Follow Viruspadu

Sunday, April 10, 2011

S.P.A.C.E - EXORA

Salam semua :)

Saya kan... teringin sangat nak tukar kereta tau. Siapa yang pernah baca entry lama saya teringat la kot. Saya pernah cakap yang saya nak beli MPV kan. Kereta yang besar dan luas lah. Tak tahu kenapa saya minat sangat kereta2 rope (jenis) itu.

Minat sangat sangat sangat

Alhamdulilah, saya diberi peluang untuk memiliki Proton EXORA ni. walaupun seminggu je. tapi cukup terkesan dalam hati ok :)

ini lah Proton EXORA yang saya miliki selama seminggu. Ofkoz bukan saya punya. Saya diberi peluang untuk test drive dan merasai kehebatan dan kehangatannya selama seminggu. pehhhhh... tak ternilai betul pengalaman ni. rasa macam nak amik terus je haha.


Memang Proton EXORA ni BESAR dan agak panjang. Tapi percayalah! SELESA betul okeh. Terasa selamat kalau berada didalamnya.

Memang dari dulu impian saya nak memiliki MPV kan. Memang ciri-ciri kereta idaman saya ada pada Proton EXORA. wahhhhhhhhh... (terus kelip-kelip mata dekat suami dengan harapan dia memahami hasrat hatiku ini cewah)


kalau yang mana kenal saya. maka dah tahu lah perangai saya yang terlalu takut bawak kereta. dulu masa saya mula2 beli kereta. saya bawak 40km/j ok. kemain berdebar lagi. saya ingat lagi. dek kerana terlalu saspen, saya sampai terlupa tutup tingkap pastu lupa bukak ekon pastu duduk tak sandar ok, rasa muka tu nak melekat ke cermin depan kereta hahaha. pastu dah lelama baru la ok sikit.

pastu saya memang tak pernah lah drive kereta lain selain dari kereta saya. sebab saya adalah tidak berani.

tapi dengan Proton EXORA. tak tahu mana datang kekuatan saya untuk mencuba. mungkin sbb impian memiliki MPV dari dulu kan. sebab tu berani kot. ahaks


pengalaman saya?

BESTTTTTTTTT...

dah la luas. stylo, selesa dannnnnnnnnnnnn yang paling penting adalah harga dia ok. harga dia sangat rezenebel kan. alah membeli menang memakai kata kooo.


paling orang risau kalau beli MPV yang besor-besor dan panjang ni satu je kot. susah nak reverse kan. terjenguk-jenguk. terjenguk-jenguk. ntah nampak ntah tidak ye tak? nak ejas payah ke apa ke kan.

ikut pengalaman saya. tak la susah bebenor pun, pasal kereta tu tinggi kan. so saya rasa mudah nak tengok belakang, cermin kiri kanan tengah semua ada. so tak la susah sangat kot.



lepas tu kerusi belakang dia boleh lipat. haaaaaaaaaa ni best ni. pasal tiap kali saya balik rumah mak. walaupun anak baru dua orang, tp barang nak angkut macam 10 orang kekeke.



yelah sbb anak kecik kot kan, bakul untuk susu pampes air panas bla bla bla je dah berapa beg. beg baju anak2 dengan makpak dah berapa beg. kekadang siap nak bawak basikal sbb nak main kat rumah opahnya lagi dah satu hal. tu pasal bonet besar tu sangat penting tu.



kitorang suka balik kampung malam. bila malam semuanya nak tido. seat kat belakang boleh turunkan untuk anak2 selesa untuk tido tau :) takde la kebas-kebas tangan saya nak mendukung peluk budak2 ni dalam kereta



hari tu siap bawak balik kampung kan. family saya ada yang test drive. semua suka. sebab selesa kan. memandu pun stabil je.

sekarang ni kan saya rasa. memang keperluan lah memiliki kereta yang bersaiz luas macam ni. yang penting selesa dan selamat kan. pastu ditambah dengan ciri-ciri tambahan lain lagi. bertambah mudah la kita kan.


eh cerita pasal MPV Proton EXORA ni kannnnnn, korang nak merasa test drive sekali tak????

yuk register yuk!

