Follow Viruspadu

Monday, April 11, 2011

Kenangan Terindah

sweet je bila tengok gambar dedolu.

serasa saya ni masa saya form 2 kot. ke form 3 ek? eh form 3 rasanya.

dengan kawan baik saya, sakinah dan winee

masa ni kan, kawan baik kan. getah rambut nak sama. baju nak sama. semua nak sama kan.

dulu saya pegi sekolah adalah jalan kaki ok. saya akan keluar rumah awal pagi. dalam kul 6.45 pagi macam tu. pastu jalan kaki. singgah kat kedai abangdin. bukan nak beli gula2 ke apa. tp tunggu sakinah. pastu dari situ kitorang jalan kaki lagi pegi amik winee kat rumah dia. baru la 3 sekawan ni berjalan kaki sampai la ke sekolah.

perjalanan dari rumah ke sekolah adalah dalam 30 minit. tu pun jalan shortcut la. lalu lereng2, lalu rumah orang, langkah longkang. hahaha. sampai sekolah dalam kul 7.15 ke 7.20 la. ngam ngam je bunyi loceng

sekarang ni kalau nak suruh nisa pegi sekolah sendiri jalan kaki 30minit macam saya dulu. mesti saya sendiri tak berani nak lepaskan haha. padahal bukan apa2 pun. mesti nisa pandai jaga diri punya kan. tapi tu lah. makpak skrg ni semua x berani.:p

saya ingat dulu zaman sekolah rendah kan. jalan kaki jugak la pegi sekolah. tp sekolah rendah takde la jauh nau dari rumah berbanding sekolah menengah. dalam 15 minit pun dah boleh sampai dah. ada satu ketika tu kan. macam ada satu gosip2 la pasal kidnap bebudak. kereta yang kidnap budak ni warna dia putih. so saya masa tu punya la takut ok. pegi sekolah berlari ok hahaha. dah la sorang2 pulak tu takde geng. tp berani tul masa tu. takut2 berani lah.

mak saya pulak tak lekang2 berpesan dulu. kalau orang x kenal jgn cakap. sape2 nak tumpangkan jalan naik kereta dia. jadi masa perjalanan nak pegi sekolah atau balik rumah. saya tutup je mulut dan jalan laju2 nak sampai rumah. takut punya pasal.

weiiiiiiiiiiii kenangan la zaman sekolah weiiiiiiiiiiiiiii

kenangan sangat.

kenangan tu semua dah jadi kenangan manis dalam hidup :)

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

nur hafiza rahsid said... [Reply to Comments]

zaman sekolah paling seronok kan kak jem? hehe.

viruspadu said... [Reply to Comments]

fiza,
betul... seronok sgt. bila teringat mesti rasa rindu

ShilaShower said... [Reply to Comments]

zaman dulu boleh lagi nak buat takut2 berani.

zaman sekarang, mmg takut betul. org saiko sakit otak semua dah bersepah.

viruspadu said... [Reply to Comments]

@ShilaShower

betul tu. dulu jahat2 orang ada gak belas dia. skrg ni menakutkannnnnnnn







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^