Follow Viruspadu

Wednesday, March 02, 2011

Jerawat Batu di Dagu

Ok itu pantun sekerat nama dia

Jerawat Batu
di Dagu

ha balas cepat! balas pantun cepat kekeke sengal kakjem ni

Jerawat ni pelik, sebab dia besar tapi tak merah.
Pastu tak sakit.
Picit pun tak boleh.

Sengal punya jerawat hahaha.

Sape penah kena mcm ni? Korang buat mcm mana?

Semalam balik keje terus pecut ke KL
Pastu terus balik seremban.

hebat tak? hebat tak? bukan balik cheras ok, tp pegi uptown nun. ada keje sikit nak setelkan. tp harus la bukan saya yang drive kan, harus la mister lalok, saya tukang komplain kat sebelah je.

Dua tiga minggu ni kan asik ulang alik KL Seremban. Maka badan adalah super penat. siyes penat. siyes siyes siyes penat.

Malam kang saya update event MAS yang saya hadir sabtu lepas ye. tp publish esok la ye.

Oh rindu mak saya. Oyye mak saya dah masuk wad biasa. yeayyyyyyyy... Esok sy plan balik keje terus nak gi melawat mak. Hari ni ada sukan petang tak sempat pulak. Ikutkan hati memang hari ni jugak nak balik, tp sukan opis ni wajib plak hurmmm...

Ok tu je tata.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

Faizaharis2 said... [Reply to Comments]

cumeyyyy nyerrrrrr kamoo!!...

'jerawat batu di dagu kamu
tetap cumil menawan kalbu'

ok tak?....hahaha

AyangAizul said... [Reply to Comments]

jerawat pesen tu biarkan jer. nnt dia surut sndiri. dia mmg xkan pecah. pstu nnt lama2 sket dia kan tumbuh tpt yg sama tu gak...

sweethOneY said... [Reply to Comments]

hehe. tak reti nk balas2 pantun ni :p

ce sapu ubat jerawat tu kak. ada efek x?

zino said... [Reply to Comments]

jerawat kekal tu hehe

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

org kate jerawat cani pemanis....kekekeke..ltk eyeliner itam..ganti taik lalat..

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said... [Reply to Comments]

sonang jer kak..amik kulit kayu manis tu asah..pastu tempek kat situ..nanti dia surut...muahahahaa....tp okay gak tu..unikkkk jerkkk duk kat situ..mcm tahi lalat ala2 dato' sit..muahahaha


Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^