Follow Viruspadu

Tuesday, March 22, 2011

Persiapan Besday Nisa

Besday nisa jumaat ni uols. Plan adalah semua kelaut.

Memula plan nak sambut kat anw somban ni. dah survey semua lah. dlm 40 orang jemputan = RM400. kalau korang nak buat utk anak korang kat anw boleh bajet la 40 orang = RM400, kalau 50 orang = RM500 gitu. Tapi kek sila la bawak sendiri ek. Dan yang paling best ada beberapa permainan pastu hadiah dorang sediakan. pastu ada bebear beso hahaha. ha bebear beso ni omak dia yang terlebih xcited ni :p

ok semua tinggal angan2 sbb tak dapat merealisasikan pun plan tu. yelah mak saya mana boleh join kan. mak tak sihat lagi. bising sikit pun mak tak boleh nanti jantung mak sakit. takpelah. tgk lah tahun depan canne nanti. emak harus diutamakan.

kebetulan semalam masa jemput nisa kat sekolah.

"jumaat ni hari lahir annisa kan"
"a ah"
"nak sambut di sekolah tak?"
"boleh jugak, kena bawak kek ke mcm mana"
"bawak kek jumaat ni, kalau nak bawak goodies beg, tahun 4, ada 22 orang, tp kalau nak bawak untuk semua pelajar dalam 70 orang"
"ooo ok"

gitu la lebih kurang perborakan antara saya dan teacher nisa.

balik keje terus singgah tempah kek. dan beli jajan-jajan untuk kawan-kawan nisa :)

phewwww... nak beli bendalah ni je pun. tapi berpeloh kata ko. anoi adalah lasak kebenor.

ok sambung nanti :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

6 komen[s]:

mummy_ayu said... [Reply to Comments]

mesti seronok tu celebrate kat school ngan kengkawan..

pRincESs_N said... [Reply to Comments]

suke laa kakak nica nk celeb..tawon ni bp kek agknye ekk..

sayeJAJA said... [Reply to Comments]

aduina..seronoknye lahai ade majlis acani dkat skola..rindu naa dekat skola..kecik2 dulu pun buat macam ni.hihi

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

mesti excited kan...

sayunk said... [Reply to Comments]

jom tgh adiah tok ank.. :)

http://sayunk.blogspot.com/
jgn lupe tgglkn jejak..
thanks.. :)

missrivebell mumun said... [Reply to Comments]

la, kalau kak jemah nk panggil anw g sekolah pun xper kot.. haha.. tetibe terasa nk pomot pomot lak.. haha abaikan







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^