Follow Viruspadu

Tuesday, March 29, 2011

santai2 dengan anak

entry hari ni lite-lite je ek. malam tadi saya adalah dah pening-pening lalat edit video. dah la baru install. pastu baru hegeh2 belajar macam mana nak pakai. seb baik dah siap dah. hasil dia puas hati lah. hasil orang belajar sehari kan. so takleh jangka tetiba dapat yang terbabom terbabom lah. nanti saya tunjuk kat korang ek. biasanya mcm video tutorial apa ke tu semua, takyah edit2, so shoot je, terus siap. yang ni siap edit2. hurmmm pendek kata, nnt saya share ek :)

macam biasa hari minggu lepas saya balik cheras. ye memang tiap2 minggu pun macam tu kan. kadang2 sabtu kat cheras, ahad kat rantau. kadang sabtu kat rantau, ahad kat cheras. kadang sabtu ahad kat cheras. kadang sabtu ahad kat rantau. kadang duduk rumah sendiri je. tapi tang duduk rumah sendiri pun payah nak dapat lah :p.

so minggu ni. sabtu di cheras. ahad di rantau.

pagi sabtu. dah lama tak keluar pegi mana-mana. biasanya sabtu kitorang bongkang kat rumah je. tp sebab ada hal kena setelkan. kira berjalan2 bawak anak sambil setelkan keje tertangguh sekali lah. walaupun agak mencabar nak siapkan keje bawak anak sekali. tapi inilah dia cabaran dia.

sebelum nak siapkan keje, kita bagi anak riangkan hati dulu. main puas-puas.



jambatan gantung katanya :p


wah nisa... kehlasss ko pos maut ok haha.

jambatan ni kan kalau berjalan kan dia goyang2 kan. nisa dengan selambernya bercakap dengan saya

"mama, kenapa ia ni tergedikkk gedikkkk, tergedikkkk gedikkkkk"

dengan gaya muka, dengan lengguk badan nak bgtau bergoyang2 tu kan hahaha. lawak la ko ni nisa. jambatan pun ko cakap tergedik2 kan haha.

dah lebih kurang 1/2 jam kot teman dorang main, ternampak pulak tembikai. nak plak makan tembikai haha. cane nak diet ni kan. asal nampak makanan je mula lah "tergedik-gedik" nak makan ahaks. pastu komplen pipi kembong hahahaha



nisa ngan anoi nak makan eserem. siap nangis2 nak eserem. geram je. sekali nengok mama dia makan tembikai macam sedap. terus dia nak tembikai. grrrrrrrrrrrrrr.




meratapi tak dapat makan tembikai bhahahaha


ehem...




=)

jom mula buat tugasan tertangguh. anak2 sila duduk diam-diam dalam kereta dan beri kerjasama ye.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

5 komen[s]:

shark said... [Reply to Comments]

iniler family paling happening:)

nurul said... [Reply to Comments]

keta baru kah?? ehehehe.. lambang proton tu...hahahaha...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to Comments]

wahh jambatan gedik2 kat mana tu vp?cam cantik je tgk...

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said... [Reply to Comments]

apa yg nampak!!
happy family!!
like it!!

salam singgah dari mummy weiyda❤
keep it up blogging ya dear❤
‎(◕‿◕✿)

hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

shah said... [Reply to Comments]

lawa kete :P







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^