Follow Viruspadu

Wednesday, April 20, 2011

LIAT

Sabtu lepas, plan yang tak dirancang. Bila saya balik ke cheras je. Tetiba dapat tahu yang akak (pangkat kakngah) nak pegi melawat kakcik saya yang dalam pantang. terus bbm beliau dan kata akan follow. dan tetiba kaklang juga memfollow. dan tetiba kakde pun memfollow. waaaaaaa... ini sudah best ni. ramai-ramai baru meriah. si ceera pegi jenjalan dengan family mertua dia, sepet pulak jangan ditanyalah, keje ye la keje pastu berkepit ngan pakwe dia, abah, ayi ngan abang jaga mak dan kedai.

rumah kakcik adalah super jauh saya rasa. dari rumah mak saya ke seremban lagi dekat saya rasa. tol pun satu je. nak kerumah kakcik berapa banyak tol daaa...

segerombolan kanak-kanak bersatu meletup ah!

seronok tengok anak buah saya berkumpul sebab tengok dorang rapat sangat antara satu sama lain. harap2 dorang rapat sampai ke besar ke tua ke beranak pinak lah

tu dia baby qayyum iyad. comel sangat. pastu tido je. geram geram geram.


kakcik cerita dalam bilik pasal nama baby ni kan qayyum iyad. jadi anak dia simerah tu buat kelakar

merah: mama, patut la masa mama mengandung kita asik nak beli tanah liat je
kakcik: kenapa
merah: yelah, nak dapat adik "liat"

hahahaha sengal punya merah. merah ni dia pelat sikit. orang ckp baby "iyad" dia cakap "liat" hahaha...

kitorang lepak rumah kakcik sampai tengah malam ok nunggukan AF habis. hadoi frust tak korang tengok konsert AF minggu lepas? Frust giler kan. Harap2 minggu ni punya konsert bestlah hendaknya.

ok ni tudung yang saya nak publish kat sh0ppink tapi tertangguh2 lalu tak publish. ahaks. tunggu next week kot saya publish sbb minggu ni saya kursus lagi lor


nanti lagi 2 3 minggu baru dapat tengok baby qayyum balik. nanti mesti baby tu dah lain dah wajah dia. :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

ArELeEz said... [Reply to Comments]

gambar vp yg last pakai tudung yg vass tu ade iras2 muka sepetlah! sumpah, xtipu..! ;P







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^