Follow Viruspadu

Friday, April 29, 2011

Exora VIP Test Drive

Masih ingat lagi entry Proton Exora saya sebelum ni?

Siapakah antara korang yang telah klik site AllAboutExora lalu mengisi form untuk register jadi VIP Test Drive Session. Lalu telah dikontek oleh pihak nuffnang untuk jadi VIP Test Drive?

Sangat lah beruntungnyaaaaaaaa... I loikeee!

Dan saya juga berada disana yeayyyyyy

Kat mana kakjem?
Event ni berlangsung di Full House, Sunway Giza Mall. Nasib baik ada kawan-kawan yang baik di facebook dan Twitter yang sudi tunjuk jalan pada kitorang. Almaklumlah pertama kali ni ahkak pegi situ.

Tu pintu masuk Full House, Sunway Giza Mall



Apa-apa hal kita register dulu :)



ceera dan viruspadu :p


pendaftaran jam 9, dan acara bermula jam 10 :) jadi kitorang disemua ditempatkan kat tingkat 1. makan2 sarapan dulu. sedapppppp.


oyye, saya ada cakap tak yang 20 pasangan yang bertuah terpilih dalam sesi Exora VIP Test Drive ni. sungguh bertuah diorang tu. Sebab macam-macam aktiviti yang dah disediakan. Macam-macam talk. Macam-macam tajuk yang best-best. Nanti saya cerita satu-satu ok. Yang paling teruja adalah aktiviti test drive tu la. Membuatkan saya teruja betul-betul.

Ramai kan. Boleh bawak suami dan anak-anak. Kalau masih belum punya pasangan, aci je bawak kawan ke adik ke akak ke. siapa2 lah :) Sebab kan kita nak tunjukkan keluasan dan keselesaan exora ni kan. Kalau nak test biar test betul-betul kan. Ini VIP test maaarrr...


rehat-rehat, minum-minum

Dan lepas tu kitorang dibawa ke tingkat 2 untuk bermula sesi pengenalan oleh Raja Nur Zahira, pengurus projek dan seterusnya oleh ivan khong, penyelia pandu uji eksklusif exora.

Korang nak tahu, sesi pandu uji ekskusif ini adalah yang pertama kali diadakan oleh PROTON tau. Memang bertuah betul la sebab dapat join :) Sebab kali ni ramai pakar perunding yang terlibat sekali, macam perunding kewangan nama dia Al-Jazzura Khan, pakar psikologi klinikal, Dr Alvin Ang Lai Oon, Datin Sharifah Shahwati.





Ivan Khong , Penyelia Sesi Pandu Uji Eksklusif Exora sedang bagi taklimat kat kitorang. Sepanjang program ni berjalan, aktiviti-aktiviti adalah berkisar tengah ciri-ciri unik yang ada pada exora. Apa yang boleh buat, apa yang kena buat, apa yang tak boleh buat. Ivan seorang yang nice, saya suka cara dia menyampaikan maklumat. Sangat terang dan jelas :)



Perkembangan kanak-kanak & pengurusan tingkah laku dan sikap sepanjang perjalanan.


Saya suka pemilihan tajuk-tajuk yang dipilih sebab banyak sangat ilmu yang saya dapat. Macam mana nak handle anak pun ada. Antara event terbaik yang saya pernah hadiri :)

Lebih kurang jam 11, kami semua pun bersiap lah ke kereta masing-masing untuk Test drive **TERUJA**


2 pasangan = satu kenderaan + sorang staff daripada proton exora. dan saya dapat kereta yang lain daripada yang lain. :) dah la label Z sesuai sangat dengan nama diriku ahak ahak ahak. Saya dan ceera pun terpisah. Dia kereta label "Y". Saya drive bawak media :)



Kitorang kena jalan ikut nombor kereta. setiap satu kereta memang ada walkietalkie.


kereta ikut urutan 1,2,3,4,5,Z dan 6



Seronok sangat saya rasa. Sebab arahan Ivan mudah saya faham. Kereta pun tak laju dalam 80km/j je. Itu pun tengok tempat la, sebab kereta banyak kan. Saya merasa la drive masuk dalam jem, roundabout, U-turn semua.

