Follow Viruspadu

Monday, April 04, 2011

Berputus Asa?

Malam itu,

"papa jom beli barang-barang nak pegi naik gunung"
"jom"


"aik banyaknya air papa beli, sikit2 dah la"
"nanti tak cukup kang"
"ala bukan minum sangat pun papa, buat berat beg je"

memula nak amik air mineral saiz kecik tu 4 botol, 100+ nak amik 4 botol gak. tp lepas saya cakap takyah banyak2, tukar la. amik 2 botol mineral ngan 3 botol 100+ je. pastu makanan pun tak bawak apa sangat. cuma beli coklat 2 peket tu je. baju bawak selai. saya rasa beg saya antara beg yang paling ringan sekali kot. tgk orang lain bawak macam-macam.

sebelum bermula mendaki pun nafas saya dah ala2 tak mengizinkan saya naik lebih tinggi. tapi saya kuatkan semangat je.

daki punya daki, dalam 20-30 minit. kaki dah krem dah. giler kau. napas tercungap2 ok. mintak nyawaaaaaaaa


nampak mcm senang je kan. macam rileks je kan. padahalllll........



ni daki gunung ke merangkak ni kakjemmmm...


kepenatan melampau. tp konon2 taknak minum air, takut perut berat. sape ajar ko jemah hahaha


"minum la ma"
"taknak la, nnt perut ma senak mcm mana, langsung tak boleh dah"
"ma takde tenaga ni, minum air 100+ ni, bg tenaga je dulu"
"ok"

so minum la sikit kasik basah tekak. pastu daki balik. jalan 2 - 3 tapak, rehat balik. semput. napas bunyi.

"papa nak minum lah"

gedeguk gedeguk gedeguk. hampir setengah botol saya sesah. pastu sambung daki balik. 2 - 3 tapak. rehat balik.

tetiba rasa perut berangin. nak muntah.

'uwekkkkkkkkk... papa nak muntah lah"
"perut ma kosong ni, cuba makan coklat ni"

terus makan. tp gigit sikit je. minum lagi. sambung balik daki. tetiba terasa bertenangaaaaaaa sangat ok. kali ni jauh sikit melangkah.

"eh papa, betul la kena minum ngan makan baru ada tenaga kan, ma igt kalau makan lebih nnt perut berat :p"
"tu la orang dah cakap"

HAHAHAHAHAHA maluuuuuuuuuuuuuuuu...

korang tahu. semua air dan coklat yang bawak tu. hampir semua saya yang bedal ok. hahaha. tu la masa en.laloque suruh beli banyak, ckp takyah takyah. dah padan muka aku ok. padan muka engkau kakjemmmmmmmmmmm... degil lagi lawan cakap laki. hampun. hampun.

en.laloque memang minat dia daki gunung ni. dia rileks aje ok. sikit penat pun takde. tp peluh menjejeh2 la kan.



kalau saya, takde daya dah nak pegang kamera snap2 ni. jaga diri sendiri pun tak tentu lepas lagi. sampai setengah jalan. beg saya pun dia tolong pegang kan :p

en.laloque punya rileks daki. sempat lg dia update twit la update fb la, update blog la. bini dia dah setengah nyawa dah ahahaha.


kepenatan melampau.


napas makin laju dan berbunyi.

adakah saya mampu sampai ke puncak?

perjalanan tak sampai separuh perjalanan pun lagi ni?

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

Murni said... [Reply to Comments]

bestnya lma x mendaki..

yaNa said... [Reply to Comments]

beria akak mendaki ek..
sgt kagum ngan semangat itu!
kalu yana..idak ler teman...hi3..

tapi kan kak..
lawo ar tudung akak tue..
tetiba ckp psl tudung plak..bleh? hi3..

lily lotus said... [Reply to Comments]

penatnya tgk..hehe

laloque said... [Reply to Comments]

laki mu ini kan orang hutan! hahahaha...

dari umur 9 tahun dah mendaki gunung, masuk hutan nie... tgk muka bini jer dah tau berapa gallon air dia akan minum! kakakakaka

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to Comments]

lain kali bw coklat byk2 ye..huhu

su said... [Reply to Comments]

sey pon da lamo x mendaki ni...last masuk hutan maso ke maktab dulu...hutan simpan negara kek pahang...tu pon da 10 thn...skrg xtau la...pancit agak ey sbb bdn 2x naik da nih! hahaha!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^