Wednesday, April 20, 2011

Kotak untuk Tudung Ku

Itu hari, saya merasa gusar. cecece tetiba gusar-gusar pulak dia.

Macam ni, saya kan jual tudung kat sh0ppink tu kan. So dulu saya pakai pos ekpress yang jenis kotak tu kalau nak pos tudung jenis awning tu. So bila tudung sampai kat pembeli masih terjamin la kualiti awning dia tu kan.

Tapi masalah dengan pos ekpress ni plak, dia hantar takde la amik tandatangan penerima sebagai bukti dah sampai kat dia kan. So kebarangkalian nak hilang di tengah jalan memang tinggi. Ada dua tiga kali jugak la saya terkena yang customer komplen barang tak sampai kat dia tapi bila saya check kat no tracking pos ekpress tu dah sampai dah. Bila saya call pos malaysia, depa cakap pos ekspress ni mcm pos biasa cuma dia laju je. So memang depa letak kat peti surat jugak. So takde bukti terima ke tidak la. Siap ada customer saya bagitahu yang dia nampak kotak pos ekpress dia posmen tinggal atas meja kaunter receptionist je. Tak ke haru macam tu. Kalau hilang ke orang lain sebat ke kan. Bahaya la saya rasa. Pastu customer marah saya pulak. sedih tahu tak? eceh.

So lepas tu saya dah tak berani dah nak pakai pos ekpress. So saya pakai pos laju je lah. Sebab pos laju ada bukti penerimaan kan. Papehal boleh check sape terima siap ada no ic bagai. rasa terjamin sikit lah.

tapi kalau pakai pos laju, tudung awning saya macam mana pulak kan. pos laju takde kotak kecik kot. kotak besar tu ada la. so nak taknak kena la ada kotak. pastu keliling kampung la saya survey dari kedai ke kedai tanya dorang ada jual kotak ke tidak. malangnya bila saya tanya pasal kotak je, dorang ingat saya nak kotak lelebih dorang hahaha siap suruh saya pi carik kat belakang kedai hahaha sengal kan.

jem otak saya masa tu. mana pulak nak cari kotak ni kan.

dan tetiba

tingggggg!!! (idea mari)

terus YM dengan incrediblesdesign.

saya tanya boleh tak dia buatkan kotak untuk saya. designkan sekali. printkan sekali. dan incrediblesdesign kata dia boleh cuba buatkan sebab dia x pernah buat sebelum ni kan. sebab incrediblesdesign hanya buat design blog, name card, resit etc. Tapi kotak tak pernah la pulak. so dia sahut la cabaran saya ni :)

Dan kotak saya dah siap dah :)

muka depan.


belakang.

saya bagi la maklumat2 apa nak ditempekkan kat kotak tu. tapi gambar2 tu semua incrediblesdesign la yang bikin.

cun tak?
cun tak?

saya suka sangat ok. atlis dapat selesaikan masalah saya nak pos tudung utk customer saya :) sebelum ada kotak ni saya letak dalam sampul tp saya lapik depan kertas keras untuk jaga awning dia. so sekarang dah ada kotak ni, senang la sikit. tapi kotak ni kecik je. kalau tudung tak muat saya akan jadikan kotak ni kaver untuk awning :)

yeayyyyyyyyyy

suka.

so kalau korang yang buat bisnes dan nak buat kotak or plastik yang ada trademark korang boleh kontek incrediblesdesign ok


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^