Follow Viruspadu

Thursday, March 17, 2011

:::U | S | I:::

hui lamanya saya tak sambung featured blogger saya ni kan. baiklah jom kita sambung. so kali ni adalah turn

Geng Kapal Sungai Nil Sikah atau dengan nama profil dia Ummu - Ishak :). Blog dia adalah mengenai "Dia cakap Menulis apa di hati dan di fikiran". Blog dia berwarna biru kalau klik memang sejuk aje mata memandang :). Best baca blog dia mcm baca cerpen.

So ini entry beliau masa entry contest belkin itu hari :)

Saya Suka Contest!!


Salam semua *sambil lap2 hingus*

Ok2... Saya baru terbaca entri mengenai contest ini dari blog kak Jemah. Sebenarnya saya baru je berkenalan ngan blog vp ni melalui blog ceera. Saya memang suka baca blog ceera sebab ayat dia sengal2 gitu, ahaks. Tetiba nampak post terbaru ceera pasal telur tu, ade auntie Nani Rostam sekali. Geng2 blogger rupanya. Tu yang saya pun ngelik blog kak Jemah ni skali. Tup2 jumpa contest. Yeah yeah, saya sangat suka masuk contest!

Kembali ke ayat pertama di atas *lap hingus*. Apasal eh? Sebenarnya saya baru je baca kisah sewaktu kak Jemah kehilangan buah hatinya yang pertama Alesha Abriza. Saya sangat cengeng bila baca kisah2 yang sebegini walaupun saya sebenarnya seorang yang keras hati. Dan saya sangat cemburu pada kak Jemah dan suaminya sebab kat Padang Mahsyar nanti, confirm2 mereka ada peneman yang Allah hadiahkan dari syurga. Tak semua orang dapat kelebihan camni. Alesha akan jadi bidadari syurga yang bakal menemani ibu ayahnya. Masya-Allah, betapa Allah balas kesabaran hamba2NYA dengan kenikmatan yang tak terhingga.

Ok2.. berbalik pada contest. Saya sudah jadi follower viruspadu *yeah yeah, sudah menepati syarat pertama*. Dan syarat kedua ketiga pula saya harus mengasah kembali bakat mengarang karangan Bahasa Melayu ketika SPM dulu, eceh.

Ni soalan yang wajib jawab :
Saya baca viruspadu.com kerana saya memang suka blogwalking merata-riti dan jenis blog yang paling saya suka baca ialah blog yang menceritakan hal ehwal diri sendiri / keluarga / kawan2 / sekeliling dan kadang2 ada juga selitan2 ilmiah. Ye la kan, dalam duk seronok2 kena beringat juga. Perut duk isi hari2, hati pun kena ada pengisian juga. Makanya saya jadi suka untuk terus baca viruspadu.com sebab vp ada ciri2 blog yang saya suka baca *ayat bodek, eheh*. Lagipun saya suka tengok blog yang ada 3 colum (cam blog saya, tetiba :p) dan paling penting susun atur yang tak serabut. Sebab bila buat banyak colum ni kena pandai ngejas supaya nampak tersusun.

Kenapa saya mesti dipilih untuk menang Belkin G Wireless Modem Router? Sebab sekarang ni saya pakai wifi tumpang adik saya punya je. Yang tak syioknya adik saya tu semedang je main game online, makanya line pun tersengguk2 sedangkan saya sangat suka layan muvi kat utube, *siap kita orang pernah gaduh2 pasal dia nak main game sedangkan saya nak tengok muvi so internet jadi tersengguk2* Sebab itulah kak Jemah harusss menghadiahkan saya Belkin G yang kacak ini, eheh.


Tarikh tutup 13/6/10 jam 8pm ye kawan2.
Sekian karangan saya untuk contest kali ini. Wish me luck !






walaupun entry Ummu - Ishak simple. tp saya tetap berbesar hati dia sudi join contest saya yang tak seberapa ni. :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

2 komen[s]:

^aNgRiAni^ said... [Reply to Comments]

gud luck ye!!!

Ummu~Ishak said... [Reply to Comments]

salam kak jemah

baru ni ada org tinggal komen kat entri saya bagitau dia dtg dr blog VP. ok saya heran. apa kaitan blog vp dengan blog picisan saya ni?

tetiba hari ni baru terbaca entri yg ni.

erk.. saya termalu sendiri.

ape sgt yg ada yg blog sy tu compare ngan blog kak jemah ni.

isk isk (terharu)

mekasih kak jemah kerana sudi menulis pasal sy







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^