Follow Viruspadu

Wednesday, April 13, 2011

Rutin bukan Rutin

Petang semalam. balik keroje. mcm biasalah. jemput anak semua kan.

tapi semalam saya adalah puasa. maka bila dah puasa tu kalut lah nak cari makanan untuk berbuka puasa. Kan plannya nak makan nasi lemak mambau kan. tapi takde la sampai nak ke mambau sana, saya igt beli kat seremban 2 tu pun dah cukup dah lah. sekali en.laloque yang baik hati telah bawak kitorang ke mambau. sbb dia tahu saya suka makan yang kat mambau sana lebih masyukkkkkkkkkk

so pegi sana, patah balik. tepat2 dah waktu berbuka puasa ok. phewwww

makanya tak sempat la nak mencari bubur durian kacang hijau yang diidam. tsk. nak beli durian masak sendiri pun x sempat tsk tsk tsk. takpelah takde rejiki. mungkin sok lusa.

so lepas makan apa semua. anak2 mandi. bising2 semua. pakai baju. lepak golek2 atas katil.

tetiba anoi senyap. dia nak baring kat kaki papa dia. pastu dia nak selimut. mcm nak tido. muka lemah je. padahal baru kul 8.30 kot mcm tu. pelik sangat la. selalu time ni la dia paling bertenaga waja. so tak boleh jadi. terus saya panggil anoi baring kat saya

"anoi meh kat mama, baring kat mama"

saya dukung anoi letak kat peha. tgk tetiba badan dia lemah je. napas dia terasa kat kaki saya. mcm getaran nafas dia lah. rasa kepala dia panas.

"papa, anoi demam la ni, nafas dia sesak kot, tetiba je panas"
"jom la kita gi klinik"

so, kitorang terus bergegas ke klinik. dah boleh agak anoi akan kena neb. so untung la en.laloque ada. senang dia pegang anoi. anoi kederat dia kuat sangat.

so kat klinik. seperti yang dijangka, anoi meronta-ronta menangis kuatttttttt sangat. saya tengok nisa muka sedih je. berdiri je dia sebelah adik dia. kejap2 dia mcm nak tarik tangan papa dia tak bg pegang adik dia mcm tu.


tengok nisa. dia plak mcm nak nangis :p


sampai2 rumah. dia jugak nak suap adik makan ubat.


dan lepas anoi dah pakai neb, dah makan ubat. tetiba dia kembali lasak hahaha...

heiii budak budak.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

10 komen[s]:

FatinSyahirah said... [Reply to Comments]

alahai.. lovely sgt si cica nii... :')

MAPPIAU said... [Reply to Comments]

bertuah anoi dapat kakak penyayang macam nisa :))

viruspadu said... [Reply to Comments]

@FatinSyahirah

suka tul tgk masa tu :)

viruspadu said... [Reply to Comments]

@MAPPIAU

alhamdulilah

vagg© said... [Reply to Comments]

alah.. sayu maklang baca.
sweetnya nisa. harap afi mcm tu kat adik2 dia nti huhu

viruspadu said... [Reply to Comments]

@vagg©

bilakah afi nak dpat adik? eceh tetiba tanya muahaha

J.M.R said... [Reply to Comments]

bdk2..mmg tahan lasaknya...

viruspadu said... [Reply to Comments]

@J.M.R

tak tahu tenaga dorang dtg dari mana :)

ibuafiqahhuzaifah said... [Reply to Comments]

anak saya Afiqah cam nisa gak bila Zaifah kena amik nebuliser..mesti duk sebelah..dan dia jugak yg tenangkan adik n suapkan ubat utk adik dia..

memang anak sulung dilahirkan utk menjaga adik2 nya kan..how sweet!

good nisa sbb jaga anoi!

viruspadu said... [Reply to Comments]

@ibuafiqahhuzaifah

sweet giler afiqah :)
moga dia jd anak yang baik







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^