Mula-mula saya panik sangat, yelah hari tu memang saya test drive tapi saya tak pernah drive kat jalan raya yang banyak kereta macam ni. Yelah saya drive kat seremban dan highway kan, dan jalan-jalan yang saya familar lah. So tak la risau sangat. Tapi kali ni saya drive kat tengah-tengah bandar KL ok. Tidakkah memeluhkan ketiak hahaha.

Tapi pepeluhan tu kejap je. Bila dah 5 minit saya dalam exora. Dah selesa sangat. Semua neves-neves tu dah takde dah. Sampai terlupa yang saya tengah pandu kereta MPV besar. :p

Sementara dalam perjalanan, ivan sempat terangkan features2 dalam exora. masa tu la mata melilau2 tengok. Siap ada bluetooth ok. kagum mek!



Tak payah risau, sebab kitorang semua dah dibekalkan kad touch n go :)


kat sini adalah tempat pertama untuk tukar pemandu. yelahkan, saya ada cakap yang 2 pasangan satu kereta kan. jadi pasti semua pun nak merasa drive. nak merasai sendiri keBESTan memandu exora gitu.


ok destinasi kitorang adalah Desa Park City. dah sampai pun :)


ada macam-macam aktiviti kat sini. mula-mula saya sampai sini, disebabkan saya 1st group yang lelain belum sampai lagi. kitorang uji dia punya brake dulu. macam ivan suruh kitorang bawak laju-laju pastu terus tekan break. pehhhhhhhhhhhh... siyes berdebar. belum sampai waktu kena tekan brake saya dah tekan dah. hahaha. tapi boleh test banyak kali sampai puas hati lah.

pastu bawak zigzag. dia letak kon kan. so kita drive la mcm ada ulau atau pagau tu. merasa lah acik feeling drift eceh.


khemah untuk berehat.


saya dah tukar kereta lain, kereta warna meroon pulak.




best gilerrrrrrrrrrrr...

tak tahu macam mana nak cecite cecite dengan korang.

masa saya bawak laju2 pastu tekan brake tu kan, dah rasa tu paling hebat dah kan. pastu saya berpeluang naik kereta sekali dengan ivan tau. sekali dia drive kemain laju lagi, saya rasa mcm 1cm lagi nak dah langgar kon dah. tapi bila dia tekan brake. zupppppppppppppppp zapppppppp zuppppppp zaaappp... hebat oooo... tak sangka betul saya exora sehebat tu.

ni antara aktiviti untuk VIP :) pertandingan simpan barang kat bonet, pastu bawak masuk nenek dan kawan2 dalam kereta. ada la beberapa pelakon yang jadi nenek, jadi kawan. kelakar sangat. siapa yang dapat masukkan barang2 dan nenek dan kawan, atok semua, pastu tutup pintu dengan cepat dan tercepat. masa depa rekod la. saya tengok lucu je, sebab pelakon nenek kemain lagi jalan bongkok hahaha.



dan ni lagi satu, parking kereta sambil tutup mata (driver) pastu pasangan bagi direction.



walaupun keadaan panas terik. saya enjoy sangat. enjoy gelak ketawa sambil bercerita pengalaman duduk dalam kereta dengan ivan tu lah. masing2 cuak rupanya ahaks

Selesai pengalaman yang mengterujakan itu. kitorang pun balik semula ke Full House. Siyes rasa tak cukup dan nak lagi test drive. Ok baiklah. Apahal lak asik nak test drive je kan. Siyes rasa macam nak beli terus exora masa tu jugak pastu bawak balik hahaha.

makan :)... sedap ke makanan tu kakjemah?


siyesssssss sedap! makan sampai licin :p


Event ni tak berakhir kat sini...

belum habis lagi.

bukannya dah selesai makan terus balik ek. banyak lagi talk2 yang disediakan. tengok tajuk je dah tahu syiok dah.

lagipun yang saya paling suka adalah, talk dia sekejap2 dan ko takkan sempat bosan punya, rasa mcm baru nak gelak2 tahu2 dah habis. Salah satu faktor sebab Dr. Alvin Ng Lai Oon dengan Datin Sharifah Shawati memang pandai menyampaikan maklumat kot, tu pasal rasa sekejap.

