Follow Viruspadu

Tuesday, March 08, 2011

I MAS TRAVEL Blogger's Party at Neo Tamarind

Aiseimen event kali ini adalah terpaling sikit gambar yang saya ada. Boleh pulak semua benda pun lupa. aiyaaaaaaaaaaaaa.

ni semua gara-gara kelamkelibut la ni.

walaupun event hari sabtu dan saya dah amik cuti seawal hari khamis, tapi tetap ribut hahaha. adoila.

saya cuti khamis kan. so khamis adalah very the kelibut. mcm entry lepas la. lepas mak saya habis operation, terus balik seremban. baju adalah main campak2 dalam beg. terus singgah tesco. terus balik KL balik. dah balik kl baru teringat yang baju untuk event adalah hancus. hahahaha nak gi shopping jumaat sabtu adalah tak mungkin sbb nak pegi hospital kan. ahhh belasah ajer la nok.

petang sabtu tu pun plan kelaut jugak. mulanya igt nak melawat mak kat hospital dulu, dari hospital terus ke event. tp tak sempat. ceera jemput saya kat rumah mak.

"andak, kita balik awal tau, keisha malam tido nak bergantung" ~kata ceera padaku. wah mcm novel kekeke

sian keisha, dia taknak susu dalam botol, walaupun ceera dan pam susu pun dia tak mboh jugak. keisha lebih suka susu fresh gitu kekeke. so dah pesan siap2 pada cipot datang jemput balik dalam kul 9.30 mlm.

so kamera godang en.laloque adalah tertinggal sbb tak ingat. good kakjem. good. event pun kau boleh lupa bawak kamera kan. mencik! tp seb baik la kamera kompek ku ada. boleh la buat kaver gambar sikit-sikit.

tada..........

ceera and me

masuk2 aje neo tamarind tu. kitorang dipakaikan bunga di leher. terus feeling PM boleh hahaha. ehem ehem nampak tak enbeg sebelah daku yang warna merun tu. ha beg tu la yang korang nak nengok kan sangat tu.

saya cuba juga amik gambar-gambar menarik kat event ni. tapi kamera ku hampes sekali. gulap gulita je. ni yang paling cun kot



lagi best kat event MAS ni adalah, ada ruangan blog station yooooo... anitaim ko nak update pun boleh. so ramai la yang saya tengok buat short update. tp saya adalah malas nak bikin. sebab kalau nak update kena login. saya taknak login kat pc orang lain. bahayaasssssssss


yeay... ini masa wajah ku dilukis oleh abang yang baik banget ini.


with them :)



seronok ok. sebab ada photog yang dia snap snap gambar pastu terus print. so sape ada muka dia, boleh lah kolek secara free. TERBAIK ah event MAS ni.



makan :)


lepas makan terus pulang. tetiba ciput dah sampai menanti kitorang kat bawah hohohoh.

tp seronok la sebab kawan-kawan blogger baru yang saya kenal.


ok siapa nak masuk contest, silakan ke website ini ye http://mastraveller.com/Home/ contest ni baik punya contest. siapa tak klik dia rugi :p

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

3 komen[s]:

KAMIHIDUP said... [Reply to Comments]

bestnya. :)

RieNa said... [Reply to Comments]

eh itu thara! adik kwn saya, skrg keje kat nuffnang.

wah,mmg selalu lah jumpa thara lps ni.

excited lbh lak tgk pic vp,ceera dgn thara. :D

lily lotus said... [Reply to Comments]

phewittt!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^