrat per serving tu utk susu safiya..hehehhehe...peratusan die 8% iaitu dalam lingkungan >< 3sudu gula tmbhn....hurmmmm...sy sdg berkire2 nk tukar susu anmum tu sbb safiya ni payah sket , die xmo susu lain dah..adeh

shah said... [Reply to Comments]

marilah semak gulaaa
thanks for sharing


<a href="http://mytempat.blogspot.com/2011/04/maharaja-lawakm.html>review maharaja</a>

zino said... [Reply to Comments]

kalau macam tu guna susu ibu je lah hehe

ct N honey said... [Reply to Comments]

saya share info ni di Fb
walaupun saya bagi anak BF boleh juga untk ibu2 diluar sana membacanya.tq

zureen said... [Reply to Comments]

susu apa yang 0 gula tu kak....cecita cecita....

viruspadu said... [Reply to Comments]

susu yang 0 gula tu anmum :)

nurul said... [Reply to Comments]

juz share..
saya pnah baca 1 artikel tentang pemberian susu mngikut umo...ikut jadual yg dh trtulis kt kotak/tin susu...cth: kalo 1 thn 6 bln juz consume 4x sehari..sebab budak umo gini dh bleh mkn mcm2 mknan yg brnutrisi yg dtg dr bahan semulajadi..cth: buahan,sayur2an,bijiran n etc...yg pure lg byk khasiat dari yg dh diproseskan?( kena ajar dari kecik la) n susu adalah mknan tambahan n bukan makanan utama utk kanak2 umo 1 thn ke atas.. n jgn ajar anak mkn junk food.... btul la artikel tu tulih..tp kite ni je sbgai mak2 yg suke bg anak mkn junk food kan.. saya pun kdg2 trbagi gak sbb kite mkn anak2 tgk..huhuhu... akak try tgk link ni..
Kerosakan Gigi di kalangan Kanak-Kanak
http://ratuhati.com/index.php?option=com_content&view=article&id=877:kerosakan-gigi-di-kalangan-kanak-kanak&catid=117&Itemid=30

Tumit Kaki Merekah said... [Reply to Comments]

Saya adalah pengedar susu Ilham4u yang direka khas ramuannya tanpa gula dan pengawet. Bagi kawasan Cheras Bdr Tun Hussein Onn dan Bangsar boleh lah order dgn saya 012-3957659. Susu ini sangat istimewa kerana dibacakan ayat al-quran 30 juzuk dan ditambah kurma, kismis dan badam....penyembuh kepada semua pnyakit ..insyallah...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^