Korang register untuk jadi VIP Test Drive Session kat www.allaboutexora.com

ha akan muncul paparan ni. website www.allaboutexora.com ni syiok! tak caya pegi klik.




nampak tak penjuru belah kanan tu. klik situ untuk register jadi VIP Test Drive Session.
senang je korang. isi mcm isi borang biasa tu. dia nakkan maklumat2 asas je.




dah siap pastu klik submit je.

sapsapsoi kan.

then tunggu dorang contact la. samada terpilih ke tidak.



ha apa lagi? REGISTER sekarang!!!!!




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

15 komen[s]:

Shorbaini said... [Reply to Comments]

mmg selesa k jem. hihihi
tapi macam yg yg pendek lagi comel ni kalau drive nampak kete tu jalan sendiri ler. hak hak hak

aLeen aVriL said... [Reply to Comments]

salam kak....


mcm pelik je kak....napa akak selalu bole dpt mcm kene buat entri pastuh dpt pakai brg dulu brg tuh pastuh kene bt entri...

mcm kes exora nih la...
akak dpt pkai free kan xpyh beli. wlaupon seminggu je kan. huhuhhu..

napa ktorng kan. ataupon lebih tepat lg, sy lah kan. xpenah pon dpt peluang mcm nih..

aduh jeles plak...huhuhuhuhu...

Fara_Adura said... [Reply to Comments]

Exora mmg terbaekk. Fara anak sorang cam sepuloh da pakai exora. jgka masa panjang katanye.. egegge

Faizaharis2 said... [Reply to Comments]

exoraa besttt.....

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

teringin jugak nak beli mpv ni tapi nak settle psl beli rumah dulu lah :)

antalya said... [Reply to Comments]

ehh tersama dgn ceera pulak. wahh hebat korang 2beradik sekaligus terpilih yer. tak aci.nk jgkkk

missrivebell mumun said... [Reply to Comments]

owh cera sebijik kak vp pun dpt sebijik ea..
kak, aritu yg kene intebiu sampai senyum menten langit ketujuh tu sebab kene ofer nie eh..

ina's said... [Reply to Comments]

exora mmg selesa dan best...meh la join da club...hiks...jalan jauh memang selesa nak pulak beranak kecik.

Puanbee2 said... [Reply to Comments]

waa best jugak , teringin nk pakai MPV

viruspadu said... [Reply to Comments]

Shorbaini
hahahaha... yang kecik duk dalam, tetiba keluar kan. terperanjat hahaha. tp siyes selesa benor tau

aLeen aVriL
nak jgk? apa lagi klik la link tu dan isi. kot2 dpt peluang test jugak nnt

viruspadu said... [Reply to Comments]

Fara_Adura
bagus la fara. fikirkan 10 tahun kedepan. kagum. walaupun anak sorang, tp budak byk barang kan

Faizaharis2
siyessssss bestttttttttttttttt

e.l.i.s.s.m.i.e
rumah bilakah akan setel tu? hahaha

antalya
a ah kitorang sama2 dpt peluang test drive ni. seronok sgt

missrivebell mumun
yang interbiu tu kisah lain munnnn

ina's
nnt kalau dah beli bebtul baru boleh join club. :)

Puanbee2
samalah kita. teringin nak beli mpv. ni dah test plak. lg lah teringin membuak2

shark said... [Reply to Comments]

lpas ni bleh ler amik exora kaler pink plak..
weeee.
specel edition tu..
akak sorg jer pakai:)

viruspadu said... [Reply to Comments]

@shark

ahaks... kalau ada kaler pink, terus order

Danedz said... [Reply to Comments]

nak tanya...test drive nie betul ker tidak ataupun scam jer nak promote something else???Ada apa2 bayaran tak kena?Saya dpt offer test drive sabtu nie 23rd April kat Fullhouse Lifestyle Store and Cafe di Sunway Giza Kota Damansara...minta pencerahan kot2 benda nie temberang jer??

viruspadu said... [Reply to Comments]

@Danedz

kita jumpa kat sanaaa :)
saya pun ada nanti







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^