Dr. Alvin Ng Lai Oon (Sesi keselesaan & practikal)




setiap pasangan kena tulis C's for relationship ikut hati lah, mana satu yang kita utamakan. tengok sama ke tak

jelas sekalilah tak sama.

no. 1 saya adalah CARE
tapi en.laloque punya no.1 adalah communication

pastu semorang kena tambah sendiri no.6 apa. en.laloque tambah CASH, saya pulak tambah CARAT hahaha CARAT tu maknanya emas 99 karat hahaha.

bergambar kenangan, tapi takde gambar, sebab saya mintak en.laloque masuk sekali lagi group ahaks.


dan yang terakhir, pembaca berita yang cun dan manis dan sedap suaranya, Datin Sharifah Shawati :) - Sesi gaya dan ketampilan.



tajuk dia "serlahkan ketampilan anda"

dia ajar macam-macam cara untuk bergaya la. contohnya tak semestinya barang kita mesti branded or mahal-mahal baru nampak cantik ke apa. Kalau barang dah mahal tapi tak kena dengan gaya kita pun tarak guna jugak kan. So itu la dia. macam exora la, cantik bergaya dan kena dengan harga :p

dan terakhir adalah "merancang bajet harian & kewangan yang berkesan"


point yang saya paling ingat adalah, beli tabung yang transparent maka kita nampak duit kita hari2. bila kita nampak duit tu semangat kita untuk menabung tu lebih menebal kan. terus nak beli tabung hahaha


dan acara paling ditunggu-tunggu oleh 20 pasangan VIP adalah nak tengok siapakah pemenang acara-acara yang dianjurkan. nilai hadiah keseluruhan adalah RM6k woooooo...

TAHNIAH PEMANANG :)




sebelum pulang, bergambar dulu dengan antara 20 pasangan bertuah ini :)



korang dah untung2 tu jalan lupa belanje ahkak jem ok ahaks

Seronok dan bertuah saya rasa sebab dapat sama-sama 20 pasangan semasa sesi Exora VIP Test Drive yang julung-julung kali diadakan ni.

Pandangan saya sendiri, MPV proton exora ni merupakan satu investment sebab dia boleh pakai lama dan dia ada ciri-ciri yang baik untuk saya dan keluarga saya. Sebab dia ada S.P.A.C.E. Safety (keselamatan) , Performance (tahap prestasi), Advances Styling (Gaya), Comfort (keselesaan), Economical (penjimatan)


http://www.allaboutexora.com/

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said... [Reply to Comments]

Wah beshnya kak jemahhh!!~~
saya kalo bawak yg besow cengitu..
ilang sume konfiden dalam diri..
aiyaa!!~~


☆┌─┐ ─┐☆
☆│▒│ /▒/
☆│▒│/▒/
☆│▒ /▒/─┬─┐... HYE!!HYE!!..
☆│▒│▒|▒│▒│ ..PEACE..
┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│..MENJEJAK DISINI..
└┐▒▒▒▒▒▒

♥ salam singgah dari mummy weiyda♥
♥ eppy blogging ya!♥

hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

RieNa said... [Reply to Comments]

bila baca psl exora ni dr vp, ceera dan kinna kwn saya (blogger yg pic last tu)terus rasa mcm nak beli kreta ni. serius rasa best!

kinna said... [Reply to Comments]

saya la yg klik2 dr page ni..gmbr last tu pon saye ade..huhu

p/s: dlm metro hari rabu ade gmbr kite ramai2 :)

Erin-mummy Marsya Qistina + Marissa Qaisara said... [Reply to Comments]

bestnya... satu pengalaman yg menarik tu kan....

apa lagi vp, zasss je beli... :)

lily lotus said... [Reply to Comments]

dah baca gak kat entry ceera tadi. bestlah u all...

antalya said... [Reply to Comments]

sunway giza dekat giler ngan umah sy.apesal tak singgah? ekekeke







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^