Follow Viruspadu

Thursday, April 14, 2011

Bengkel Itu ISP

Sape tahu ISP tu apakebendanya?

sape tahu?

ok yang tahu tu diam-diam sudah
ok yang tak tahu tu, diam-diam sudah jugak hahaha.

sebab bukan nak cerita pasal ISP, nak cerita saya pegi bengkel ISP je ahaks

ini bengkel 1 hari ISP. saya dalam group INFRA. infra tu apa? adalehhhhhhhhh... muahahaha serupa tak payah cerita kakjem. Takdelah, kalau cerita detail dah macam blog pejabat la plak kan. maka lupakan bab itu.

dan dalam group INfra tu plak, saya adalah setiausaha tukang taip muaahahaha...

sebab tahu ada kamera kan, kemain sonyum lagi muko eh



ini plak muka bila tak tahu ada kamera kat depan. hambek ko. macam cuka :p


dan tetiba tahu ada kamera. terus posing :)


dan bila tak tahu ada kamera, terus muka serius balik


saya enjoy betul dalam group infra saya ni, sebab semua satu kepala. pastu asiklah tergelak. so tak la terasa ISP ni membosankan ke apa. rasa mcm kelakar ada lah. tiba2 dah break rehat nak kena makan. cea time makan buat2 tak perasan kan, padahal memang tunggu2.


ok ni plak adalah gambar2 di sekitar bengkel ISP 3 hari. yang kat atas tu bengkel sehari je.

ala, ini la bengkel yang saya tak dapat line tepon tu wei. alangkah bengkeknya di hati tak dapat nak koling2 suami dan anak-anak. kalau kol pun kena sengetkan kepala kat penjuru katil. kang tercocok bucu katil kat kepala kang berdarah! hahaha terus teringat lawak nabil tali pinggang berkalendarrrr

masa ni kan, saya tengah panik ok. sebab group saya satu hapak tak siap lagi. padahal dah kena present. mengelupur masa ni siapkan ayat hahahaha. siyes tak tahu kena siapkan. patut la tgk group lain gigih siap buat meeting bagai. adoila.


gigih gigih

muka gigih menaip.


dan tetiba terperasan....


... terperasan pulak ada kamera tu kan keh keh keh



lepas tu sambung balik menaip. hahaha... sengal tul kan.

tu hari 1st day tu.

saya? gambar dari kamera saya?
yilek!
sebab sentap dengan bb takde line, terus takde mood nak snap gambar boleh!

saya takde amik gambar langsung kot. rasanya lah. sbb tu bila dapat gambar daripada kamera office terus pakat update tu kan :)

bergambar kenangan. orang lain belum siap lagi. apakah kakjem tetiba senyum tu ahak ahak ahak


kenangan kena ada

dan ini adalah last day. group saya tengah present :)



phewwww legaa..

dan minggu depan saya ada lagi bengkel ISP 3 hari. phewwwwwwwwww

kesian suami dengan anak-anak asik kena tinggal lagi :(

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

8 komen[s]:

MAPPIAU said... [Reply to Comments]

osah gigih eh time menaip tuh sampai senseng2 lengan lagikkk :P

sweethOneY said... [Reply to Comments]

hehe. ada 6th sense. bleh rasa kamera ada ke takde :P

viruspadu said... [Reply to Comments]

@MAPPIAU

kekekeke tak perasan kan. bz ke benau

viruspadu said... [Reply to Comments]

@sweethOneY

tu la pasal, orang lain muka gigih je bila nampak kamera, tp akak, tiap kali ada kamera je terus senyum.

Afiqah Nabilah said... [Reply to Comments]

Blogwalking,jom datang ke blog saya,
http://mariethekitten.blogspot.com/
Saya silent reader awak.

viruspadu said... [Reply to Comments]

@Afiqah Nabilah

terima kasih

strawberi said... [Reply to Comments]

gigih btol masa bengkel ISP...pulun..tp kak jem wat ramai2 cam best je...kitorg nih..dhla staf tak sampai 10 org..kena wat ISP sket punya tebal....

lily lotus said... [Reply to Comments]

cantiknya tudung :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^