Follow Viruspadu

Friday, March 04, 2011

Melawat Emak

Mak saya dah tukar wad. Daripada ICU masuk ke wad biasa. Alhamdulilah syukur.

Lepas tukar wad biasa. Saya langsung tak berkesempatan nak melawat. Bila dah ada isu-isu macam ni mula lah kesal sebab duduk jauh dengan family. Jauh sikit la seremban - kl kan. Tengok ceera, sepet, kaklang, akak, uteh, ode, abang semua senang lenang je balik keje terus gi melawat mak. Tsk.

Tak boleh jadik.

So bincang punya bincang, terus ajak en.laloque melawat mak khamis. Kira mcm balik keje terus berdesup ke IJN lah. kuar opis kul 5.30. amik anak dulu. kul 6 lebih baru bergerak ke IJN. Bekalan susu, air panas, apakejadah semua memang pagi2 sebelum gi keje mmg dah siap2 masuk dalam kereta dah.

Korang pun tahu rutin harian saya mcm mana. Tengahari adalah tak sempat makan tengahari sebab kecoh nak pegi pejabat pos ngan jemput hantar nisa kan. Maka perut adalah super lapar. Adik jual kuih petang2 lak dah lama tak datang. Ko kijam dik hahaha. Ahkak dah la lapar. Takkan akak nak turun kantin lak kan. Waktu keje mana leh turun kantin. uwaaaaaaaaa. lapar.

Masa singgah stesen minyak sbb en.laloque nak memerut. Saya singgah lah cari sotong kering sekali. Mak saya teringin nak makan. ceera bg sms dia tak sempat cari. Tertoleh kanan ada orang tengah makan meggi cup. slurp slurp slurp... sedapnyaaaaaaaaaaaaaa

Terus beli jugak.

Sekali nisa nampak. Dia pun nak jugak. Kacau la nisa ni hahaha... mama feeling kedekut boleh! hahaha

nisa yang over


hahaha lawak kan perempuan kecik ni.

kemain lentok lagi. orang nak amik gambar makan megi. dia posing baik punya.

highway cantik. Jalan cantik. Cuma dah masuk KL tu biasalahkan. Kalau tak jem memang la luar biasa.

Ha masa dah masuk jalan jem kan. tetiba kan saya dengar ada motor eksiden betul2 belakang kereta saya ok. tp kereta bergerak kan. bila saya toleh2 dah tak nampak dah. yelah kereta saya tinggi. Kalau motor jatuh mesti dah terbaring kat jalan raya dah kan. Kereta banyak. hurm. apa lah kabar penunggang moto tu. harap2 tak la luka teruk2. Jalan jem pastu nyelit2 ni memang bahaya kan.

saya sampai IJN kul 7.30 senja. Phew seb baik sempat weiii... Nasib baik waktu melawat sampai kul 8 mlm kan. Kalau kat spital biasa sampai kul 7 je memang tak sempat. Dan nasib baik jugak budak2 boleh naik wad melawat sekali :)

gambar ihsan dari ceera

Alhamdulilah mak saya dah boleh duduk. dah boleh makan sendiri. semua dah boleh dah. Boleh sembang2 mcm biasa.

Best sangat.

cuma bising memang mak tak boleh lah. jadi budak2 masuk kejap. bila dah nak start meragam je terus bawak keluar. Saya adalah tak berani nak snap gambar sbb katil mak dekat dengan kaunter nurse. dah la bb ni takleh buang bunyi kecek2 dia. kang kantoi malas nak soal jawab hehehe.

mak saya siap tunjuk kesan operate kat dada dia. PANJANGGGGGGGGGG. rasanya daripada tulang dada sampai ke perut. eeeeeeee sakitnya. tak terbayang sakit yang mak tahan sekarang ni. saya yang tebuk2 buang hempedu ni je pun 2 minggu tak hilang sakit. inikan pulak belah dada gitu kan. mak memang wanita besi yang sebenar.

Lepas setel semua.

kitorang pulang ke seremban.

jadi itulah diari pada hari semalam. sekian.

oyye, entry yang saya janji masih tak dpt nak siapkan :(...

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

aLeen aVriL said... [Reply to Comments]

moga mak akak cepat sembuh dan bole kuar IJN ..

KAMIHIDUP said... [Reply to Comments]

semoga cepat sembuh, amin. :)

cik1356 said... [Reply to Comments]

semoga makcik bertambah sihat. takpe kak vp, duduk sana ada nurse monitor. critical hours pun dah lepas, tinggal nak jaga elok2 je. 1-2 bulan ni memang sakit tu..especially time batuk. kena peluk bantal kecik kuat2.

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said... [Reply to Comments]

semoga emak akak diberikan kesembuhan secepat yang mungkin yer...suker tgk family akak ni..mmg caring sumenyerr..rapat jerk kan...hurm..dah r sume baik2 cantik2 comey2..sejuk perut emak akak dpt anak2 camni..

Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

Lieya said... [Reply to Comments]

Camne kesihatan mak akak sekarang..? moga cepat sembuh..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^